♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, 29 Oktober 2013

Kisah Amir Demam Berlarutan Hampir 2 minggu



Sepanjang amir berusia 5 tahun ni, rasanya inilah kali pertama amir demam lambat sembuh.. lepas pergi 2 klinik swasta. Buntu saya dan hubby memikirkan demam amir yang tak kebah.. asal tengah malam lepas pukul 12 demam panas dia akan datang semula.. siap mulut membebel macam mengigau .. mata terpejam. Kadang sampai saya terduduk tengok dia... tenung muka dia... sebab tak boleh nak tidur, kain uala di basahkan.. cool fever pun sudah di tampal.

Minggu lepas hari selasa saya dengan hubby amik keputusan pergi klinik cek darah, maklumlah macam sedia maklum kawasan rumah kami tu mudah sangat suspek denggi ni ... alhamdulillah ujian darah amir normal.. malahan hb amir lebih tinggi daripada ibu 14 ok... jangan tak caya. Ibu risau jugak bila nak amik darah ni kot amir meronta².. mujurlah dia pernah ada pengalaman sebelum ni.. walaupun sebelum ni siap berbalut selimut takut dia meronta.. kali ni ibu bantu.. ibu pegang tangan dia dan tenangkan dia... alhamdulillah dipermudahkan... cuma dia menangis jugaklah... sakitkan.. jangan kata amir.. ibu pun tahu .. macam mana rasanya.. ibu pernah kene jugakkan.

Mula² ingat nak bawak pergi hospital.. tapi siang tak panas.. dia panas tengah malam, dekat klinik kesihatan tu pembantu doktor bagi tahu berat amir ni dah tak sesuai dengan ubat cair .. jadi doktor syorkan amir makan ubat demam macam panadol yang pil tu.. tapi makan separuh... sebab amir tak pandai makan ubat telan.. jadi saya kenelah cairkan ubat tu. Rata² nurse kat klinik bagi tahu ramai datang klinik kes budak demam tengah malam, waktu siang ok.. tengah malam baru mula demam.. mungkin kesan jerebu dulu.



Ubat demam, ubat batuk dan ubat titis untuk selsema.. ini ubat daripada klinik swasta hari tu.. ini klinik yang mula² siap masukkan ubat montot lagi malam tu tau... tengah malam.. dengan angin macam nak ribut hujan.. kami keluar pergi klinik 24 jam ni... jam menunjukkan pukul 1 pagi lebih.





Syukur alhamdulillah pada saya sibuk kehulu kehilir, pada mood nak makan takda.. apatah lagi nak memasak ... saya dikurniakan jiran² yang baik dan akak ipar yang tinggal berhampiran.. terima kasih kerana juadah² ini ... kami makan apa yang ada sahaja.... seyes saya tak lalu nak makan .. sampaikan mak saya kata .. kamu jangan tak makan, tak selera pun jamah sikit ... yang tak sihat amir.. jangan kamu pun tak sihat.. terngiang² ayat mak tau ... habis bubur sebekas kami makan suami isteri .. hubby yang tak suka bubur pun makan sampai habis.. dah iu jer yang adooooo




Demam akan kebah waktu lepas makan ubat dan siang, tapi malam mesti demam balik .... tu yang kami pergi klinik lagi, klinik lain pulak... barulah pergi klinik kesihatan amik darah... lepas amik darah dan makan ubat klinik kesihatan pun badan amir masih demam tengah malam telinga sejuk dan kaki ... cadangnya nak bawak pergi hospital.. tapi bila teringatkan keputusan ujian darah yang normal.. kami buat keputusan untuk pergi kedarussyifa pulak. Nanti tunggu next entry yer.. saya cerita kami ke darussyifa pulak.








Isnin, 21 Oktober 2013

Tegarkah Dalam 14 hari



Timbang berat badan buat kesekian kalinya... Ok fine tak turun2 naik lagi adalah ... Nampaknya tak boleh di biarkan melarat ni takut virus virus lemakkk tepu lagi susah nak hilang nanti.

Misi harus bermula ... Serve sane sini, mane harus mulakan dulu... Yang pasti taknak terlalu drastik.... Cuma kene usaha berterusan harap berjayalah.. Chaiyok2.



Sarapan untuk 2 hari telah bermula, bukan sarapan jer malam pun makan ni... Sedappp sebab ada rasa buah kering dan kismis, tapi semalam lunch dah terbabas makan nasi kat tempat kenduri lauk masak lemak ikan masin nanas dan ikan cencaru bakar sumbat kelapa huhuhhuhu.... Tak tahan....



Tak banyak dapat turunkan sikit jadilah, hubby sokong jer sebab hubby pun punya misi yang sama hihihihi..... Masak kenelah masak macam biasa sebab untuk amir makan kan... Nanti pelik pulak dia...



Bicara Hati : niat untuk kesihatan, bukan untuk nampak kurus... Sekarang ni orang kurus pun banyak penyakit huhuhuhuhu.....







Jumaat, 11 Oktober 2013

Hak Seorang Wanita Yang Mahu Bersalin






Tak nak taip lebih².. takut menguris hati banyak pihak, cuma bila pagi ni bukak fb terjumpa post ni saya ingin kongsikan bersama.


Kalau di beri pilihan .. buatlah pilihan yang terbaik.. kerana disitu juga aurat kita... tidak wajar rasanya dikongsikan pada orang yang tidak sepatutnya, jika berkemampuan pilihlah hospital, doktor yang sepatutnya .. yang layak, Ramai di luar sana doktor wanita juga berkebolehan, berkelayakkan ... cuma mungkin ada di kalangan kita yang tidak berkemampuan, kerana pilihan terletak ditangan kita sendiri... 


Sekadar renungan di pagi jumaat yang mulia ini (^___^)v














Rabu, 9 Oktober 2013

Cabaran Menunaikan Amanah Allah s.w.t




Dah petang baru sempat bersiaran, setengah hari melayankan kerenah bujang... Sudahnya lepas makan ubat dia tidur dari kul 11 sampai 1.30 petang... Dengan saya2sekali tertidur sebab malam tadi tak dapat tidur.

Hari ni ibu masih el, amir demam makin melarat... Petang ni baru nampakkk okk sikit... Malam tadi kul 1 pagi lebih kurang camtu kene pergi klinik balik.... Masuk ubat bontot sebab suhu panas badan naik mendadak... Mujurlah ada klinik 24 jam berdekatan rumah....

Doktor bagi ubat titis untuk seksema sebab dia tengok amir macam payah nak bernafas... Bila titis kat hidung alhamdulillah makin pulih... 



Bicara Hati : saya pulak dah mula rasa seram sejukkk nak demam.





Isnin, 7 Oktober 2013

Buah Kiwi Dan Aiskrim Kombinasi Yang Sedap



Tetiba teringatkan buah kiwi makan dengan aiskrim... puncanya beli buah kiwi murah 4 biji rm 5.99 murah ker??? bolehlahhh.... dah beli .. sekali kupas masam daaaaaa grrrrrrr sapa nak makan kalau semuanya masa... amir dah pakai geleng kepala ... nak tak nak sayalah habiskan .. tu yang dapa idea makan dengan aiskrim.. sedappp tau.. lagi² aiskrim ni ada kacang² sikit hihihihihi ...

Kiwi ni banyak khasiatnya, kalau korang google sana sini ramai dah bercerita kebaikkannya lagi² kalau yang nak mengandung (^____^)v

Sekarang ni memang saya suka lah sangat beli kiwi ni .. makan sorang², amir tak bapa nak suka sebab dia kata buah tu ada bulu .. buah tu masam .. adehhh.. kooo pujuklah macam mana pun walaupun dia suka hijau.. dia takmoonya makan tau... (tetiba terbayang buat triffle sedapp jugakkan letak buah kiwi ni)...




Nak buah jus sendiri, blender khas takda.. tapi pernah jugaklah saya belasah pakai blender cili tu.. ermmm rasanya tak besttt ok... kita lupakan, jadi kita gunakan alternatif beli bliss buah epal kiwi sedappppnya... kalau boleh botol besar ni takmoo kongsi dengan amir kikikiki .... sebab yang minum ni amir pun suka.

okk dah² ni nak cerita buah kiwi dan kombinasi aiskrim jer... kang jadi merapu semua cerita buah kiwi nak di masukkannya.. dulu tak suka .. sebab bukan jer mahal.. sebab buah tu berbulu dan masam (jadi korang tahu tak mitos napa amir tak suka kan), tapi sekarang memang suka makan.. bukan takat buah kiwi .. kiwi kering un saya suka hahahahah .. sejak terbaca kawan kongsikan kebaikkan buah kiwi ni tahun lepas terus gigih makan tau hihihihihi .... tak dapat setiap hari seminggu 2 kali pun ok.. janji makan dalam seminggu.



Bicara Hati : Dulu tak suka, sekarang jatuh cinta .. dan Sekarang??? kiwi kering pun saya makan tau.. jadi kudapan kat opis .. sedappnya ... nyum².. (^____^)













Jumaat, 4 Oktober 2013

Mood Lesu Amir Di Pagi Jumaat


Photo: Kesayangan ibu tiba2muntah pagi tadi ... Mood lesu


Dah jarang² berlaku .. pagi hari bersin².. pagi hari muntah².. tapi tetiba pagi ni berulang lagi .. allahuakbar, mujurlah ibu sempat parking .. kalau tak mau penuh satu kereta amir muntah ...

Tengah pikir semalam makan apa?? semalam masak bendi rebus .. sambal tempeh ikan bilis .. amir makan dengan nasi kemain berselera .. tak sempat solat isyak.. dah selamat buat pelaburan ... huhuuhuhu ...

Dah pagi ni masuk angin agaknya perut dia.. tu yang muntah tu ... tapi bila saya cakap pergi klinik nak?? cepat² dia cakap dah sihat .. tak sakit dah .. hadoilah... sudahnya sapu bam jer kat perut ... dia buat muka ceria (memang penakut betul jumpa doktor budak ni)

Tengok muka dia tu.. nampak sangat lesunya ... memang banyak muntah pagi tadi, tengah terpikir² jugak.. sebab dia makan gula² pagi tadi ker?? sebab kat rumah sempat dia capai gula².. dia makan gula²... lepas minum susu .. ermmmmm ..... peru tengah kosong .. memang bergelodaklah..



Bicara Hati : Pada tak sihat tu, sempat lagi soh hantar cepat.. nak main dengan kawan .. saboo jerlah...








Rabu, 2 Oktober 2013

Rahsia Kecantikkan Tok Ti


Mood pepagi dah cerita pasal kecantikkan .... aura pagi itu penting, mulakan dengan senyuman .. mulakan dengan bismillah .. mulakan dengan aura positif dalam diri ...

Wahh simplysiti pun adalah kat sini ......

AEON

AEON BIG

GUARDIAN

SOGO

TESCO

WATSONS

suka pakai mask Dermagic .. memang magiclah.. lepas bukak mask tu mesti rasa sejuk, rasa kulit lembap, putih .. gebu gitu .. perasan kejap macam kulit tok ti hihihihihi ...;p inilah rahsia tok ti kelihatan cantik... tak nampak macam umo 34 tahun pun kan.... (^___^)v


Sumber : FB Simplysiti


Khamis, 26 September 2013

Minum Ephyra Sebelum Tidur




Ni minuman yang saya amalkan sebelum tidur dah hampir sebulan ni, alhamdulillah bangun pagi cergas sangat dan sentiasa bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan esoknya.. jarang lesu lagi .. (^____^)v






Jumaat, 13 September 2013

EPHYRA Sangat Berkesan .. Sesuai Dengan Saya


Tak tahu nak mulakan macam mana, tapi saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri selama 2 minggu saya minum ephyra ni .. alhamdulillah sangat²lah berkesan dan serasi dengan badan saya. Sebelum ni saya pernah kongsikan gambar produk ephyra dan kandungan barang yang digunakan dalam tu jerkan ... kali ni saya kongsikan pengalaman saya.

Saya tidak di bayar tau nak menulis macam ni, jauh sekali dapat sponsor hihihihihi .. tapi saya berminat nak mencuba dan merasai sendiri pengalaman minum ephyra ni.

Sebenarnya tahun lepas lagi dah ada terbaca kat blog kawan² .. tapi bila tengokk harga dia ermmmmm telan air liur kejap, terus skip tak jadi beli .. tapikan.. tapikan.. baru² ni bila ada ramai blogger dah mencuba dan berpuashati sangat, ditambah² pulak ada promosi saya rasa.. macam terdetik nak mencuba .. sebab saya baca banyak sangat kelebihannya kalau saya minum.

Dalam sepeket dan sekotak untuk stok sebulan .. tapi saya dapat manfaatnya berganda².. daripada rambut sampai hujung kaki .. sapa yang tak nakkan.. biar mahal.. janji berbaloi².. kira macam penat lelah saya bekerja.. sebulan saya beli stok ni dan untuk sebulan penggunaan diminum secara bancuhan sahaja .. tak kiralah pakai air sejuk atau air biasa .. mestilah saya suka.. kan.. kan.. mudah jer pun nak amalkan .. tak perlu nak telan² macam pil kikikikikikikiki .... mudahkan, kalau dah bancuh macam ni pun korang kata malas..... saya no komenlah... nak cantik tapi malas ... mak saya kata orang tak sayang badan jer cakap macam tu .. huhuhuhu.. badan ada satu jer.. sampai akhir hayat itulah satu nak guna takda penganti... huhuhuhu.. baik mak, ni kra macam reward buat diri sendiri.

Minuman wajib saya sebelum tidur .. setiap hari minum tanpa skip, balik kampung pun saya bawak kikikikiki .. tu yang mak tahu tu ..;p nasib baik minggu lepas tak balik.



Pengalaman saya selepas minum selama 2 minggu : -


Ni kira pengalaman saya tau .. orang lain mungkin lainlah keberkesanannya, jujurnya saya amik bukan sebab nak putihkan kulit muka atau hadapi masalah jerawat ke hapa .. tapi saya tertaik bila ephyra ni boleh kurangkan rambut gugur dan haluskan tumit kaki. iyer.. tumit kaki .. kalau dah muka cantik.. tapak kaki kematu apa halnya kan .. geli lah.. tau ....




Sorry tunjuk tapak kaki pulak.. gambar yang sebelum tu dia macam kat tapak kaki ada kulit mengelupas pun iyer.... tapi tak jelas pulak bila amik gambar, gambar yang selepas tu dia makin ok.. tapak kaki makin lembut .. gambar nampak terang bukan saya edit .. cuma gambar selepas tu saya amik guna flash auto tu nampak macam terlebih putih .. saya tak edit pun ... tapi memang nampak perbezaanya.




ok 3 hari saya minum, perubahan pertama saya rasa.. badan saya tak lesu bila bangun pagi.. seyes tau .. bangun pagi walaupun saya tidur cuma 5 jam, maksudnya bila saya tidur malam lewat .. saya bangun esok pagi alhamdulillah rasa segar sangat².. bersemangat setiap hari .. sampaikan ada satu hari tu kan.. kikikiki .. geli hati pulak saya terbangun pukul 5.10 pagi, saya ingatkan dah pukul 6.10 pagi .. lintang pukang saya mandi .. sebab dah lambat nak pergi kerja, sekali keluar mandi eh² baru 5.20 pagi . gegegegege .... siap gosok mata betul ker?? hahahaha .. senggal kejap pagi² tu .. dah bangun awal teruslah bersiap .. siap sempat buat sarapan nasi goreng sarapan pagi tu, bancuh air, goreng kentang .. hubby pun macam pelik.


Selain itu saya perasan sejak saya minum ephyra ni .. senang lawas.. baik pagi .. baik malam hihihihihi.. jadi takdalah lagi istilah perut sebu ke hapa hihihihihi .. kan, bende² tak elok dalam badan eloklah di  nyahkan segera.... itu yang saya tak lesu tu kot .. bersemangat selalu...


Perubahan rambut terlalu banyak gugur pun dah makin berkurangan, maksudnya rambut masih gugur lagi .. cuma tak berapa banyak sangatlah, kalau tak.. ish lah.. kat rumah saya tu .. menyapu sana sini rambut saya jer tau ... malu kadang .. dan asyiklah kene menyapu jer... rambut pun dah makin nipis. huhuhuhuhu... Inilah yang saya suka.. saya harap sangat ephyra membantu saya .. masalah rambut gugur ni .. saya dah cuba banyak syampu .. memang susah nak berkesan... mungkin dia perlukan rawatan dalaman .. macam minum ephyra ni .. harap sebulan guna nanti .. makin berkuranglah rambut ni gugur... 


Perubahan kat muka nak tengok ker???? alhamdulillah memang ada perubahan, saya paling suka .. minum ephyra ni kulit saya macam lembut sangat walaupun tak pakai pelembap .. maklumlah saya kan kerja dekat ekon huhuhuhu .. seyes mesti kene pakai pelembab kalau tak kulit macam mengelupas.. kusam jangan cakaplah .. tu belum lagi dengan warna kulit tak sekatanya .. dah mata macam panda, kadang tu dah lambat bangun saya pergi kerja tak sempat pakai pelembap muka nampak macam sembab jer.. alhamdulillah saya gunakan ephyra ni .. tak pakai pelembab pun kulit ok... makin cerah... gambar sebelah kiri mula² tu.. itu gambar tanpa bedak sebelum saya mula minum ephyra, gambar tengah tu gambar lepas 2 minggu minum ..... dan yang pakai tudung pink coklat tu saya pakai pelembab dan bedak .. nampak lagi cerah ... wiwiwiwiw .. sukanya sukanya, berbaloi² sangat.



 wiwiwiwiw ... tunjuk muka separuh jer.. malu (^___^) interframe lelebih....

itulah antara pengalaman dan perubahan yang saya alami, selama 2 minggu .. saya harap sebulan nanti lagi banyak perubahan hihihihihi .. sukanya.. sukanya .. alhamdulillah sesangat produk ni serasi dengan saya .... dan berbaloi² dengan harga saya beli.. dan yang penting bancuh dengan air sejuk pun boleh untuk diminum.

Apa rasa air ephyra ni masya?? apa rasanya .. hah!!! sebelum korang tanya baik saya bagi tahu awal².. bau dia .. bau macam singam (gula getah yang manis) gitu ... rasa dia tak masam dan tak manis .. tapi sedapp haha boleh, susah nak cakap macam mana .. yang pasti ada bau ikan kod yang macam bau scott's emulsion oren tu, masa saya nak minum amir siap tegur .. ibu minum air scott amir ker???.. sedap tak.. kenapa ibu bancuh dengan air?? hahahaha .. dah saya kene terangkan ka dia.. saya minum air vitamin untuk cergas.. hihihihi .. untuk sihat .. nanti senang nak kerja ada banyak tenaga .. nasib baiklah dia angguk dan tak tanya lagi .... (^___^) selain tu ada rasa macam air twister pun iyer jugak .. tapi yang pasti air ephyra ni sedaplah .... diminum lagi² kalau di bancuh dengan air sejuk.

Harga???? harga bape masya ... harga saya beli masa promosi ni RM 197.00 sahaja termasuk pos, mahal?? memang mahal .. tapi kalau berbaloi².. hanya dengan minum tak sampai segelas pun dengan satu peket .. dan dapat kebaikkan kat badan dan diri daripada kepala sampai hujung rambut .. saya rasa berbaloi²... selagi ada rezeki insyaallah nak amalkan setiap hari. Dan harga ni dah jadi harga tetap sekarang .. sebab sambutan menggalakan.
oceanlife2u.com
Kalau ada yang berminat nak beli bolehlah pergi kat laman web dia untuk maklumat lanjut, saya beri terus dengan HQ Oceanlife2 senang .. tak berani saya nak beli daripada orang atau kat farmasi.... Kalau korang nak tengok testimoni bolehlah bukak FB oceanlife2u .. memey pun salah sorang pengguna tau ... sebab dia sesuai jugak buat ibu yang menyusukan anak .... wiwiwiwiwiw .. terbaiklah ephyra ni.

Lagi satu korang tak payah nak ragu² dengan produk ni sebab memang di jamin halal dan mendapat kelulusan kementerian kesihatan (^____^)v

Kalau korang berminat dan nak tahu lebih lanjut masuklah laman web mereka oceanlife2u.com atau hubungi mereka, macam saya dulu saya berhubung dengan admin dia nama fiza, orang sangat² mesra dan menjawab semua email² saya dengan baik .. korang jangan email bukan² sudahlah .... insyaallah mereka akan layan sebaik mungkin.


Tel: +603-4142 1786
Fax: +603-4142 1776
Email: info@oceanlife2u.co






Rabu, 4 September 2013

Kologen EPHYRA





1. Kolagen Ikan Laut Dalam
Kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
Mengembalikan keremajaan kulit anda
Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular
Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
Memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan

6. Serbuk tomato
Mengandungi banyak vitamin A dan C
Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
Sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.


Bicara Hati : Jatuh cinta dengan produk ni dah mula minum.. hari ni masuk 6 hari .. seyes nampak perubahannya.... nanti saya kongsikan yer, ada ke yang nak tahu .. ishhh malu pulak nak kongsikan sebab baru lagi cuba ... tapi seyes terbaikkkkkkkkkkkkkkkk (^______^)v







Selasa, 3 September 2013

Colgate Pilihan Kami - Segar , Putih & Menyegarkan



Aktiviti wajib bangun tidur dan sebelum tidur .. apatah lagi waktu nak solat ... rasa tak selesa kalau tak buat (^^,) 

Rasa sangat segar kalau dapat lakukannya hihihihihihi .... 


 Pilihan terbaru saya dan hubby sekarang, gigi nampak lebih putih selain rasanya yang tidak terlalu pedas dan menyegarkan... harga di speedmart lebih murah berbanding harga di tempat lain.



Kodomo Pilihan amir, daripada dia mula belajar berus gigi lagi .. masa umur 2 tahun rasanya .. dia suka jenama kodomo berbanding jenama yang lain ... dan perisa pilihan mestilah strawbery hihihihihihi .. rasa masam manis dia pakej .. sesuailah untuk umur baya amir ni.



Bicara Hati : Apalah ertinya muka putih, tapi bila senyum gigi hitam dan kuning gegegegege .. putus selera nak makan.






Sabtu, 31 Ogos 2013

Kelebihan Dan Khasiat Serai



Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?


Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.


Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. 


Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.


Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.


Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.


Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.


Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.


Ajen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.



Bicara Hati : Serai wajib masukkan dalam masakkan saya tak kira sup, tom yam, ayam masak kicap pun saya letak kadang ....





Selasa, 20 Ogos 2013

Koyok - Pelekat Hilangkan Sakit Sendi Badan



Penat beraya sana sini .. sakan makan juadah sana sini ... naik lengguh² badan duduk lama dalam kereta sebab jem huhuhuhuhu .... Amir alhamdulillah sihat, sebab saya dah bagi dia minum meal shake sekarang hihihihihi .... (opsss saya tak kongsikan lagi cerita tu .. nanti eh .. saya kongsikan) kadang tu dia merenggek lengguh kaki saya tampalkan koyok jugak kikikikiki ..;p

Jadi mehlah kita tampal koyok beramai² hahahahah .. laris kat kedai raya² .. ramai pakat² beli koyok.


Koyok yang ni baru kot, saya beli yang besar khas untuk hubby .. masa nak pakai saya potong 4 .. besar wehhhh tu yang potong tu .... itu pun sekali pakai saya tampal 2 jer ... hubby dia jer .. oklah tu kot hilang lengguh.





Yang ni .. yang ni pilihan saya .. nak tidur letak kat dua² kaki .. tambal kat betis dan badan belakang... memang esok pagi bangun segar bugarlah .... (^___^)v kalau korang tak nak makan panadol atau makan suplimen bolehlah pakai koyok macam saya ni ... tapi .. kalau korang rasa eeeeee sakit nak bukak nanti, baik korang tak payah pakai .. tapi pada saya masa bukak tak sakit pun ... sebab amir pun okk.. tak kan korang tak boleh tahan sakit kot kan. Malu haihhh ....



Bicara Hati : Alhamdulillah ramadhan kami begitu diuji, syawal kali ni semuanya pun dah sihat seperti biasa ... moga² sampai akhirnyalah begitu hendaknya amin ...



Selasa, 6 Ogos 2013

Air Minuman Yang Boleh Membuang Toksin Dalam Badan


4 AIR ISTIMEWA YANG SIHAT & BAGUS UNTUK BULAN PUASA !

Air masak yang di campur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan. Air yang di campur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum minum. Jom buat sendiri:

1) Teh hijau, pudina, limau nipis
Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan

2) Strawberri, kiwi
Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular,
menyeimbangkan gula dalam darah

3) Timun, limau nipis, lemon
Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan

4) Lemon, limau nipis, oren
Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati

Minuman di atas hendaklah di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.



Bicara Hati : Tengah berusaha merajinkan diri jugak, tapi kalau setakat lemon dengan air suam jer yang selalu nak cuba. yang lain belum lagi.




Khamis, 25 Julai 2013

Susu Yang Memberi Tulang Kuat

Sejak akhir² ni kan selalu sakit belakang, sakit pinganglah ... tetiba perut sebu semacam lah, kadang tu tetiba pedih ulu hati pulak  ... 

Baru perasan rupanya dah lama tak minum susu, kawan² kat opis dok hebohhlah makan vitamin itu .. makan vitamin ini, makan supliment itu .. makan supliment ini .. segala macam susu dia orang cerita .. kaku jugaklah macam kelaut kejap .. buntu nak makan atau minum apa kikikikiki ... ;p

Jadi baru² sajalah nak minum susu balik, sebelum ni memang pernah minum pun susu anlene ni .. tapi yang bancuh tu lah .. kali ni tak cuba minum yang macam air kotak .. jadinya tak payahlah nak bancuh²kan ... okk .. beli kat 99 jer pun sepeket tu ada 4 kotak, beli pulak masa lepas amik amir ... bila amir tengok dia ingatkan susu untuk dia .. bila saya cakap susu untuk ibu .. dia macam pelik .. ibu kan dah besar kenapa nak minum susu pulak ... dah dia nak minum ... kita pun bukalah sekotak bagi dia rasa .... 'emmm sedappnya susu ibu' lagi .. sedapp daripada susu amir .. belum sampai rumah dah 2 kotak diminumnya .. anak²....


4x Lebih baik dan membantu tulang jadi lebih kuat.. sapa tak nakkan.. haruslah minum yang macam ni jer.. mahal sikit 4 kotak ni RM 6.80 kalau tak silap ... 



Fakta yang harus diketahui oleh semua wanita di malaysia.





Bicara Hati : Teringin nak minum susu pisang, sedapp tak?? terpengaruh tengok cerita korea .. macam sedapp jer tengok dia orang minum .. kat sini susah nak cari kan...








Isnin, 22 Julai 2013

Seperti Yang Dijangka


Susulan entry aturan Allah adalah yang terbaik baru MC sehari dah macam bercuti seminggu jer meja ni ermmmmmm, camne nak cuti panjang kalau macam ni .. kerja sendiri jerlah masya boleh sukati² nak kerja, cuti kan... orang kata kerja sampai bila² pun tak habis ... yang utama adalah kesihatan, jadinya .. saya buat perlahan² lah yer... hihihihihi .. ni cukup baiklah nak datang kerja .. kalau tak memang nak pergi klinik lagi .. amik MC sebab mata masa merah dan gatal² huhuhuhu ... bukan apa kesian kan kat amik lagi pun minggu ni sekolah 4 hari jerkan.. nanti jumaat dah cuti, takut amir ketinggalan pelajaran pulak.

Masa cuti tu.. jenuh jugaklah melayankan dia buat origami, yang lucunya saya ingatkan dia kata nak menari giyomi kikikiki ... sorry ibu demam dan sakit mata ni .. telinga pun macam demam jugak tak bapa nak dengar hahahahaha .... 

Gigihlah google sana sini origami ikan paus, burung, zirafah dan macam² lagilah .. tapi amir teruja buat origami ikan paus jer.. maaf yer.. gambar ibu tak kosaaa lah nak amik tak larat sangat .. jumaat masa MC tu saya banyak tidur ... sebab mata payah sangat nak bukak, mujur jugak hubby ajak pergi klinik malam tu.. kalau prgi sendiri awal pagi memang takkk larat rasanya nak drive, kejap² terjaga kalau amir panggil nak susu, nak makan .. dan selebihnya dia layan tv lepas tu .. dia buat origami .. balik rumah ... hubby geleng kepala.. kertas penuh satu rumah.....


 Sejak akhir² ni dah mula menunjukkan minat dengan art ... sekadar minat biasa mungkin seiring pembelajaran di sekolah.





Oklah dan seperti yang dijangka bila dah cuti, bila MC memang takkan adanya lah orang yang buat kerja saya ni .... pasrah lah nak sambung buat kerja ni ... perlahan² janji dapat siapkan sebelum 4.30 petang .. yahooo.. tak sabar nak balik ... sambung rehat, ibu kenelah kuatkan demi anak ... kene jadi contoh yang baik .. kalau ibu takda mood nak kerja.. nanti amir pun takda mood nak ke sekolah.

Terima kasih sangat² pada kawan² yang mendoakan kesihatan saya agak cepat sembuh.. sayang korang semua...




Bicara Hati : Akhirnya saya tertewas ... minggu lepas dah selamat juadah menu PARAM, hari ni .. tak tahulah lagi .. achaner...








Jumaat, 19 Julai 2013

Aturan Allah adalah yang terbaik



Semalam balik kerja terkejut hubby tengok mata saya, bengkak dah macam kene tumbuk huhuhuhuhu.... seyeslah ini rasanya pertama kali saya kene sakit mata bila dah kawin ni ... saya pun tak hinggat saya pernah sakit mata ke tidak.

Aturan allah memanglah aturan yang terbaik.... minggu lepas masa amir tak sihat, saya ingatkan nak cuti... tapi mengenangkan kerja urgent yang perlu disiapkan .. saya tak jadi cuti... saya siapkan jugak datang kerja, sudahnya saya sakit belakang asyik duduk mengadap pc, kemudian sakit pulak pedih ulu hati .. ya aallah dugaan betul. 

Sudahnya semalam mata saya gatal, merah dan bengkak .. malam tadi pergi klinik doktor kata ada kuman atau habuk ni kat mata.... jadi hari ni saya MC/ CUTI SAKIT. 


Sehari jer pun ni kira MC pertama tahun ni.. esok dan ahad kan dah cuti .. harap sangat isnin dah baik ...
Uat alahan, ubat gatal dan ubat titis serta MC Rm 30.00 huhuhuhuhu






Sorry bos.. saya tahu boss cuti minggu depan kene siapkan kerja hari ni .. tp kuasa allah saya tak boleh menidakkan .. saya bukan suka-suka mc...


Amir hari ni kat rumah, ibu tak larat nak hantar pergi tadika.. dengan mata ibu yang seksi macam ni .. ni melayankan dia buat origami... semalam dia baru belajar agaknya .... sudah habis kertas ayah dia gunanya nak buat origami .. sudahlah ibu ni tak pandai sangat.. layankan jerlah......








Bicara Hati : Allah duga bila kita sakit, moga menghargai nikmat yang diberikan.....





Khamis, 18 Julai 2013

Tiba - Tiba Sahaja



Berat mata nak bukak pagi, hubby dok lah kejut² .. dah pukul 5 katanya .. dah siap rebuskan air ... isteri beruah ni tak bangun² jugak lagi huhuhuhu .....

Seyeslah kenapa mata susah nak bukak sebelah kiri ni adeh .... semacam jer.. panas... sekali ya allahh dah berjangkit pulak panas dalam daripada amir ker??? amir dah sihat dah .. cuma kadang masih moody.. keluar tahi mata banyak kat mata kiri tu .. payah nak bukak ... basuh² muka .. gigih jugaklah nak bersihkan .. mata pun dah merah ....

Sekarang ni .. nak tengok pc pun payah nak buat kerja kejap² mata berair, kejap² gatal nak gosok ... mata pun dah mula merah,  seyeslah tak selesa .. nak bw korang apatah lagi kan.. huhuhuhuhu ...

Sms hubby punya panjang, dia jawab okk sahaja .. hadoilah .. saboo jerlah isteri ni kan ... dan tetiba pedih ulu hati pulak ... ya allah memang dugaan beul ramadhan kali ni .. moga terhapuslah hendaknya dosa² kecilku .. di duga begini.



Bicara Hati : Nak tidur pejam mata pun tak selesa .. asik meleh jer air mata...






Rabu, 10 Julai 2013

1 Ramadhan Kami





Salam ramadhan buat semua kawan² pembaca setia blog ni, ya allah hari pertama nak sahur kami telah di uji .. bukannya saya lewat bangun sahur atau tidak sempat masak sahur, saya dah buat siap² nasi goreng cendawan malam tadi .... cumanya tiba².. bangun pagi tadi .. mata amir penuh tahi mata sebelah kanan, badan dia panas sangat² allahuakbar .. takut dibuatnya .. saya panggil² pun dia tak menyahut .. dia cuma menggeranggg jer....

Cepat² saya lap dengan tuala sejuk, cepat² saya letakkan eyemoo kat mata amir ... itu pun dia merenggek tak nak disentuh ... hubby teruskan sahur .. saya dah tak lalu dibuatnya, melihatkan amir dah piki nak cuti .. tapi ... hari ni tak boleh cuti selagi gaji tak siap ... huhuhuhuhu ... sudahnya hubby hantar saya pergi kerja, terus hantar amir balik kampung ... tengok amir pun dah okk sikit .. badan tak panas sangat .. mintak tolong mak jagakan dulu .. kalau melarat petang nanti baru pergi klinik lagi .. sebab ubat demam sebelum ni ada lagi .. saya pesan kat hubby suruh mak bagi makan ubat tu ....

Nampaknya rezeki amir nak berpuasa 1 ramadhan ni tak ke sampaian sebab dia demam, nanti dah sihat baru puasa yer sayang .... suara amir pun serak pagi ni .. memang tak dengar suara dia langsung nak bercakap.



Bicara Hati : Jadual Tadarus dah keluar, alhamdulillah dapat join lagi ... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...