♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Macam-macam Hal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam-macam Hal. Papar semua catatan

Selasa, 18 Jun 2013

Berjaga ² isu jerebu demi kesihatan diri







PETALING JAYA: Jerebu yang melanda beberapa negeri dijangka bertambah teruk berikutan cuaca panas yang akan berterusan sehingga beberapa bulan akan datang.


Kualiti udara di enam kawasan di semenanjung menurun kepada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) jika dibandingkan hanya tiga kawasan pada Sabtu.


Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100 di Melaka (161), Bukit Rambai (135), Pelabuhan Klang (104), Port Dickson (120), Muar (125) dan Kemaman (108).


Bagaimanapun, kualiti udara di kebanyakan tempat lain di negara ini berada pada tahap baik dan sederhana.
Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).


Di Melaka, bacaan IPU meningkat daripada 68 kepada 161 sejak tiga hari lalu, bacaan tertinggi direkodkan di negara ini.


Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan berkata beberapa titik panas dikesan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean di Sumatra, Indonesia telah meningkat daripada 46 kepada 101 pada Sabtu.


Beliau menjelaskan kesan jerebu itu dibawa oleh angin Monsun Barat Daya ke Semenanjung yang bermula pada awal Jun.


"Sekiranya titik panas terus meningkat dan arah angin kekal seperti ini, situasi mungkin menjadi lebih teruk," katanya.
Halimah berkata, jerebu merupakan isu trans-sempadan yang memerlukan kerjasama oleh Malaysia, Brunie, Singapura, Thailand dan Indonesia menerusi Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.


"Kesemua menteri dijadualkan akan bertemu di Kuala Lumpur pada Ogos untuk membincangkan pelan tindakan bagi menangani masalah itu," katanya.


Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, angin Monsun Barat Daya yang berakhir hingga September dijangka menyebabkan cuaca panas dengan ribut petir sekali sekala pada sebelah petang.


Suhu dijangka meningkat antara 34°C dan 36°C sepanjang tempoh itu dengan beberapa kawasan di bandar menjadi lebih panas kerana kekurangan persekitaran yang hijau.


"Ketika cuaca panas dan kering, orang ramai dinasihatkan supaya minum lebih banyak air dan mengelak terdedah kepada cahaya matahari," kata jurucakap itu.


Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam menasihati rakyat supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah.


"Kami sedang memantau situasi dan akan mengeluarkan nasihat sewajarnya berdasarkan tahap kualiti udara.


"Buat masa ini, orang ramai, terutama yang mempunyai masalah penafasan perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti luaran," katanya.









Bicara Hati : nampaknya area pelabuhan klang dan jalan menghala balik rumah di johan setia memang teruklah .. harap sangat hujan turun, kurang sikit jerebu ni....





Jerebu Makin Teruk



Pagi tadi masa nak pergi kerja, ya allah jerebu teruknya... lagi teruk daripada biasa.. sampaikan amir mengadu .. malam lagi ke ibu .. gelapnya .. awalnya ibu keluar rumah hari ni. Sedangkan jam menunjukkan pukul 6.58 pagi .... dah hampir pukul 7.00 pagi.

Dah 2 hari rasanya dengar berita kat radio kawasan tempat kami adalah antara kawasan yang paling teruk jerebu, kalau boleh elakkan lah anak² main kat luar rumah, pagi tadi amir ngadu sakit tekak, mata kiri dia pulak macam bengkak bangun tidur ni .. tak tahulah kenapa.. bila saya tanya sakit tak?? amir kata tak sakit.. tapi asyik nak nangis jer.. (merujuk air mata keluar)


Tak sempat nak sambungkan link indeks sorry.... kalau tulisan kecik.



Ini gambar pagi tadi sempat amir dan saya ambil huhuhuhu .. seyes macam dah naik cameron highland pulak .. ada jerebu macam ni hihihihi ...



Bicara Hati : Ya allah lindungilah kami daripada bala bencana ....




Isnin, 17 Jun 2013

Tak Sabar Nak Tunggu Habis





Amboi kemain lagi tengok kat fb dah macam² propa yang keluar.... ada orang kata che ta juara masterchef hihihihihihi .. betul kah?? ada yang kata final nanti che ta dengan syura hohohohohoho .. kalau betul pingsanlah peminat celina eh² pulakkan...

Tapi memang lagi beberapa orang ni, memang makin tertanya² dibuatnya siapalah agaknya juara masterchef selebriti yang baru ni kan.... ada yang layan tak?? ke korang booo layan dan boikot rancangan ni kikikikiki .... 



Petama kali tahu microwave boleh gunakan untuk masak.. perrrggghhh lap peluhlahkan.. kalau nak masak pakai bende ni , cian syani terkeluar sebab masak ketam 2 jer.. dia tak gunakan 1 lagi ketam tu.. ingatkan kencana yang terkeluar.





Bicara Hati : Kerja berkumpulan malam ni syura dengan kencana, che ta dengan celina .. kalau salah satu kumpulan kalah mestilah kene masak dalam penyingkirankan lagi kan ... 











Rabu, 12 Jun 2013

Masalah Internet Kat Pejabat



Orang kata kat pejabat jangan layan internet, tapi kalau dah siap kerja takpalah kalau naik kerooo mata nak layankan internet takda sapa nak maah pun.... huhuhuhuhu ...

Tapi dah 3 hari ni memang internet kat opis ni tahap lembap dia hadoilah mengalahkan kura² berjalan tau, korang bayangkanlah .. kalau bukak blog korang nak baca memang lambat, tu belum lagi nak komen.. dah terpusing² pusing kat ruangan atas tu memang tak boleh nak kmen.. sudahnya .. masuk dua kali .. masuk tiga kali .. dah tak boleh komen .. memang bye lah yer.. maaflah sangat huk .. huk ..huk... 

Geram pun ada jugak, lagi² nampak entry tu .. eh² sama pulak menu kita masak, eh² sama pulak seleranya.. tapi tak boleh nak komen nak buat macam mana.. saya datang bacalah .. saya tak tahulah blog kawan² yang besar lambat nak loading atau pun komputer saya ni memang dah penat .. atau memang line internet tengah lembap sangat pun kat opis ni ...

Harap korang tak marah yer, saya datang jer baca.. terutamanya yang datang komen, cuma saya tak boleh nak balas komen atas masalah² tak dapat nak dielakkan ni...



Bicara Hati : Tak puas rasanya dah baca, lepas tu nak komen tak boleh uwarrrr, tapi .. ada jugak .. dah baca blurr kejap nak komen.. bila boleh komen .. takut silap bagi pendapat pulak.







Isnin, 10 Jun 2013

Dekat Tapi Jauh





Kalau ikutkan minggu ni nak up entry gembira² sahaja , tapi .. lumrah hidup .. apa yang kita rancang tak semestinya akan menjadi kenyataan ... Tak pasal 2 hari cuti dimulakan dengan entry macam ni.

Maaf buat teman² blogger dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi komen di blog saya selama ini, kata² di atas sebenarnya membawa maksud yang mendalam buat saya untuk hari ini... bukan saya tujukan pada kawan blog tau jangan salah paham pulak, ini cuma luahan hati saya sahaja. Kalau korang tak berminat nak baca ... jangan habiskan baca ... cepat² klik X.

Dekat tapi jauh , mungkin perkenalan kita bukanlah terlalu lama .. tapi mengapa kata² kamu itu sudah kamu ulangi lebih daripada 2 kali, adakah kamu .. memang masih tidak berpuashati dengan apa yang telah berlaku .. adakah aku ini memang kelihatan lebih di mata kamu ... atau apakah?? maksud tersirat dihati kamu....

Apa sebenarnya yang terbuku dihatimu ... 


Aku mungkin masih banyak silapnya .. solat 5 waktu sudah lakukan dengan lengkap dan memperolehi rezeki yang berkat sudah mencukupi buat diriku, aku jarang nak meminta², jauh sekali mengungkit² atau membesar²kan sesuatu isu kepada orang sekeliling. Yupss... aku bukan seperti kamu yang rajin solat sunat .. itu aku akui .. itu akuiii yaaaa alllahhhhhh kuatkan semangatku untuk menulis dan meluahkan lagi kisah hati ini.

Sikap semulajadiku, dan jujurnya diriku seorang yang perahsia ... sedari kecik, tapi .. tapiii ... sejak berkahwin aku jarang berahsia .. banyakku kongsikan dengan housemate ku selagi aku rasa iyanya perlu dikongsikan, Walaupun kami jarang berkongsikan kisah kerja atau apa jua yang berlaku ditepat kerja .. kerana padaku dirumah adalah masa untuk keluarga .. masa untuk mesra² gitu hahaha ..;p
Aku rasa aku tak mampu nak luahkan lagi ... ya allah kuatkanlah semangatku ....

Isnin, 3 Jun 2013

Blogwalking Berkesan





Blogwalking atau BW cara yang berkesan ialah meninggalkan komen di ruangan entry .. terima kasih semua... komen² untuk 2 hari ni.. walaupun entry 2 hari ni adalah autopublish... saya akan cuba balas semua jejak kawan².... tapi hari ni memang tak sempat nak jejak semua ... sebab banyak sangat kerja perlu disiapkan... nanti ada kelapangan barulah saya balas jejak eh.

Badan masih lesu kepenatan ni, amir pagi ni steady jer nak pergi taska.. walaupun ibu tahu sebenarnya mood anak ibu pun macam ibu jugak.. sebab ramai kawan² taska cuti ... nanti ibu amik amir awal eh sayang.. mujurlah berkesan pujukkan itu.



Bicara Hati : tak salah nak tinggalkan komen, tapi jangan sampai entry sedih ada pulak yang komen gambar senyum tanpa membaca entry yer.. tolonggggggggg lah.. jaga sikit perasan orang.












Sabtu, 1 Jun 2013

Semuanya Indah Di Bulan Jun



Cepatnya masa.. cepatnya masa..... fuhhh dah pertengahan tahun, dalam bulan jun banyak yang indah dalam hidup saya.... kebanyakkannya yang indah.. yang tak indah .. tak mahu kongsi huhuhuhu..... biarlah yang tak indah menjadi sejarah sahaja, sebagai sesuatu yan mematangkan diri saya.

Sebab apa saya kata indah sebab bulan jun saya dapat kerja, bulan jun saya bertunang, bulan jun saya nikah, bulan jun saya jadi isteri, dan bulan jun saya jadi ibu ... indahnya apa yang allah aturkan untuk saya, saya sendiri pun tak sangka ..  semuanya perancangan Allah s.w.t Alhamdulillah.

Hari ni tuan tanah bizi.. kat kampung ada kenduri, jadi entry ni autopublish... (^____^)v














 



Isnin, 27 Mei 2013

Ikan Pari Bakar Bendi



Tengahari jarang dapat keluar lunch, hari ni pulak hubby hantar .. jadi tak payahlah nak buat muka sedih sangat kalau tak dapat makan hihihihihihi ... buat muka happy² giyomi sudah ... walaupun perut yang lebih giyominya.

Tiba² teringatkan lauk ikan pari bakar bendi ni .. tapi beli yang ni .. tak berapa ummmpphhh sangatlah kesedapannya... bumbu² (bahan²) dia macam tak meresap lagi dah dibakar .. sebab itulah saya kata kurang ummpphhnya.

Rasa macam tetiba² nak makan ikan pari bakar macam ni .. kat mana yang sedapp yer.. area klang ni ... alahai² tekak, ini bukan mengidam .. ini namanya bahang nak puasa dah terasa ... sebab bila puasa nanti tak berkesempatan nak makan macam ni .. walaupun banyak jual makanan kat baazar belum tentu lagi sempat pergi ke baazar.


Sabtu, 25 Mei 2013

Pesta Buku Selangor 2013

Kalau fiesta buku kat PWTC dah lama berlalu .. kali ni ada fiesta buku kat selangor pulak, dekat jer.. kat shah alam pun .. saya nak pergi .. saya nak pergi ... tapi hujung minggu ni bz.... nasib baiklah seminggu harap sangat dapat pergi, nak tengok apa yang menarik.


Jadual dan Aktiviti Semasa Fiesta Buku Selangor 2013



Bicara Hati : Entry auto publish .. tuan tanah kedaung dah balik kampung ...









Rabu, 22 Mei 2013

Tiba² tekak teringin nak makan kuih ni




Alahai petang yang panas, bukan panas diluar sahaja.. menjangkau kedalam opis ni hah... kan seronok macam ni .. kalau dapat menjamah kuih tepung gomak ..(gambar ihsan google) mana nak mencari ni huhuhuhu ....

Dulu kat opis selalu order kuih ni kalau ada mesyuarat pagi, sedappnya.. tiba² teringin pulak petang² ni .. bukan mengidam apa pun.. cuma teringin nak makan jer.. lama dah tak makan.














Elakkan Diri Daripada Berperasaan Begini





Apa agaknya kucing tu pikir yer ... 





Rindu Suasana Ombak Pantai



Gambar kat fb Diana Amir ni betul² buat saya tersentuh, rindunya nak merasa saat² macam ni .. dapat berehat².. depan pantai .. tak dapat mandi manda.. dapat duduk di batu dan menghayati saat² keindahan alam pun sudah mencukupi .. rindunya ... rindunya.... saya mahu bercuti .... tolongggg .. tapi cuti sekolah jadual hubby penuh huhuhuhu ....





Bicara Hati : Nak cuti sekolah ni.. keywords percutian pun banyak yang cari yer..














Isnin, 20 Mei 2013

Tayar Pancit



Ni kisah tengahari tadi, bila kawan opis bagi tahu ... tayar kereta belakang nampak macam takda angin jer.. pancit kot... dia tak habis cakap lagi .. dah laju .. ligat saya nak pergi turun tengok huhuhuhu .... (korang nampak tak.. bertapa lah hai ... cuaknya.. terus nak pergi tengok)

Sebab.. sebab perkara² macam ni lah saya takut bawak kereta sendiri, tayar pancit, kemalangan .. haihh memang gerun sikitlah kalau tengah hadapi sorang²... mujurlah ada kawan opis boleh temankan pergi cek kat kedai. Kenelah rm 5.00 oklah tu .. mana nak cekau duit kalau tetiba kene tukar tayar kan huhuhu ...

Dalam panik tu sempat sms hubby, dah tu baru rasa bersalah sebab hubby kan puasa... takmmoo lah menyusahkan dia datang opis, hadoilah dah sms baru teringat, nasib baik boleh setel sendiri ... bukan susah pun pergi jerlah kedai cek masya oiiii kamu ni kan... panik tak tentu pasal jer... huh!!

Yeahh malam ni gantung kuali, buka puasa kat luar .. sekali nak beli hadiah untuk cikgu² amir.. sebab esokkan ada sambutan kat sekolah dia.. (walaupun sebenarnya minggu ni.. minggu exam )

Oklah bye .. dah lewat malam mahu tidur dulu ... hati senang .. sudah kenyang apa lagi .. jomlah tidur hik.. hik.. hik... tayar pancit pun ko nak cerita kat blog eh masya, dah pergi tidur.



Bicara Hati : Amir nak baju superman .. mana ibu nak cari ni gegegegee ... GM Klang ada jual tak eh.







Sabtu, 18 Mei 2013

Raja Lawak Muzikal & Running Man



Dah berminggu-minggu rasanya raja lawak musim ke-7, tapi hari ni baru dapat layan .. itu pun sebab versi muzikal, rasa macam menarik sikit .. bukan yang sebelum ni tak menarik .. cuma malas nak berebut remot dengan amir, biarlah dia layan cerita dia nak tengok ... 

Pembukaan yang menarik dengan lagu rap waris versi nogori tu memang mencuit hati.. tambah-tambah pulak johzan masuk .. bolehlah melayankan gelak kejap ...

Ni layankan running man pulak hahaha .... mata ku yang tak mahu lelap .. sejak akhir-akhir ni payah sikit nak tidur malam .. dok guling sana, guling sini.. pusing sana.. pusing sini .. pasang acon pun masih rasa panas lagi ermmm...... 2 beranak sebelah ni dah selamat dah .. belayar ....


Bicara Hati : Macam tak best nak tulis entry tak bergambar .. huhuhu .. bw kengkawan lah....

Rabu, 15 Mei 2013

Aiskrim Malaysia Pulut Hitam





Bila bubur tak habis, maka datanglah idea ini, hubby kurang makan bubur .. amir pun sama .. yang suka makan saya jerlah .. iu pun ikut menu bubur .. kalau bubur jagung bersagu memang makan bermangkuk² kikikikiki .. kalau yang lain .. ikut mood dan selera tekak ni .... 

Bubur pulut hitam ni akak ipar bagi sebenarnya, kalau nak harap kita masak sendiri dengan 3 beranak nak makan ni ... memang takmmoo buang kudrat ... sesekali tak habis dibuat ais krim malaysia macam ni.. eh² sedapp pulak .. ditambah cuaca yang panas sejak akhir² .. ni makan aiskrim ni memang tak sedarlah 3 batang habis sorang hahahaha .... buat sendiri puashati .. panjang pun ikut sukati jer... 

Kalau tak silap aiskrim ni kat luar jual rm 0.30 kan fuhh malah betul, rm 0.50 pun ada.. rasanya zaman dulu kala baru rm 0.10 jer .. memang banyak betul dah berubah sekarang ni.. ekonomi makin meningkat kan .. kan..



Bicara hati : sedapnya kalau dapat yang perisa asam boi, agak² kalau jual kat rumah laku tak?? (^__^)v







Selasa, 14 Mei 2013

Gara - Gara Tiada Air Dirumah



03 Rejab, jam menunjukkan pukul 4.30 fuhh .. masih di opis, tengok jam lagi sekali alamak!! 5.15 petang, lintang pukang berkemas nak balik ... masa tengah drive layankan amir berborak .. itu ini.. gitu gini .. dalam kepala dok pikir nak masak apalah balik ni ... tahu² aikk dah sampai rumah.

Baru kaki nak melangkah masuk, hubby bagi tahu .. air takda .... alaaaaaaa...... macam mana nak masak ni.. nak buka apa... biskut jelah. Hubby kata makan kat luar jerlah ... tak payah buat apa² ... kuali lauk semalam pun tak berbasuh ... sebab air takda.. mujur hubby basuh baju sempat sudah .. kalau tak haru .. mesin tak bergerak.


Tom yam, kailan ikan masin, puyuh (menu wajib sebab amir suka) dan telur dadar.
itu jer pun .. jadilah untuk berbuka puasa petang isnin tu .... 
rezeki hubby belanja, gantung kuali lah kita ... 
kalau ikut nafsu .. mahu beli siakap 3 rasa.. tapi kalau 3 beranak memang tak beranilah order takut tak habis.. pernah buat ... siap bungkus bawak balik kikikikiki ....



Fuhh ... kalau betul bagai di kata 5 hari takda air kat rumah pingsan oooooooooo... air kat bilik mandi ada .. yang takda kat sinki .. sebab air singki daripada saluran luar .. huhuhuhu .... tapi .. alhamdulillah .. balik tadi ada air ... selamat duit hubby .. kalau tak gantung kuali lagi la lalalalala ... ;p









Isnin, 29 April 2013

Putus Selera



Pagi ni memang rasa semacam jer nak pergi kerja, mungkin kepenatan hari sabtu amir sukan tak hilang lagi.. amir yang sukan .. ibu pulak yang terlebih penat.. menyorak kikikikiki .. (maklumlah baru pertama kali)

Amir pun macam moody jer pagi ni... tahap² monday blues lah tu... macam tak puas jer berehat... nak dijadikan cerita pagi ni pada takda mood dia tu.. bila ibu tanya nak nasi lemak tak?? dia nak jer.. siap mintak  suap.. dalam kereta walaupun 2 suapan jer...

Tapi .... lepas beli nasi lemak tu.. undur kereta nak keluar tetiba² boooookkkk grrr... bunyi apa tu??? rasa macam takda pape... alamak!!! ......



Kereta ku huhuhuhuhu ....



Seyes panik jap, macam mana tak dengar bunyi warning ni grrr.... hadoilah, mesti hubby membebel nanti .. tapi pak cik yang jual surat kabar tu kata.. jalan jer terus nak... orangnya takda pun.. seyes saya serba salah... pak cik tu kata .. jalan jer.. nanti lagi panjang cerita.. orangnya pun takda.. parking sukati ... (eh² orang tu parking sukati ker?? kereta aku yang panjang sangat ni huhuhuhuhu )

Putus selera nak makan tau.. dah lah amir pun makan nasi lemak tak habis, saya beli laksam.. pun macam dah tak selera nak makan dibuatnya... sampai sekaranglah asyik dok terkenang² apa yang berlaku .. pagi tadi ...



Bicara Hati : Mujur bercalar gitu jer.. kereta orang tu pun tak pape... 




Rabu, 24 April 2013

Amir Moody



Jarang² interframe muka, menjaga hak eksklusif ker?? hahahahaha .. takdalah... sebenarnya banyak nak cerita pasal amir ni.. tapi nak menyusun ayat tak pandai... takut silap ayat .. orang kata banggakan anak sendiri pulak huhuhuhuhu ....

Nak pingsan rasanya pagi tadi gara² tak cukup tidur malam tadi, sejak² nak sukan hujung minggu ni.. amir asyik mengadu.. sakit kaki.. kepenatan agaknya buat latihan.

Sebenarnya balik petang semalam lagi amir dah mengadu sakit kaki, okk saya pujuk nanti ibu urut eh sampai rumah.. puas tanya jatuh ker?/ terseliuh ker?? risaulah jugakkan... tapi amir kata .. tak jatuh.. amir penat.. amir penat.. tadi sukan.. itu jerlah jawapannya...

Mujurlah malam tadi hubby baik hati nak isi minyak kereta teruslah makan kat luar, kikiki.. saya bawak jer kereta elaun minyak kereta hubby bayar... pasal kereta saya pun tak tahu.. bayar bulan² saya bayar... lain² semua saya tak amik tahu...


 Nasibb baik pagi tadi .. mood dah ceria sikit.. tak mengadu sakit.. sempat possing² dulu dalam kereta ...



Amir tidur awal malam tadi, dalam pukul 11.30 dia terjaga.. ngadu sakit kaki.. saya urut², sapu minyak... api dia merenggek² pulak.. mata pejam.. saya tepuk² monot bam bam tu dah okk sikit.... sambung tidur .. pastu tiba² cuit saya.. ibu amir mimpi.. bila saya tanya mimpi apa... dia boleh pulak sambung tidur ... diam.. haihh sabooo jerlah mengigau ke hapa ni.. adeh.. sudahnya kaki dia saya tampal koyok salonplas ayah kat tapak kaki.. dan bahagian betis.. jam menunjukkan pukul 2.30 pagi .. okk .. lepas tu tak dengar renggekkan dah.. tidur lena sampailah pagi... 

Sekejap² terjaga amir kejutkan.. naik sakit kepala dibuatnya.. tu yang pagi tadi rasa semacam jer.. macam nak pitam... nak drive pun macam tak larat, mencucuk mata.. sakit daripada kepala tu.. tapi gagahkan jugak diri.... sebab tengok amir macam dah okk jer... tak moody, kang keluar statement dia takmoo sekolah nak duduk taska.. lagi ibu haru ...


Permintaan baru ... roti stoberi pulak.. ni hubby belikan.. selamat bawak kesekolah pagi tadi .... jambu betul anak ibu kan.. makan roti stoberi hihihihihi ... saya belikan jugak nasi lemak telur mata katanya.... padahal kat sekolah ada jer disediakan makanan.



Bicara Hati : Sekian.. yang mahu tidur awal malam ni... 

Isnin, 22 April 2013

Gelap!!!!



Leka melihatkan dokumen atas meja, leka sempat menjeling² fb, leka.. sempat bw kawan² last minit... sekali tengok kat luar.. huihhh gelappnya.. tanda².. hari mahu hujan gegegegegege ....

Sms hubby tanya kat rumah hujan x?? hubby kata takda hujan.. elok jer.. cuaca tak mendung pun.. nampak tak .. disitu.. awan di opis memang lain dengan awan dirumah.. dan aku bekerja di lain daerah hihihihihi ....

Dulu masa mula² bawak kereta sendiri ni, memanglah penakut.. kalau gelap jer.. cepat² lah nak balik tau.. hujan lebat ada kilat ke takda kilat ker??.. sanggup berhenti kat pam minyakk tunggu hujan reda tau.. punyalah penakut ... sekarang ni.. Alhamdulillah.. dah tak macam tu dah.. dah 3 tahun bawak kereta sendiri kan ... dah makin okklah... lagi² sekarang ni ditemani amir pergi dan balik kerja... haruslah ibu kene buat² berani kan.

Sebelum keadaan kat luar makin gelap.. baik balik dulu huhuhu .. kalau ikutkan ni.. macam sampai kemalam jer mahu hujan lebat ni... (^____^)v


Bicara Hati : Dah seminggu rasanya panas terikkan.. malam pun panas.. pasang ekon pun macam tak sejuk, barulah ni nak hujan.







Rabu, 10 April 2013

Hari Ditunggu² PRU13














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...