♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label WW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WW. Papar semua catatan

Khamis, 4 Julai 2013

Macam mana yang dikatakan kuat




Photo: DINIHARI} Assalamualaikum Alhamdulilah kita bersua kembali waktu ini anda bersama saya Zamshuri Hj Ramli kongsikanlah mutiara kata , kata - kata hikmah serta pengalaman terbaik anda di Ikimfm pilihan utama anda .

Kata² inilah yang dimaksudkan kuat, bukan kuat dari segi fizikal .. tetapi kekuatan dalaman itulah yang sebenarnya penting .. kekuatan rohani ... kerana semangat tidak pernah mengalah, berusaha .. dan terus berusaha mesti membawa kejayaan.. Yakinlah Allah berada disisi kita .. Yakinlah dia maha mendengar, maha mengetahui dan maha melihat .... jadi kuatkan semangatmu Masya .. kuatkanlah dirimu ...

Pernah tak korang rasa rendah diri, takut nak bergaul dengan orang yang lebih .. segalanya lebih ... termasuklah dari segi kehidupan, ataupun lebih dari segi kebendaan, lebih dari segi kepandaian .. lebih berpangkat ... dan segalanya lebihlah ... tapi korang kenelah yakin diri .. kerana orang lain rezekinya mungkin lain²... adakala kamu lebih disana, saya kurang disana .. kamu lebih disini .. saya kurang disini .... tapi mungkin rezeki saya lebih luas dibahagian lain ... bukanlah rezeki Allah bagi itu lain².. bergantung pada usaha yang kita lakukan..... 

Mak selalu pesan, biarlah kita susah dahulu .. kita akan bersenang² kemudian ... kerana kesenangan yang kita perolehi biasanya akan lebih berkat dan kita akan lebih menghargai apa yang kita perolehi...

Masya sayang semua .... Korang layanlah entry² masya membebl ni yer.... 

























Rabu, 3 Julai 2013

Rezeki Selepas Sebulan Menyepi


Wahhh .... dah sebulan menyepi tak sangka dapat cpuv baru, dan tak sia² pagi tadi sempat update bio blogger ... cari idea apa nak tulis bagi menarik hati nuffnang.

Tapi cpuv baru ni tak perasanlah bila iklan dia keluar jadi kalau korang nampak iklan Kanebo Kate SS Collecion menari² kat blog saya ni korang klik²lah yer... bila saya google iklan ni kalau tak silap pasal produk kecantikkan ni.

Terima kasih nuffnang sudi bagi cpuv baru, saya ingatkan nuffnang dah merajuk dengan saya.



Bicara Hati : Dapat 2 tugasan blogbuster .. tapi tak tahu nak buat huhuhuhu ...






Rabu, 19 Jun 2013

Uniform Saya Di Tadika



Ni kisah pagi tadi sebenarnya, hadoilah hari ni .. meeting penuh seharian grrrr redhooo pasrah .. tadah telinga jerlah... Amir hari ni ada rombongan naik komuter yeahaaa... yehaaaaa ... suka kemain lagi anak bujang tu.. dan balik nanti pasrah lah ibu kene dengar cerita amir pulak (^___^)v

Ini kali kedua amir naik komuter ikut rombongan dengan pihak tadika, tahun lepas pun ada join jugak .. walaupun amir lambat masuk .. yang sebenarnya tahun lepas dapat join sebab pihak tadika buat rombongan ni lambat sikit.. dari jadual asal mereka .. itu yang dapat join.. kalau tak jangan haraplah.....

Jom layankan gambar budak bersemangat nak ketadika dan join rombongan hihihihihi ....


Bila ada rombongan kenelah pakai kasut, kalau tak pergi tadika pakai selipar jer haahahaha....




Ala.. jangan lah amik gambar dekat ibu .. gigi amir tak cantik, takpa... gigi tak payahlah senyum besar ibu kata... kan.. rambut dah pendek.. hensemlah anak ibu .. pantang kene puji terus cair hahahaha ....



Malam tadi macam biasalah, kalau beria nak kesatu² tempat mata amir tu payah sangat nak tutup .. semangat nak berjalan lah katakan hihihihihi ..... kadang² buat saya gelihati pulak, siap pesan.. ibu jangan lupa stokin yer.. kasut ... nanti kalau tak pakai amir tak boleh naik komuter cikgu kata..;p

Nak harapkan ibu dan ayah bawak naik komuter sampai ke kali kedua amir dapat naik komuter dengan cikgu tadika ibu tak bawak² eh, amir janganlah majuk .. pergi dengan kawan² lagi seronokkan.. nanti kita pergi sama² naik komuter yer... sayang amir .... 




Bicara Hati : ibu yang lupa hari ni ada sesi fotografi kat opis, balik tengahari tadi tukar baju .. grrrrrr ... terpaksa.. arahan bos .. pasrah.






Rabu, 12 Jun 2013

Masalah Internet Kat Pejabat



Orang kata kat pejabat jangan layan internet, tapi kalau dah siap kerja takpalah kalau naik kerooo mata nak layankan internet takda sapa nak maah pun.... huhuhuhuhu ...

Tapi dah 3 hari ni memang internet kat opis ni tahap lembap dia hadoilah mengalahkan kura² berjalan tau, korang bayangkanlah .. kalau bukak blog korang nak baca memang lambat, tu belum lagi nak komen.. dah terpusing² pusing kat ruangan atas tu memang tak boleh nak kmen.. sudahnya .. masuk dua kali .. masuk tiga kali .. dah tak boleh komen .. memang bye lah yer.. maaflah sangat huk .. huk ..huk... 

Geram pun ada jugak, lagi² nampak entry tu .. eh² sama pulak menu kita masak, eh² sama pulak seleranya.. tapi tak boleh nak komen nak buat macam mana.. saya datang bacalah .. saya tak tahulah blog kawan² yang besar lambat nak loading atau pun komputer saya ni memang dah penat .. atau memang line internet tengah lembap sangat pun kat opis ni ...

Harap korang tak marah yer, saya datang jer baca.. terutamanya yang datang komen, cuma saya tak boleh nak balas komen atas masalah² tak dapat nak dielakkan ni...



Bicara Hati : Tak puas rasanya dah baca, lepas tu nak komen tak boleh uwarrrr, tapi .. ada jugak .. dah baca blurr kejap nak komen.. bila boleh komen .. takut silap bagi pendapat pulak.







Rabu, 5 Jun 2013

Suprise Buat Amir



Riang ria ... sukahati dihari rabu tanpa mahu banyak berkata².. apatah lagi jari menaip entry... jomlah layankan suprise buat amir.. yang tak berapa nak suprise sangat pun...


 Kek Redvet idaman, belikan yang kecik jer.. lebih pada nak merasa sebenarnya .....





 Budak baik.. yang teruja nak potong kek sangat, ibu belikan kecik jer pun..
kira macam sambut pre bestdaylah ni hahahaha ...;p





Bersungguh².. dia nak makan cepat .. melopong sepupu sebelah tak dikisahnya.



Bicara Hati : Amir dah bagi tahu .. nak sambut bestday dengan kawan² kat sekolah, amir nak kek superman .. erkkkkk .... nanti ibu pikir mana nak order yer.. sayang... ayah sediakan duit .. nanti ibu bagi resit hahahaha ... ;p



Rabu, 29 Mei 2013

Di sebalik SUPERHERO ada HERO² iBU





Korang rasa baju yang mana pilihan amir 
(^____^)v











Selasa, 28 Mei 2013

Harta Bukan Segalanya ...





Belajarlah untuk memahami hati seorang perempuan, hati seorang wanita, hati seorang ibu .. kerana ibu adalah wanita bukan, kerana isteri adalah wanita juga kan.. kan.... 

Seorang wanita itu sukakan belaian, sukakan usikkan .. suka akan gurauan ..... kerana disitulah wujudnya kemesraan .. kerana disitulah ikatan tidak akan renggang .... malah makin tesimpul rapat.

Harta mungkin boleh dicari sebanyak mana sekali pun.. boleh diusahakan ... tetapi untuk memahami hati seseorang .. untuk memahami hati dan masalah yang sedang dihadapi mungkin payah .... kerana wanita mudah memendam rasa, kerana wanita sukar meluahkan tak kala hatinya di rundung masalah.

Kata² ini bukan di tujukan pada sesiapa .. tapi rasanya semua wanita dan selagi yang membaca entry ini perempuan pasti setujukan.. dengan kata² ini ....

















Rabu, 22 Mei 2013

Tiba² tekak teringin nak makan kuih ni




Alahai petang yang panas, bukan panas diluar sahaja.. menjangkau kedalam opis ni hah... kan seronok macam ni .. kalau dapat menjamah kuih tepung gomak ..(gambar ihsan google) mana nak mencari ni huhuhuhu ....

Dulu kat opis selalu order kuih ni kalau ada mesyuarat pagi, sedappnya.. tiba² teringin pulak petang² ni .. bukan mengidam apa pun.. cuma teringin nak makan jer.. lama dah tak makan.














Elakkan Diri Daripada Berperasaan Begini





Apa agaknya kucing tu pikir yer ... 





Rabu, 8 Mei 2013

Datang dengan tema tanpa sengaja


Masa bujang kalau nampak merah oic rasa macam.. garangnya warna ni.. takuttt nak pakai.... seyes memang takda koleksi baju merah, ni semua lepas kawin baru mula pakai tau.. sebab baju² t-shirt hubby banyaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk warna merah gegegege .... kereta pun merah tau.. macam ferrari tu hah tapi bukan kereta ferrari lah... ;p lepas amir lahir lagi lah ibu sakan beli baju anak warna merah hahahahaa ....  bukan t-shir jer merah, topi, baju jalan, baju tidur, tuala.. haihh semualah... sudahnya amir pun sekarang garang macam rimau... eh² ada kene mengena ker?? tak kot....

Sebab tuan tanah kedaung masih bz jomlah layan gambar sekeping, 2 keping eh² 3 keping ni cukuplah dulu .... nanti tak bz tuan tanah kedaung melawat kawasan (eh² macam menang pilihan raya pulak kikikikiki )


Sempat possing² amik gambar kereta, korang tahu tak.. jalan jem nak pergi kenduri rumah kawan kita tu huhuhuhu ... haru betul, sudahlah jalan banyak tutup... sebab pilihanraya tu.. sebab ada orang lain pun buat kenduri kat lorong yang nak masuk kerumah kawan saya tu.... 
opss.. sila abaikan ternampak baju yang tergantung kat belakang tu...







Kunun nak muncung moody.. tapi.. macam ceria pulak gambar ni hihihihihi ..... kembang hidung ..;p






Kami yang datang sama tema tanpa sengaja gegegegege.. amir siap tanya napa ibu tak pakaikan amir baju merah huhuhuhuhu ... pipi ku.. pipi ku.... nampak tembam sungguh pakai udung ni grrrrrrrr ...;p


Bicara Hati : 05.05.2013 sempat pergi 2 jemputan perkahwinan, lepas mengundi sempat lagi tengok anak kawan yang baru lahir.. alahai comeyyynya baby girl ... sudahnya malam tidur awal .. tak tunggu keputusan PRU keluar sampai habis.



Rabu, 1 Mei 2013

auummm Sedappnya .....





Makanan kegemaran baru amir bila keluar dengan ibu dan ayah sekarang, ni kami makan masa balik daripada sukan tadika amir hari tu.. kat giant bukit tinggi.. memang sedapp.. tapi sayang.. banyak cepisan tulang ayam dalam tu.. (amirlah ngadu).. apa orang ni ibu.. masak tak bersih.. pulak dah.. budak² kan jujur .. huhuhuhuhu ... 

Ibu tak pandai masak kat rumah ye sayang, jangan suruh ibu masak pulak... kalau nak makan memang kene makan kat luar.. punca amir suka.. bila dia mula rasa masay saya bawak pergi makan kat Medan Selera Cili Padi.

Selamat bercuti buat semua para pekerja (^___^)v, kerja opis jer cuti.. ni sambung buat kerja rumah pulak huhuhuhu .....



Bicara Hati : Entry autopublish.. tuan tanah... sibuk cuti ni... tak taulah kemana.. ikut big bos sahaja...









Selasa, 30 April 2013

Fm Burger Buat Rakan Blogger



Alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi kerana masih dipanjangkan umur dan mohon agar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki ...

Mood baru nak happy balik ni lepas kejadian putus selera semalam. Oleh kerana mood baru nak happy ni saya nak kongsikan hadiah dengan kawan².. tapi ada satu sahaja.

 Sila fokuskan pada FM Burger sahaja, sebab FM 2 kek yang ada tu sudah siap bungkus di dalam sampul tunggu masa free nak pergi pos sahaja buat 2 orang rakan blogger yang baru sambut hari lahir akhir bulan 3 dan 4 (^___^)v



Fokus lagi.. cantik x??? FM Burger ni saya nak bagi kat kawan²...  tapi sebelum bagi kenalah jawab soalan teka teki saya dulu ... tunggu entry yang seterusnya yer... selamat mencuba...



Bicara Hati : Ada yang terliur ke tengok FM Burger ni .. hihihihihi...








Khamis, 25 April 2013

Kerusi Meja Tulis Dah Patah




Nampak tak tanda merah yang saya bulatkan tu, dah lama dah sengget rupa gitu.. eh² tak berapa nampak pulak dalam gambar ni.... amir pun naik takut nak duduk kat situ waktu belajar.. dia biasalah lagi suka menulis meniarap.. saya yang risau kalau dia sakit dada nanti ...

Sebenarnya tak perasan pun sejak bila rosaknya, sebab kerusi ni memang serbaguna betul amir gunakan.. dah pandai nak basuh pinggan sendiri sejak dua menjak sekolah ni .. sibuk nak berdiri guna kerusi ni panjat, tu belum lagi.. sibuk nak pasang suis lampu ... kami ni penjimatan sikit kat rumah tak suka pasang banyak lampu.. tapi kalau amir semua lampu nak dipasangnya termasuklah waktu tidur.. takmmoo bergelapp.. tapi dia dah tidur .. saya matikan jugak lampu tu.. sebab tak elok tidur dengan lampu terang benderangkan.


Nampaknya memang kene belikan meja baru ni... Meja ni baru je beli tahun lepas tu pun sebab ada promosi hubby belikan saya ada buat entry meja tulis serbaguna buat amir learning masa baru beli memang suka betul dia.. siap menulis mengajuk gaya hubby mengajar kikikikiki .. padahal tak pernah nampak pun hubby mengajar.



Bicara Hati : Hujung minggu ni amir ada sukaneka kat tadika, tak sabar rasanya nak tengok.. perkembangan dia dengan kawan².. tapi hubby pulak kerja erm... kita pergi berdua jerlah mir.













Rabu, 24 April 2013

Telur Masin Buat Sendiri





Bila telur itik banyak dirumah, idea lain takda memang buat telur masin jerlah, kalau nak harap masak dadar memang tak lah.. tak rasa macam tak boleh makanlah kalau tahu telur dadar telur itik kembang tekak dibuatnya. Tak tahulah kenapa.. tapi kalau dah goreng suruh makan tak tahu .. itu telur itik barulah selamba makan kot....

Telur itik kali ni kawan opis yang bagi, kebetulan banyak .. tapi saya amik 5 jer pun.. itu pun dah cukup banyak rasanya buat kami 3 beranak ni.... sebab jarang masakkan.. takut² nanti.. telur tu busuk pulak...

Pada kawan² yang nak buat sendiri telur masin itik ni.. cuba lah cara² membuatnya klik sini, lebih mudah.. di jamin kebersihannya... sebab beli kat kedai pun mahalkan...




Bicara Hati : Dah selamat masak pun 2 biji telur ni...















Pelik Tapi Benar



Entry santai² hari rabu katanya.... walaupun pagi ni macam nak pitam dibuatnya, sebab tak cukup tidur malam tadi...


Pelik tapi benar yang pertama :

 Tak sangka ada juga sambungan usb banyak pilihan macam ni.. pertama kali jumpa kat meja kawan .. masa nak pinjam komputer dia sekejap... hohohohoho.. banyaknya pilihan .... korang pernah jumpa tak?? seyes tak pernah inilah kali pertama. (eh² sambungan usb betul ker?? ntahh kita sendiri pun confius nak panggil apa.. yang pasti bukan plug)



Pelik tapi benar yang kedua :

Lepas kali pertama dapat cpuv hari tu.. berderet² dapat lagi, tapi yang lama semua pun dah kredit .. huhuhuhu .. jadilah nak beli surat kabar hujung minggu pun tak lepas.. jumlahnya kikikiki .... ni dapat lagi project breeze pop pop, tak pasti bila iklannya menari².. hari tu pernah nampak sekali kat bawah entry waktu pagi jer.. amaun pun macam dah tak bergerak² jer... terima kasih nuffnang bagi cpuv ni ... menarilah kamu seberapa lama yang kamu suka eh... janganlah cepat sangat dah kredit.










Isnin, 22 April 2013

Tips Elak Lesu Di Pagi Hari




Tiada istilah monday blues, tiada istilah lemah .... tiada istilah lemau.... mood hanya mahu bergembira dalam kerja dan dalam apa jua yang di lakukan.

Mengambil inspirasi anak supaya menjadi contoh yang baik, anak pun akan terikut² juga bila kita tunjukkan contoh yang baik... walaupun mood anak selepas cuti biasanya payah untuk ke sekolah.

Mulakan pekerjaan dengan niat ikhlas kerana Allah insyaallah akan diberkati ...

Amin ...







Rabu, 17 April 2013

MeatBall Homemade Ala IKEA



Pagi² tadi dah kene pergi meeting sebenarnya.. entry² hari ni semuanya entry autopublish, lepas makan tengahari barulah masuk opis.... tersenyum² melihatkan imej baru blog.. comel tak?? comel tak??? warna kegemaranku hihihihihihi ... saya tukar imej sikit, bagi baju baru kat blog ni. Nanti saya up entry yer.. order dengan siapa.. tak bayar lagi ni hihihihihi ...

Korang makan apa malam ni, owhh sekarang malam makan dah tak boleh berat² sangat hubby kata.. okk kita followw jer.. jadual diet hubby tu.. sebab penat² masak takda orang nak makan pun tak bestkan, amir tak sudah² dengan nasi lemak telur mata, jadi balik sekolah siap² dah belikan. 


Meatball Homemade ala² IKEA hahahaha......
sempoiii .... kan... padahal tak pernah makan pun yang ikea jual tu jadi tak tahulah rasanya sama ke tidak.
Makan sambil pejam mata menikmatinya.


 
Ni menu makan malam semalam sebenarnya, ada yang terliur ker??? jangan mintak resepi .. saya bukan kedekut yer.. tapi ini meatball yang dah siap² jual tu saya beli goreng jer kikikikiki .. bukan betul² saya buat uli dan golek² pun, kentang pun goreng yang dah beli frozen punya.  Sos pulak saya guna resepi sos chicken chop mudah tu. Memang membantu... cepat lagi lazatkan.



Bicara Hati : Ngantuk, mahu tidur awal.
















Crazy Orange !!



Kisah jalan-jalan dipetang ahad, sekadar mahu membeli susu tepung amir yang ada offer di Carefour, banayk jugak dah berubah dalam carefour ni lepas di ambil alih Aeon Big, dan banyak jugak barang yang nak dihabiskan stok untuk masukkan stok baru kot sebab ada pembelian contoh antara kami beli pencuci serbaguna cif sebotol rm 5.20 kalau 2 botol rm 7.30.. kan jimat tu... memang jauh beza harganya.. betul² nak habiskan stok sedia ada ni. 


 Bertukar ..... oren, cantik jugak yer...



 Carefour kini lebih dikenali Aeon Big



Nak interframe jugak (walaupun malu sebenanya) masa jalan² tu, tuan tanah pakai shawl oren baru beli kat FB QphatHijabist




Bicara Hati : Berjaya jumpa tortilla akhirnya hahahahaha...... 



Jaga Hati Dan Jiwa








Isu Panas

Sejak akhir-akhir ni banyak sangat orang google cari maklumat ni.. tak kurang jugak komen daripada cik annon pasal bende... saya kongsikan bukan sebab politik yer.. saya kongsikan sekadar apa yang saya tahu sahaja... dan kebetulan amir dapat baucer untuk berbelanja tu... jadi saya kongsikan sahaja di blog untuk makluman saya akan datang juga.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...