♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 25 September 2013
Abang Hensem Jaga Adik
Selasa, 24 September 2013
Hati Seorang Abah - Kasihnya Jarang Ditunjukkan
My First FreezerMate Set
Kata - Kata Semangat Setiap Hari
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Bicara Hati :
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Isnin, 23 September 2013
Kek Batik Biskut Marie
Dah lama tak membuat kek batik, bukan sebab takda mood .. tapi tiada permintaan hihihihihi .. jadi bila tiada permintaan jarang²lah nak membuatnya.... tapi baru² ni rasa macam nakkkk sangat makan .. nak rasa biskut yang ranggup bila di gigit.. coklat pahit manis.. tak melekat² sangat ... jadi dah cerewet sangat tu.. kenelah buat sendirikan.. ikut citarasa tekak sendiri ... kalau beli 6 ketul hirisan tu dah rm 2.50 huh kan ke mahal tu.
Bahan² semua dah ada ... patutnya buat dirumah .. tapi hubby bagi tahu pagi sabtu kene balik kampung.. dah semua bahan² ku hangkut dalam satu plastik kikikiki .. buat kat kampung .. hasilnya, stu plastik biskut marie.. menjadi seloyang tentu²lah tak cukup kikikikiki ....
Kembang kempis .. mak kata sedappp (padahal resepi durhaka tu... suka suki bahan ikut apa yang ada.. habiskan stok), amir lagilah melambung² dok memuji kata sedapppp ... siap pesan bawak balik ... nak makan kat rumah pulak.
Rizqi Dah Pandai Meniarap
Rizqi dah pandai meniarap .... aloloooooo .. mulut becok kemain lagi.
Penat meniarap .. tak reti pusing .. menjerit² mintak dukung kikikikikiki.....
Hari Baru , Mood Baru , Rambut Baru
Dua heroooo ibu hari ni berambut baru hihihihihihihi .... amirlah paling bersemangat hari ni, sampai tak sempat ibu nak amik gambar dalam kereta tau .. sabar jerlah ....
Baru² ni kan amir tak sihat, semalam pun masih dedar² lagi .. tapi sebab ada jemputan kawin anak kawan hubby dan pertama kalinya nak bawak amir pergi kenduri kat hotel .. dia kemainlah teruja tau .. sampaikan demam pun dia kata dah sihat.... lagipun ni pertama kali kawan hubby buat kenduri kawain 3 orang anak dara sekali kawin hihihihihi .. yang sulung dapat orang jooopun ..... meriah majlis mereka .. ramai jemputan, balik kenduri kami bawak amir jalan² .. terus ajak potong rambut sekali.. memula tak nak .. pujuk².. hubby umpan .. lepas potong rambut boleh masuk playground .. terus setuju... bila rambut dah pendek ni ringanlah sikit kepala tu .. kalau tak asiklah dok mengaru .. hubby pun potong rambut jugak... nak bagi amir semangat potong rambutkan... (^___^)v
Sabtu, 21 September 2013
Resepi Agar - agar Oreo Paling Senang Dan Sedap
Bahan² yang saya gunakan super duper senang .. yang ada kat rumah sahaja .. janji oreo ada .. itu yang penting.
Agar² 20g
Oreo
Susu Cair
Serbuk koko dan gula (tiada dalam gambar.)
Air secukupnya
Caranya pun mudah sahaja basuh agar² .. masukkan air.. saya ikut sukatan panjang plastik agar20g yang saya gunakan.. maknanya kan ada plastik agar² tu .. korang dah bukak jangan buang, korang dah basuh agar².. gunakan plastik agar² tu .. buat sukatan untuk letak air kat agar² tadi... pastikan basuh plastik tu dulu.. bukan basuh dengan air sabun yer.. kang pingsan pulak korang makan... kira macam bilas² dengan air gitu.. itulah tips supaya agar² tidak terlalu cair atau keras wiwiwiwi .....
ok dah masukkan air masak dia ... letakkan gula ikut selera masing² nak manis ke tidak.
Sementara air agar² mendidih... si bujang buang krim oreo .. haruslah tolong ibukan.. sebab amir yang buat permintaan. hihihihihi .. lepas buang krim masukkan biskut oreo dalam blender dan campurkan satu tin susu cair serta satu sudu besar serbuk koko. Bila agar² tadi dah mendidih barulah masukkan semua bahan yang dah blander ni ... senang jerkan... (^____^). Tunggu sampai beul² masak dan likat.. barulah matikan api.
Tara... inilah hasilnya ... ada lebihan oreo tu saya saja patah² masukkan kat agar² ni .. jadi bila makan terasalah sikit kerangupan biskut oreo u.. emmm sedappnya.. senang jerkan....
Percaya tak inilah kali petama saya buat, memula tu macam ala... macam mana nak buat ni ... ala .. macam mana ni , saya pikirkan secara logik dan senang jer.. inilah resepinya.. inilah hasilnya.. alhamdulillah menjadi .. sebekas saya bawak pergi opis, satu bekas untuk makan kat rumah ... kalau ikutkan yang sebekas tu amir nak makan dengan kawan² tadika .. no.. no .. no.. kang tak cukup haru .. baik makan kat rumah jer... dan percaya tak.. sebelum tidur.. dia dah mintak tolong potongkan dia nak makan... ni memang betul² nak makan ni .. dia makan 2 potong jer.. dia kata sedapp.. esoknya dia sambung lagi makan... siap bawak pergi rumah akak ipar kikikikikiki .... sebekas tu banyak sangatkan... tak habis kami 3 beranak.
Selamat Mencuba .....
Bicara Hati : Hnaya buat agar² atas permintaan amir sahaja, kalau tiada permintaan memang tak buat.
Jumaat, 20 September 2013
Khasiat Buah Delima
Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Mengurangkan Berat Badan.
Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol. Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.
Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah. Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
Khamis, 19 September 2013
Buai Laju - Laju Tunggu Tuan Puteri
Laju ... laju .. buaiku laju .....
sayalah putera tunggal anak masya .....
Laju .. laju buaiku laju ......
Sapa yang sudi nak meminang saya ...
Saya nak kawin dengan puteri raja ...
hahahahahaha ..... saya tak katan lagi mana boleh di pinang, sayakan lelaki ... jangan marah semua ... ibu amir tengah tension tu .. dia bizi .. jangan kacau dia .. jom layan amir.
Mesyuarat Batal , Rezeki Ditempat Lain
Dua Hari Audit Seharian Meeting
Rabu, 18 September 2013
Statistik Nuffnang Semakin Positif Pada Hujung Minggu
Minggu lepas ...
opsss.. masih ada cpuv hohohoho.. RHB tu palinggggggggg lama ooo bilalah nak kredit, jari dah gatal ni....
Suka Hati Tanpa Berkata
Semalam yang berdebar² ..... mulut mampu tersenyum, dalam hati allah sahaja yang tahu.
Hari ini lagi berdebar .. alhamdulillah audit dah selesai ... opssss ... takut di buatnya mujurlah tiada kuiri yang besar² ....
Selasa, 17 September 2013
Belajar Application Baru Fotorus
Fesyen Aidiladha Thepoplook
Isnin, 16 September 2013
Selamat Bercuti Hari Malaysia
Jumaat, 13 September 2013
EPHYRA Sangat Berkesan .. Sesuai Dengan Saya
Minuman wajib saya sebelum tidur .. setiap hari minum tanpa skip, balik kampung pun saya bawak kikikikiki .. tu yang mak tahu tu ..;p nasib baik minggu lepas tak balik.
Pengalaman saya selepas minum selama 2 minggu : -
Ni kira pengalaman saya tau .. orang lain mungkin lainlah keberkesanannya, jujurnya saya amik bukan sebab nak putihkan kulit muka atau hadapi masalah jerawat ke hapa .. tapi saya tertaik bila ephyra ni boleh kurangkan rambut gugur dan haluskan tumit kaki. iyer.. tumit kaki .. kalau dah muka cantik.. tapak kaki kematu apa halnya kan .. geli lah.. tau ....
Sorry tunjuk tapak kaki pulak.. gambar yang sebelum tu dia macam kat tapak kaki ada kulit mengelupas pun iyer.... tapi tak jelas pulak bila amik gambar, gambar yang selepas tu dia makin ok.. tapak kaki makin lembut .. gambar nampak terang bukan saya edit .. cuma gambar selepas tu saya amik guna flash auto tu nampak macam terlebih putih .. saya tak edit pun ... tapi memang nampak perbezaanya.
ok 3 hari saya minum, perubahan pertama saya rasa.. badan saya tak lesu bila bangun pagi.. seyes tau .. bangun pagi walaupun saya tidur cuma 5 jam, maksudnya bila saya tidur malam lewat .. saya bangun esok pagi alhamdulillah rasa segar sangat².. bersemangat setiap hari .. sampaikan ada satu hari tu kan.. kikikiki .. geli hati pulak saya terbangun pukul 5.10 pagi, saya ingatkan dah pukul 6.10 pagi .. lintang pukang saya mandi .. sebab dah lambat nak pergi kerja, sekali keluar mandi eh² baru 5.20 pagi . gegegegege .... siap gosok mata betul ker?? hahahaha .. senggal kejap pagi² tu .. dah bangun awal teruslah bersiap .. siap sempat buat sarapan nasi goreng sarapan pagi tu, bancuh air, goreng kentang .. hubby pun macam pelik.
Selain itu saya perasan sejak saya minum ephyra ni .. senang lawas.. baik pagi .. baik malam hihihihihi.. jadi takdalah lagi istilah perut sebu ke hapa hihihihihi .. kan, bende² tak elok dalam badan eloklah di nyahkan segera.... itu yang saya tak lesu tu kot .. bersemangat selalu...
Perubahan rambut terlalu banyak gugur pun dah makin berkurangan, maksudnya rambut masih gugur lagi .. cuma tak berapa banyak sangatlah, kalau tak.. ish lah.. kat rumah saya tu .. menyapu sana sini rambut saya jer tau ... malu kadang .. dan asyiklah kene menyapu jer... rambut pun dah makin nipis. huhuhuhuhu... Inilah yang saya suka.. saya harap sangat ephyra membantu saya .. masalah rambut gugur ni .. saya dah cuba banyak syampu .. memang susah nak berkesan... mungkin dia perlukan rawatan dalaman .. macam minum ephyra ni .. harap sebulan guna nanti .. makin berkuranglah rambut ni gugur...
Perubahan kat muka nak tengok ker???? alhamdulillah memang ada perubahan, saya paling suka .. minum ephyra ni kulit saya macam lembut sangat walaupun tak pakai pelembap .. maklumlah saya kan kerja dekat ekon huhuhuhu .. seyes mesti kene pakai pelembab kalau tak kulit macam mengelupas.. kusam jangan cakaplah .. tu belum lagi dengan warna kulit tak sekatanya .. dah mata macam panda, kadang tu dah lambat bangun saya pergi kerja tak sempat pakai pelembap muka nampak macam sembab jer.. alhamdulillah saya gunakan ephyra ni .. tak pakai pelembab pun kulit ok... makin cerah... gambar sebelah kiri mula² tu.. itu gambar tanpa bedak sebelum saya mula minum ephyra, gambar tengah tu gambar lepas 2 minggu minum ..... dan yang pakai tudung pink coklat tu saya pakai pelembab dan bedak .. nampak lagi cerah ... wiwiwiwiw .. sukanya sukanya, berbaloi² sangat.
Tel: +603-4142 1786
Fax: +603-4142 1776
Email: info@oceanlife2u.co
Khamis, 12 September 2013
Minggu Peperiksaan Akhir Tahun Amir Dah Bermula
Siap tampal koyok hihihihihihi ..... kat badan pun.. sebab badan dia macam dedar sikit, ni dekat 2 bulan tak demam.. kali terakhir dia demam masa awal ramdhan.. lepas saya bagi minum meal shake alhamdulillah semakin ok... dah habis 2 bulan ni demam pulak .. alahai.. macam kene teruskan jer minum meal shake tu.
Langgan:
Catatan (Atom)