♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 24 September 2013

Home » , , , , » Kata - Kata Semangat Setiap Hari

Kata - Kata Semangat Setiap Hari


Tiada istilah blues... sentiasa bersemangat, setiap mahu berpikiran kehadapan ... sentiasa mahu melupakan apa yang pernah berlaku .. tetapi percayalah apa yang pernah berlaku .. memang boleh dilupakan walaupun adakalanya bila bersendirian kita akan mengenang masa lalu .... biarkanlah dia sebagai kenangan ....

Jadikan kata² ini sebagai semangat dan inspirasi dalam diri setiappp hari .. iyer setiappp hari .... (^__^)v

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.











Bicara Hati :
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil



















8 ulasan:

Joanna Yunus berkata...

kebenaran nya terserlah disetiap bait kata...

Ujie berkata...

Dlm beberapa hari ni mmg asik terbaca kata2 kat atas tu...org letak kat fb, group whatsap.

Bahagialah ikut acuan sendiri, selagi letak org lain sbg tanda aras...kita tak mungkin jumpa bahagia.

ZalinZalina berkata...

Kak ina bila dah berblog ni baru la dengar pasal Monday Blues.. betul sangat yang pasal rezeki tu...hati yang tenang pun rezeki jugak kan Masya...mudah2an kita semua sentiasa dimurahkan rezeki..

Ummi Iman berkata...

Apa pun hidup ni kena sentiasa bersyukur dan ingat Allah selalu pasti tenang jiwa. Inshaallah alhamdulillah.

Ibu Lala berkata...

Singgah sini. Assalamualaikum.

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

bersyukurlah dgn apa yg dimiliki skrg ni

Jue a.k.a Ibu 2F berkata...

indah kata2nya...

Deqla Manjew berkata...

like this entry.. setuju sgt2.. rezeki Allah tu luas.. mcm2 cara Dia turunkan rezeki utk hamba2Nya..alahmdulillah! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...