♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 27 Februari 2012

Happy Birthday Kawan² Alam Maya

Assalamualaikum... Semua....

Salam pagi isnin semua.... dikesempatan ini saya ingin mengucapakan Selamat Hari Lahir buat IntaNBerliaN a.k.a ina yang ke-29 tahun pada 25 Februari 2012 dan BIARKAN BLOG INI BERBICARA a.k.a echa yang ke-27 tahun pada 27 Februari 2012.

Semoga kawan² alam maya saya ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan mencapai impian serta harapannya ditahun 2012 dengan cemerlang, gemilang, terbilang. Mengenali kalian semua walaupun hanya dialam maya.. amat²lah dihargai.. moga perkenalan ini akan disusuli pertemuan yang indah suatu hari nanti jika ada kesempatan... (^__^)v

Takde hadiah istimewa yang boleh disampaikan... sekadar tatapan buat kalian.. lap air liur bebanyak tau.. kalau dekat bolehlah saya belanja...

Hanya muffin simple.. mengantikan kek, kene diet okk.. jangan makan kek banyak².. cukuplah tu kan 3 ketul sorang satu.. ina satu.. echa satu.. dan saya satu... (^__^)v

 Seloyang pizza... saya buat sendiri tau... 

Pencuci mulut mestilah ais krim terbaikkk dengan hiasan yang pastinya mengiurkan ok...

So sweet 
manis dan pahit dalam kehidupan ini... serta asam garam dalam kehidupan yang telah berlaku adalah mematangkan kita... jangan sesekali mudah cair seperti coklat bile di suhu bukan sejuk ok...

Pesana buat kalian semua daripada saya : Semalam adalah sejarah.. hari ini tetap hari ini yang akan berlaku.. dan apa jua yang akan berlaku akan datang adalah ketentuan.. percayalah pada Allah s.w.t. kerana tiada siapa pun yang mampu menolaknya.... peluk kuat² semua dari jauh.. hanya ciuman terbang dapat dikirimkan... ;p


Jumaat, 24 Februari 2012

Intan Berlians First Giveaway

Assalamualaikum Semua....

Salam dipetang hari... dah lama nak join .. tapi tak berkesempatan nak jenguk blog pihak penaja... alhamdulillah akhirnya berjaya juga.. moga jari ini bertuah lah hendaknya....

Mood pun tengah berkobar² nak join Giveaway sekarang ni.... hadiah yang ditawarkan pun menarik² tau... tak percaya tengok kat sini meh cepat tengok hadiah untuk u all ni.


STICKY MODE UNTIL 29/02/2012 

Senarai sponsor untuk Giveaway Intan Berlian:

Blog House of Pines Boutique 
Facebook The Bag Galore 
Blog Gojez Houz 
Blog Butikpinkku 
Blog MIz IrYa Boutique 
Blog Scarf Sweethoney 
Fanpage FashionTwister 
Blog Pretty Lens Store 
Blog Shuhadah Bajuibu 
Fanpage BabyIbu Shoppe 
Blog Coklatmanis2u 
Blog Dewisartworkstation 
Fanpage sukacollections 
Blog Nadi Craft 
Blog Herba Tihara 
Fanpage Moe Closet 
Blog Indiana Boutique 
Blog Cik Pingu 
Blog Qasehnya Rania 
Blog Fieda Rafli 

Barang Terbuang Hasil Lumayan

Assalamualaikumm Semua....

Sape kata barang terbuang tak memberi hasil, banyak hasilnya tau kalau kite pandai... bukanlah nak bangga tapi itulah abah saya... dulu kalau balik kerja ada jer barang yang dah tak berguna kat tempat kerja di bawak balik dan diubah suai olehnya... memang tersangatlah kreatif.... nanti saya buat entry tu.. bukan janji tapi pasti hahahaha.. sebab saya tak berkesempatan nak ambil gambar barang² yang abah dah ubah suai tu...

Baru² ni abah dengan adik lelaki ku yang sulong mengemas luar rumah, banyak sangat barang² dan besi² terpakai kat belakang.. semuanya abah dan adikku kumpul.. untuk dijual.. hasilnya memang lumayan penuh satu lori kawan abah barang terkumpul tu hahahahaha.....

Tak caya ce tengok.. ce tengok gambar yang amir ambil ni.. hahahaha.. ibu pun tak tahu bile masa amir ambil gambar ni... sebab ibu sibuk tengok orang punggah barang² naik lori.. pandai anak ibu ambil gambar ni senyap² yer... sorrylah gambar ni amir ambil dari tingkap jer.. tu yang nampak kabur.. dan pandangan dari rumah atas makkan tu yang nampak cermin tingkap tu...

 Banyakkan.. ni baru sikit.. yang baju oren tu adik lelaki sulong.. perasan muka macam khairul fahmi che mat.. nama jer sama fahmi hihihihihi......

 Tu dia.. botol² minyak penuh setengah lori.. belum lagi botol² clorok.. habis semua adik saya ikat² jadikan satu... memang banyak....

Alhamdulillah.. hasilnya lumyana semua abah jual dapat rm480.00 kalau tak salah.. banyak tu.. terkejut saya.. tapi yang pertama kali jual dulu lagi banyak.. penuh satu lori dekat rm800.00 tau... memang terkejut sangat masa tu... kire rezekilah jugakkan.. hubby pun mewarisi jugak.. rajin jual surat khabar terpakai jer kat rumah tu hihihihihi.... kalau barang² macam ni memang tak sempat kumpul semua dah kene buang siap² bile lori sampah datang.

Khamis, 23 Februari 2012

Dokumentari Khas Lisa Dan Yusri

Assalamualaikum Semua....

Gambar Ihsan Google jer... so sweet....
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam  
Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam

Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.

Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit  muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.

Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. “
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan. Untuk lebih lanjut boleh klik SiNi

Tak sabarnya nak tunggu malam esok nak tengok hihihihihi....

- Sweet jer -

Semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.. dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah Amin... (^__^)v


Al-fatihah Buat Arwah Adik Faris

Assalamualaikum Semua....

Mood saya daripada pagi tadi sedih jer.. lagi² baca kisah adik faris ni.. rasanya semua blogger yang tahu kisah ni pun macam tu jugak...

Secara peribadinya memang tak mengenali keluarga beliau, tetapi sebagai seorang ibu.. entry² bersama mazidulakmal yang berkisar mengenai Faris memang akan menyentuh hati saya....

Moga keluarga meraka tabah menghadapi ujian ini.... dan adik faris tenang disana kerana Allah s.w.t lebih menyayanginya.... segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.. alhamdulillah juga kerana perkhabaran gembira diterima ibu faris kini sedang mengandung 2 bulan....

Al- Fatihah Buat Arwah Adik Faris Nur Daniel Bin Shamrulismawi

Amir Layan MR BEAN Lah Pulak...

Assalamualaikum Semua....

Gambar ihsan google jer.....

Sape yang tak gelak kalau tengok cerita mr.bean.. tipu lah kan... tahu tak amir suke sangat tengok cerita mr. bean ni.. puncanya pergi rumah sepupu dialah.. dia tengok.. sudahnya sampai sekarang dia jadi suke pulak asyik nak tengok cerita mr.bean.. saya ni memang tak minat sangat.. layankan jerlah....

Cerita mr. bean pun banyak dah diulang² tapi amir masih nak tengok jugak.. malam tadi pun ade ulangan lagi kat tv3, setiap hari amir akan tanya.. ibu ada mr. bean tak malam ni?? kalau cakap takde mula lah dia tanya.. kenapa takde.. bile ade... amir nak handset ibu amir nak tengok mr.bean. huhuhuhuhu.. dan banyak kali tengok pun masih tak jemu².. daripada yang versi katoon sampailah yang original. Sampaikan ayah kene download kat handset semata² bagi amir tengok supaya dia tak merenggek²....

Sudahlah malam tadi ada bola... amir sibuk nak tengok mr. bean, ayah pun macam benggang jer tengok malaysia lawan jepun main bola hihihihihi.. saya apa lagi.. amik keputusan masuk bilik.. baca novel terus tertidoooo.. sedar² amir dah ade tido kat sebelah, mata pejam tapi mulut merenggek² nak susu.. tengok jam dah pukul 2.00 tengah malam...

Nampak tu kusyuk jer tengok video mr. bean, walaupun dah banyak kali tengok... tu belum lagi kalau main game huhuhuhu....

iDEA BRiLLiON : JALAN ALTERNATiF

Assalamualaikum Semua....

Fuhhh legaaa.... semalam kan saya ada cerita bulan ni jalam jem yang melampau lagi² laluan utama... sudahnya semalam ceritalah dengan hubby 'camne ni.. jalan jem teruk.. bulan ni thumprint lambat, dah lah thumprint biol kadang² tak boleh baca cap jari' siap buat muka kesian hihihihi.....

hubby jawab 'cuba lalu jalan dalam tu.. mesti tak jem..' 
saya 'jalan dalam????' 
hubby 'jalan yang selalu lalu masa bulan puasa tu'
saya 'ooowwwwwhhhhhhh' kemain panjang lagi.... iyerlah napa tak terpikir yer.. tp kat situ banyak bonggol huhuhuhu... cuba jerlah... daripada sampai lambat kan.. kan...

Alhamdulillah misi berjaya hari ni idea hubby suruh lalu jalan alternatif berjaya... laluan alternaif memang selalu saya gunakan masa bulan puasa jer tak kira lah nak pergi kerja ataupun balik kerja memang banyak membantu sebab tak jem.. cuma kawasan perumahan banyaklah bonggolnya sikit huhuhuhu.... 

Keluar rumah 6.45pagi sampai opis 7.25pagi (sijangkang-klang) oklah tu kan... kan... daripada semalam tak boleh bayangkan tahun depan amir dah sekolah macam mana nak pergi keje.. ni pun jenuh kejutkan dia soh bangun.. ibu kalau soh dokong dia memang tak larat ooooooo.... tapi kalau angin puting berliung dia datang xmoo turun kete bile dah sampai rumah pengasuh.. memang kene gagahkan dirilah jugak dokong.

 Gambar takde kene mengena hihihihi... tibe² nak letak jugak.. sebab ade gambar kereta... elok jer.. ayah pun muat jugak duduk dalam kereta tu yer... hihihihihihi....

Rabu, 22 Februari 2012

Jalam Jem Yang Melampau².....

Assalamualaikum Semua....

Untuk kesekian kalinya dalam bulan ni saya sampai lewat melampau² lagi huhuhu.. gara² jalan jem, ampunkan saya jerlah yer bos.. bukan saya yang keluar lambat dari rumah.. keluar rumah sama jer dengan hubby pukul 6.45pagi.. tapi pagi tadi sampai opis 7.55pagi haru betullah dekat satu jam dalam kete.... nasib baiklah auto.. kalau manual mau saya meraung kaki kejang.

Tak boleh nak kata apa.. semua orang naik kereta lepas hantar anak² masing² nak pergi kerja.. jalan pun jem di waktu kemuncak.. sudahnya redhoo jerlah... tadah telinga... akhir bulan ni.. kalau rekod x bagus...

Saya bukan takmoo masuk lambat boss, kalau saya masuk lambat balik lagi lambat mau sampai rumah pukul 7.00malam.. alamatnya dapur tak berasaplah.. asyik makan kat luar.. pengasuh pun mesti muka mashem nanti (walaupun x pernah lagi buat muka mashem) hihihihihihi.... jauh sekali nak mintak bayaran tambahan.. kire oklah tu kan pengasuh anak saya... nak harapkan hubby ambil awal.. hubby pun nak kene buat keje rumah dulu.. mane nak buat keje sekolah dia lagi.. lagi kesian kan kan.....

Gambar ihsan google jer... dalam jalan jem manelah nak sempat ambil gambarkan.. kang tercium bontot kete orang lain kan haru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...