♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 28 Februari 2012

Dumex chef cilik

Assalamualaikum Semua....

Selamat pagi semua... ingatkan lepas master chef dah habislah pengaruh amir nak main masak².. rupanya tak jugak... lepas master chef jadi dumex chef cilik pulak huhuhuhuhu.... pernah jugak pergi pasaraya amir mintak mainan masak² ni.. tapi saya tak layankan.. bukan sebab dia lelaki tak boleh main masak².. tapi sebab set tu akan menambahkan rumah lebih berserak kalau mainan berterabur.. nasib baiklah amir tak beria² sangat nak soh belikan hihihihihihi.....

Datang balik pengaruh nak main masak² bile puncanya malam tadilah tengok kat astro ria.. kebetulan amir pun liat nak tido malam tadi.. daripada dia layan kartun kat babytv tu jer.. lebih baiklah dia tengok masak² kat dumex chef cilik ni kan...

Sudahnya dia pun sibuk nak masak jugak haihh.. layankan jerlah.. padehal mata ibu ni dah tak boleh nak bukak nak katub jer huhuhuhuhu... jenuh pujuk ajak tidooo takmoo jugak..

 Nampak tak tu.. pensil warna dah jadi sudip uwar........

 Sambil masak.. mata tengok tv dan sambil bebel²... mengalahkan chef wan...

 Fokus sikit apa yang dimasaknya.. nampak tak???.. iyer.. jangan terkejut itu ikan plastik... hasil daripada tangkapan kononnya.. sebab saya ade belikan mainan pancing² hari tu.. batang pancingnya pun dah rosak... 
saya siap tanya amir masak apa tu.. masak ikanlah.. masak asam pedas hihihihihi.. tegelak² saya.. mir kalau masak dalam bekas ni mir kuah pun takde mir.. kan bekas tu banyak lubang bocor... 

hadaoiii mainan bersepah lagi..... nampak tak tu.. koleksi jentera² macam ni memanglah banyak sesangat kat rumah ni.. sebab amir peminat no.1 huhuhu.. tu belum lagi yang besar.. ni pun banyak ayah dah simpan dalam bekas.. letak kat belakang huhuhuhuhu... (^_^)v


Budak² lelaki memang macam ni agaknya kan.. kalau main... suka sepah²... ibu dah tak larat nak cakap soh kemas... kalau yang kecik² ni terpijak memang sakit tau... selalu bile soh amir kemas mesti dia cakap ibu pun tolonglah amir kemas jugak.. sabooo jerlahkan...  

Isnin, 27 Februari 2012

Kek ohh tidakkk... hilang dietku...

Assalamualaikummm Semua....

Kek aiskrim daripada secret receipi buat boss...

Selamat petang semua.. dah minum petang ker?? nampaknya petang ni tak payahlah saya nak beli goreng pisang atau kopok lekor.. sebab opis buat jamuan untuk bos tengah hari tadi.... soo suprise bukan kek jer pakej sekali makan tengah hari....

Hahahahaha... suprise untuk boss.. tapi saya pun menyibuk jugak nak join kan.. bukan join jer.. nak potong kek sesama... opss.. gambar tak boleh dipamerkan atas sebab² tertentu (perasaan jerkan...) gambar tak cantiklah tak bersedia.. malas nak upload.... upload gambar kek jerlah.. kek pun sedappp... kek daripada secret receipi mestilah sedapkan.. kan...

nyum² habis sudah saya makan..... hilang diet tau.. manelah tak kembang badankan.. huhuhuhuhuhu

Selamat hari lahir boss semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki.. jangan pening² layan kerenah kami ni yer... semoga boss lama sikit kat sini...


Happy Birthday Kawan² Alam Maya

Assalamualaikum... Semua....

Salam pagi isnin semua.... dikesempatan ini saya ingin mengucapakan Selamat Hari Lahir buat IntaNBerliaN a.k.a ina yang ke-29 tahun pada 25 Februari 2012 dan BIARKAN BLOG INI BERBICARA a.k.a echa yang ke-27 tahun pada 27 Februari 2012.

Semoga kawan² alam maya saya ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan mencapai impian serta harapannya ditahun 2012 dengan cemerlang, gemilang, terbilang. Mengenali kalian semua walaupun hanya dialam maya.. amat²lah dihargai.. moga perkenalan ini akan disusuli pertemuan yang indah suatu hari nanti jika ada kesempatan... (^__^)v

Takde hadiah istimewa yang boleh disampaikan... sekadar tatapan buat kalian.. lap air liur bebanyak tau.. kalau dekat bolehlah saya belanja...

Hanya muffin simple.. mengantikan kek, kene diet okk.. jangan makan kek banyak².. cukuplah tu kan 3 ketul sorang satu.. ina satu.. echa satu.. dan saya satu... (^__^)v

 Seloyang pizza... saya buat sendiri tau... 

Pencuci mulut mestilah ais krim terbaikkk dengan hiasan yang pastinya mengiurkan ok...

So sweet 
manis dan pahit dalam kehidupan ini... serta asam garam dalam kehidupan yang telah berlaku adalah mematangkan kita... jangan sesekali mudah cair seperti coklat bile di suhu bukan sejuk ok...

Pesana buat kalian semua daripada saya : Semalam adalah sejarah.. hari ini tetap hari ini yang akan berlaku.. dan apa jua yang akan berlaku akan datang adalah ketentuan.. percayalah pada Allah s.w.t. kerana tiada siapa pun yang mampu menolaknya.... peluk kuat² semua dari jauh.. hanya ciuman terbang dapat dikirimkan... ;p


Jumaat, 24 Februari 2012

Intan Berlians First Giveaway

Assalamualaikum Semua....

Salam dipetang hari... dah lama nak join .. tapi tak berkesempatan nak jenguk blog pihak penaja... alhamdulillah akhirnya berjaya juga.. moga jari ini bertuah lah hendaknya....

Mood pun tengah berkobar² nak join Giveaway sekarang ni.... hadiah yang ditawarkan pun menarik² tau... tak percaya tengok kat sini meh cepat tengok hadiah untuk u all ni.


STICKY MODE UNTIL 29/02/2012 

Senarai sponsor untuk Giveaway Intan Berlian:

Blog House of Pines Boutique 
Facebook The Bag Galore 
Blog Gojez Houz 
Blog Butikpinkku 
Blog MIz IrYa Boutique 
Blog Scarf Sweethoney 
Fanpage FashionTwister 
Blog Pretty Lens Store 
Blog Shuhadah Bajuibu 
Fanpage BabyIbu Shoppe 
Blog Coklatmanis2u 
Blog Dewisartworkstation 
Fanpage sukacollections 
Blog Nadi Craft 
Blog Herba Tihara 
Fanpage Moe Closet 
Blog Indiana Boutique 
Blog Cik Pingu 
Blog Qasehnya Rania 
Blog Fieda Rafli 

Barang Terbuang Hasil Lumayan

Assalamualaikumm Semua....

Sape kata barang terbuang tak memberi hasil, banyak hasilnya tau kalau kite pandai... bukanlah nak bangga tapi itulah abah saya... dulu kalau balik kerja ada jer barang yang dah tak berguna kat tempat kerja di bawak balik dan diubah suai olehnya... memang tersangatlah kreatif.... nanti saya buat entry tu.. bukan janji tapi pasti hahahaha.. sebab saya tak berkesempatan nak ambil gambar barang² yang abah dah ubah suai tu...

Baru² ni abah dengan adik lelaki ku yang sulong mengemas luar rumah, banyak sangat barang² dan besi² terpakai kat belakang.. semuanya abah dan adikku kumpul.. untuk dijual.. hasilnya memang lumayan penuh satu lori kawan abah barang terkumpul tu hahahahaha.....

Tak caya ce tengok.. ce tengok gambar yang amir ambil ni.. hahahaha.. ibu pun tak tahu bile masa amir ambil gambar ni... sebab ibu sibuk tengok orang punggah barang² naik lori.. pandai anak ibu ambil gambar ni senyap² yer... sorrylah gambar ni amir ambil dari tingkap jer.. tu yang nampak kabur.. dan pandangan dari rumah atas makkan tu yang nampak cermin tingkap tu...

 Banyakkan.. ni baru sikit.. yang baju oren tu adik lelaki sulong.. perasan muka macam khairul fahmi che mat.. nama jer sama fahmi hihihihihi......

 Tu dia.. botol² minyak penuh setengah lori.. belum lagi botol² clorok.. habis semua adik saya ikat² jadikan satu... memang banyak....

Alhamdulillah.. hasilnya lumyana semua abah jual dapat rm480.00 kalau tak salah.. banyak tu.. terkejut saya.. tapi yang pertama kali jual dulu lagi banyak.. penuh satu lori dekat rm800.00 tau... memang terkejut sangat masa tu... kire rezekilah jugakkan.. hubby pun mewarisi jugak.. rajin jual surat khabar terpakai jer kat rumah tu hihihihihi.... kalau barang² macam ni memang tak sempat kumpul semua dah kene buang siap² bile lori sampah datang.

Khamis, 23 Februari 2012

Dokumentari Khas Lisa Dan Yusri

Assalamualaikum Semua....

Gambar Ihsan Google jer... so sweet....
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam  
Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam

Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.

Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit  muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.

Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. “
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan. Untuk lebih lanjut boleh klik SiNi

Tak sabarnya nak tunggu malam esok nak tengok hihihihihi....

- Sweet jer -

Semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.. dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah Amin... (^__^)v


Al-fatihah Buat Arwah Adik Faris

Assalamualaikum Semua....

Mood saya daripada pagi tadi sedih jer.. lagi² baca kisah adik faris ni.. rasanya semua blogger yang tahu kisah ni pun macam tu jugak...

Secara peribadinya memang tak mengenali keluarga beliau, tetapi sebagai seorang ibu.. entry² bersama mazidulakmal yang berkisar mengenai Faris memang akan menyentuh hati saya....

Moga keluarga meraka tabah menghadapi ujian ini.... dan adik faris tenang disana kerana Allah s.w.t lebih menyayanginya.... segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.. alhamdulillah juga kerana perkhabaran gembira diterima ibu faris kini sedang mengandung 2 bulan....

Al- Fatihah Buat Arwah Adik Faris Nur Daniel Bin Shamrulismawi

Amir Layan MR BEAN Lah Pulak...

Assalamualaikum Semua....

Gambar ihsan google jer.....

Sape yang tak gelak kalau tengok cerita mr.bean.. tipu lah kan... tahu tak amir suke sangat tengok cerita mr. bean ni.. puncanya pergi rumah sepupu dialah.. dia tengok.. sudahnya sampai sekarang dia jadi suke pulak asyik nak tengok cerita mr.bean.. saya ni memang tak minat sangat.. layankan jerlah....

Cerita mr. bean pun banyak dah diulang² tapi amir masih nak tengok jugak.. malam tadi pun ade ulangan lagi kat tv3, setiap hari amir akan tanya.. ibu ada mr. bean tak malam ni?? kalau cakap takde mula lah dia tanya.. kenapa takde.. bile ade... amir nak handset ibu amir nak tengok mr.bean. huhuhuhuhu.. dan banyak kali tengok pun masih tak jemu².. daripada yang versi katoon sampailah yang original. Sampaikan ayah kene download kat handset semata² bagi amir tengok supaya dia tak merenggek²....

Sudahlah malam tadi ada bola... amir sibuk nak tengok mr. bean, ayah pun macam benggang jer tengok malaysia lawan jepun main bola hihihihihi.. saya apa lagi.. amik keputusan masuk bilik.. baca novel terus tertidoooo.. sedar² amir dah ade tido kat sebelah, mata pejam tapi mulut merenggek² nak susu.. tengok jam dah pukul 2.00 tengah malam...

Nampak tu kusyuk jer tengok video mr. bean, walaupun dah banyak kali tengok... tu belum lagi kalau main game huhuhuhu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...