Rewang ni bahasa jawa,bahasa melayu lebih kurang macam gotong royong kot.... rewang maksudnya macam tolong-menolong daripada jiran² saudara mara supaya majlis berjalan lancar.
Kerja rewang macam kupas bawang, siang ikan, potong ayam, potong daging, masak lauk² berkawah, membasuh pinggan, bancuh air dan lain² kerja² dapur.
Kalau anak dara pulak sibuklah buat bunga rampai, letak telur kat karung bunga telur untuk letak kat pelamin, buat bunga manggar dan macam² lagi... kat kampung saya alhamdulillah masih lagi buat semua² ni.. makanan jer dah tak berhidang, sekarang pakai barang katering nampak lebih teraturlah sikit takdelah penat orang nak basuh pinggan kan.
Jom saya kongsikan sikit antara gambar² yang sempat saya ambil walaupun tak dapat nak tunjukkan sampai habis, sebab saya pun sibuk kehulu kehilir huhuhuhuhu....
Bayangkan dari hari rabu sedara mara dah mule datang rumah.. lagi² sedara mara yang duduk kat kawasan kampung jugak.. saya pun cuti hari khamis tau hihihihihi.....
Tumbuk kerisik ... hahahaha.. kemain besar lesungnya...
Ade 3 semuanya....
Tu pun ade satu yang paling besar khas unuk tumbuk kacang buat kuah pecal...
Sebelum tumbuk kerisik.. kenelah sangan/goreng tanpa minyak dulu kelapa tu....
Abaikan yer pemandangan kat belakang tu.. maklumlah kendurikan.. rumah berselerak.
Tuhh dia hubby pun tolong jugak kikikikiki.....
Buat kepal² inti koci, sorry gambar kuih koci dah masak tak dapat siar..
tak sempat snap gambar huhuhuhu....
Bayangkan kene kepal sampai jadi macam ni...
jenuh jugakkan kalau satu besen besar tadi tu huhuhuhuhu...
Ni batang keladi yang dah siap disiang untuk dimasak
buat makan tengahhari ni.. ramai².. goreng ikan...
memang sedap dengan nasi panas²...
Ni yang tinggal sikit.. nasib baik sempat snap gambar.. habis licin satu kuali kami masak...
ade jugak sedara yang bawak balik sikit hihihihihi.. jadi takdelah membazir...
Kupas ubi pulak pak cik bagi.. tanah kat rumah dia memang subur.. banyak jugak hasil ubi ni dia bagi...
Rezeki adik sayalah..
Tuhhh dia dah siap kupas nak basuh dan kikis untuk dibuat tapai...
lepas tu masukkan dekat bekas letak tepung ubi campur ragi kalau tak silap...
tapai yang dah siap pun tak sempat nak amik gambar huhuhuhuhu....
Telur masin yang dah siap direbus.. siap sedia untuk ditelakkan pada karung jer...
Ni projek buat budak² jumaat malam sabtu.. memang meriah.. sampai dekat pukul 1 baru siap.. biaserlah budak² yang buatkan...
Ok nanti sambung cerita lagi yer....korang jangan boringlah pulak baca hihihihihi.... sajelah nak kongsi dekat sini.. mungkin ade kawan² yang tak pernah merasainya.... tapi saya bukanlah nak bermegah² pulak tunjuk kat sini.. saya sekadar nak berkongsi kemeriahan ini kalau amir dah boleh baca nanti bolehlah dia tengokkan... mesti dia suke lepas tu ade jer cerita tambahan dia kan.. kan.. maklumlah sekarang ni dia bukan paham sangat.. kenapa ade kenduri kawin, kenapa kene kawin.
Nasib baiklah masa saya sibuk² ni pandai dia bawak diri main dengan kawan²... kalau tak haru jugak saya dibuatnya.... (^__^)v