Tak terungkap dek kata².. sangat² bersyukur majlis berjalan lancar.. yang kelangkabut saya jer.. pagi² bangun kene siapkan makan beradap, lepas tu kejap nak tolong mak kat depan kat meja goodies... nak pergi dapur tengok ade tambahan berkat untuk sedara mara dah siap belum.... tu belum lagi kene masuk rumah amikk goodies tambahan.. amir pulak meragam asyik nak dukung.. pingsan saya huhuhuhuhu....
Bermula dengan pelamin idaman, rewang dikampung, kisah jumaat malam sabtu, saat ijab dan kabul, malam berinai tradisi jawa, kambing golek dan sekarang entry terakhir Akhirnya majlis bersanding tapi bukan entry akhir pun sebab ade majlis bertandang kerumah pihak lelaki pulak.
Selamat Pengantin Baru...
hihihihi perasan².. nak interframe jugak.. (^___^)v
Menu sambal goreng dengan ayam goreng ala² KFC antara yang paling laris....
Mak cik² dan anak² dara haruslah cedokk nasi kan... kan...
Air beraneka pilihan.. mengalahkan pasar malam.. terbaikkk daripada abang sepupu
Baru nak susun goodies yang berkotak².. tapi untuk saudara mara adelah 'berkat sampingan' lain (nasi+rendang+sambal goreng)
Hamboii senyummm sokmo pengantin ni.. sabar yer..
walaupun cuaca dah mule gerimis masa ni...
Tuhh dia pengantin perempuan baru nak sampai.... terkial² nak sampai.. kasut bukan main tinggi lagi....
Direnjis renjis dipilis.. ditepungilah tawar.. haiii beras pulut ditaburrr.....
kompang pun bertalu²....
Abah merenjis tepung tawar....
tuhhhh dia gambar pengantin lelaki terketar² gigil kikikikiki....
tuhhhh dia gambar pengantin lelaki terketar² gigil kikikikiki....
Mak pulak merenjis tepung tawar....
Aku??? uwarrrrr tak sempat jugakkk... mak pergi merenjis kene ganti tempat mak kat tempat goodies huhuhuhu.....
Gambar kami sekeluarga...... hadoii masa ni adik lelaki ku tak dapat dikesann....
Sudahnya amik gambar lagi.. dengan adik lelaki pulak.. abah pulak tak dapat dikesan...
Memang takde gambar yang semua orang ade haruu jer....
Masa untuk tabur gula²..... hoyeahhh².. berkerumun masing² kat depan tuu... budak², mak budak semua ade......
Makk aii besarnya kotak.. adik² sepupu yang bagi ni....
Antara menu makan beradap.. hasil tak semengah... harap dapatlah puaskan hati semua....
Masa untuk potong kek.... sponsor daripada abang sepupu.. memang sedapp....
Ade buah² freshhh dan dalam tu macam kek span pandan.. terasa kelembutannya...
Jangan buat² terkejut.. lelaki yang paling kiri sekali dalam gambar ni.. ahmad busu pelakon
pi mai pi mai tang tu.. tu.. dia bapak sedara pada adik ipar saya ni...
Antara tetamu pengiring daripada pihak lelaki.... tak pastilah berapa ramai.. tapi memang ramai sesangat... (^__^)v
Sound sistem terbaikk yang mengihurkan tetamu daripada pagi sampailah petang....
DJ dia pun sporting .. dalam pada sibuk² sempat jugak saya terdengar celotehnya yang mencuit hati...
Pop corn antara makanan dalam goodies untuk malam...
Ni semua budak² meningkat remaja yang bungkus hihihihihihihi......
Lepas penat rewang.. ade saguhati sikit daripada tuan rumah......
Kami buat cabutan bertuah pada penduduk dan sedara mara yang dah penat rewang.....
Nombornya kami tulis kat tuala good morning.....
Semua hamper² ni... hubby yang buat, dia bab² bungkus hamper ni pandai sangat.. sebab dah selalu buat untuk sekolahkan....
Ini jerlah antara gambar² masa hari persandingan dapat saya kongsikan... ade lagi.. tapi masa tak mengizinkan nak upload. Apepun kemeriahan majlis memang terasa... moga jodoh adik berkekalan, cepat² dapat baby dan majlis kami diberkati amin... walaupun majlis bersanding bukan acara wajib tapi.. biaser kalau takde majlis bersanding dan berkompang ni tak meriahlah kan... lagipun ini buat kenang²an.. sekali seumur hidupp...
Terima kasih sangat² pada semua yang menjayakan majlis ni secara langsung dan tak langsung... terutama bagi sedara mara yang datang awal dari hari rabu sebelum majlis... jasamu ku kenang... mmmuuuaaahhhhhh...