♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 6 Julai 2012

Cara dapat anak kembar dan kisah kucing hitam

  
Petang jumaat yang mendamaikan.. panas kat luar.. tapi kenapa sejuk semacam dalam opis ni huhuhuhu.... tajuk entry tak menahan gelak saya tau.... puncanya bile rehat tadi tak keluar kemana² jadi sajelah bukak statistik nuff, hambikkk koooo tak menahan tengok ade orang 'google' ayat ni....

Rasanya saya tak pernah lagi berkongsi kisah nak dapat anak kembar .. tapi kalau cara nak dapat anak lelaki dan perempuan memang ade huhuhuhuhu.... tu pun saya ambil daripada majalah.. ;p mintak maaf yer semua pada yang cari cara nak dapat anak kembar ni...tapi gambar ziana zain dan anak² kembarnya... yang itu memang adooo..

Carian tengah hari tadi.... (kalau kecik korang fokuslah sikit hihihihi....

Kisah kucing hitam tu.. menakutkan jer baca haihhhh.. ade ke kat blog ni.. rasanya macam takde.. tapi kalau ade pun kisah kucing adik saya tu jerlah.. sebab dia memang suke bela kucing, kucing dia makan lagi sedapp dari dia hihihihihihi..... 

Kalau dulu saya pernah bagi tau cara² nak dapat anak lelaki dan cara² nak dapat anak perempuan kali ni saya kongsikan doanya pula.. insyaallah usaha tangga kejayaan kan.... kalau ade rezeki adelah... (^___^)v


Bicara Hati : Camner yer.. nak dapat anak kembar.. makan-makan yang kembar² kut.. baru lekat kembar kut... takpelah tak kembar pun ade rezeki dapat anak pun dah bersyukur.. daripada tengok gambar bayi buang sane sini.. sedihhh dibuatnya... ;p selamat bercuti dihujung minggu....


Kebaikan coklat untuk kanak-kanak

 
Berehat sebentar bersama kit kat ..... gambar lame ayah belikan untuk amir
coklat amir lagi mahal dari harga surat khabar yang ayah beli kat kedai tu kikikikikiki...


Antara kebaikan coklat yang dapat diperolehi untuk sikecil apabila menikmatinya adalah :-
  • colat mengandungi antioksida, antioksida ni mampu baiki dan kuatkan sistem imun badan, jadi bile kite makan boleh mengelakkan kite diserang strok, sakit jantung, mengawal tekanan darah dan kanser serta dapat mengurangkan penyakit kardiovaskular..
  • coklat mengandungi kurang kafein berbanding secawan kopi.
  • mempunyai magnesium yang mampu membina otot dan kebaikan untuk kekuatan tulang.
  • bile anak suke minum coklat sebenarnya baik untuk menambah stamina bile bersukan atau bersenam kerana coklat mempunyai glukos dan protein.
  • coklat dapat merangsang emosi anak, bile adenya pengeluaran kalenjer endorfin.
  • Minum secawan coklat panas boleh meningkatkan selera makan anak... jadi jangan ragu² bagi anak minum coklat sebelum makan hihihihihihi.....
  • coklat mengandungi vitamin A, B1, C, D dan E untuk pertumbuhan badan yang sempurna.
  • Sesetengah jenis coklat ade kandungan gula dan susu yang tinggi untuk menyalurkan tenaga, jadi bile kite tak lalu makan.. bolehlah makan coklat dulu hihihihihi.... ;p
  • Fosforus pada coklat juga memberi kekuatan pada gigi kanak-kanak.  
  
Sumber majalah harmoni 1-31 Mei 2012


Bicara Hati : sebagai ibu bapa.. kite cuma kene pantau ape yang anak² gemarkan betul tak... selagi masih tak memudaratkan dan tak memberi impak kesihatan yang melampau dah kire baiklah tu... (^___^)v


 

Kegemarannya - Donut coklat

Assalamualaikumm semua..... harap sihat² aje... haihh cepatnya masa berlalu sekarang ni...
  
Sejak akhir² ni anak saya amir ni.. suke sangatlah makan donut coklat, naik pening saya.. hampir setiap hari dia akan pesan suruh belikan bawak balik.. kalau saya tak sempat.. saya pesan kat ayah dia suruh belikan... kalau terlupe.. alamatnya kite orang 3 beranak kene keluarlah cari donut tu jugak tau....

Maaf yer.. gambar agak blur (tapi nak tayang jugak.. gambar amir tengah makan).. ntahlah kamera yang baru ni masalah sikitlah gambar semuanya macam bergegar.. memang patulah hubby kate murah.. ate dah kalau tak cecah rm300.00 murahlahkan.. tapi ade jer.. kamera murah yang okk kan.. kan.. uwarrrrrrrrr...... nampaknya kenelah kumpul duit beli kamera sendiri.... tak puashatilah tengok gambar macam ni.. tau...




 Tu dia.. penuh satu gengaman.. tu kalau dibiarkan mahu habis 2 ketul..

 nyum²... tak toleh kanan kiri dah.....

 Sambil tengok tv, cerite ape ntah.. yang pasti katun...



Barulah nak pandang kamera.... tu pun jenuh panggil.. 
eh² baru perasanlah gambar ni sesuai sgtlah latar belakang sofa tu...
(sila abaikan bantal² yang bersepah tu hihihihi...)  



Bicara Hati : Pagi tadi amir dah pesan soh belikan donut jangan lupe.. huhuhuhu... sebab petang semalam hujan memang tak sempat nak menyinggah beli, dulu masa megandung pun saya suke sangat makanan berunsurkan coklat dari susu, aiskrim atau ape² jerlah memang suke.. nasib baiklah takde kategori kencing manis asyik makan manis² jer.. eh² ade kene mengena ke dengan amir suke donut coklat ni ke.. macam takde jer... hihihihihi....


Khamis, 5 Julai 2012

Bile jalan jem

 


Haruslah ade kudapan dalam kereta bile jalan jem tau.. lagi² sementara nak tunggu traffic light bertukar... mulelah mulut ni nak mengunyah.. sementara nak tunggu lampu hijaukan.... tak kirelah pagi ke.. petang balik kerja ke.. roti, mentos harus ade dalam kereta tu... kalau pagi hubby goreng nugget capailah siap² masuk plastik makan.... jangan ade lipas sudah ngee~~~   



Bicara Hati : Korang pun macam tu jugak ker??? masa drive tidaklah makan kan.. tengah berhenti jer bolehlah mengunyah²kan ..... kang terbabas tak pasal jer kalau tengah drive nak makan.... Apepun sebelum puasa ni.. kene pastikan air mineral dihabiskan.. dan tak letak kat sebelah tempat drive tu... kang tak pasal² saya terminum pulak.. lagi² cuaca panas sejak akhir² ni hihihihihihi...



Lembaran baru

  

Pagi ni pergi kerja dari kampung, jalan pun tak sesibuk mane.. macam biaser jer... jem pun takde hihihihihi... sampai awal, siap beli sarapan lagi hihihihihi

Bile sampai opis jer bukak komputer, bancuh cocoa collagen, minum sikit terus bukak blog.. hahahahaha... tak menahan terus bukak blogkan.... ;p sambil selak² kertas² dimeja untuk menyiapkan laporan... Macam biaser setiap hari saya akan bukak blog ni.

Tapi hari ni saya sangatlah² terkejut dan terkesima kerana tak sangka entry saya semalam malam nisfu syaaban menjadi kunjungan tertinggi dan diluar jangkaan daripada kebiasaan..... maklumlah blog saya ni suam² kuku jer.. pada blog otai² mungkin ini takde ape² tapi pada saya ini satu kejutan sepanjang saya berblog kerana dikunjungi ramai orang untuk membaca entry tersebut.

 Bile saya buka Stats pagi tadi...... ce tengok yang lain... nak cecah 50 pun payahkan...



 
Antara 'keyword' yang banyak digunakan dalam carian ke blog saya....


UV pertama yang mencatatkan sejarah tertinggi sepanjang berblog ni.... 
satu penghargaan buat diri sendiri.... sebab tak pernah tinggi macam ni...
BE pun takde kat blog ni.... tapi kempen² banyaklah juga saya dapat.. 
tq pada kawan² yang sudi singgah sini baca kisah hati saya...

Bicara Hati : Saya menulis blog ni bukan sebab duit dari nuff, tapi saya berkongsi ape sahaja mengenai kisah hati saya.... Terima kasih pada yang sudi baca bebelan saya.. sayang korang semua.... (^___^)v dan blog ni lah tempat terapi mata saya menghilangkan rasa kebosanan.


Tamat sudah kuiz A'Famosa

 


Alhamdulillah syukur rasanya masih lagi diberikan nafas di buku baru.... mood happy² aje.... pada kawan² yang berpuasa hari ni selamat berpuasa.. (^___^)v moga akan diberkati amin...

Oklah selama seminggu saya anjurkan Kuiz A'Famosa, malam tadi dah berakhir penyertaannya....
Jom tengok senarai nama penyertaan tak ramai pun.... tapi ramai yang komen disitu.. hahahaha.. mungkin susah kot soalan yang saya bagi tu.... sebab saya pun jenuh jugaklah cek list ni cari sape yang join kuiz dan yang datang komen.. harap kawan² semak yer.. takut ade yang tercicir huhuhuhuhuhu.....

  1. http://miaduniaku.blogspot.com/
  2. http://mamaaryan.blogspot.com/
  3. http://putributterflypunyablog.blogspot.com/
  4. http://ummi-iman.blogspot.com/
  5. http://mnflove.blogspot.com/
  6. http://mylovely-fieda.blogspot.com/
  7. http://thesecretsofleonerz.blogspot.com/
  8. http://salmikhairil.blogspot.com/
  9. http://zitaomar.blogspot.com/
  10. http://winkwinkwinky.blogspot.com/
  11. http://www.salya07.com/  
Alhamdulillah ade 11 penyertaan kesemuanya, ade 2 orang yang same memberi jawapan yang same .. tapi saya ambil salah satu penyertaan sahaja yer... memudahkan kerja saya menyemak....

Akhirnya ade 4 orang menjawab dengan tepat ..... insyaallah cabutan akan dibuat oleh anak saya.. kalau tak mendapat kerjasama kenelah saya pakai random.org.

Okkk.... jawapan soalan untuk kuiz kali ini ialah :-

1. Berapa banyak entry berkaitan percutian kami di A'famosa (kenelah baca baru tahu kan.. kan..)
  • 4 entry berkaitan sahaja (^___^)v
Mesti korang pening nak baca dan carikan sebab entry tu bercampur² dengan entry lain juga...

2. Berapa harga rumah banglo yang kami sewa.
  • Harga rumah yang kami pilih ni RM 400.00 satu malam 
4 Orang yang bertuah akan mendapat kerongsang comel² dibawah secara undian ialah :-

Bicara Hati : Insyaallah nama yang menang akan diumumkan dalam masa terdekat.. dan selewat²nya minggu hadapan.... keputusan 2 orang pemenang hadiah misteri juga saya akan umum sekali. Oleh kerana penyertaan tidak ramai.. saya juga akan memberi hadiah penghargaan pada yang sudi join kuiz ni.. terima kasih semua.... tunggu tau keputusan keseluruhannya nanti (^___^)v


Rabu, 4 Julai 2012

Kuiz A'Famosa

  





Alhamdulillah hari ni saya akan melancarkan kuiz yang dinanti²kan... seperti yang sedia maklum baru² ni kami sekeluarga pergi bercuti di A'Famosa. Walaupun percutian yang singkat tapi.. banyak momentum yang indah² hihihihihi.....

Oklah soalan mudah untuk kuiz kali ini ialah :-

1. Berapa banyak entry berkaitan percutian kami di A'famosa (kenelah baca baru tahu kan.. kan..)
2. Berapa harga rumah banglo yang kami sewa.

Syarat² penyertaan :-
1. Mestilah blogger yang berada di Malaysia
2. Mestilah yang follow blog saya diutamakan
3. Beri jawapan pada kotak komen disini sahaja... kalau sudi buat entry pun digalakkan, jangan lupa tinggalkan link disini.
Senang jer kan.....

Tarikh tutup penyertaan 04 Julai 2012 sehingga pukul 12 tengah malam.
Hadiah yang akan diterima bukan percutian ke A'Famosa yer... tapi kerongsang² dibawah bolehlah digunakan syawal nanti dan dua hadiah misteri juga ada disediakan. Dah nama pun misteri mestilah tak di beritahu disini. Selamat mencuba semua.....
   




Satu Pintaku .......

  

 
 

Bicara Hati : Selagi ade hayat dikandung badan akan ku cuba membuat yang terbaik buat mak dengan abah .. malam ni kami sekeluarga akan balik kampung yeeeaaahhh.. tidur kampung (macam jauh noooo lah kampung tu...) (^__^)v. Tapi sebelum tu pergi rumah FIL dulu .. ade kenduri anak beranak hubby dan bacaan yassin bersama².. dah memang rutin setiap kali malam nisfu syaaban sejak kami kahwin lagi ....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...