
Banyak yang mahu dicoretkan .. tapi kekangkan masa akhir² ni .. kerja haruslah diutama, janji ditepati (eh² ade kene mengenaka ker?? ) Selamat Hari Merdeka ke 55 tahun Semua ........
Banyak entry tak dapat nak publish, dah tentu²lah entry kemeriahan berhari raya ... walaupun raya biaser² .. gambar pun tak banyak tapi kegembiraan tetap terasa di mana² dan setiap kali raya ade jer.. cerita lucunya.
Banyak entry tak dapat nak publish, dah tentu²lah entry kemeriahan berhari raya ... walaupun raya biaser² .. gambar pun tak banyak tapi kegembiraan tetap terasa di mana² dan setiap kali raya ade jer.. cerita lucunya.
Oklah skip jap entry raya .. nak cerita sikit fasa baru bulan september ni ... bagi kawan² yang dah lame follow saya dan baca setiap entry saya tu mesti dah tau kisah anak saya daripada awal² tahun ni yang tak mahu ke rumah pengasuh .. ditambah pulak pengasuh asyik tak sihat sejak 2 bulan akhir² ni dan cuti raya lama baru² ni .. meragam tak sudah² menangis² tak mahu turun kereta ke rumah pengasuh. Jadi bermulalah fasa baru hari ni ... anak saya ke TASKA.
Amir yang penuh bersemangat nak pergi TASKA hari ni ... siap bangun awal, mandi.
Ni gambar jalan² masa raya hari tu ... gambar hari ni lupe lah pulak nak amik.
Yups ... hari ni setelah di fikirkan masak² dan mengambil pusing dari segi semua aspek ... kami sepakat suami isteri masukkan amir kat TASKA dekat dengan opis, dekat jer .. tapi bukan dalam kawasan opis .. jauh sikit jer.. tapi senang nak pantau .. takdelah ibu susah hati lagi nak tinggalkan amir (orang lain masuk awal tahun, amir special kes lagi 4 bulan nak habis tahun baru masuk huhuhuhuhu)Mule² pergi opis dulu .. bagi tahu boss lepas tu barulah uruskan hal pendaftaran amir ke TASKA.
Lepas sarapan nasi lemak, terus bawak amir pergi TASKA. Hari ni hari pertama pendaftaran, dari dalam kereta ibu dah berbuih²lah dok pesan hari ni kene masuk TASKA takmoo nakal², dengar cakap ustazah, main same² ... tengok tv pun same² .. nak kecing bagi tau kat ustazah. Semua pun amir jawab iyer .. siap angguk² kepala lagi .... tapi??? sampai ... TASKA air mata berjujuran macam nak banjir dibuatnya tak mahu kene tinggal... hati ibu pulak yang sayu dibuatnya.Nasib baik ibu tak menangis sama haru jer.. haihhh ....
Dengan bantuan seorang ustazah pegang amir, ibu berjaya meloloskan diri ... semoga amir berdikari kat situ. Taska kat situ banyak pilihan ade yang tadika, ade yang separuh hari, ade yang tadika sekali taska .. senang cerita tik jerlah kat bahagian mane pilihan korang ... bayaran pun masih mampulah bagi kami pendapatan tak seberapa ni... tahfiz pun ade.... kalau amir selesa tahun depan pun nak tadika kat situ jugak, sebab tengok taska ni lebih pada islamik budak² tadika seawal 5 tahun dah mula di ajar solat. (sebab permohonan pra sekolah amir tahun depan bagi umur 5 tahun tak pasti lagi dapat tak tengah dalam pertimbangan). Nanti² saya sambung review.
Terima kasih sokongan kawan² di FB (^_____^)v
Lepas tinggalkan amir kat TASKA, saya sms ustazah dia tanye perkembangan .. ustazah dia cakap ok jer .. tak sampai 5 minit saya pergi dia dah minum susu dan main dengan kawan². Seeeeeeeee .... drama king jer tau ... dalam pada terjerit² dia nangis nak kene tinggal tu sempat lagi amir jerit soh belikan dia donut coklat balik nanti... ;p
Bicara Hati : Semoga segalanya dipermudahkan. Kawan² doakan juga yer yang terbaik dimasa akan datang buat anak saya Muhamad Amir Hazim. Hari ni tak sempat nak BW sangat ... bile sempat nanti semua saya maraton dan singgah terutama yang tinggalkan komen².. terima kasih semua.
