♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 26 Disember 2012
Muzik , Cinta Dan Sanubari
Selasa, 25 Disember 2012
Berwarna warni
Meriahkan... memang warna warni kek rainbow ni ... sangat teruja nak merasa...
Lepas rasa.. reaksi pertama.. ok sama macam kek lain.. tapi sedap jugak sebab orang yang buat kek ni ade letak perisa dalam kek tu.... (^___^)v
Laksa, kek rainbow dan blueberry cheese tart ....
Kite bawak perut jer.. dah orang belanjakan.... makan tanpa komen.. Alhamdulillah...
Budak teruja belakang sekali tu.... senyum sampai telinga....
Isnin, 24 Disember 2012
Pertama kali ke Setia City Mall
Antara yang join petang tu.. tak ramai sangat pun yang penting satu kepuasan dapat berjumpe & berkumpul ramai².. lama dah tak berkumpul macam ni.. anak² yang seronok sebenarnya teruja main bowling....
Kegemarannya
Sempat ambil gambar buah durian ni kat kawasan parking kereta sg. klah.
Sebelum keluar daripada sungkai masuk highway hubby dah aim dah nak pergi kedai ni.. sebab tahun lepas pun memang pernah singah sini cari durian, kedai dia kalau daripada highway tu .. lepas highway ade lampu isyarat masuk ke kanan.. kedai dia tak jauh daripada situ ade simpang kekanan.. kedainya kat tepi jalan jer... berdekatan dengan stesen minyak shell kalau tak silap .... Kedai ni memang banyak jual durian jer.. manggis adelah sikit sebab dia memang jual borong durian. Kedai yang lagi satu tu meriah sikit ade cempedak, manggis, petai, durian pun ade jugak....
Ahad, 23 Disember 2012
Teruja
Budak yang keterujaan menanti sesuatu....
Inilah yang dinantikan...
Alaaa.... tak sempat naik dah penuh....
Muka sayu jer .. tengok keretapi pergi ... mata tak berkelip²...
Keretapi nak mula jalan dah.... tengok suruh pandang kamera pun tak nak..
Korang jangan bayang keretapi yang gah tu.. ni keretapi ala² macam kat zoo tu jugak ...
Sebab dah kepenatan masing² malas nak berjalan kat tempat parking, amir pun sibuk nak naik tu hubby ajak naik ni.. lagipun percuma termasuk harga tiket mandi manda.
Mula amir tak berhenti² mengomel seronok mandi kat dalam kolam....
Destinasi Cinta Kedua : Kolam Air Panas Sg. Klah
Berjimba² kesini... amirlah paling teruja.. hadoilah daripada pukul 2.30 petang sampai pukul 5.00 petang dah dia tak mahu naik tukar baju.. orang lain dah kepenatan melayankan dia...
Masing² dapat gelang... huruf berbeza mengikut umur ...
S - Warga emas (Abah dah kategori warga emas pada umur 58 tahun) - RM 7.00
A - Dewasa - RM 12.00
C - Kanak² macam usia amir ... RM 10.00
Warga Emas lagi Murah tau hihihihihihi ....
Sabtu, 22 Disember 2012
Menarik Jalan - jalan di Cameron Highland
Mane jer lah hala amir tu...
Ntah ape yang lalu sibuk tangan semua pakat toleh kesatu arah yang amir tunjuk....
Sempat makan strawbery coklat kat sini.. secucuk rm 2.00 kalau tak silap...
Pertama kali tengok buah macam labu air tu.. besar panjang ... ape ke namanya ntah.. lupe...
Jumaat, 21 Disember 2012
Kami tinggal Di Desa Anthurium Apartment , Cameron
Sempat snap hihihihihi ....
Langgan:
Catatan (Atom)