♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 20 Februari 2013

Model Peti Surat




Selasa, 19 Februari 2013

Kenapa Tak Boleh Follow Blog



Sejak akhir² ni menghadapi masalah tak boleh nak follow blog orang ..... dulu tak boleh follow sebab takda link ... sekarang ni.. link ada.. tapi button follow takda kat bahagian atas.. jadi saya akan cari ruangan join site kemudian akan klik follow.. tapi masalahnya sejak² dua menjak akhir² ni.. tak pulak keluar perkataan follow sini.. dia akan keluar gambar macam kat bawah ni ... seolah² saya dah follow blog ni.. hakikatnya saya tak follow lagi ....


ini contoh terkini saya print skrin ... saya nak join GA yang dianjurkan.. tapi dah jadi macam ni.. tak dapatlah join ....



Kenapa jadi macam tu yer.. korang pernah tak hadapi masalah ni, kalau dah follow blog tu memanglah akan keluar macam ni.. tapi ni tak follow lagi dah kelaur macam ni.. macam mana pulak tu... 




Pengurusan Masa - Menulis Blog

  

Pengurusan masa sangat penting lagi² kalau ada kawan² yang mahu maju dalam dunia blog, dan mempunyai masa yang terhad...

Sejujurnya saya sendiri bila bekerja memang masa agak terhad nak mengadap blog ni, jadi kita kenelah bijak untuk membahagikan masa waktu bila untuk draft entry, publish dan masa untuk menjengah kawan² blog (Blog Walking).

Saya sendiri pun masih baru dalam menulis blog ni, rasanya ramai yang lebih arif, tapi tak salahkan kalau saya kongsikan sedikit tips yang ada ini ... buat kawan² yang baru mula berjinak² dengan dunia blog ni.

Macam mana nak buat sehari sampai banyak entry boleh dikongsikan... biasanya saya gunakan kaedah entry auto publish.. iaitu draft siap² dan uruskan publish mengikut kesesuaian masa yang korang nak.. caranya.. google jer... ada jer banyak tutorial yang bagi tahu hihihihihihi ....

Macam mana nak dapat idea menulis?? takda idea... sebenarnya idea banyak boleh dicipta.. cuma terpulang cara macam mana dan kategori macam mana blog korang .. jadi klasifikasikan sendiri sama ada cerita yang mahu dikongsikan info mengenai perempuan, tip, blogger atau penjagaan anak dan sebagainya...

Waktu pagi ... kalau sempat publishlah entry setiap pagi.. biasanya pengunjung suka datang waktu pagi, dan juga tengahari waktu rehat .. sebab ada yang tak keluar makan tengahari ....

Dan biasanya waktu tengahari lebih sesuai untuk blogwalkingkan.. kan... kalau nak jimat masa draft entry siap² tengahari tu.. nak boleh publish untuk esok pagi pulak ....

Pengurusan masa itu penting jadi takdalah orang akan kata asyik mengadap blog jer.. sampai tak siap kerjakan... buat yang baca blog ini atau terjumpa tips ni... dan tak tahu dunia blog ni juga boleh tambah pendapatan sampingan (yang tu ramai dah berjaya... macam mana caranya mestilah kene rajinkan...) google jerlah tips nak tambah pendapatan dalam dunia blog.. rasanya ramai dah kongsikan....

Kenapa saya kongsikan tips pengurusan masa ni ... sebab ada yang menegur (bukan kawan blog.. tapi orang yang takda blog/penyibuk) blog ni boleh buat entry auto publish yer... dan juga boleh buat entry luput untuk disiarkan/sticky mode... jadi janganlah kata saya asyik mengadap blog sahaja hihihihihihi.... sedangkan kerja saya tak pernah bertangguh ... 

Lagipun saya ni bukanlah blog femes emeskan.. tak payah nak jeles² sangatlah yer... 


Jom makan coklat.. takmoo emosi²... (^____^)v


Bicara Hati : Kita buat jahat orang kutuk, kita buat baik pun kena kutuk, kita tidak buat apa² pun kena kutuk juga .. jadi??? ... janganlah kita selalu bimbang orang kutuk.. biarkanlah orang itu.. sudah tiada kerjaan agaknya ... 

Keputusan Baru



Sejuknya pagi ni .. gegegegege.. selangor hujan pagi ni, tempat lain tak pastilah.. tapi kat klang ni.. gigil ooooo kesejukkan dalam opis ni ..... nasib baiklah hubby bawak kereta pagi ni.. sempatlah mata ni terlelap² dalam jem, sambil meriba amir.... 

Oleh kerana pemenang tak serah diri malam tadi, pagi² tadi lepas amir mandi dan bersiap untuk ke tadika, gigihlah ibu suruh buat cabutan.... tapi tulah.. takmoo pulak bergambar... keputusan adalah muktamad tau.. tiada pilih kasih, harap berpuashatilah .... adil dan saksama.... amir yang cabut sendiri ....


Pemenang baru ialah Nisah Idham


Harap sangat pemenang baru cepat²lah melaporkan diri yer.... tinggalkan sahaja alamat pada ruangan komen ini.. insyaallah.. takkan di siarkan ....

Tahniah buat pemenang baru .... Kalau tak melaporkan diri sehingga jumaat ni 22.02.2013.. nampaknya kenelah bua cabutan baru lagi .... (^___^)

Isnin, 18 Februari 2013

Keputusan Buat Kawan² Yang Bertuah

  

Okkk seperti yang dijanjikan... hari ni saya akan umumkan .. keputusan adalah muktamad, jadi pada yang tak menang jangan lah berkecil hati.. kalau boleh memang nak bagi semua yang komen.. tapi peruntukkan tak mencukupi ..... 

Alhamdulillah.. mendapat kerjasama yang baik daripada Amir, Hubby jadi saksi bidang terjun.. sebab matanya dah keberatan mahu lelap ..;p

Maaf buat kawan² yang ternanti².. tak berniat pun nak melenggahkan keputusan.. tapi tuntutan kerja di opis memang macam ni.. kene curi² masa barulah dapat buat entry... kat rumah manalah sempat nak online sangat,  walhal amir dah lama pun buat cabutan ...(^____^) Eh² masa bile saya buat giveaway?? jangan nak buat² terkejut.. pada yang terlepas klik sini untuk entry tersebut.


 4 Orang yang bertuah akan dapat fm yang cute² macam kat bawah ni...... 
Harap korang suka yer....





 ieja amieja, pn. kutu, fasya dan nieyl






Ok sambung lagi cabutan ada 6 keychain Penang khas buat kawan² semua.... Keychain ni memang dah lama beli.... ingat nak buat giveaway.. tak terbuat²... giveaway macam ni.. pun amik masa.. macam mana nak buat yang besar²an kan.. marah kawan² nanti kalau lamba umum dan lambat pos hihihihihihi. 






 saya disini, fiza rahman




Sila buka mata buntang² nama kawan² terpilih oleh amir.... memang anak yang baik betul, bagi kerjasama sangat² senang hati ibu.. lepas cabut.. terus ibu amik gambar... 





 cha, qasehnya rania, mrs lurve dan linda che lah







Jumlah keseluruhan 10 hadiah sahaja yang termampu.... Harap kawan² yang menang sudi²lah beri alamat dengan kadar segela.. tinggalkan alamat diruangan komen lebih mudah.. dan saya takkan publishkan.... Harap selewat² dapat berikan sebelum 18 Februari 2013, Kalau dalam tempoh tersebut tidak melapurkan diri.. saya akan suruh amir buat cabutan lagi. (^____^)v 



Entry ni akan melekat sebagai entry pertama sehingga 18.02.2013 dan sehingga ada pengumuman baru.. untuk entry baru dibahagian bawah....




Bicara Hati : Kalau ada rezeki nak buat giveaway masa hari lahir amir pulak bulan jun nanti hahahahaha.. lama lagi tu.. tapi dah merancang sekarang. 

Panggilan Terakhir



Tajuk tak menahan dibuatnya.... ini bukan sebarang pangilan, tapi pangilan terakhir buat pemenang yang masih tidak melaporkan diri....keputusan buat kawan yang bertuah.

Setelah kurisiki memang blognya juga telah lama tidak berupdate, mungkin tuan tanah kedaung tidak membuka blognya... jadi sampai bila pulak harus ku menunggu.... mungkin bukan rezekinya....

Oleh yang demikian akan ada cabutan baru sekiranya tuan pemenang masih tidak melaporkan diri hingga malam ini.... beliau yang ku maksudkan ialah eija ameija, hanya beliau satu²nya pemenang yang masih tidak melaporkan diri.... hadiah kawan² yang lain sudah siap ku masuki sampul tunggu setem sahaja untuk ku pos hihihihihi..... (^____^)

Amir dah teruja jer kalau ibu suruh buat cabutan lagi... pemenang baru akan saya umumkan.. kalau pemenang yang sedia ada masih tidak melaporkan diri.

Suprise - Minum Petang


Terima kasih sangat² buat sahabat opis ku.. rajinnya kamu... membuatnya dihujung minggu .... dan memberi ini untuk kudapanku dipetang hari ini... muffin blueberry dan coklat.. lama sungguh tak makan....

Moga tangan yang memebri lebih baik daripada yang menerima ... (^___^)v



Bicara Hati : Lama rasanya dah tak buat muffin ni, kek lagi lah.... 

4 Hari Cuti Tahun Baru Cina



Kes minggu lepas agak² dah basi tak?? hihihihihihi... kira acilah baru tayang.... tiada yang istewa sangat pun... sebab cuti² panjang 4 hari semua terisi di kampung, ada kerja² baik pulih bumbung dan mengantikan zink kat rumah mertua.... jadinya anak², menantu semua jangan nak larik yer.. memang semua kene kerah buat hik.. hik.... hik ... 

Walaupun cadangan asalnya hanya 2 hari boleh siap tapi sampai 4 hari pun tak berkesudahan... ditambah pulak hujan lebat.. memang agak harulah... banjir..... didalam rumah... itulah nama.. kita merancang, allah jua yang menentukan.

Dan yang perempuan pulak tak boleh memanjatkan, jadinya kami ni jadilah bibik² hik.. hik... bangun pagi masak sarapan, menjelang tengahari masak untuk makan tengahi dan menu petang yang santai².. malam??? malam takda maknanya nak masak.. semua pakat tidur.. carilah posisi masing² yang sesuai dengan anak beranak masing² yer... 

Amir??? anak bertuah itu.. hadoilah balik kali ni asiklah nak menangis, sikit² menangis.. ni apa kes.. nak mintak perhatianlah tu... mentang²lah abang² sepupu semua ada... asyiklah nak melayankan kerenah dia jer yer.. mujurlah mak ni.. tak bertukar hijau... tak kala main sikit, terusik sikit.. jeritannya mengalahkan dentuman guruh dilangit.

Bila petang menjelang ...
Pakat² main badminon sama².... mereka seperti sebaya.. hakikatnya masing² berbeza dua tahun .. dua tahun.... Baju biru kanan 11 tahun, baju kuning 9 tahun, baju biru ditengah².. 7 tahun dan amir gambar jauh sikit... 5 tahun .... kalau dibiarkan mandi dalam kolam...



2 malam tidur dirumah mertua, dalam masa yang sama adik beradik sebelah makku ada buat makan² kat rumah embah.... ahad malam isnin (10.02.2013) mujurlah saya dan hubby ni sekampung.. jadi tak payahlah nak muncung² sangatkan.... demi keadilan sebelum balik rumah sendiri.. sempatlah singgah kerumah embah... join jamuan makan².. menu semua pun suka.. sedap... paling suka.. datang bawak perut jer.. hahahaha.. tak malu.. dengan alasan.. dari rumah mertua tak sempat nak masak, padahal petang tu sempat keluar dengan akak ipar belikan kek hari lahir adik.


Suprise buat adik yang bongsu.. sekali raikan masa ada jamuan kat rumah embah.. sebab kebetulan hari lahirnya 12.02.2013....
Alhamdulillah dah 16 tahun, moga menjadi insan yang berguna dan menjadi contoh buat anak² buah kamu... jangan pulak kamu yang nak lebih manja hik.. hik.. maklumlah adik yang bongsukan....



Kenyang makan, balik rumah.. esok pagi² dah balik kampung lagi.. motip... bekalan baju dah habis hik.. hik.. tu pasallah kami balik rumah, sebab ingatkan 2 hari dah cukup .. rupanya tak sempat siaplah .. nasib baiklah kampung dengan rumah tak jauh... kalau jauh... mau beli baju jer kan... 




Bicara Hati : Sempat juga pergi kenduri ahad tu... hahahaha.. magic x?? magickan... perancangan masa penting, lagipun kenduri tu kat kampung jugak...  









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...