♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 26 September 2013

Minum Ephyra Sebelum Tidur




Ni minuman yang saya amalkan sebelum tidur dah hampir sebulan ni, alhamdulillah bangun pagi cergas sangat dan sentiasa bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan esoknya.. jarang lesu lagi .. (^____^)v






Menu Pasar Malam



Ni cerita semalam masa balik kerja, amir kata lapar .. lama tak makan nasi lemak ... iyerlah dah beberapa hari ni dia asyik makan laksa jer... takmoo nasi ... tetiba pulak semalam mintak nasi lemak.

Sebab amir jer yang nak makan nasi lemak jadinya singgahlah pasar malam ... senang cerita .... jadi menu semalam ialah menu pasar malam sahaja wiwiwiwiwiw .....(^____^)v

Dan paling teruja pergi pasar malam semalam (tapi saya singgah balik kerja masa petang) saya jumpa kuih tepung gomakkkkkkk hohohohoho.. sukanya ya allah.. kalau boleh nak beli banyak ... tapi sebab tak tahu lagi mak cik ni buat sedap tak saya amik 3 sahaja .. 2 saya makan, 1 bagi hubby rasa.. sebab hubby kata dia tak pernah makan langsung.... 2 biji apam.. semuanya 5 ketul rm 2 senang.



Tepung gomak besar, sedapp jugak.. dalam dia inti kacang hijau ... nasib baiklah sedapp mak cik ni buat.. minggu depan boleh beli lagi .. hihihihi... tu pun kalau mak cik ni ada lagi , saya beli ka pasar taman perwira .. dekat dengan rumah jugak .. tapi jarang pergi kat sijangkang nun....




Apam balik beli seketul rm2.50 kegemaran amir jugak .... bukan amir jer.. kegemaran kami 3 beranak jugak hihihihihihi .. tapi sekarang inti apam balik tak semeriah dulukan... nasib baiklah yang saya beli semalam ok.. kacang banyak.. jagung pun banyak.. sedapp.. cuma berminyak sikit.



Inilah budak mengidam tu.. nak makan nasi lemak katanya.. nasi lemak biasa jer.. ibu gorengkan telur kat rumah, nak jugak yang ibu gorengkan telur hihihihihi .. anak².



Bicara Hati : boleh dikatakan hampir semua juadah, menu kat pasar malam naik harga, sebab naik harga minyak kot kan ... huhuhuhu ... banyak naik rm 0.50


















Sikap Majikan Pengaruhi Rumah Tangga




Sebab tajuk itulah saya beli majalah ni. hihihihi.. bukan sebab tajuk pun memang suka beli majalah ni pun ... ada benarnya tajuk tu.. tapi sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu .. kita kene profesional tau.. jangan jadikan emosi terbawa² sampai kerumah .... majikan pun macam tu jugak... jangan ingat pekerja kamu itu kuli kamu.. yang tiada perasaan hingga kamu memberi kerahan tenaganya .. memberi arahan kepadanya tanpa menjaga perasaannya... kerana pekerja kamu pun manusia juga... ingat tu wiwiwiwiwi .....

Khamis.. mulakan sesuatu yang baik untuk hari ini di dalam perkajaan masing²... tak kiralah suri rumah pun ada kerja jugakkan.. kan.. (^____^)v










Rabu, 25 September 2013

aulad - Majalah Pertama AMIR


Majalah pertama saya belikan untuk amir, ibu ada majalah kegemaran .. hubby pun ada.. amir pun mestilah nak jugak... macam bagus jer pengisian dalam majalah ni.. ada kesempatan saya kongsikan yer...




Makan - makan Ditaja Kawan² Pejabat




Semua pun menyelerakan ..... penuh sudah perut ini .. seharianlah kita makan menu ni tau... rojak, kek keju, nasi goreng, mee goreng macam² ada lagi... ada jamuan sikit kat opis , sempena meraikkan kejayaan seseorang .. mereka berkongsi rezeki .. kami tumpanglah makan² juga ... terima kasih semua yang belanja .... dan terima kasih tempah tahu sumbat special saya tu kikikikiki ...;p ....






Stok Kudapan Daim





Jiran sebelah baru balik jalan².. kat langkawi.. bukan jiran sebelah rumah yer.. ni jiran dalam opis kikikikiki ... bagi stok kudapan... cukuplah ni.. petang² kan mengantukkkk boleh kunyah²...








Abang Hensem Jaga Adik

 



Abang besar ker abang hensem ni???.... korang tengok.... baru mak saya suruh amir bawak rizqi pusing² kat stroller depan rumah .. (bukan selalu dapat peluang manja² bersama) kemain lagi nak pakai spek .. melaram.. yang ibu pun sempat lagi nak amik gambar dia ... yang sebenarnya nak gelak pun ada.. sebab dia kata panas tu nak pakai cermin mata, saya kata pakailah topi .. panas kat luar... dia takmoo sudahnya petang tu dia demam .. malam pun sama dedar².... macam mana nak jaga adik betul² ni amir .. baru praktis dah demam hihihihihihi ... ;p










Selasa, 24 September 2013

Hati Seorang Abah - Kasihnya Jarang Ditunjukkan



24 September,  dalam usia melewati akhir 50'an kakak rasa bersyukur sangat² sebab abah di dunia ini masih sentiasa menyokong apa jua yang akak lakukan walaupun akak dah berkahwin ... abah sentiasa menjadi sahabat, sentiasa menjadi pendengar yang setia .... dan menjadi tulang belakang kejayaan akak .... sayang abah ... peluk seeratnya. (^___^) sebak kejap...

Abah jarang mengeluh, jarang menunjukkan reaksi yang tidak menyenangkan .... walau abah penat macam mana sekali pun.. walau abah marah dan geram macam mana sekali pun dengan kami abah akan menegur kami dengan penuh hemah .. memang abah tiada penganti.. dan sentiasa menjadi heroo yang hebat di mata akak, alhamdulillah abah masih dipanjangkan umur ... moga sentiasa diberi kesihatan yang baik .... sentiasa dimurahkan rezeki ... moga niat abah untuk menunaikan haji bersama mak akan dimakbulkan dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Amin....


Gambar kenangan raya baru ni .. cucu abah yang tolong amikkan, sapa lagi amirlah hihihihihi .. bukan kat rumah kami pun.. rumah jiran .. pergi beraya masa ni ...




Sorry kalau entry syadu sikit .. bab family ni memang mudah sentap dibuatnya, asal nak menaip.. baru nak mukadimah dah nak menangis.. dasar cenggeng betul saya ni kan ..;p camnerlah orang kata anak sulung ni selalunya kuat.. anak sulung ni selalunya pemimpin.. saya rasa saya selalu mintak pimpim adalah kikikikiki (tetiba teringat hubby) ... 



Bicara Hati : Tengah pikir nak ajak keluarga saya makan² hujung minggu ni... harap termakbul hendaknya. Kira meraikkan bestday abahlah...











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...