♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 27 September 2013

Elak mengantuk di petang hari


Tak tahulah pasal apa.. mata ni mengantuk yaaaa aaaaammmmmaaaaattttt petang ni, sebab tengahari tadi berselera sangat makan tengahari agaknya huhuhuhuhu ... ;p

Bila lepas habis audit, tiba² dapat aiskrim... bosss belanja.. macam nak gelak ada.. terkedu pun iyer jugak... maklumlah big boss ni payah nak belanja.. lagi² aiskim.. hahahaha seyes... macam betul ke bos saya hari ni .. hahahaha .....

Layan magnum almond, memang dah lama tak makan aiskrim ni tau... sedap, manis, lemak .... likat melekat kat tekak dibuatnya... layan jerlah.. janji dapat elakkan mengantuk ni, sekarang tengah layan kudap² daim pulak... sampai kawan saya tegur.. amboi kemain senang hati audit dah balik yer.. hahahaha.. yang luar jer korang nampak tenang.. dalam hati ni .. allah jer yang tahu kene seketul .. berketul² dalam bilik dengan audit tadi hihihihihi... alhamdulillah teguran ang membina haruslah diperbaiki kan.. kan... (^___^)


Selamat bercuti dihujung minggu ...













Dia Buat Perangai Lagi



Tiba² sahaja .. minggu lepas .. lepas hantar amir gear kereta buat hal balik.. dia takmoo bergerak kat P tu.. dah sudahh... terus sms hubby .... sebelum tu dah pernah jadi dah ... apa kene ntah tetiba jer... seyes cuak tau.. cuak huhuhuhuhu .... habis takkan nak menangis, bukan boleh selesai masalah pun.
Sudahlah pagi tu ada audit, call kawan kat opis tak berangkat².. bizi agaknya susun dokumen nak audit ... tu yang nak tak nak kene jugak sms hubby bagi tahu... ingatkan nak mintak tolong kawan opis. Kejadian ni pulak masa lepas parking hantar amir kat tadika ... ermmmmm ... 


Mujurlah hubby ada mesyuarat, hubby singah opis kejap amik kereta.. tu pun saya pasrah tolak kuat² gear tu... barulah dia boleh gerak daripada P. hubby bawak servis .... tak tahulah apa masalahnya hubby tinggalkan kereta .. terus pergi mesyuarat .. nasib baiklah mesyuarat tak jauh daripada tempat servis kereta .. jalan kaki jerlah.
Habis mesyuarat barulah hubby amik, bila saya tanya apa dia buat dengan kereta .. hubby kata .. ntah .. dia cuci kot ... tak payah bayar pun... :((



Bicara Hati : Hari ni ada audit ... baru teringat nak publish entry ni kikikiki .. jangan marah.. dah seminggu lebih pun berlalu...











Petanda Anak Cergas , Pastikan Juga Cergas Rohaninya



Semua orang nak anak cergas, semua orang nak anak pandai ... tapi berapa ramai yang pikir .. nak anak hormat orang tua .. nak anak yang ada didikan agama ... nak anak yang bersopan santun budi bahasanya .. nak anak yang tak akan melupakannya bila dewasa nanti .... semua itu cermin ibu bapa semasa mendidik anak²nya seusia byi lagi... renung²kan lah.. 


Salam Jumaat Semua.....




Bicara Hati : Tuan tanah bizi audit, entry yang ada semua autopublish ... kalau sempat sy bw ...






Khamis, 26 September 2013

Minum Ephyra Sebelum Tidur




Ni minuman yang saya amalkan sebelum tidur dah hampir sebulan ni, alhamdulillah bangun pagi cergas sangat dan sentiasa bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan esoknya.. jarang lesu lagi .. (^____^)v






Menu Pasar Malam



Ni cerita semalam masa balik kerja, amir kata lapar .. lama tak makan nasi lemak ... iyerlah dah beberapa hari ni dia asyik makan laksa jer... takmoo nasi ... tetiba pulak semalam mintak nasi lemak.

Sebab amir jer yang nak makan nasi lemak jadinya singgahlah pasar malam ... senang cerita .... jadi menu semalam ialah menu pasar malam sahaja wiwiwiwiwiw .....(^____^)v

Dan paling teruja pergi pasar malam semalam (tapi saya singgah balik kerja masa petang) saya jumpa kuih tepung gomakkkkkkk hohohohoho.. sukanya ya allah.. kalau boleh nak beli banyak ... tapi sebab tak tahu lagi mak cik ni buat sedap tak saya amik 3 sahaja .. 2 saya makan, 1 bagi hubby rasa.. sebab hubby kata dia tak pernah makan langsung.... 2 biji apam.. semuanya 5 ketul rm 2 senang.



Tepung gomak besar, sedapp jugak.. dalam dia inti kacang hijau ... nasib baiklah sedapp mak cik ni buat.. minggu depan boleh beli lagi .. hihihihi... tu pun kalau mak cik ni ada lagi , saya beli ka pasar taman perwira .. dekat dengan rumah jugak .. tapi jarang pergi kat sijangkang nun....




Apam balik beli seketul rm2.50 kegemaran amir jugak .... bukan amir jer.. kegemaran kami 3 beranak jugak hihihihihihi .. tapi sekarang inti apam balik tak semeriah dulukan... nasib baiklah yang saya beli semalam ok.. kacang banyak.. jagung pun banyak.. sedapp.. cuma berminyak sikit.



Inilah budak mengidam tu.. nak makan nasi lemak katanya.. nasi lemak biasa jer.. ibu gorengkan telur kat rumah, nak jugak yang ibu gorengkan telur hihihihihi .. anak².



Bicara Hati : boleh dikatakan hampir semua juadah, menu kat pasar malam naik harga, sebab naik harga minyak kot kan ... huhuhuhu ... banyak naik rm 0.50


















Sikap Majikan Pengaruhi Rumah Tangga




Sebab tajuk itulah saya beli majalah ni. hihihihi.. bukan sebab tajuk pun memang suka beli majalah ni pun ... ada benarnya tajuk tu.. tapi sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu .. kita kene profesional tau.. jangan jadikan emosi terbawa² sampai kerumah .... majikan pun macam tu jugak... jangan ingat pekerja kamu itu kuli kamu.. yang tiada perasaan hingga kamu memberi kerahan tenaganya .. memberi arahan kepadanya tanpa menjaga perasaannya... kerana pekerja kamu pun manusia juga... ingat tu wiwiwiwiwi .....

Khamis.. mulakan sesuatu yang baik untuk hari ini di dalam perkajaan masing²... tak kiralah suri rumah pun ada kerja jugakkan.. kan.. (^____^)v










Rabu, 25 September 2013

aulad - Majalah Pertama AMIR


Majalah pertama saya belikan untuk amir, ibu ada majalah kegemaran .. hubby pun ada.. amir pun mestilah nak jugak... macam bagus jer pengisian dalam majalah ni.. ada kesempatan saya kongsikan yer...




Makan - makan Ditaja Kawan² Pejabat




Semua pun menyelerakan ..... penuh sudah perut ini .. seharianlah kita makan menu ni tau... rojak, kek keju, nasi goreng, mee goreng macam² ada lagi... ada jamuan sikit kat opis , sempena meraikkan kejayaan seseorang .. mereka berkongsi rezeki .. kami tumpanglah makan² juga ... terima kasih semua yang belanja .... dan terima kasih tempah tahu sumbat special saya tu kikikikiki ...;p ....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...