Sebab dapat tengok daripada luar sahaja makanya .. masa lepak² kat tepi jalan kat jambatan hala nak ambil orang kat balai ketibaan sempatlah snap gambar ni hihihihihi ... jadilah .. kalau dekat dengan lampu memang dah possing dah .. mujurlah amir tidur masa ni.
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 21 Mei 2014
Selasa, 20 Mei 2014
Kacang Pandai Pistachio
Masa kat terengganu hari tu .. banyak jual kacang² pistachio ni, selain tu kacang gajus pun ada .. kat pasar payang tu macam² ada jual tau ... dan jangan tak tahu kacang² ada di jual dalam plastik bungkusan kecik² .. (takdalah kecik sangat pun) sebungkus rm 10.00 .. mahalkan ... memang banyak barang mahal dah kat pasar payang tu .. tapi jangan risau masih ada jugak yang jual rm 10.00 utk 3 4 barang.
Saya tak tahu kenapa orang panggil kacang ni kacang pandai, tapi saya sukaaa kacang ni .. rasa masinnya .. lemaknya .. nyum² memang sedapp dibuat kudapan hihihihihi .. koooo bagilah sebekas.. memang ralit mengunyahnya.
Dan sebab gelaran kacang pandai tu lah amir pun dah mula suka makan hihihihi ... cuma payah sikit dia nak mengupas kulitnya tu, ibu lah yang gigih tolong kupaskan.
Kalau tak silap kacang ni ada bentuk halwa, tapi saya tak perasan hari tu ada jual ke tak kat terengganu .. sebab dah kalut macam² saya beli dan pengag ... halwa kacang ni dia ala² macam biskut gitu ... sedap jugak . saya pernah makan tapi daripada mekah .. kawan saya kata kat malaysia pun ada jual ngeee ....
Bicara Hati : Tengah ralit kunyah kacang ni daripada petang semalam, nampaknya minggu habiskan sok kacang ni jer lah hihihihi ....
Isnin, 19 Mei 2014
Percutian Singkat Lagi Bajet Ke Ganu Kita
Alhamdulillah akhirnya setelah puas berjalan tdo, berhenti, minum sikit² sampailah kami ke pantai batu buruk .. destinasi pertama .. jam menunjukkan pukul 12.40 tengahari .. apa lagi perut dah kelaparan moh lah makan .. sini jelah tempat yang senang di tuju adik ipar bawak .... intai² ... moh le intai apa yang sedapp .. yang pasti semuanya sedap dan murah.. berbaloi² makan .. amir pun makan nasi dengan ayam oreng kemahin lagi berseleranya.
Lepas makan barulah cari homestay .. sekali lagi gambel .. dah habis makan dah kenyang baru boleh berpikir mana nak tidur hahahahaha ... kalau takda tempat tidur .. memang tidur masjidlah malam tu .... alhamdulillah dapat homestay .. nanti kita syer yer kat entry lain.
Ya allah selalu nampak kengkawan jer review ... indah sungguh masjid kristal ni, tak sangka dapat jugak kami sampai kesini ... alhamdulillah sangat² .... lepas dapat homestay dah letak barang .. petang tu kami keluar balik teruslah solat maghrib di masjid kristal .. takkanlah nak balik rumah pulakkan .. nanti mesti memasing tak kosa nak keluar, lepas tu terus makan malam hihihihihi .. tu pun jenuh cari semua tempat penuh .. tak sangka pulak kami .. ingatkan takda orang .. rupanya malam meriah jugak ganu ni.
Ni pulak pemandangan depan homestay tu hihihi meriahkan kawasan orang bela ikan keli kalau tak silap ... sabar yer.. nanti kisah homestay saya stori mori ngeh ngeh ngeh ngeh ......
Anak saya yang bertuah yang satu tu.. kalau pergi bercuti ni memang takmoo naik dengan ibu dengan ayah, kalau naik pun semua sepupu² semua pakat naik dengan kami baru dia nak naik ... jadi kali ni amir naik kereta sepupu dia ... kebetulan adik ipar yang bawak.... hamboi kemahin kereta myvi tu kalau amir baring kat belakang memang yang lagi 2 orang jadi mangsalah kena riba dia kikikiki .. bertabahlah korang yer ... mak mertua dengan adik ipar naik dengan kami hihihihi ...;p
Dan setiap kali hentian .. mesti singgah toilet dan playground bebudak melepak .. ayah² drive pakat rehatkan pinggang.
Kami tak kemana sangat pun.. hari esoknya pagi² dah ke pasar payang sebelum balik, itu pun sebab nak mencari ole² dan keropok kering .. keropok basah kami beli on the way balik kat dungun kalau tak silap kat tepi jalan jer .. sebab lalu pantaikan ... seronok jugak .. cuma terasa lagi jauhlah daripada pergi .. sebab pergi lalu highway sepenuhnya. Gambar ka pasar payang pun tak sempat amik sebab memasing nak cepat membeli hihihihi .... sebelum ramai orang lagi sesak .. pukul 11 pagi dah gerak keluar.
Kata percutian singkat dan bajet, memang bajet betul ni haha.. bukan takat bajet duit .. bajet masa jugak ...;p dah banyak berubah kat terengganu ni tau .. kat area pasar payang tu ada jeti yang cantik dah sekarang ni .. siap ada lampu macam i-city kooo memalam kemahin meriah lampu² tu ... dulu rasanya takda pun. Memang banyak dah berubah.
Bicara Hati : Terkejut masa kat terengganu tu kami dikabakan MB letak jawatn gegegege ...;p
Jumaat, 16 Mei 2014
Guruku Imamku
11 CIRI² ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.
Berikut ini adalah ciri-cirinya :
1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suaminya adalah pemimpin kaum wanita.
2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.
3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).
4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)
7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.
10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.
11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain
Sumber : FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
*********************************************************************************
Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya belajar untuk menjadi yang terbaik ... moga kelebihan kekurangan diri diterima seadanya selamanya dunia akhirat insyaallah ..... Aamin ....
Khamis, 15 Mei 2014
Pindah Barang Di Rumah Sendiri
Dalam kepala ni dah meligat nak deko rumah, idea macam² .. tapi fulusss lah pulak nak kena gigih ni beli sikit² .. biar nampak kemas dan cukuplah sikit² sahaja sesedap mata memandang ... sebab senang nak kemas .. sana sini blog deko saya sekodeng cari idea hahahaha .... cuma tak taulah nak ada tema ke idok ni .. ada orang kata tema vantage lah eksklusif .. ada kata buatlah tema bali .. nampak nusantara ... takda maknanya nak bertema ... memang ikut sukati hati ini jelah kang lalalalalala ...;p jani hubby kata ok.
Dalam bilik air pun dah pikir nak deko hahahaha .. padahal bilik air tetamu je pun ... sebenarnya tak puashati sangat dengan tile yang kita orang pilih ni, tapi nak buat camna dah tak larat nak serve .. jadinya amik warna ni je lah .. yang penting tak payah pening² nak sental kalau kotor nanti kikikikiki .. sebab warna coklat ala² maroon .. warna pilihan asal kami sebenarnya biru untuk bilik air ni .. sudahnya kolah pun kita orang letak tile coklat ni choii sangat tau ... tak nampak macam kolam kat kolah tu ... tapi palinggggggggggg bengang sebab toilet tetamu ni ada masalah sikit flash dia buat hal grrrrrrr ..... baru duduk dah buat hal, harap kontraktor tukar balik ... sebab iyelah untuk tetamukan... nanti kalau ada ramai tetamu nak membuang camne kalau flash rosak huhuhuhu .... >__<
Rasanya part yang akan amik masa mengemas ialah bahagian dapur, hubby dah bagi hint nak buat kabinet .. sebab bab kabinet ni memang part saya .. jadinya mungkin akan terbiar dulu buat masa ni .. sebab nak amik masa buat pilihan dan ikut bajet serta kesesuaian ikut keluasan ruang dapaur .. hahaha .. tak semengah sungguh dapur berselerak pun ko nak letak gambar eh masya .. tu sapalah yang letak gayung kat dapur gas tu ... sebenarnya dapur ada dua satu dapur basah dan dapur kering, ini dapur kering .. kalau ikutkan saya nak satu dapur jer ... tapi hubby yang cadang nak 2 dapur ni huhuhuhu .... ni sapa yang nak masak ni saya ke awak .. awak tolong siang² ikan, ayam, kambing (opss kambing lagi tersebut), sayur mayur eh kat dapur basah .. tq tq tq sambil buat muka manja kenyit mata... sapa suruh buat dapur besar² .. yang sebenarnya memudahkan jugak kalau ada sedara mara datang nak rewang kenduri nanti (opsss... tak tahulah bilanya tu).
Rumah lama tu nampaknya nak tak nak kenalah sewakan jugak, bila dapat tau je kami dah pindah .. jiran semua tanya hubby dah ada penyewa ke?? berapa nak sewakan ni?? rumah dah ada kabinet dapurkan, ada econ kan, pagar automatikkan .. yupsss semuanya pun lengkap .. cuma wardrobe kabinet bilik jer kami tak sempat buat .... tempat parking tu pun luas ... sungguh hati ni rasa macam sayu sangat² nak pindah, dulu hubby ajak pindah pun ko nangis² takmoo pindah .. ni nak balik kampung pun nangis lagi .. macam² lah masya ni tau ... sapa tak sayang rumah sendiri .. kat sinilah rasanya banyak berdikari berdua dengan hubby sampai adanya amir kan.. mestilah sedih.. jiran² pun semuanya hokey .. dekat dengan padang ... senang nak riadah .. kalau bab nak berjalan jangan cakaplah .. dah banyak kemudahan sangat .. dekat dengan skve.. nak kebanting, ke shah alam pun dekat .. putrajaya lagilah dekat dah ade skve ni, lepas ni rindulah nak ke aeon bukit rimau.
Insyaallah bulan depan masuklah penyewa baru, harap sangat dia orang jagalah rumah ni macam rumah sendiri .. jangan cakap nak beli buat rumah sendiri sudahhhhhhh mau masya nangis guling² berjujuran air mata berjujai... banjir sungai klang tu.
Bicara Hati : Tak tahulah ada housewarming ke tak, ada yang sudi datang ke kalau buat ... malulah nak menjemput² ni, ruma titewww biasa² je masih kosong ... tapi insyaallah jamuan dengan adik beradik mestilah ada hihihihi ... (^_____^)v sebab dah banyak membantukan mengemas rumahkan.
Rabu, 14 Mei 2014
Bila keinginan membuak²
3 meja 3 pinggan penuh satay ... anak beranak katanya, tapi gambar lain takda ... gambar satay jer .... tayang eh kata keinginan membuak²... tapi tak puaslah nak makan satay kambing jugak, lagi² pagi ni nampak mamatisya update .. huhuhuhu.. manalah nak cari yer ... nak buat tak reti resepi kang tak menjadi lagi haru ...
Kesukaan , Kegemaran Dan Sentiasa Dihati
Alhamdulillah rezeki pagi hari .... sarapan air tangan mak lagi nasi goreng kampung pedas dabommmmm disulami dengan keropok losong nyum² ... selamat sudah semuanya ku hadap sarapan pagi >____<
Jumaat, 9 Mei 2014
Maraton Atau Jogathon
Memikirkan masa yang sangat² cemburu jadinya edisi mengemas hanya akan berlaku pada hujung minggu, okk part mengemas ni rasanya banyak jugak masuk plastik hitam .. sebab kalau boleh rasanya nak minima sangat² barang yang akan masuk dirumah baru nanti. Nak buang dah tabiat yang suka menyimpan barang² yang tidak² cukup²lah dulu 30 tahu dulu ada tabiat tu .. semua barang punnn nak sayang ape hal .. sebelum hubby berbunyi ... adalah lebih baik sedar diri ... >____<
Sudah lapang mata melihat, sesejuk hati melihat saujana kebiruan ...... kekuningan, kemerahan, kehijauan .. sudah macam tadika rumah lama bila ditinggalkan kosong kikikikiki .... baru sedar rumah meriah macam² warna penuh ceria ... owwwhhhmaaagadddd jugak .... belakang² alamari penuh binatang² ni .. oitt apakah ini??? memang rumahku mesra haiwan sungguh ... part paling geram anai² mudah sungguh hidupnya pantang dapat peluang hilang bau kami .. cepat jer nak beranak pinak di kabinet dapur grrrrrrrr ..... pitam jugak jam² tu kami suami isteri. (nanti saya stori mori eh ubat kami sembur untuk anai² ni)
Alhamdulillah inilah villa baru kami di kampung, nanti sambung stori mori eh .. ni kira macam teaser dululah hahahahaha .. lapang jer laman ..... satu pasu munga pun takda lagi ... gigihlah kang nak deko bunga kat laman sebesar lautan ni ... tu lah dulu laman sekangkang kera di komplen sekarang terimalah hadiah kunun² nak laman besarkan. Tak tahu nak mula mengemas daripada mana ... yang pasti semua kotak² pindahan hubby dah susun ikut kesesuaian bilik sebab memudahkan kami untuk mengemas.
Dalam pada kesibukkan mengemas, di duga .. di uji .. di beri ganjaran agar bersyukur padanya atas nikmat ini .. bermohon agar diberikan kesihatan yang baik .. agar semuanya pulih kembali .. paling ketara sejak tak sihat ni hilang selera makan .. yupsss nikmat makan sampai lupa hingatan hilang sekejap .. nampak menu lazat pun sudah tidak bernafsu arghhhhh .. parah sudah kalau macam ni. boleh jumpa nombor 4 kah?? kah .. kah .. kah .. kah ... (ada hati jugak tu). Rumah abang ipar kenduri baru ni .. tak berselera nak jamah nasi.
Dalam mood tak menentu hala menyepi daripada dunia siber sementara membawa haluan sendiri .. dikejutkan dengan kunjugan berduyun² ke blog picisan ini, ya allahhhh sungguh terkedu dibuatnya, saya hanya biasa² sahaja ... menulis hanya hobi sampingan, dulu sibuk mengejar uv kenapa banyak entry tapi tiada kunjungan .. sudahnya sekarang sendiri buntu ... ramai datang bertandang walaupun takda entry baru >_____< malu pulak rasanya ....
Setelah diselidiki .. owhh ini lah rupanya yang orang tercari².. mood nak hari raya dah dekat rupanya .. puasa pun lagi 50 hari sahaja lagi, jadi ramai yang mencuba cari resepi biskut² ... tapi blog saya cuma ada resepi popia nesum sahaja .. tak reti nak buat biskut huhuhuhu ...;p
Masih ada lagi rezeki dengan cpuv, walaupun mood nak update agak kelaut sedikit ... huhuhuhu .. alhamdulillah masih ada rezeki walaupun tak semeriah blog² lain.. jadilah biar sikit janji ada....
Maraton sahaja entry ini ... opss lupa nak upload pict anak buah kawin baru ni, satu²nya cucu sulung perempuan belah mertua baru sahaja kawin .. tambah ahli keluarga baru .... memang seminggu ni bizi sebab tu tak mengarang entry .. mood tengah kelau mabukknya .. bukan mengandung, dah jangan korang komen kang kata tahniah masya... memang masya block korang grrrrrrrr ...;p
Bicara Hati : Mood ke laut sebab nak ke pantai timur agaknya minggu depan ngeh .. ngeh .. ngeh .. ;p
Langgan:
Catatan (Atom)