♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Jumaat, 6 Februari 2015
Awal Bulan Februari
Rabu, 4 Februari 2015
Isnin, 26 Januari 2015
Terlayan Suamiku En Sotong
Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.
Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - EricaKredit: Suamiku Encik Sotong
Novel Suamiku Encik Sotong bakal diadaptasi ke dalam drama Astro Ria. Drama ini mula ditayangkan 27 Oktober 2014. Menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai watak utama, dan juga Amyra Rosli. Jangan lupa, saksikan drama hebat ni di kaca tv u olls.
Saksikan drama Suamiku Encik Sotong
Hari: Isnin Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135
*********************************************************************************
Terlayanlah jugak cerita ni ... walaupun kadang² ada watak yang cam pftttttt adehhhh kakunya, cam tak bestt jer nak tengok.. mujurlah sharnaz dgn amyra tu berlakon best gelak² layan sharnaz dalam cite ni .. kemahin lembut dia kan.... ada kata ceritanya cam tak elok... untuk masyarakat tonton .. pada kita terpulanglah pada penilaian sendiri ...
Bicara Hati : Banyak cerita adaptasi lovel jadi drama dan filem, tak sempat baca novel layanlah drama hihihihi ...
Jumaat, 23 Januari 2015
Doakan Saya
Meh belanja sekeping gambar ulang tayang kuikuikui .. terima kasih mak lahirkan saya di dunia ni .. saya syukur sangat atas nikmat ni.. sekarang saya pulak berpeluang jadi mak ... alhamdulillah nikmat yang tak semua orang perolehi ... barulah tahu jerih perihnya menjadi ibu dan mendidik anak serta isteri kan ....
Semoga hidup ini lebih diberkati dan warna warni ... macam gambar cup cake ni hihihihi .. biasalah dalam kemanisan pastinya ada jugak yang pahit .. itu lumrah dalam kehidupan ... sebab daripada situlah mematangkan diri kita.
Doakan saya yer .... Terima Kasih Semua .....
Khamis, 22 Januari 2015
Cara Pujuk Anak Ke Sekolah
Kalau anak korang masih meragam nak pergi sekolah, pandai²lah korang amik hati .. pujuk .. tapi jangan manjakan sangat. Percayalah mereka sangat berdikari cuma belum biasa dengan pendedahan disekolah.. atau mungkin tak biasa lagi dengan kawan² sekeliling ... pikir yang positif okkkeyyyyy .... cikgu² kat sekolah semuanya terlatih .... mereka akan membantu kalau ada anak yang menangis takmoo sekolah.
Saya kongsikan sedikit tips / petua yang saya gunakan sebelum amir masuk sekolah , ini berdasarkan pengalaman saya yer ... saya harap membantu buat kawan² juga bagi anak² yang akan masuk darjah 1 atau akan bersekolah : -
* Dedahkan seawal mungkin dengan persekitaran sekolah, mulakan dengan hantar ke taska (seawal usia tu terpulanglah umur 4 atau 5 tahun ikut kemampuan)
* Bagi ibu bapa yang tak berkemampuan hantar ke taska awal, boleh gunakan kaedah biasakan diri buat anak bersosial, bersosial maksudnya bawak anak pergi playground , bawak pergi ke tempat yang ada ramai orang macam pasaraya .. biarkan dia bermain .. lepaskan.. sambil pantau pergerakkan dia... tengok riaksi dia.. sama ada nak pegang buju baju kita .. atau nak bermain... dan pandai terokai diri bila jumpa ramai orang.
* Pastikan bila masuk tadika 6 tahun sekolah yang kita pilih akan ada kawan² yang akan bersekolah sama pada darjah 1 nanti, lagi bagus kalau dapat masuk pra sekolah di sekolah yang sama .. maksudnya darjah 1 nanti akan bersekolah disitu... sebab dah kenal kawan² yang akan sama² belajar.
* Dedahkan akan pada tempat sekolah yang mereka akan belajar (yang ni bukan sahaja elok untuk anak yg akan sekolah darjah 1 .. kalau nak sekolah tadika pun okey) maksudnya bawak dia jalan²/ lalu sekitar tempat dia akan bersekolah nanti .. bagi tahu kat sini dia akan bersekolah.. nanti anak² akan jadi teruja.
* Bagi tahu kat anak situasi yang akan berlaku kat sekolah, akan ada kawan, akan ada cikgu, kena ikut peraturan ... dan terapkan dalam diri anak² kita kena belajar / menuntut ilmu untuk kebaikkan diri dan kehidupan di masa akan datang.
* Pastikan anak tidur awal bila mula sesi persekolah bagi mengelakkan waktu pagi dia meragam .. dan buat perangai takmoo sekolah.
* Pesan dengan anak² berkawan dengan semua orang , jangan sesekali bergaduh ... (yang ni memang puaslah ibu dok berzikir) sebab amirkan anak tunggal dia tak biasa berkongsi barang² milik dia.. risaulah kot ada kawan menyakat nak pinjam barang dia marah kawan dia... saya bagi tahu kawan pinjam takpa.. jangan sampai hilang.
Oklah itu jer tips yang saya gunakan .. bagi pendedahan awal dekat anak mengenai sekolah dan persekitaran serta suasana bersekolah .. insyaallah .... akan membantu... maklumlah ibu amir ni susah nak cuti awal tahun lagi² kerja bahagian kewangan kan... akhir tahun lagilah dah tentulah cuti kena beku pfttttt jadi inilah pilihan terbaik yang saya lakukan supaya anak tak meragam bila mula sekolah... ditambah pulak kerjaya hubby sebagai guru memang susah nak cuti kalau sesi persekolahan dah bermula.
Insyallah kalau kena cara pujukkannya anak² ni akan mendengar kata, boleh jugak bagi ganjaran kalau nak .. macam belikan sesuatu untuk menghargai dia sebab dia bersekolah ... tapi janganlah bagi mainan .. bagilah yang berfaedah macam botol air ke, beg sekolah dengan gambar kegemaran dia atau apa² je ganjaran yang bersesuaian. (tapi bab ganjaran ni saya tak suka gunakan ... tapi hubby suka.. dan selalunya memang berkesan kat amir) mihmihmihmih ....
Bicara Hati : Kemahin sebab cemerlang tahun lepas hubby bagi amir basikal baru ... nanti ada masa ibu upload gamba basikal tu .. hihihihihi (^____^)v
Rabu, 21 Januari 2015
Berganda - Ganda Setiap Minggu
Selasa, 20 Januari 2015
Mengidam Char Kotiaw Katanya ....
Mengiurkan tak .. hihihihi penuh sepinggan kuah dia ... adalah udang 3 ekor kot dalam tu ... memula cam tak berani nak makan .. tapi kot tak makan ni.. bila lagi nak merasa hahahaha .. dasar sangatkan .... jadi bacalah doa banyak² dengan harapan tak sia² kena membuang ... pftttt .... sua kat amir .. dia geleng kepala ... takmoo makan.. dia rasa sikit jer.
Kat kedai ni banyak menu sebenarnya .... tapi semua pun tak membuka selera ni .. layan char kotiaw jer... itu pun sebab hubby kata sedappp rugi tak makan.. kemahin kan baikk punya meracun. Kedai ni area jalan hj sirat kat bt belah sana tu ... kat kedai ni ada orang jual berger bakar tau.. tapi takdalah nafsu nak makankan.. lagipun masa ni kedai burdger tu baru nak bukak ... jadi tak sempat nak order.
Anak² memula sua geleng kepala .. dah nak habis barulah sibuk nak merasa... tengok tu.. kemahin lagi hirup kuah dia.... macam sedapppp sangat je kan. Kalah orang mengidam makan char kotiaw tu ... pada tekak aku biasa je rasanya ... takdalah yang istimewa sangat pun .. sebab kuah dia cair sangat huhuhuhu ... tapi kalau teringin makan okeyy jew .. sebab rasa dia okeyyy serba serbinya cuma kuah jer melimpah ruah.
Bicara Hati : Bila cpu mabuk masuk sepital pasrahlah lepas ni tak dapat update blog huhuhuhu .. sehingga cpu sembuh.
Khamis, 15 Januari 2015
Kali Pertama : Saya Murid Tahun 1
Hari pertama sekolah ibu hantar, ibu cuti 2 hari memang nak uruskan amir.. baik sekolah kebangsaan mahupun agama.. maklumlah ayahnya cikgu jadi memang tak cutilah kan ..... sebab ayah pun nak uruskan murid sekolah ayah.
Sampai sekolah 7.15 pagi .. amir kemahin semangat lagi .. tengok senarai nama pelajar amir terus ku bagi beratur kelas 1 ibnu jauzi .. warna hijau ... muka dah tak berapa nak senyum sebab takda kawan yang sama kelas.. baik masa tadika mahupun kelas celik jawi ... aku biarkan je dulu ... takmoo bagi mood dia jatuh lagi .... perhati je daripada jauh ... tak lama tu .. ada jugak kawan rupanya dia... eh² sama kelas dengan anak akak sepupu yang mak jaga... eloklah tu ... tak sempat aku nak baca semua senarai tadi... cari nama amir je .. dah jumpa terus tuju dewan perhimpunan, eh² ada jugak aidil kawan amir masa celik jawi.. terus amir senyum lebar dah jumpa geng. Ibu pun risau jugak kot dia moody .... banyak urusan nak buat hari pertama tu ....
Halooo belanja sekeping gamba kemahin smart lagi pakai tali leher.... smart ke.. tak berapa sangatlah sebab balik sekolah.. tapi masih mampu senyum oklah tu .....
Urusan hari pertama tu memang buat kelang kelibut sikitlah .. mana kami nak dengar taklimat, lepas tu amik buku teks anak ... bayaran yuran² (untuk taq nama, buku panduan, pin taq darjah 1, tai .. haihhh memacam lagilah termasuk PIBG) Pfttt semuanya habis RM 75.00 Hinggit .. Buku² sebelum ni hubby belikan kat koperasi habis RM 97.00 .... DAH SETEL SEMUA LEGA IBU ....... cikgu bagi tahu amir orentasi sampai 20 januari .. lepas tu barulah exam menentukan kelas semula .... sekarang ni duduk kelas yang belum di nilai lagi kebolehannya... maksudnya cikgu campur² lagi dengan pelajar yang dah pandai membaca, pandai mengeja dan yang belum pandai membaca.
Masa aku tengah sibuk nak mengamik buku teks amir hubby pun sampai ... rehat katanya sempat lagi singgah sekolah amir ... teruja nak merasa jugak tengok anak masuk sekolahkan.. agaknya takda kelas kot lepas rehat.. ateeeeeee dah dia buat jadual.. pandailah dia menyusunnya kuikuikuikui ...;p lepas amik buku teks tulah aku uruskan yuran² amir .. hubby tolong pegang buku teks.. amir dah rehat nak masuk kelas.... kemahin lagi amir dapat geng siap beli makanan kat kantin .. hadoilah anak.. sungguh² kamu buat ibu sujud syukur.. sebab pandai berdikari ... walaupun kamu beli keropok jer .... kat rumah dah makan nasi goreng...
Jadual aku pun dah berubah sejak amir sekolah ni .. bangun memang awal kena masak sesiap lauk ... tapi gambar ni lauk untuk hubby asam pedas ikan jaket .. kemahin bergelimpangan bendi dalam tu.. ikan sekor jer... hubby kepala montot untuk aku wakakakaka ...;p amir punya lauk telur puyuh masak kicap .. bawakkan bekal kerumah mak .. senang takut mak tak sempat masak melayankan kerenah anak buah aku iqy tu ... tapi amir dah pesan.. ibu tak masak pun takpa .. nanti amir soh embah masak nasi goreng planta .. sedapp makan panas²... anak² bagilah semangat kat ibu kamu ni nak masak .. hubby pulak jenis tak berkisah.. apa aku masak itulah dihadapnya... allahhh hero² ibu buat ibu sujud syukur banyak kali .. terima kasih allah atas kurniaan ini .... sebab sangat memahami.... selagi mampu .. selagi kuat semangat ni.. ibu masak yer.. yang penting sarapan dua beranak ni nasi goreng ... tak pun apa² jelah yang frozen beli siap² senang cam pau, popia, karipap.. tinggal goreng jer...
Alhamdulillah amir tak meragam masuk darjah 1 ni, risooolah jugak kan ... korang pun tahu tahap manja dia tu camna kan masa kecik².. mungkin jugak pendedahan awal kami bagi dia ketadika dan mula bersosial memudahkan semua urusan ni... kalau ada geng dia okeyy jer.. tu pun berbuih² mulut ni pesan jangan main jer.. atau borak je dalam kelas.. nanti cikgu marah.
Bicara Hati : Tiada apa yang mengembirakan hati seorang ibu, bila anak yang dikandung mula pandai membaca, mengaji, mengira, iqamat dan mula belajar solat.. sejuknya perut ni.. sayunya jauh disudut hati ni.. ya allah inikah anak yang ku kandung semakin membesar kamu MUHAMMAD AMIR HAZIM BIN MASNIZAM (^____^)v moga menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat amin....
Langgan:
Catatan (Atom)