♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 13 Oktober 2015

Meriahnya AidilAdha Di Kampung




Sebelum menjelangnya lepas asar ni tahun baru untuk esok (sambutan maal hijrah) moh leee kiranya kita kongsikan sedikit kemeriahan raya haji tu hari .. edisi throwback sudahlah .. dah ketinggalan keretapi ni .... sayang rasanya tak kongsikan kenangan raya haji kali ni .. 



Tahun lepas raya aidiladha kami biasa² sahaja sebab mertua pergi ke tanah suci dapat panggilan haji, tahun ni alhamdulillah dapat meraihkan bersama .. dan rezeki mertua ada lebih buat qurban lembu seekor.



Sehari sebelum raya tu, aku tak cuti pun.. walaupun cuti sekolah sebab hubby kata cuti jumaat jelah.. buat qurban pun hari sabtu .. aku okey jew.. selamat cuti boleh simpan.. walaupun cuti tak berapa nak hado kikikiki ;p Malam raya tu aku kat rumah mak.. tolong masak² lontong, kuah kacang, dengan ayam masak kicap jer ... siap tido rumah mak bawak baju raya siap² kooo merasalah tidur rumah mak malam raya tu .. tq hubby .... bagi pelepasan .. almaklumlah rumah sendiri dengan rumah mak dah dekatkan.. jadinya amir salu takmoo tidur rumah mak, malam raya tu elok pulak dia nak tido... pagi raya hubby datang .. bawak amir pergi solat ... 







Kami pagi raya tu .. bersiap² pergi rumah mertua lepas tu embah .. lepas tu hubby dengan amir ronda kampung pergi masjid tengok orang lapah daging lembu qurban. (Tema pink belacan sebenarnya .. tapi dalam gambar nampak macam terang sangat) mata pun dah tak nampak senyum pipi kemahin tembam nau sekarang muahahahaha .. senang hati.. tido dalam takda yang ganggu dah ....







Lembu kan dia macam tau² je nak kena qurbankan .. ya allah sayu tengok tau .... sudahlah malam raya dengan raya haji pertama tu hujan.. kesian tengok ... kita dalam rumah pun kesejukkan ... apatah lagi dia kat luar tu.. elokk je tak bersuara ... kita pulak yang risaukan dia ...












Aku rasa part paling sayu .. kalau tak kuat iman .. atau rasa kasihan korang janganlah tengok lembu kena sembelih... jujurnya amir memang jenis lemah semangat .. lagi² bila baca takbir, 3 tahun sudah kalau tak silap kita orang sampai pergi darusyifa berubatkan amir .. sebab tak tahupun rupanya dia lemah semangat ... tu yang lembu ni nak kena sembelih .. walaupun kat sebelah rumah dia tak tengok.. elok jer dia kat dalam rumah .... dah sembelih.. tengah lapah .. barulah dia tengok ... mulalah tanya macam². Pening ibu ni nak menjawab....











3 serangkai bile balik kampung .. hamboii kemain merah korang yer.. macam berjanji pulak.. diii kejar dek lembu baru tahu ....











Alhamdulillah merasalah makan sup tulang lembu fresssssshhh terbaikkk dari ladang wehhhh .. pening kepala hirup kuahnya .... nanti ada kelapangan sy kongsikan resepinya yer .. nak bagi daging cepat lembut ...






Alhamdulillah sesi sembelih oleh tok imam, melapah dan menimbang selesai untuk pembahagian semua ... di bantu adik beradik dan orang kampung serta jiran² tetangga yang dekat. Rasa syukur sangat allah permudahkan semua niat mertua ... kami anak² dan menantu ni membantu mana yang perlu sahaja, yang penting orang tua happy hajat termakbul .... dan rasa syukur jugak sebab beberapa hari hujan, alhamdulillah bau darah lembu dan lembu takdalah sangat kat sekitar rumah.. risau jugakkan ... mujur allah turunkan hujan .. walaupun lepas tu kemain tebal jerebu sampaikan nak bukak tingkap pun pikir banyak kali.



Alhamdulillah jugak tahun ni meriah daging lembu kat rumah ramai yang bagi daging qurban ... tulang pun ada lagi.. tak sempat nak buat sup .. esok cuti bolehlah kita menghirup sup tulang muehehehehe ...




Bicara Hati : Rezeki yang sikit bila di kongsi berama² terasa berkatnya pemberian allah.









Selasa, 15 September 2015

Beralih Bulan Dah .....



Beralih bulan dah masya oittt dari syawal ke zulhijjah.... bersawang blog dibuatnya .. huwarrrgggghhhhhh tak tahulah nak nangis ke .. nak senyum kelat ke .. nak berkerut dahi ni ... tetiba cpu buat hal kat opis .... teruslah blog pun menyepi ... di tambah² selama sebulan ni kena buat kerja kat pejabat orang lain ... lagi haru ... iye buat kerja di pejabat orang lain .. amboi dah macam nak pindah pergi pejabat lain pulak kekdahnya..... bertabahlah hati .. cabaran bila kena pergi opis orang ni walaupun disediakan tempat tapi rasa macam tak seronoklah kan .... (^______^)' rasa macam tak best.




Sepanjang tak bukak blog beberapa minggu tu ... rasa macam kelautlah jugak ko.. datang kerja tak boleh bukak komputerkan, ke cam haru gitu ... serba tak kena di buatnya... kalau dah bukak blog tak boleh .. buat kerja nak menaip surat pun tak bolehkan .. jadinya masa ni lah sibuk buat 5s Muahahaha... ;p

Korang rindu tak ??? lama tak update ni .. ke korang tak rasa apepun.. huargghhh lagi nak nangis guling² .. ceh .. cam hape je kan.. ko bajet ko retis ke masya ada yang nak rindu² ni... drama sangat hokey.

oittt aku rasa mukadimah aku dah meleret ni ... sebenarnya nak cerita beralih bulan dah masuk zuhijjah kot, last entry pasal syawal .. hahahaha .. ni dah nak masuk raya haji kooo .. tok sahlah cerita pasal raya lagi dah basi... macam² berlaku sejak akhir² ni kan ... lagi² bila dikejutkan dengan kren jatuh / tumbang .. ramai jemaah malaysia cedera .. ada jugak yang meninggaldunia.. harap keluarga mereka tabah hadapi semua ini ... berat kita mendengar perkabaran ni .. berat lagi sayu hati family yang menghadapi. Aku rasa banyak² video paling meremang bila tengok video masa kilat² sebelum kren tumbang ada kuda terbang tu.. ya allah meremang bulu roma dibuatnya. Dengan malaysia tengah jerebu macam ni .. dengan jepun tetiba banjir ... rasa takutt sangat tetiba hati rasa kerdil .. allahuakbar.

Ada yang puasa ke hari ni.. selamat berpuasa hingga 9 zuhijjah, hari wukuf di arafah .. moga allah makbulkan doa semua ... pada hari dan bulan yang baik ni insyaallah ... Amin ....

Okk bye .. nanti sambung story mori lagi ... cpu dah okey ... nak buat kerja .. banyak surat² tetangguh ni .. sudahlah hilang semua format dalam komputer .. tak memasal kena cari balik data² yang hilang .. huhuhuhuhu .....





Bicara Hati : Esok cuti yeah .... bolehlah relaks² kat rumah, jerebu elok dok rumah je.. kurangkan aktiviti luar .. 








Rabu, 19 Ogos 2015

Kemeriahan Beraya Di Pantai Timur



Hamboi kemahin .. gitu tajuknya, sebab cam tak kena jer .. kalau nak cakap beraya ke pahang raya ketiga sebab dah habis syawal muahahahaha .... Tahun ni kami beraya ke pahang, kira aci pantai timur jugaklah tu kan ... walaupun kat jengka je pun ... 

Sebenarnya kita orang ni jarang bapak mertua ajak pergi beraya ke pahang ni .. salunya balik johor ... tapi sebab tahun ni dah takda sapa dah kat johor tu .. abang ayah mertua baru je meninggaldunia awal tahun ritu .. makanya kami akan beralih angin raya seterus²nya bermula tahun ini akan kepahang sahaja .. selain sekinchan.

Awal jugaklah kita orang bertolak pagi tu .. dalam pukul 5.30 pagi .. solat pun kat petronas karak tu ... sebab takut jalan jem tu bapak mertua ajak keluar awal, alhamdulillah kul 9 lebih kami sampai ... tu mujo tak jem tau .. balik??? hohoi jangan cakaplah kematu montot .. nak hala ke tol tu huhuhuhu .... 


Kami tema pink hihihihihi.. sukelah kitew tahun ni somi kita nak melaram warna pink ... alhamdulillah sampai² kami di jamu nasi lemak. Yang sebenarnya .. kami ni nak pergi ziarah mak cik ni sebab anak dia tak sihat, kiranya dugaanlah buat mak cik somi tahun ni 2 orang anaknya masuk hospital daripada mula ramadhan sampailah raya hari tu .... raya mereka pun tak berapa nak meriah .... tapi biasanya belah sini raya aidilfitri memang tak berapa nak meriah sangat... berbanding raya haji.





Sebab dah tahu jalan balik akan jem teruk, masa kami pergi hospital temerloh .. balik hubby lalu jalan kampung sampailah karak ... nak masuk tol kat highway bentong tu barulah keluar ... kat pekan karak tu.. area masjid tu meriah kemahin orang jual durian .. lepas pekan tu pun meriah .. tapi susur belah kanan lah ... kami borong masa kat pekan tu jer.. tu pun dah penuh bonet kereta.. sudahlah kami kali ni naik kereta comel jer ... pasrahlah bau durian tu ... 





Sakan memilih durian ... kalau tak silap sekilo 3 hinggit kot .. lupelah dah lama sangat ... tapi seyes cakap puashati sangat dengan rasa durian tu ... sudahnya lepas makan .. 2 minggu anak beranak demam .. somi paling teruk sampai batuk dan hilang suara .... berlarutan ... sebab dia belasah makan lagi banyak daripada kami ni .. kami yang makan sikit ni pun demam perit tekak huhuhuhuhu ...




Sesekali beraya ke pantai timur redah jem ni ... merasa jugaklah keluahan orang lain balik beraya tempuh jem.. jujur cakap tak kuat iman hohoi... kot nak memulas sakit perut memang hazablah ... alhamdulillah pukul 10 malam sampai rumah sebab singgah rumah akak ipar dulu kat batu belah ..... makan² lepas tu barulah balik tidur.. esoknya sambung beraya rumah embah saya pulak kat sekinchan .... pfttt penuh kan jadual kami ... raya pertama baraan kat kampung, raya kedua baraan orang² kampung lelaki .. yang ketiga ni ke pahang, ke empat pergi sekinchan ... raya kelima kemas rumah .. berehat kununnya sebab esok nak kerja dan sekolah memasing .. tapi memang taklah .. ada jugak kami keluar beraya sekejap petang tu (^_____^)v






Bicara Hati : Seronok tengok amir membesar dapat jugak beraya jumpa sedara mara atuk dia dengan embah dia ... sakan dia berjalan, mujo raya kali ni demam dia tak melarat sangat .. kami² je yang teruk ...


















Rabu, 5 Ogos 2015

Sedondon Dengan Geng Gaduh - Raya Part 2



Hahahaha .. cam melampau sampai gitu tajuknya, geng gaduh terus .... memang pun cian kat embah dia orang yang jaga .. mujo jugak amir dah sekolah ... jadinya masa jumpa tu selalu bila balik tengahari dan petang balik sekolah.

Tak sangka pulak dah 2 tahun mereka sedondon ... tak rancang pun ... tahun lepas tema pepel tu pun last minit sebab hubby takmoo beli baju .. amir pulak nak warna pepel jadi carikan je lah baju melayu dia ala² warna hubby .... elok pulak sama dengan tema adik pepel cair .. kami pepel ala² gelap sikit. Tahun ni?? kami tema oren ... kebetulan iqy pun ada baju oren raya tahun lepas .. mak pakaikan jelah .. cian dia tak beraya mama eh dalam pantang ... jadi dia berayalah dengan kita orang.




Tara .. sepupu geng gaduh kat rumah embah ni, sejak dah besar ni ada je akalnya budak iqy ni ... kesian kat amir kadang² kena banyak mengalah ... tapi amir tahu je lah .. kot datang hangin puting beliung dia .. berebut mainan pun takmoo mengalah ... haihh urut dada dibuatnya ... (^____^)' kot datang mood baik .. makan aiskrim satu pun boleh kongsi ... hahahahaha ....




Bicara Hati : tema ape eh tahun depan?? ntah tak pikir lagi .. tapi macam suke warna merah delima ... ala² marsala tu ... kita tunggulah amir pilih karang yer ... 








Jumaat, 31 Julai 2015

AidiLFitri 2015 - Part 1



Tu dia.. satu entry je bulan julai ni, hohoi nak abis julai dah masya oit, jangan sampai raya habis baru nak up entry raya pulak .... maaflah tak sempat nak menulis kat blog ni sebenarnya.. walaupun minat menulis blog ni masih menebal lagi ... tapi lagi suka membaca blog kengkawan kekdahnya dari menulis blog sendiri kohkohkoh .... pasrahlah korang .. dok lalu lalang entry lama kan... maaf ye....


Oklah .. kita amik mood raya eh, bermula dengan part 1, jangan korang tanya ada berapa part .. blog masya ni biasalah selagi tuan dia mood menulis beraya sakan memang akan berpart²lah entry raya sampai hujung syawal hahahaha ... ;p


Macam biasalah .. syawal kami ni tidaklah berebut nak balik kampung mana kan, dah kami suami isteri memang sekampung .. sekarang pun dah buat rumah kat kampung ... memang kat sini je lah kami beraya .. ni pun rasa cam tak cukup cuti 15 julai sampai 21 julai tu nak beraya .. hahahaha ... aku part cuti raya ni memang akan ikut jadual hubby salunya .. sampai bila cuti sekolah, sampai situlah aku cuti raya tambah² amir pun dah sekolah.


Meh kita layankan dulu gambar² hari raya pertama eh .. muntah orenlah korang .. sebab tema oren kita orang tahun ni ... ramai puji cantik warna oren ni .. haihh korang tak tahuk .. banyak cerita di sebalik pemilihan tema ni .. sampai rasa nak tukar warna dah .. gara² susah nak jumpa warna baju hubby, tapi pasrahlah sebab amir pilih warna oren ni (cam biasalah amir yang pilih warna, ibu dengan ayah tak kisah .. walaupun ayah nak pink belacan yang sebenarnya ... haha cam tak caya hubby nak pakai pink) ... ibu pakai jubah yang ada je .. kosa beli baju baru ... (yang sebenarnya tak sempat shopping)





Kita mulakan dengan gambar² kami .. biasalah kalau dah kat rumah memang takda gambar bertiga .. semuanya berdua .... rasanya memang takda pun gambar raya sekeluarga huhuhuhu ... tak tahulah kot ada kat kamera.. tapi kat handphone memang takda. Melaram bergambar kat sofa baru ... bunga masih bunga tahun lepas .. takda idea nak mengubah .... bekas kuih raya tupperware tahun lepas menjadi pilihan .. senang .. tak risau kot jatuh pecah.








Macam biasalah lepas solat hari raya, kami akan ke rumah mertua dulu ... tahun ni tak berapa nak meriah pagi syawal sebab malam syawal semua dah berkumpul buka sama² akhir ramadhan tu ... pakat sakan main mercun depan rumah. Jadi rumah pun dekat area klang jer... malam raya tu balik lah balik rumah memasing .... tengahari barulah berkumpul balik .. Rasa syukurnya di dalam hati dapat lagi beraya dengan mertua .. nak banding tahun lepas meriahnya lagi tahun ni .. sebab tahun lepas mertua kan sibuk buat persiapan nak ke mekah ... dah tu dapat keputusan last minit mak boleh ikut bapak .. memang persiapan raya tak meriah manalah.








Lepas rumah mertua .. beraya rumah mak dengan abah pulak ... dekat je kan ... naik motor je .. sebab lepas tu terus join baraan keluarga belah mak aku. Alhamdulillah syukur jugak dapat berkumpul adik beradik sama² pagi raya ni .. cuma adik perempuan aku dalam pantang .. dia lah tolong snapkan gambar ni ... somi dia balik rumah kejap nak ziarah kubur .. tu .. yang comel iqy tu anak buah aku .. anak adik aku .. elok pulak ada warna oren .. jadi mak pakaikanlah sedondon dengan kami.







Tahun ni mak dengan abah melaram baju jakel, hamboi kemahin mak kan .. abah pakai baju aron ajis lagi,  tu adik lelaki aku sebelah kanan aku tu yang sponsor .. dah kerja katanya kan ... sesekali belanja adik beradik.. aku jugak yang sebak kejap.. terasa adik² dah besar ni ... ringan sikit beban mak abah. Yang bongsu hujung sekali sebelah kiri tu pun dah lepas spm dah sambung belajar kat kolej pun .. mak tak bagi jauh².. haduhh mak aku ... silap² kang dapat lagi menantu sekampung kang ... orang tua gitu lah .. lagi² sekarang ni macam² kes kan .. lagilah dia takut kalau adik aku tu sambung belajar jauh² .. dulu aku pun lepas ke ipoh tu sebab abah bagi .. kot ikut mak aku .. tak lah pergi ipoh tu .. mau belajar kat shah alam je ulang alik. opss.. masya dah merapu .. ni nak cerita raya ke .. nak meluahkan rasa ... ;p










Kekenyang baraan raya pertama, macam biasalah pergi rumah sanak saudara ni ...ko pergi beraya dekat 20 rumah jugaklah raya pertama tu ...  meriah memang meriah sesekali berjumpa .. lepas makan lupa hingatan dah hari esoknya membuang je.. mujo tak pergi mana² .. sebab amir baraan ikut ayahnya raya kedua tu... jadi ibu dok rumah je lah berkemas .... sukalah amir banyak kutip duit raya tahun ni ...



Aku baraan kali ni tak masak beria sangat, masak bubur kacang letak jagung je ... tu pun banyak jugak habis .. riso jugak kot raya² orang takmoo makan buburkan .... lagi² dah macam² menu makan mesti ramai dah kenyang .. sebab rumah kami belah petang.











Oklah meh belanja gambar tuan rumah berdua pulak .. amir baik hati tahun ni .. banyak amik gambar ibu dengan ayah berdua tahun ni ... layankan je lah .... minat dia yang suke amik gambar, bergambar cam ibu dia jugak masa muda mudi dulu .... ootd hubby .. baju kurta beli kat pasaraya hari² .. hahaha nak gelak aku .. jenuh teman g GM, g baazar² khemah ramadhan .. sudahnya baju kat pasaraya hari² ni barulah kena dengan selera hubby .. tema kurta (^___^)v .. aku pakai jubah beli kat aeonbig je .. tudung pakai aidijuma je .... corak munga².. dengan harapan hati pin munga² raya kali ni.










Bicara Hati : Tidak ada yang lebih membahagiakan hati ini di hari raya .. melainkan dapat beraya dengan seisi keluarga di pagi saywal.









Selasa, 14 Julai 2015

UCAPAN DIGITAL : TANDA HINGGATAN SENTIASA DI HATI





Ni tema tahun lepas, ada jugak rupanya gambar family dalam kamera lupe da.. sekali nak delete gambar² baru perasan ada rupanya.. yang takda kat handphone.



Assalamualaikum .... (^___^)v


Selamat hari raya daripada kami sekeluarga .. masya mohon ampun dan maaf andai ada terkasar sepanjang penulisan di blog, haih lamanya masya menyepi kan... sorry semua.. sejak akhir² ni tahap kesibukkan membataskan untuk menulis .. tapi untuk kerumah korang masih ada kesempatan.. hamboi kemahin meriah rumah masing² yer.. sana sini gambar iffar, sana sini sakan buat kuih raya .. saya sini sibuk dahhh buat persiapan raya.

Persiapan raya kami biasa² sahaja, yang luar biasanya pun ada jugak hikhikhik .. ada deko baru kat ruang tamu.. dah ada dapur baru (wallah tu semangat nak masak tu jemput korang, padahal dapur dah lama tak berasap) jemputlah datang rumah .. insyaallah raya tahun ni akan buat open house kecil²an nanti kita hallo² yer.. (bajet ko retis ke masya nak jemput kat blog) muahahahaha .. kang reramai datang pitam pulak tak terlayan.

Alhamdulillah sambutan tahun ni meriah sebab ada ahli baru, anak buah baru .. anak adik saya ... persiapan untuk amir pun dah lengkap .. top up mana yang kurang jer.. tema raya biasalah pilihan amir, kita orang ni ikut je ... tapi tak beli² pun baju ibu dan ayah lagi muahahahaha ... pasrahlah kot tetiba warna lain anak beranak, pelangi gitu.


Sekali lagi masya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat pembaca setia blog masya (cam poyo jer... macamlah ada pembaca ramai sangatkan ;p) hati² balik ke kampung .. semoga semuanya di permudahkan .... 





Bicara Hati : Nak mengarang pengalaman amir berpuasa pun tak sempat ... huhuhuhu ... jangan terperanjat pulak kot ada entry ramadhan dah lepas 1 syawal muahahaha ... (^___^)'





Rabu, 10 Jun 2015

Kerana Kamu ..... Semangatku Takkan Hilang











Tak banyak, tapi ... kerana kamu.. semangat menulis ku gagahkan, hahahaha... dan macam kerana terpaksa aku relakanlah pulak bunyinya yer .... 

Okeyy tuan tanah masih bercuti lagi .. entry autopublish yer ... (^___^)v








Isnin, 8 Jun 2015

Rutin Sebelum Ramadhan Menjelang




Hamboii masya gitu tajuknya yer.... oklah salunya kami sekeluarga sebelum ramadhan ni bila menjelang nisfu syaaban pasti akan solat berjemaah bersama dan baca yassin di rumah mertua. Kalau rumah embah pulak anak², cucu² dan cicit memasing sibuk nak bbq .. motipp sangat nak membako² di malam hari ... berkumpul ramai² ....tahun ni sambut pada tarikh anniversary kami kebetulan je tu pada 06.06.2015.. hihihihi ... tapi siang tak sempat nak rewang sebab ada kenduri .. jadi kami datang malam je lah.

Seronokknya memasing dapat berkumpul yer .... kita orang sebenarnya dah kepenatan tapi gagahkanlah jugak diri datang sebab masa ni lah pun nak berkumpul nanti jumpa lagi masa raya .. tak pun buka puasa tu pun kalau ada buat .... amir paling sakan main sampai takmoo balik, sudahnya malam tu kepenatan main .. merenggek² mintak urut kaki .. sabar je lah ....





Meriah potong kek malam tu ada 3 kek sekali potong, biasalah bulan jun ni memang istimewa sikit ... ada ramai cucu² lahir bulan 6, amir pulak antara cicit yang lahir bulan 6, tu belum lagi anniversary muahahahaha ... maklumlah cuti sekolah kan salunya ada kenduri kawin .. memang ada je anniversary bulan 6, tahun ni dah ada 4 orang sambut hari lahir 06.06. tapi tahun beza²... apa lagi potong sekali kekmalam tu jugak.





Ok selain daripada tu .. salunyalah dah lepas 15 syaaban ni ... kita orang dah mula kemas rumah hahahaha .... dulu rumah kecik bolehlah cite nak seminggu raya baru kemas ... hohoiii sekarang 4 bilik nak kemas, dengan 2 dapur, 3 bilik air ..... memang dari awallah dah berkemas .... huhuhuhu lagi² kipas hangin kan .... cat???? cat rumah tidaklahhh kot hubby kata takda mood lagi .. jadi warna masih kekal warna putih (^__^)'.



Mak dengan abah selalunya nak ramadhan ni akan ajak bersihkan kubur arwah adik ... salunya abah je pergi, bila ada orang meninggaldunia abah bersihkan sekali ... tapi .. bila nak ramadhan ni abah akan pergi dengan mak sekali.


Oklah tu je nak kongsikan ... nanti sambung entry anniversary pulak .. kot hadooolah ye .... maaflah tahap kebuntuan mengarang sekarang ni kritikal betul ... sebab asyik layan ig je kot.





Bicara Hati : Bila kita pernah melalui 1 kehilangan, atau pernah kehilangan seseorang yang kita sayang .. kita akan lebih menghargai masa bersama insan di sekeliling kita yang kita sayangi .. insyaallah .. Amin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...