♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 23 Februari 2012

Dokumentari Khas Lisa Dan Yusri

Assalamualaikum Semua....

Gambar Ihsan Google jer... so sweet....
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam  
Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam

Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.

Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit  muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.

Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. “
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan. Untuk lebih lanjut boleh klik SiNi

Tak sabarnya nak tunggu malam esok nak tengok hihihihihi....

- Sweet jer -

Semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.. dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah Amin... (^__^)v


Al-fatihah Buat Arwah Adik Faris

Assalamualaikum Semua....

Mood saya daripada pagi tadi sedih jer.. lagi² baca kisah adik faris ni.. rasanya semua blogger yang tahu kisah ni pun macam tu jugak...

Secara peribadinya memang tak mengenali keluarga beliau, tetapi sebagai seorang ibu.. entry² bersama mazidulakmal yang berkisar mengenai Faris memang akan menyentuh hati saya....

Moga keluarga meraka tabah menghadapi ujian ini.... dan adik faris tenang disana kerana Allah s.w.t lebih menyayanginya.... segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.. alhamdulillah juga kerana perkhabaran gembira diterima ibu faris kini sedang mengandung 2 bulan....

Al- Fatihah Buat Arwah Adik Faris Nur Daniel Bin Shamrulismawi

Amir Layan MR BEAN Lah Pulak...

Assalamualaikum Semua....

Gambar ihsan google jer.....

Sape yang tak gelak kalau tengok cerita mr.bean.. tipu lah kan... tahu tak amir suke sangat tengok cerita mr. bean ni.. puncanya pergi rumah sepupu dialah.. dia tengok.. sudahnya sampai sekarang dia jadi suke pulak asyik nak tengok cerita mr.bean.. saya ni memang tak minat sangat.. layankan jerlah....

Cerita mr. bean pun banyak dah diulang² tapi amir masih nak tengok jugak.. malam tadi pun ade ulangan lagi kat tv3, setiap hari amir akan tanya.. ibu ada mr. bean tak malam ni?? kalau cakap takde mula lah dia tanya.. kenapa takde.. bile ade... amir nak handset ibu amir nak tengok mr.bean. huhuhuhuhu.. dan banyak kali tengok pun masih tak jemu².. daripada yang versi katoon sampailah yang original. Sampaikan ayah kene download kat handset semata² bagi amir tengok supaya dia tak merenggek²....

Sudahlah malam tadi ada bola... amir sibuk nak tengok mr. bean, ayah pun macam benggang jer tengok malaysia lawan jepun main bola hihihihihi.. saya apa lagi.. amik keputusan masuk bilik.. baca novel terus tertidoooo.. sedar² amir dah ade tido kat sebelah, mata pejam tapi mulut merenggek² nak susu.. tengok jam dah pukul 2.00 tengah malam...

Nampak tu kusyuk jer tengok video mr. bean, walaupun dah banyak kali tengok... tu belum lagi kalau main game huhuhuhu....

iDEA BRiLLiON : JALAN ALTERNATiF

Assalamualaikum Semua....

Fuhhh legaaa.... semalam kan saya ada cerita bulan ni jalam jem yang melampau lagi² laluan utama... sudahnya semalam ceritalah dengan hubby 'camne ni.. jalan jem teruk.. bulan ni thumprint lambat, dah lah thumprint biol kadang² tak boleh baca cap jari' siap buat muka kesian hihihihi.....

hubby jawab 'cuba lalu jalan dalam tu.. mesti tak jem..' 
saya 'jalan dalam????' 
hubby 'jalan yang selalu lalu masa bulan puasa tu'
saya 'ooowwwwwhhhhhhh' kemain panjang lagi.... iyerlah napa tak terpikir yer.. tp kat situ banyak bonggol huhuhuhu... cuba jerlah... daripada sampai lambat kan.. kan...

Alhamdulillah misi berjaya hari ni idea hubby suruh lalu jalan alternatif berjaya... laluan alternaif memang selalu saya gunakan masa bulan puasa jer tak kira lah nak pergi kerja ataupun balik kerja memang banyak membantu sebab tak jem.. cuma kawasan perumahan banyaklah bonggolnya sikit huhuhuhu.... 

Keluar rumah 6.45pagi sampai opis 7.25pagi (sijangkang-klang) oklah tu kan... kan... daripada semalam tak boleh bayangkan tahun depan amir dah sekolah macam mana nak pergi keje.. ni pun jenuh kejutkan dia soh bangun.. ibu kalau soh dokong dia memang tak larat ooooooo.... tapi kalau angin puting berliung dia datang xmoo turun kete bile dah sampai rumah pengasuh.. memang kene gagahkan dirilah jugak dokong.

 Gambar takde kene mengena hihihihi... tibe² nak letak jugak.. sebab ade gambar kereta... elok jer.. ayah pun muat jugak duduk dalam kereta tu yer... hihihihihihi....

Rabu, 22 Februari 2012

Jalam Jem Yang Melampau².....

Assalamualaikum Semua....

Untuk kesekian kalinya dalam bulan ni saya sampai lewat melampau² lagi huhuhu.. gara² jalan jem, ampunkan saya jerlah yer bos.. bukan saya yang keluar lambat dari rumah.. keluar rumah sama jer dengan hubby pukul 6.45pagi.. tapi pagi tadi sampai opis 7.55pagi haru betullah dekat satu jam dalam kete.... nasib baiklah auto.. kalau manual mau saya meraung kaki kejang.

Tak boleh nak kata apa.. semua orang naik kereta lepas hantar anak² masing² nak pergi kerja.. jalan pun jem di waktu kemuncak.. sudahnya redhoo jerlah... tadah telinga... akhir bulan ni.. kalau rekod x bagus...

Saya bukan takmoo masuk lambat boss, kalau saya masuk lambat balik lagi lambat mau sampai rumah pukul 7.00malam.. alamatnya dapur tak berasaplah.. asyik makan kat luar.. pengasuh pun mesti muka mashem nanti (walaupun x pernah lagi buat muka mashem) hihihihihihi.... jauh sekali nak mintak bayaran tambahan.. kire oklah tu kan pengasuh anak saya... nak harapkan hubby ambil awal.. hubby pun nak kene buat keje rumah dulu.. mane nak buat keje sekolah dia lagi.. lagi kesian kan kan.....

Gambar ihsan google jer... dalam jalan jem manelah nak sempat ambil gambarkan.. kang tercium bontot kete orang lain kan haru...

SEGMEN: Jom Blogwalking + Follow

Assalamualaikum Semua...

Jomlah join Segmen ni... klik jer dekat gambar bena tu..
Terima kasih pada Qaseh Rania taq dekat saya...
Saya pun nak taq jugak pada kawan²... yang tengah semangat blogwalking sekarang ni... join tau.. jangan tak join...
klikklikceritaku.blogspot.com a.k.a Kak Nani
cintasikecik.blogspot.com a.k.a nadia

Nak Motor Mainan Pulak....

Assalamualaikum Semua....

Baru² ni.. jiran sebelah rumah saya... merangkap cucu mek sebelah rumah yg selalu bagi makanan tu belikan cucu dia motor mainan baru.. (paham ke ayat saya tu.. hadoiii... kene perbaiki lagi ni) ala... beli motor yang besar tu.. tp takdelah besar masih pakai cas bateri elektrik, bukan minyak petrol dah macam trend kat taman tu ramai jugak yang membelinya..

Amir pun ternampaklah motor tu.. kemain merenggek² sibuk nak juga... manelah ibu nak cop duit kalau nak beli motor macam tu... tanya kat jiran tu dia beli dalm rm250.00 ngee~~~ ngeri dengar oooo... kalau mahal macam tu.. macam² lagi rasanya boleh beli... bukan takmoo belikan.. rasa macam membazir jer.. ruang nak main pun bukan luas kat rumah ni... paling jauh pun ka jalan taman tu jerlah.. kalau tak bagi main kat luar.. memang dalam kawasan rumah dengan pagar bertutuplah amir main hihihihihi.....

Jenuh jugaklah ibu ni memujuk siap cakap.. kalau nak beli motor macam tu amir kenelah rajin belajar, baru ayah belikan .. padehal ayah belum tahu pun lagi...

Nasib baiklah amir tak pergi naik menonong jer kat motor budak tu.. elok jer amir tengok dari jauh.. dalam hati dia mesti meronta² nak naik jugakkan hihihihi... malam tadi siap dengan suara dia mengigau nak jugak.. nak jugak.. terkejut ibu tengah tidooo dengar amir jerit macam tu.. haru betullah...

Nampaknya nak pujuk hati amir hari ni kenelah ibu belikan mainan baru untuk amir, sekadar nak memujuk hatinya... iyerlah budak²kan... tak tau lagi nak belikan apa.. yang sebenarnya dah malas nak belikan mainan sebab kat rumah tu dah penuh mainan.. ayah pun siap dah kemas masukkan dalm bekas khas kat belakang... sebab tak suka bersepah²...

Amir main motor ni jerlah yer sayang... ibu bayar token rm1.00 jer siap ade muzik boleh goyang² main... hihihihihi.. tepek gambar lama jer ni... 

Selasa, 21 Februari 2012

Layan Cerita Ariana Mikhail

Assalamualaikum Semua.....

Entry dimalam hari... hohohoho... jarang berlaku.. sesekali jer.. bile dah tak tahu nak buat apa kat rumah ni... amir tidur awal, ayah keluar jumpe kawan ade hal nak dibincangkan.. sudanya ibu pun kebuntuan nak buat apa... layankan tv jerlah.... malam ni kan ade cerita VanillaCoklat (^__^)v cerita yang semakin seronok pulak ditonton hihihihihi....

Tapi sebelum tu layanlah cerita Ariana Mikhail dulu... Sinopsis dia lebih kurang dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan kawan karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.. Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Perancis ialah sebab mak dia sibuk nak carikan calon untuk dia kawin hihihihihi. 

Tapi dia telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Perancis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa 'Perancis'. 

Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa. Tapi lepas tu jadi suka pulak dan siap kawin lagi tau.. haru betullah... bile dah kawin tak sempat nak balik Malaysia sama².. Ariana balik Malaysia ayah dia pulak Meninggal Dunia.. Sudahnya Ariana dengan Mikhail Terputus hubungan.. sampailah Ariana melahirkan dan membesarkan anaknya seorang diri.. sebab mak Ariana marah sangat dengan Ariana kononya mengandungkan anak luar nikah.

Tu baru sinopsisnya... kite suke layan cerita ni sejak akhir² ni.. lagi² sejak anak Ariana dah besar.. kesian kat dia tak tahu ayah dia masih hidup.. dan ayah dia yang sebenar ialah Mikhail yang banyak kali tolong dia terutama masa dia nyaris² kene langar hari tu... yang selebihnya suka sangat tengok muka Nora Danish tu.. huhuhuhu.. tak tahulah kenapa sejak akhir² ni suke sangat tengok muka dia yang cantik tu.. siap berangan² kalau ade anak perempuan nak macam muka dia boleh hihihihihihihi....


Slot Ratu - ARiANA MiKHAiL - TV9
Drama 15 episod pada hari Isnin dan Selasa, 8.30 mlm.
 Antara Pelakonnya Nora Danish, Hussein Ruffedge, Rizman Khuzaimi yang bestnya banyak pemandangan kota Paris yang cantik² dipaparkan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...