♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 28 Februari 2013

Koleksi Pertama - Radiusite

  


Bahana²... apa kes entry² hari ni.. nak tulis koleksi pertama, dah memang betul koleksi pertama... dengan erti kata lain belum pernah ada koleksi.... (ada kata.. ini semua poyoo.... erkkk.. larikk.. )

Oklah selalu dok jeling² jerlah FB Radiusite, jeling jer tau... tengok² apa yang cantik... berkenan?? memang banyak yang berkenan.. dah nama pun perempuan kan.. sinonimlah kalau suruh shopping, lagi² sekarang ni banyak yang online... tinggal pilih jer yang mana berkenan janji ada ongkosnya... bak kata abah kat kampung.. duit seguni pun boleh habis sehari kalau dibagi shopping perempuan ni kikikikikiki ..... (^_____^)

Akhirnya baru² ni tertengoklah lagi FB Radiusite lagi ada upload shawl halfmoon.. memang dah lama nak beli pun... memang takda koleksi langsung.. orang lain dah pakai yang berlabuci bagai.. kita takda pun.. sebab rasa macam sarat sangat.... tapi yang ni takda labuci² tu.. macam menarik jer.. dan kawan kat opis pun kebetulan ada yang nak beli.. oklah tu... kongsi² pos penghantaran.... hasilnya sempatlah beli macam yang kat bawah ni ...


Koleksi Pertama - Radiusite
Nida Shawl RM 59 + 3 = RM 62.00



Macam nilah gambar yang kat model tu pakai... 
Apa?? nak tengokk masya pakai.... hihihihihi.... tak payahlah.... model ni lagi lawa....


Jomlah terjah web http://radiusite.com.my saya bukanlah pengiklanan berbayar dia.. cuma nak kongsikan info mereka hari ni mereka buat sale online jom klik² SALE! SALE! SALE! (online sahaja) (28 FEBRUARY 2013) kot² ada yang berkenan lagi.... (^_________^)v dah kebetulan saya pun baru dapat barang yang order.. jadi tak dapatlah nak membeli lagi huhuhuhuhu.....

Bicara Hati : Hati dah mula tertawan shawl halfmoon corak batik².. tapi... warna yang saya nak pulak takda...

Koleksi Pertama - Peplum




Ini semua poyooooo jer.... dah ketinggalan kehapa ni.. orang lain dah banyak koleksi, kita baru ada satu ni jer.. ni pun tempah.... Merah menyala² mak long nya haihhh ..... ni kalau lembu kejar mau tak cukup tanah lari hihihihihihi .......

Muka mana??? mana???? tak payah tunjuklah kan... tuan tanah kedaung tetiba malu pulak.. pipi dah bam bam.... (^____^)v

Sebenarnya ni baju tempahan pertama kat kedai dekat dengan opis ni.. oklah juga dia buat selesa.. memang memenuhi selera walaupun hubby kata... ni kalau mengandung pun boleh pakai ni.. besarnya.. erkkkkkk ... perli kehapa tu... ke jeles... okkk saya tak pakai pergi opis.. pakai pergi kenduri kendara jer eh... sambil kenyit mata.


Bicara Hati : Ini bahan baju raya tahun lepas yang nak tempah dah takda tukang jahit nak terima, sudahnya tahun ni baru tempah, raya tahun ni pun tak beli baju lagi... kikikikiki.. ni kira baju raya jerlah nanti. 

Rabu, 27 Februari 2013

Deco - Deco Buah Lemon



Dalam banyak² gambar yang ini agak teruja amir melihatnya... sebab dia sukakan keretapi .... kalau nak tengok deco² yang lain.. bolehlah klik sini.




Chicken Chop Mudah Buat Yang Tersayang





Jakuzi Sudah Ada Di Rumah



Asalnya nak buat WW sahaja, tapi mengenangkan kelucuannya.. nak jugak buat entry hahahahahaha... ini kes hujung minggu baru² ni.. kami tak kemana pun.. tak balik kampung... tak keluar rumah... sebab ayah sibuk siapkan kertas kerja untuk mesyuarat PIBG hujung minggu ni... jadi kami anak beranak memang tak kemana lah.. jemputan kenduri pun tak pergi.... sudahnya dua beranak yang tak kene mengena dengan kerja ayah ni bangun, tidur, makan ... sambung tidur balik.. layan tv jerlah hihihihihihi..... (^______^)v dan sempatlah ibu cuba resepi² baru .. nanti kita up story eh...

Tak kala ibu sibuk mengemas almari, mengerjakan dan mengemaskini keperluan amir yang sudah boleh disimpan atau diberi pada orang lain.... Amir pun memulakanlah operasinya sendiri... 

Keriuhan suaranya jangan dikata, sudah seperti beranak 3 dan 5 sahaja.... dalam rumah itu... sampaikan mek sebelah menegur kikikikikikiki.... 

Mintak izin mahu mandi... okkk.. ibu benarkan... mendengarkan dendangan lagu²nya dari bilik air buat saya tersenyum²... sampaikan ada lirik yang tunggang langgang.. lagu² yang belajar disekolah rasanya.. memang punya bakat terpendam... lagu ulat beluncas menjadi rama², lagu... satu labah²...

Tanpa sedar.. suara amir tak kedengaran.. yang kedengaran.. pancuran air sungguh laju ...... bila saya jengkukkkk hasilnya sepeti gambar di bawah...


Hadoilah ini besen amir mandi masa baby dulu ... apa kes dah 5 tahun duduk dalam tu... saboo jerlah.. nak marah pun ada.. nak tergelak pun ada.. bila muka tak bersalah.. ibu jakuzi ibu.. jakuzi.. macam kat hotel hari tu... (amboi x serik² yer.. montot tu dah kene ketip)



Gambar² lain tak boleh ditayangkan... memang 18sx hihihihihi.... memang 2 hari tu.. dia pakat mandi dalam tu jerlah... kalau kebilik air... tu belum lagi... dia mandi shower tu.. habis sebotol mandian dikerjakannya 2 hari gegegegege......



Bicara Hati : Tibe² terbayang² chicken chop yang masak hari sabtu tu hihihihihi.... mudah, dan sempoi resepinya... tq sangat² kat ieda kongsikan resepi tu...


Selasa, 26 Februari 2013

Status Nuffnang Kembali Pulih

 

Sana sini update akaun nuffnang dapat CPUV, saya??? memang belum ada rezeki kearah itu... nak buat macam mana.. dah kalau menulis pun ikut suka jer hahahahaha.. manalah ada iklan yang tertarik kan.. kan...

Okkk.. walaupun tahu akaun nuffnang masih bermasalah, tapi saja²lah bukak juga akaun nuffnang sekali.. tengok.. yeahhhh dah pulih.... barulah boleh tengok berapa ramai datang, kata carian apa yang paling panas orang cari... dan lain².. kalau tak rasa macam tak best jer...

Rasanya pernah buat entry sebelum yang akaun nuffnang saya bermasalah... berpunca daripada email yang saya gunakan tak boleh nak dibuka, okk kemudian saya tukar alamat email dalam entry tukar email akaun nuffnang dan terjadilah situasi status berubah kepada non glitterati.. dan selama itulah juga saya berutus² email dan contacs dengan nuffnang akhirnya alhamdulillah status itu telah berubah kembali kepada glitterati dan terima kasih kepada pihak nuffnang kerana mengembalikan juga duit didalam akaun saya walaupun masih belum boleh cash out dan melayankan kerenah saya (^____^)v



Kalau korang menghadapi masalah atau apa² jua pertanyaan nak diajukan, hantarlah tiket kat akaun nuffnang.. memang mereka akan layan sebaiknya... tau... tapi kalau mereka lambat balas.. mungkin mereka sibuk sikit.. makulmlah bukan sorang dua jer ada akun nuffnang ni.. rata² blogger pun memeng ada akaun nuffnangkan.. jadi sabarlah sikit.. bila mereka lambat balas.



Bicara Hati : Yeahhh suka tengok iklan² berjoget² kat dalam blog.

Tips Elak Anak kencing Malam



Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak .

Penyebab kencing malam:

Ruang pundi kencing yang kecil.

Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.

Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Sedikit Tips menangani anak yang kencing malam, sebenarnya ni pengalaman sendiri jugak disamping google sana sini.. jadi saya kongsikanlah dengan kawan² jugak yang mungkin menghadapi masalah yang sama macam saya ni.... tak banyak sikit² membantu dah kira oklahkan....

Jangan benarkan anak anda minum/ menyusu botol sebelum tidur. Kalau nak bagi pun pastikan dia dah kencing dulu.. sebab takut lepas minum susu dalam botol dia terus tidur.

Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.

Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.

Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut. (kaedah ni saya tak kejutkan.. tapi sebelum tidur mesti pesan dekat anak supaya nak kencing bangun dan kejutkan ibu...alhamdulillah.. banyak membantu)

Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Lepas anak bangun tidur, kalau dia tak kencing saya akan puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya berusaha untuk memperbaiki diri.

Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.

Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.

Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar bagi mengelakkan dia terkencing dan tembus ditilam seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.

Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.

Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Kalau kita tak sabar sapa lagi yang nak bagi semangat kat anak² kitakan... mereka perlukan sokongan.. lagipun kencing malam biasanya adalah tak disengajakan mungkin mereka keletihan main ditaska atau baru nak mula free pampers.

Ni cuma pengalaman saya.. dan hasil kongsian kawan² di blog juga yang saya amalkan untuk mengajar amir free pampers malam hari bermula 3 tahun lebih, tapi bermula 4 tahun sampailah sekarang memang malam dah tak pakai pampers.... sebab tiada size lagi yang sesuai huhuhuhuhuhu....


Possing kat kampung .... poyo jer kan... mata ke lain ....
Saya ugut jugak.. kalau kencing malam kat tilam lagi.. nanti ibu sunatkan/khatan cepat kikikikikiki... berkesan jugak ugutan tu.. kejam x??? kejamm x??? hahahahaha...... memang takut betul dia kalau bagi tahu nak potong **tut dia tu...



Kalau kawan² ada tips lain bolehlah kongsikan diruangan komen ... 



Bicara Hati : Tips² ni banyak membantu Alhamdulillah anak saya dah mula kurang kencing malam, kecuali dia terlalu penat.. memang kadang tu terkucil juga.


Isnin, 25 Februari 2013

Sakit Kepala

  


Jangan pandang ringan sakit dikepala.. apatah lagi dibahagian tengkuk/ leher.... sebenarnya itu adalah salah satu punca untuk kena darah tinggi....


Yups.. darah tinggi... janganlah ingat asal sakit kepala jer.. mengandung.. asal sakit kepala angap migrin (jangan pandang remeh) asal nak muntah² jer.. mengandung..  hakikatnya boleh jadi itu keracunan makanan.

Amalkanlah gaya hidup sihat itu yang sebaikknya.. jangan streess .. jom happy² sahaja .... walaupun kerja ni memang tak boleh nak elak daripada stress sebenarnya.


Amalkan doa ni... jom print tampat kat meja ... dan perbanyakanlah istigfar.. insyaallah hati lebih tenang 



Sedikit tips kalau korang sakit kepala kupas bawang putih dan sapu/gosok² pada bahagian dahi kanan kiri dahi.. tu sambil selawat insyaallah kurang sikit... sebab pernah cuba.. tapi lambat sikitlah.. kita ni nak cepat.. pakai bam cni jer.. hihihihihihi ...



Bicara Hati : Selamat daku .. hari ni kalau ikutkan kene kerja kat luar tau... 4 hari 3 malam ... kat langkawi nun, mak tak mahu.. mak tak mahu.... nasib big bos okk.... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...