♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 28 Mei 2013

Aktiviti Hujung Minggu Di Luar Jangkaan



Orang kata tak payah nak rancang sakan, nanti tak menjadi .. jom pergi tanpa rancang .. hasilnya akan menjadi luar biasa kegembiraan hihihihihi ....

Cuti sekolah dah bermula, memanglah banyak agenda dan aktiviti jangan dikata, kalau boleh mak pak lagi teruja mengalahkan anak .. padahal anak² tak merenggek pun .... kikikiki ...

Dah permulaan macam tak kene mengena pulak entry ni ... jom layan gambar 3 keping ni dulu .. tuan tanah cari idea nak mengarang entry hihihihihi .....


Seriusly .. dah lama tak jejak, kali terakhir .. pergi dengan kawan opis kot 3 tahun sudah .... shopping nak raya kununnya²...



Pertama kali nampak depan mata, nampak yang macam ni .. tau.. pemandangan daripada traffic light .... teruja tau .. bukan tak pernah sampai .. pernah tapi .. naik putra, jadi manalah nak tahunya .. kot jalan raya macam mana....



Opsss.... kami sesat barat .. tersampai sini hahahahaha ........ ;p




Bicara Hati : Pertama kali hubby bawak pergi KL naik kereta sendiri ... 










Ruang Dapurku



Dah kenapa tetiba ada entry ruang dapur pulak ni, hihihi .. malu pulak nak tunjuk dapur ni, sajalah nak abadikan kat sini .. sebelum dapat ruang dapaur baru kikikiki .. tak tahulah bilanya dapat merasa ruang dapur baru tu. Tapi insyaallah ... insyaallahh adalah nanti tu ... ;p

Ruang dapurku yang sempit, sempit padaku .. mungkin luas pada pandangan matamu.. iyerlah dah terbiasa duduk di kampung .. dengan dapur mak yang luas .. jenuh nak kemas, jenuh nak mengmop.. memang masa mula² pindah dulu .. dulu .. 6 tahun dulu .. memang rasa macam tak biasa.. tapi lama² makin ok.. makin seronok.. senang nak kemas.. senang mop ... senang nak simpan barang, capai sahaja.. kabinet atas kepala... segalanya senang lah.. ditambah pulak saya sorang jer.. kerap gunakan dapur ni  itu lah pada pandanganku.

Gara² malas nak lap dinding dapur tu .. ku tampal wall bunga plastik tu hihihihihi ... jimat tenaga kerahan, sorry gambar kuali pun atas dapur pun ada sekali .. sebab baru lepas masak spageti (dalam periuk) dalam kuali kuah spageti ...



Ruang singki, wajib bersihkan sebelum masuk tidur .. walaupun kadang² malas rasanya huhuhuhuhu ....
gunalah cif dijamin berkilat hihihihihihi .... jimat tenaga.



Stok 5 bungkus/pek susu untuk sebulan sekarang susah nak habis .. ni ada 4 pek lagi, amir tak suka minum susu sangat dah besar ni ... lagi² kat tadika/taska ... rasanya stok sekarang 2@3 pek pun dah cukup .. jadi tak payahlah nak terkejar² beli kalau ada promosi susu. Bekas hujung merah jambu tu selalu saya letak koko crunch amir atau honey star.



Hubby masa buat kabinet dapur ni dia amik pakej dekat 5000.00 jugak tau.. tapi nilai sekarang tak tahulah berapanya, sebab kami pilih yang konkrik ni ... jadi tahan lama.. anai² pun lambat nak ada.. lambat .. tapi tak bererti takkan ada.. tapi setakat 6 tahun ni ok jerlah lagi ... 

Sekarang ni dah banyak pilihan ruang dapaurkan yang 3D, 4D pun ada kan... dulu tak banyak sangat pilihan .. tapi masa buat ni 5000 pun pada saya mahallllll sangat, tapi sebab hubby suka air tangan isteri dia buatkan lah kabinet ni hihihihihi ... ;p



Bicara Hati : korang punya dapur mesti lagi meriahkan...










Isnin, 27 Mei 2013

Perkembangan Positif Statistik Nuffnang



Bila mood macam kebulan, kelaut nak buat kerja .. mulalah jari ini akan google sana sini cari info baru mengenai dunia blog, google sana sini ... pusat belian online. Maklumlah saya ni kan blog suam²... air milo tabur gitu, jadinya masa memang terhadlah kalau asyik nak mengadap blog sahaja.. alamatnya kerja kat atas meja tak siap boss pulak mengamuk nanti.

Jadi sebab banyaaaaaaakkkkkk sangat masa kunun²nya mengadap blog .. sajalah saya intip² statistik terkini blog ni huhuhuhu .. sila jangan gelakkan saya, malu sebenarnya nak tunjuk ... tapi takpalah sebagai pembakar semangat saya jugak.. blog saya ni memang tak war warkan dimana² pun .. jadinya ... yang datang tu memang banyak daripada carian google (walaupun tak berapa nak mesra seo sangat) dan follower saya.... lap peluh kejap.


Tak banyak .. tapi saya bersyukur sangat, sebab makin meningkat .. dan ramai yang membaca blog saya.... sayang korang semua ....



Alhamdulillah .... UV pun dah makin naik, dulu jangan katalah seratus pun payah nak cecah, kan saya dah kata .. saya ni blog suam² milo tabur .. jadinya ... tak banyak entry saya boleh taip .. bila dah lama berblog ni .. saya banyak belajar daripada kawan² macam mana nak menyusun entry untuk dipublish, macam mana nak naikkan traffic ... semua pun kawan blog yang ajar ... semua pun info saya google .. tapi tu lah .. bila saya free barulah boleh cari ... info² macam ni, tak kisahlah ketinggalan sikitkan baru tahu.



Dann.. dan ini yang terkini pagi tadi saya print screen, terkial² jugaklah nak print banyak² ni ... jangan salah paham yer.. saya tak berniat nak menunjukk pun... tapi dah tunjuk korang hadaplah....



Sebenarnya tujuan publish ni, saya nak mohon exabytes korang rasa lepas tak huhuhuhuhu ..... kan saya dah kata bila free barulah sempat cari info, itu yang google sana sini cari info pasal exabytes ni ... manalah tahu ada rezeki sayakan.. jadi takdalah saya menulis kosong.. sekurang²nya adalah jugak pendapatan sampingan.




Bicara Hati : Duit nuffnang pun tak boleh nak cash out lagi ermmm .....



Ikan Pari Bakar Bendi



Tengahari jarang dapat keluar lunch, hari ni pulak hubby hantar .. jadi tak payahlah nak buat muka sedih sangat kalau tak dapat makan hihihihihihi ... buat muka happy² giyomi sudah ... walaupun perut yang lebih giyominya.

Tiba² teringatkan lauk ikan pari bakar bendi ni .. tapi beli yang ni .. tak berapa ummmpphhh sangatlah kesedapannya... bumbu² (bahan²) dia macam tak meresap lagi dah dibakar .. sebab itulah saya kata kurang ummpphhnya.

Rasa macam tetiba² nak makan ikan pari bakar macam ni .. kat mana yang sedapp yer.. area klang ni ... alahai² tekak, ini bukan mengidam .. ini namanya bahang nak puasa dah terasa ... sebab bila puasa nanti tak berkesempatan nak makan macam ni .. walaupun banyak jual makanan kat baazar belum tentu lagi sempat pergi ke baazar.


Kanak - Kanak pun ada toksin dalam badan



Puas google sana sini .. boleh ke kanak² menggunakan pelekat toksin, puas jugak pikir boleh ke tak seusia amir ni menggunakannya..... haihh apa ke lupa .. baik tanya pada penjualnya kan.... bila tanya pada kawan saya yang jual ni .. dia bagi tahu boleh, kalau korang tak tahu .. yang korang mengandung dan pakai pelekat ni pun masih selamat .. selagi kandungan tu bawah 3 bulan. oohhh pahammm kan.....

Puncanya macam ni, kenapa saya nak bagi amir pakai pelekat toksin ni, amir ngadu sakit kaki .. puaslah saya sapu bam .. saya bawak urut dia mengadu sakit kaki .. bila saya kebas ker?? dia tak tahu nak jawab .. kebas tu macam mana.. tak ke buntu ibu ni ....

Oleh kerana saya dengan hubby selalu pakai pelekat toksin kalau kaki kebas, jadi nak bagi lah amir cuba.... hubby kalau suruh makan ubat ni dia macam penakut sikit ... walaupun dia tak cakap .. tapi saya tahu .. macam mana saya tahu .. adalah ... hihihihihi .... sebab tu lah hubby pakai pelekat toksin ni .. memang membantulah kurangkan sakit kaki hubby, korang bayangkan kalau mengajarkan memang banyak masa berdiri .. jadi kalau dah 5 hari berdiri tu paham² jerlah.... 


Sorry auntie .. amir tunjuk kaki amir hihihihi ....
sebenarnya amir dah tidur barulah saya pakaikan.. esok paginya dia bangun terus tak mengandu sakit kaki lagi .. berkesankan...


Kalau tak silap saya banyak produk tiruan kat luar sana, jadi kalau nak beli kene berhati²lah yer.. saya pun beli online sahaja, yang tiruan tu kalau tak silap.. bila kita gunakan air suam dan lekapkan pada pelekat tu .. pelekat toksin tu jadi hitam (saya tak pernah cuba.. saya baca carian google dari situ dapat info)

Kalau korang berminat nak membeli bolehlah beli dengan ros yer.. berhubung terus dengan dia lebih mudah, saya bukan di bayar .. saya sekadar berkongsi pengalaman saya ... sahaja. Lagi pun saya rasa ros jual paling murah setakat ni .. dan saya puashati sangat .. penghantaran pun cepat.

Marilah buang toksin dalam badan pelekat ni memang membantu .. kalau korang takut nak makan ubat.







Bicara Hati : korang bayangkan kalau umur dah 30 tahun toksin tak pernah keluar daripada badan korang fuhhh .. mesti warnanya hitam pekat gegegegege ...... geli kan.. 






Sabtu, 25 Mei 2013

Pesta Buku Selangor 2013

Kalau fiesta buku kat PWTC dah lama berlalu .. kali ni ada fiesta buku kat selangor pulak, dekat jer.. kat shah alam pun .. saya nak pergi .. saya nak pergi ... tapi hujung minggu ni bz.... nasib baiklah seminggu harap sangat dapat pergi, nak tengok apa yang menarik.


Jadual dan Aktiviti Semasa Fiesta Buku Selangor 2013



Bicara Hati : Entry auto publish .. tuan tanah kedaung dah balik kampung ...









Jumaat, 24 Mei 2013

Elakan Daripada Rezeki Tak Pernah Putus



Allah berikan rezeki dalam pelbagai bentuk, hargailah apa jua rezeki yang diperolehi .. dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik .. diberi keluarga yang punya sifat kasih sayang yang banyak .. itu semuanya ada rezeki ... nikmatilah dan hargainya .... jika mahukan rezeki yang lain, bermohonlah agar dipermudahkan .... untuk memperolehinya.. dan berusahalah ... kerana tanpa usaha tiada kejayaan yang mampu di perolehi.

Kata² semangat di bawah saya titipkan buat diri dan juga kawan².. sama² kita renungkan... sama² kita hayati ... insyaallah.. ada kebenarannya.











Apa jua rezeki yang kita perolehi jangan juga dilupakan pada kedua orang tua kita yang membesarkan kita daripada kecil, sekecil mana pun rezeki yang diperolehi kongsilah bersama mereka.. kerana barakah dan keberkatan doa kedua ibu bapa sangatlah mustajab.

Janganlah membazir² ... pada perkara² yang tidak bermanfaat buat diri sendiri mahu pun anak².

























Khamis, 23 Mei 2013

Sambutan Hari Guru DiSekolah Amir



Sambutan hari guru yang sepatutnya di raikkan pada hari selasa 21.05.2013 di ubah pada hari ini 23.05.2013, sebab minggu ni minggu peperiksaan .. jadi mereka tundalah .. hari ni 'last paper' pendidikkan islam.



Boleh tahan jugak subjek exam amir ni tau .. ada kreativiti, bahasa melayu, jawi, sains .. matematik dll patutlah lama periksanya sampai 4 hari. Mujurlah dia tak mengadu .. bukan².. setakat ni kalau ditanya semua pun ok.. semua pun boleh jawab .. semua pun takda masalah .. harap memang betullah, anak bertuah ni kan... memang macam tu senang jer dia menjawab.. takda nak pening² .. jujur katanya. hihihihi .. teringat zaman sekolah dulu budak² lelaki bukan kisah sangat pun pasal exam ni, tapi kalau budak perempuan memang pulun betullah baca buku. oic cerita exam pulak ....




Terima kasih cikgu, tanpa cikgu .. saya tiada disini...


Semalam ambil amir kat sekolah cikgu bagi tahu hari ni ada sambutan hari guru .. ibu bapa di suruh sumbangkan sedikit makanan... tak kisah pun kuantitinya... bila dah last minit macam ni.. mana pulak ibu nak tempah kuihkan, atas permintaan dan idea amir ibu buatlah donut... donut koboi jer pun... tak berlubang, habis dah pagi² nak menguli dan mengoreng .. ibu buat ala cekodoh lepas tu potong dua... memang nampak banyak .. penuh sebekas bulat. (fuhhh mujurlah amir tak suruh buat apam beras, ibu tak katam ilmu lagi ni)


Donut bergula, macam biasa gula tabur golek sukati .. jadi memang tak berapa nak sebati....
Hadiah untuk cikgu² amir termasuk cikgu taska... pengetua punya yang bekas biru gelap tu ... harap mereka sudilah terima hadiah tak seberapa ni ... nak cari yang lain tak sempat.


Lupa nak ambil gamba amir pagi tadi, teruja betul dia nak pergi tadika hari ni .. walaupun amir tak bapa nak sihat sejak akhir² ni.. cuaca panas ni .. batuk dengan selsama.



Bicara Hati : 
Ni coklat hubby dapat masa hari guru .. mais sangat, amir tak suka .. elokkk jer dalam peti sejuk.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...