♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan

Khamis, 10 April 2014

Menjahit Manik Kat Apron Amir



Bahana bila air takda, baju berbuntil² tak di tapis ... sebuntil bukak.. semua terus masuk mesin basuh.. sebuntil bukak dan semua terus masuk mesin basuh .. apatah lagi hubby yang amik alih tugasan tu ... baik dari mengakat air ... membasuh .. membilas dan mencuci .. sehinggalah ibu amik alih bahagian jemuran dan melipat .. ohhh maiiiii..... rasa syukur di dalam hati sebab hubby dah meringgan sedikit beban kerja ibu.

Sehelai-sehelai sidai sambil ditemani bebelan anak ... sampailah kebahagian baju² amir, apron amir .. buntang sekejapan mata ibu .... amir pun terpandang situasi yang sama ... ibu .. apron amir dah rosak ... macam mana ni .. nanti mesti kawan amir ejek .. apron amir koyak².. (walhal yang koyak hanyalah bahagian nama sahaja)




Tak tahu nak cakap apa, tapi memang salah ibu pun ... semua di ikat sabuntil ... dan jahit pun tak pandai .. tak berapa nak kemas .. tu yang mudah tertetas macam tu. Mulalah adegan sesi pujuk memujuk .. tapi amir nak jugak ibu jahit lagi .. hadoilah .. mak ni tangan tak kreatif .. tambah² pulak .. nak jahit gaya mana ni.. dah koyak rupa itu ... tetiba dalam dok tengah pikir, tangan tengah meligat kemas ruang almari mekap.. terjumpalah labuci².. manik² ibu zaman kemaruk menjahit dulu²... 4 5 tahun sudah kot ... hahahaha .. terus dapat idea bernas ... nak jahit kat apron amir ... 




Dan hasilnya tidaklah sekemas mana, tapi cukuplah buat amir teruja dan gembira.. sebab apron dah cantik semula ... siap tunggu ibu jahit .. gigih dia bercerita ... tak sabar nak pakai katanya ... cantiklah ibu.. cantiklah ... bersinar²... anak²... terus peluk dia dan cium...


Korang tahu tak, gigih tak gigihlah saya jahir ahad malam isnin tu sebab hari isnin amir dah nak bawak pg tadika ... tu yang jahit jugak tu dari pukul 8 sampailah pukul 10 fuhhhhhhhh ...




Lepas ni kalau rabak balik .. tak tahulah gigih ke tak ibu nak jahit lagi huhuhuhuhu ... >_____<









Sabtu, 8 Mac 2014

Resepi Sambal Goreng Jawa


Orang kata kalau jawa, tapi tak makan sambal goreng tempe rugiii oooooo .. sebab orang tak jawa pun makan, tapi kan kalau tak pandai masak lagi haru dah jadi isteri ni kan.. kata isteri orang jawa mestilah pandai masak sambal goreng jawa hihihihihi .... 

Sila percaya seumur hidup saya tak pernah masak sendiri sambal goreng jawa ni, selalu makan kat rumah kenduri jer.. kalau pergi kenduri dapat makan .. rasa macam nikmat sangat².... dan selalunya kalau mak masak kat rumah saya tolong gitu² jer... hihihi.. cuma baru² ni rasa macam ish kena belajar ni. sampai bila nak makan jer masak tak reti kan .. kan...

Okkk meh saya kongsikan resepinya.. saya gunakan bahan² yang ada kat rumah jer... dan pertama kali masak ni kat rumah mertua pulak tu mujur jadi hihihihihi .... yang pasti saya masak untuk 5 orang makan >____<


Bahan²nya :

1 Bungkus Tempe
3 Biji Kentang
Suhun (agak² ikut sukati)
5 Batang Cili Kering 
2 Biji Bawang Besar/ Separuh Besar pun okeyyy janji bawang merah
1 Biji Bawang putih
 Segengam ikan bilis
Garam
Gula
½ Cawan Santan



Tara ... inilah hasilnya yang saya masak tu... mengiurkan tak???? seyes mengiurkan .... bertambah² saya makan kat umah .. hubby memang suka siap ratah .. tapi tak sempat makan sesama kat rumah mertua .. sebab nak balik rumah sendiri.



Ok tadi dah kongsikan bahan².. cara nak masaknya pulak senang jer .... tak susah mana pun ... cili kering gunting halus² dan rendamkan dengan air panas .. kenapa air panas supaya kurang kepedasan .. dan terjamin kebersihan sikit .. bagi cili tu kembang .. tak payah lama sangat.. tapi sebelum tu .. dan selepas rendam basuh dengan air bersih tau ... supaya hilang biji² cili tu...

Tempeh dan kentang potong ikut sukati dan gorengkan dia.. serta toskan bila dah garing, goreng satu² memlua tempeh .. lepas tu kentang .. dan akhir sekali suhun .. suhun ni sekejap jer tau nanti dia kembang masa goreng. Saya tak letak tahu kering sebab saya ikut bahan yang ada kat rumah sahaja.

Tumbuk dengan lesung ikan bilis, 1 biji bawang merah dan bawang putih, bawang merah lagi sebiji hiriskan dia. Bahan² ni semua akan di tumis sampai naik bau .. barulah masukkan cili kering tadi.

Bila dah naik bau .. barulah masukkan santan tadi ... bila dah mendidih barulah masukkan semua bahan² macam tempeh, kentang dengan suhun tadi .. gaulkan sebati yer... dan masukkan garam serta gula .. perasakan dia.. kalau nak letak kicap pun boleh .. saya tak letak pun ini warna original bahan² tadi tu.. dia automatik akan nampak macam kehitaman... gaulkan sampai sebati dan tutupkan api ....

YES .. SIAP UNTUK DIMAKAN .... DENGAN NASI ... 

TERBAIKKKKKK ....



Nanti korang cuba tau, selalunya kalau letak santan ni .. lebih tahan lama .. korang boleh panaskan bila² ... sebab masa suam² lepas masak lebih sedapp dimakan... atau diratah.




Bicara Hati : Tengah gigih nak belajar masak 'sambal taun jawa' pulak, ish .. ishh.. mak² betul saya ni kan .. kampung girl mesilah selera kampung.... 












Selasa, 25 Februari 2014

Siram Bunga Embah - Cucu Yang Pandai Amik Hati


Sejak² kami duduk kampung ni, ada jer yang amir suka ngajuk embah/ nenek buat kerja .. selalunya waktu petanglah .. sebab pagi kan ami sibuk pergi tadika....

Dan korang jangan tak tau seminggu dok kampung awal januari hari tu kemain dah pandai cakap jawa .. sampailah sekarang, yang paman dia pulak dok speaking english ... siap mengajuk² embah dengan atuk cakap kikikikiki .. gelihati dibuatnya.



Ni salah satu aktiviti yang amir suka buat petang hari .. pokok² embah haus ibu ... cian dia sekarangkan musim panas.. ni mesti bila dia tanya embah itu jawapan embah ... kemain lagi .. saya baru pandang dia jawab dulu .. takut ibu marahlah tu main air .... maklumlah sekarang ni musim takda air .. air pun dah mula di catu huhuhuhu ... jadi kenalah beringat sikit...





Hah!! kooo tengokkk sampai macam tu sekali dia menyiram pokok embah .. kami perhati jer daripada jauh ... ni pokok² yang mak saya tanam tapi tak alihkan lagi.. sebelum tu amir dah jirus/siram pokok² bunga yang sekeliling rumah mak saya .. kalau kat rumah mertua pun dia buat macam tu jugak.. pantang dapat peluang.. memang cucu bertuah ni ... lepas siram.. dia mainlah air terus mandi.. itu pun peluang dia.. bijakkan.. memang terlebih DHA dan AHA ni.


Kalau korang nak tahu bukan takat pkko bunga mak saya tu jer.. selagi paip tu sampai .. kebun abah anak² pokok pisang pun amir siram, anak pokok cili .. pokok serai.. saboo je lah... saya perati je daripada jauh.. tak tegah pun.. sebab tau peluang macam ni dia takkan dapat kalau kat rumah kami .. ni kat rumah embah .. memang jadi anak kampunglah dia   >____<


Abah pun baik, kalau amir siap buat ni semua dia bagi upah .. dapat aiskim cukuplah... seminggu tak habis cerita kat semua orang atuk (abah saya) belanja dia aiskrim.. kadang gelihati hati saya di buatnya ... bila dia bercerita tu .. macamlah atuk dia hadiahkan dia ... sesuatu yang istimewa sangatkan.. budak² memang macam tu lah agaknya .. pada dia orang ganjaran macam tu pun dah besar.. mereka rasa macam dihargai ...



Bicara Hati : Alhamdulillah rasa bersyukur di kurniakan anak yang baik, moga sampai besar dia baik menjadi anak yang soleh ... Amin...









Isnin, 10 Februari 2014

Bank Negara Kerja Dihujung Minggu Rupanya


Bila hujung minggu masing² sibuk dengan kerjaan dirumah, baik ibu, baik ayah .. baik amir hahahaha .. daripada pagi ada jer kerjaan yang nak diselesaikan ... naik heran rasanya rumah ni , manalah datangnya sawang ni.. sedangkan rumah bertutup rapi, manalah datangnya habuk ni.. sedangkan luar umah iada lori yang lalu .. lori sampah iyelah ... musykil².

Dah kenapa tajuk tak menahan pasal bank negara tu, hihihihi.. ceritanya macam ni.. bila amir dah siap buat kerja rumah ... dia tetiba amik tabung ayah dia lepas tu ... dia bukak di tuangnya duit tu dalam bekas lego dia .. dah tu di tuangnya pulak dalam raga, atas surat kabar ..... daripada dapur dengar memang bising sikit.. dok tuang sana.. dok tuang sini.. alahai .. anak²... macam banyak noo duitnya tu yer.... 

sempat jugaklah ibu snap gambarnya tu hihihihihi .... amik gambar tanpa dia sedar ni, kalau perasan mau buat muka peachhhh tak sudah²...




Koranggg bayangkan dia main benda ni sabtu dengan ahad baru ni.. asal bangun tidur terus main duit macam ni tau... saboo jerlah berdesing² bunyinya.. saya yang risau jiran² dengar apalah dia orang pikirkan...



Tak kemana pun hujung minggu, banyak masa habiskan kat rumah .. kalau keluar pun cari barang ke tesco bukit tinggi wahh dah bertukar jadi tesco extra yer.. makin besar makin lebih komersial .. ada medan selera baru kat situ.. tapi belum bukak lagi.. masih dalam proses .. kedai mamak kat siru pun dah diubahsuai .. kedai lebih selesa... ada ruang berecon dengan ruang santai diluar.




Bicara Hati : Hubby memang ajar anak² menabung daripada kecik, duit syilling semua masuk tabung .. berjimat katanya .. mendidik anak .. supaya mudah terpupuk daripada kecik.






Khamis, 31 Oktober 2013

Keterujaan Pertama Kali Pergi Kedai Haiwan Peliharaan



Ni masa amir tengah demam hari tu, saya ada beli kan dia ikan .. saja² bagi inspirasi .. kemain teruja dia.. yang harunya saya beli ikan 2 ekor ... esoknya sekor mati huhuhuhuhu ... (apehalnya lah hai tangan ni panasss sunguh) itulah hikmahnya ikan mati.. tinggal sekor.. jadinya amir nak belikan kawan ikan.. jadi saya bawaklah pergi kedai ikan ni.... Masa mula² beli saya tak bawak dia.. kira macam saya buat ala² suprise lah kat dia hihihihihi ... saya kata hadiah sebab dah baik demam dan makan ubat, masa tu demam dia memang dah okk sikit cuma demam tengah malam jer yang tak baik².. nanti sambung story tu lagi eh... kita cerita ikan dulu.




Banyak pilihan aquarium.. tapi ikan² yang ni amir teruja tengok...




Kami beli anak ikan jer.. yang seekor sehinggit kikikiki .. bukan kedekut, kat rumah takda aquarium besar.. ada balang kaca jer.. jadi kenelah padankan nak letak ikan tu... Nampak tak betapa terujanya amir, tekun dia tengok orang tu jaring ikan. Dan sepanjang perjalanan balik tu.. mulut dia tak berhenti bercerita seronoknya kalau boleh beli ikan yang besarkan ibu ... nanti kita kumpul duit beli bekas besar.. boleh letak banyak ikan.




Masa nak balik tu .. sempat lagi amir tengok hamster, ni pertama kali dia tengok kemain banyak ... dia kata .. comel, kalau ada duit nak beli jugak kikikiki .. amboi semuanya nak dibeli.. paling tak menahan bila dia tengok arnab.. dia kata .. napa kotor sangat arnab ni ibu.. (warna ala² kelabu) tauke dia tak mandikan ker? hahahahaha ... saya kata bukan tak mandikan. dia dah mandi.. tapi main dengan kawan kotorlah... lagipun bulu dia warna kelabu .. kalau putih barulah bersih ... tapi memang geram tengok anak arnab tu.. tak tanyalah pulak berapa harganya. Burung pun ada .... 



Kedai haiwan ni dekat jer dengan tadika amir dan opis saya, itu yang saya amik amir dulu baru pergi kedai ni.. dia memang teruja sesangat... sebab saya tak pernah bawak kedai haiwan macam ni .. siap ada ulat².. yang macam cacing tu.. dia tak geli pun.. dia tenung jer.. macam pelik.. saya pulak yang geli geleman nampak ulat tu berjalan².. gegegegege ...

Dan inspirasi serta aura positif balik daripada kedai haiwan ni .. amir terus berubah cita².. nak jadi doktor haiwan.. gara² nampak arnab yang kotor warna kelabu tu hahahahah.. katanya, nanti kalau jadi doktor boleh mandikan arnab .. bagi dia makan.. kalau kotor macam tu nanti dia sakitkan ibu .. kan.. memang sepanjang perjalanan balik tu cerita pasal haiwan jerlah... turun kereta sampai rumah pun.. kemain teruja terus cerita kat ayahnya....



Bicara Hati : Mujur jugak takda kucing kat kedai tu .. kalau tak mau nak jadi doktor kucing pulak .. kikikiki ... 






Sabtu, 19 Oktober 2013

Hiasan Di Meja Makan



Mencari kelainan dalam menghias, lainlah kununnya... Dah jemu.. Asyik letak bunga.... Padahal tak reti nak menghias bunga... Tak kreatif... Jadinya dapatlah idea brillion macam kat bawah ni...




Hihihihi brillion tak pasu kaca bulat hias batu.. Ikan 2 ekor dalam tu warna oren.... Sejukkk mata memandang sesuai sangat rasanya dengan meja jepun besar tu.... Harap kali ni berjayalah membela ikan ni.. Siap ada daun lagi tau... Supaya ikan tu serasi.


Amirlah paling teruja bila dapat tahu saya nak bela ikan.... Suka betul dia... Siap bagi tahu lepas ni nak bela arnab pulak... Nak ikut pergi kedai... Hadoilah anakku sayang.... Ikan ni pun tak tahu hayatnya sampai bila.. Nak bela arnab pulak.


Kos keseluruhan ni murah jer



Pasu kaca rm5
Batu warna warni rm 2
Batu besar kat rumah dah ade
Ikan 2 ekor rm 2
Daun pokok tu amik kat opis jer....
Makanan ikan rm3



Semuanya rm12 sahaja.




Kalau boleh nak hias macam2 kat rumah, tapi tulah tak tahu konsep macam mana yang sesuai. Jadi saya ubahsuai ikut sukati dan kemampuan sahaja.

















Selasa, 24 September 2013

My First FreezerMate Set





Koleksi pertama, rezeki dan hasil daripada nuffnang .. iyer cek nuffnang yang pertama.. inilah hasilnya wiwiwiwiwiwiw .. suka²... yang sebenarnya dah jari gatal cash out baru terpikir ala.. nak beli apa ni.... ;p

Dulu masa rezeki dengan exabytes saya belikan tikar buluh dengan karpet panjang ... kali ni cek pertama nuffnang saya beli bekas tupperware .. bekas untuk letak makanan kat peti sejuk ... saja beli buat kenangan² hasil daripada berblog. Rezeki dengan exabytes pun tak panjang .. dapat sekali jer.. lepas tu nak sambung uv tak membantu.. mana tak nya masa raya tu memang jatuh terukk kosalah haihh sapa nak baca blog masa beraya .. kan kikikiki .. tapi alhamdulillah rezeki dengan nuffnang masih ada.. dan semalam pun tengok dapat cpuv baru yeahhhhhhhh ..... (^___^) mari kita mengumpul duit.

Sorry gambar pecah sikit amik kat tab, bila download jadi macam blurr pulak .. tak tahu kenapa huhuhuhuhu .... maaf yer ... kamera adik ipar guna, jadi saya guna tab jerlah amik gambar.. tak kuasalah nak amik gambar pakai kamera hubby yang besar tu ... kata blogger tegar, gambar blurr pun jadilahkan... 

Kalau tak silap bekas ni sekarang ada yang besar².. yang saya beli ni set yang kecik² jer.. ini pun RM 56.00 termasuk harga pos ... selalunya beli barang tupperware ni kat Little NS Shoppe .. sebab tokeyy dia saya dah kenal.. tak pun saya beli kat opis sahaja... kawan² opis pun ramai jugak ahli.

Selalunya kalau saya berkenan dengan barangan tupperware ni .. saya kumpul siap² duit dalam sampul .. dah cukup baru beli.. tak mampu nak beli setiap bulan.. pada saya.. biar lambat .. janji ada.. lagi harga murah .. cepat²lah saya beli kikikiki ...;p


Bicara Hati : Sikit² membeli .. lama² penuh sekabinet tanpa sedar gegegege ...;p tengah kumpul duit nak beli set besen² yang ada senduk tu wiwiwiwiw ... tunggu duit cukup (^__^)v


Khamis, 12 September 2013

Bidaman - Mainan Guli Amir Yang Baru


Korang pernah dengar tak nama mainan bidaman??? seyes saya tak pernah dengar .. sampailah anak buah hubby cakap ... 'amir.. abang dah ada bidaman, abang dah beli' saya siap tanya bidaman?? apa tu... hahahaha ... dah saya pulak teruja .. sebab macam pelik namanya siap berkali² saya tanya bidaman tu mainan apa??? huhuhuhu .. dan saya siap kata.. apa nama dia? apa?? bidaman ... hahahaha .. sampai macam tu sekali.. haru toi kan.

Amir kata mainan yang boleh tembak guna guli lah ibu .. owhh barulah saya tahu ... ni kebetulan pertama kali beli (hubby yang beli) saya?? kosaaaa lah melayankan dia beli mainan macam ni ... saya sempat amik gambar kotak jer.. lepas tu hubby dengan amir cantum² robot² tu .... main sama².. dah beli satu .. macam tak best hubby beli lagi satu .. yang tu lupa pulak nak amik gambar.


Anak² korang dah terjebak tak dengan fenomena ni ... saya tak tahu bila mula menular .. yang pasti raya baru ni .. sana sini budak² main bidaman ni ... saya risau jugak sebab gulikan, nasib baiklah amir dah besar jadi dia tahu guli ni untuk main macam mana.. yang jenuhnya dia tembak.. dia kutip kikikikiki .. dia jemu.. dia letaklah kat tivi.. buat perhiasan. macam dalam gambar kat sini. yang kat atas speaker tu ada 2 sebelah kana kiri kereta warna merah.



Bicara Hati : Pelik² jer kan, dulu saya main gulu yang balik kat tanah tu .. buat bulatan .. pastu baling sampai keluar... ;p






Rabu, 11 September 2013

Tempat Parking Yang Tidak Sesuai


ishhhlah .. ni nak tengok tv ke.. nak tengok koleksi kereta hahahahaha ..... macam tulah kan ... minat hubby ni dari dulu .. sukalah beli kereta² mainan kontrol macam ni .. buat koleksi, bosan² dia layan .. amir lah rajin melayan .. dah bukan ayah layan anak.. anak melayankan ayah hihihihihihi ... dan jangan tak tahu .. kalau balik kampung pun kadang di bawak ... main kat kampung, tidaklah semua dia hangkut .. satu jer pun kadang².. iu pun amir yang pilih.



Kalau tahun lepas beraya dengan kereta baru, tahun ni pun sama jugak .. tu.. yang berteggek, bertonggek² tu .. (dah macam lagu wahi pulak) yang merah tu .. antara koleksi yang baru huhuhuhuhu .... di apit oleh b-idaman (nama mainan budak² sekarang... ibu baru tahu hihihihi... ) amir. 

Nampaknya koleksi makin bertambah .. kene beli almari baru ni .. yang lebih sesuai .. dulu² masa kecik amir pantang letak kereta² macam ni tau ... mesti dia amik main, kalau tak pun .. pergi rumah orang mesti dia akan tengok .. dok tenung.. nak amik takutlah tu.. kat rumah orangkan, memang dia takkan bergerak .. dia tengokk jer.. sampai dia puashati.

Tapi kalau beli almari .. sudut mana pulak nak letak, rumah pun rasa dah sarat sangat ni huhuhuhu ... tak sesuai letak almari banyak², tapi kat sini.. memang tak sesuai ... tau tempat parking, korang tahu tak.. raya hari tu.. asal bebudak datang jer.. mesti dihangkutnya buat main ... main takpa ... kalau nak amik bawak balik .. hubbyyyyy pandailah²lah yer jawab... jangan kata saya pulak yang nak sedekah... ayah yang serah diri tayang kat situ.


Bicara Hati : Sebab tak mampu nak beli yang realiti .. beli yang mainan pun .. janji original .. dah jadi sau kepuasan hubby kata.


Khamis, 22 Ogos 2013

Hilang Semangat - Seminggu Kene Tinggal





Ni bukan kes ken tinggal dengan hubby ke hapa .. ni cuma luahan perasan jer kikikikikiki .. jangan salah paham pulak baca tajuk entry.



Malas nak taip lebih² .. dah mood sedih bersarang ni, ni pokok cili saya baru tanam nak puasa hari tu ... hari tu sebelum raya elok jer.. sekali kene tinggal balik kampung hambikkkkk kooo dah macam sengan hidup tak mau dah huhuhuhuhu ....

Mood baru nak berjinak² balik menanam ni, tapi dah jadi macam ni hilang mood balik (alasan²)

Sukanya pergi rumah orang beraya kesana huiiiiihhhhh kemain lagi meriah pokok bunga, pergi rumah sini .. huihhhhhh cantiknya gemuk². melebar pokok berdaun mereka .... ya allah malunya kengkawan sedara mara datang rumah .. rumah takda pokok meriah macam tu ... pokok kaktus pun ntah mana hahahahaha ... ;p

Marilah mengumpul minat semula, nak beli pasu barulah 2 yang besar nak tanam pokok ... nanti bolehlah laram kat rumah baru (eh².. ntah bilalah siapnya kan.. tanam dulu takpa kot)



Bicara Hati : Orang lain tanam bunga sy sibuk dengan pokok cili, kunyit, kari dan kencur .. senang nak guna masa masak kikikikiki



Isnin, 12 Ogos 2013

Pengaruh Upin Ipin Semakin Kuat Pada Amir

Kita skip dulu cerita raya yer, tak tahu nak mula daripada mana... banyak sangat cerita ni huhuhuhuhu .... nanti cari idea nak mengarang (^___^)v untuk dikongsikan di blog kesayangan hamba ni hihihihihi ... sekadar coretan kisah hati masya.

Ramai dah mula kerja ker?? mesti bluess jer kan .. nak buat kerja, sebab masih mood beraya.... saya masih bercuti lagi .. insyaallah esok kerja.. hari ni kalau jadi nak layan adnan sempit 3, saja nak bawak amir tengok wayang pertama kali ni hihihihi .... tapi sebelum tu meh layankan pengaruh kuat upin ipin terhadap diri amir sekarang.

Sejak dua menjak ni amir macam fanatik sikit dengan upin ipin, dulu pun dia fanatik jugak ... memang banyaklah koleksi baju upin ipin, suka layankan cerita kat tv upin ipin.. tapi sekarang ni pengaruh tu tetiba datang balik ... ntah sapalah yang bawak pengaruh tu huhuhuhu .... sebab dulu minat jugak tapi takdalah sampai macam ni sekali .. mungkin sebab ramadhan baru ni pagi-pagi bagun tidur ada upin ipin, petang balik pun ada upin ipin kat astro.. kadang tu waktu lepas buka kat tv9 tu yang dia terpengaruh balik agaknya.
air laici, kalau boleh setiap kali balik taska suruh belikan, regenya boleh tahanlah jugak... tapi tak berapa nak galakkan amir minum sebab manis sangat-sangat ... amir suka minum lagi-lagi kalau dah simpan kat peti sejuk.



Perisa apple pun amir suka, dia ada banyak perisa tapi amir suka laici, apple dan anggur jer.... dia kata sedap .. tapi kadang-kadang pujuk dia jugak ... tak boleh minum selalu .. saya risaukan rasanya yang manis tu ...



Dah ada aiskrim jugak, ni pun amir mintak suruh belikan ... bukannya pembalut tu boleh simpan pun ... ibu kan ganas hihihihi.... rakus jer.. nak koyak .. lagi-lagi amir nak makan aiskrim tu.



Perisa pilihan amir, tapi amir tak bapa suka kacang-kacang atas tu ntah ...



kemain berselera dia makan, ibu puasa nak .. saboo jerlah tak boleh nak makan .... tapi kan .. nasib baiklah beli aiskrim ni lagi sehari nak puasa kot .. dapatlah meras jugak.



Banyak lagi sebenarnya pengaruh upin ipin ni pada amir, bukan setakat makanan jer .. dalam cerita upin ipin kalau tak silap ada terapkan belajar berpuasa, nak akhir ramadhan baru ni adalah jugak amir nak cuba puasa tapi.. tulah .. dia payah sikit nak di kejutkan bangun sahur, harap tahun depan dia dah mula belajar puasa.




Bicara Hati : Mujurlah ramadhan kali ni amir tak mintak belikan kurma upin ipin, sebab beli tahun lepas pun tak habis makan ... 






Khamis, 3 Januari 2013

Inspirasi Baru

  


Dalam entry Hari Terakhir ada ku serta gambar pasu berair yang ada pokok berdaun disitu, saja sebagai inspirasi di tahun baru .. dan kebetulan kawan satu opis yang hadiahkan hihihihihihihi... tq ana.

Kalau sekali pandang memang tak perasan yang sebenarnya dalam pasu bukan sahaja ada pokok berdaun yang sebenarnya ada seekor ikan berwarna oren hihihihihihi .. tak tahulah hidupnya sampai bile sebab kita ni bukan pandai sangat pun membela ikan tapi ntah tu lah hobi baru sejak akhir² ni sejak mak bagi ikan puyu tempoh hari (alamak!! lupe nak buat entry tu) ikan tu pun semua dah mati gegegegegege.. mau tak mati ... amir dok melayan ikan tu siap bagi makan roti .. dah tu bulan 12 kan banyak cuti kejap² balik kampung ditambah kami pergi bercuti, ditambah pulak aku kerja tak menentu hala baliknya lewat petang .. sudahnya ikan tu terbiar huhuhuhuhu....


Harap ikan ni hidup lama lah sikit ada juga teman nak ku bebelkan hihihihihihi ....
Jangan ko mati sudah gegegegege....




Nampak tak ikan tu?? haihh memang payah nak diamik gambar .. malu kununnya... tu dia bagi ekor jer.. saboo jerlah kan...


Bicara Hati : Boleh bela ikan ke kat opis ni? jangan kata aku bela nyamuk sudah huhuhuhuhu ...;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...