♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Jalan-Jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-Jalan. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2013

Garden Playground



Hikmahnya kata amir.. amir kemain lagi .. pandai cakap budak ni, boleh dia kata ada hikmah tak pergi care4, yeahhh kat sini ada garden lah ibu .. kat care4 dia betulkan kan.. ibu kan.. kan... besarrrnya hah!!! pingsan, masuk² elok pulaklah ada playground ni .... tapi .. tapi .. macam biasalah ibu kalau nak main boleh jer.. janji amir dengar cakap .. ibu bagi .. ok.. solat dulu, makan dulu .. lepas tu barulah boleh main ... dan² setuju tau .. memang anak bertuah ...


Besar sungguhlah garden yang kat sini huhuhuhu ... berganda besar daripada yang kat care4 tu ... keroooo japlah mata ni, kalau dah semuanya amir nak main kan.. tu yang ibu saikoo dulu tu.. ibu cari akal jap camner.. amir jangan lama² kat sini kikikikiki ....






Hohohohoho ... banyak jugak dia main dalam ni.. hubby layankan jerlah ... 
memang permainan dia lebih banyak pilihan daripada kat care4 tu ...
amir main bowling siap terkangkang .. penuh emosi .. gambar tu upload lain kali eh..






Kalau nak main kat dalam ni ada 2 pilihan, buat kad macam ni .. atau nak token ... 
Kalu kad smile ni harga 2 hinggit .. tapi kira macam token jugak .. maknanya lepas main .. kene pulangkan kad ni dan dapatlah balik rm 2.00.
untuk setiap permainan ada yang 1 hinggit, ada 2 hinggit, jadi ibu bayar lah rm 5.00 termasuklah kad ni dan bolehlah amir main 3 game ade 3 hinggit dalam tu...
Tu pun tak cukup ermmmm tambah lagi 2 hinggit sebab amir nak main bowling.






Bicara Hati : Habis main game ni, mereka berurut pulak ... lepas tu barulah balik ... 












Western - Selera Orang Putih Pulak Makan Kat ' Food Court '



Tajuk tak menahan kikikiki.. korang layankan jerlahh .. tuan tanah ,asih ting tong ni .... 

Lepas dah pusing² kat Hentian SKVE tu, kami pun ingatkan nak balik jerlah .. amir pulak... kata lapar, padahal yang sebenarnya dia tak puas lagi naik kereta kikikikiki ..... tak menahan permintaan makanan ketika lapar ialah mee sizling, harulah .. kalau dia ajak pergi care4 kan.... 

Jadi panjanglah akal hubby pikir mana yang terdekat, dan mana nak tuju.. itu yang kami singgah food court giant sg. manggis tu .. hihihihi sebab tak jauh jer keluar daripada tol SKVE tu masuk kiri hala ke pekan banting .. betul kat selekoh antara nak menuju pekan banting atau olak lempik .. kat situlah Giant.

Kali pertama pergi masa balik daripada morib goldcost .. singgah kejap jer pun ... sebab amir nak makan nasi ayam .. kali ni citarasa dah berubah pulak hihihihihi ...


Tengoklah tu.. mee sizzling sampai .. tak nak pandang kamera dah ... hihihihihi .... ibu kongsi sikit dengan amir, itu pun tak habis ... banyak sangat .. amir kata kuah dia pahit hihihihihi ...;p
Harga mee sizling ni termasuk telur RM 5.90 










Hubby makan chicken chop hohohoho... licin hubby kata sedapp sangat ... 
Pada saya sos lada hitam dia pahit, sos cendawan dia sedapp .. korang tengokk tu.. sebab pertama kali kami cuba dua² sos kai mintak hihihihi ...
Harga RM 12.00
BERBALOI²LAH JUGAK.. MEMANG KENYANG SANGAT... TENGOK HUBBY MAKAN.. KALAU SAYA SORANG BELUM TENTU HABIS.. KENTANG PUN BESAR .. 











Kami order chicken chop kat sini, dia ada jual jugak menu masakkan sup², tom yam dan makan bergoreng lain... mee sizling pulak kat sebelah kaunter air .. lupa nak amik gambar.










Kali pertama dulu hubby ada cuba asam pedas ka sini .. tapi rasa dia kurengg sikitlah .. macam lebih belacan .. saya tak boleh langsung nak makan ...











Bicara Hati : Dah makan dah kenyang .. elok lah pulak kat sini ada garden, hadoilah layankan dia kat sana pulak.. padahal sebelah food court tu ada jer playground percuma.. tapi amir tak puas.. sebab ramai orang.. tempat pun kecik jer...

















Sabtu, 22 Jun 2013

Panorama Hujung Minggu Tanpa Arah Tuju



Bila hujung minggu kami tanpa arah tuju, pagi hubby kene pergi sekolah .. jadi macam biasalah kerja² rumah ibu kene siapkan... walaupun dah siap berkemas.. masih ada sahaja yang mahu dikemas.... kadang naik heran ... tak habis² hihihihihi ....

Sudah kemas, sudah makan , sudah tidur , sudah layan game berpuluh kali di tab, sudah jemu menonton dan melayan kartun berulangkali di tv .. maka mulalah anak bujang akan suarakan hatinya ... mahu keluar ... mahu naik kereta, mahu ronda² .. mahu tengok layang²... 

Minggu lepas jerebu tidaklah seteruk minggu ni .. jadi kami dapatlah pergi jalan².. lepas highway SKVE jer pun hihihihi .. hubby parking kat tepi hentian tol tu ... maka mulalah aksi possing²... spontan.


 Kebetulan ramai jugak yang singgah, ada kapal terbang lalu ... sukalah amir, tapi dia nak jugak tengok layang² .. kat sini mana ada.. kat dalam taman² tu adalah .. tak tahulah taman apa.. tapi kami pernahlah jugakkkk lalu kat situ... memang ramai orang main layang².. ada orang jual layang² jugak.. tapi .. ntah hari tu lalu takda pulak.. dah pindah tempat lain agaknya.





Sila jangan muntah hijau .. amir ambilkan gambar kami berdua hihihihihi .... 



Kat sini pun kita orang nak possing, dapat keluar rumah jadilah .... seronok dibuatnya, balik singgah giant baru kat sg. manggis (iyer ker.. sg. manggis).. iyer kot.. jalan yang menghala ke pekan banting tu.

Nanti sambung cerita makan² kat sana ... chicken chop dia sedapp jugak.





Bicara Hati : Hujung minggu kali ni kene balik kampung, ada doa selama sikit kat rumah mertua.. adik beradik jer pun....









Jumaat, 21 Jun 2013

Hari Floria Di Putrajaya 2013






Wahh besnya dia datang lagi .. dia datang lagi ... wahhh terujanya ..... kali ni tema bunga orkidlah pulak , mesti bestkan.. alahai.. ntah sempat pergi ntah tidak ni... tahun lepas langsung tak dapat pergi, dah lama tak pergi kali terakhir masa mair 2 tahun kot .. itu pun pergi dengan kawan².. balik kenduri kawin.

Tarikh bermula : 22.06.2013 - 30.06.2013
Tempat : Presint 2, Putrajaya




Bicara Hati : Jom layan Raja alawak dulu hihihihi ...






















Rabu, 19 Jun 2013

Uniform Saya Di Tadika



Ni kisah pagi tadi sebenarnya, hadoilah hari ni .. meeting penuh seharian grrrr redhooo pasrah .. tadah telinga jerlah... Amir hari ni ada rombongan naik komuter yeahaaa... yehaaaaa ... suka kemain lagi anak bujang tu.. dan balik nanti pasrah lah ibu kene dengar cerita amir pulak (^___^)v

Ini kali kedua amir naik komuter ikut rombongan dengan pihak tadika, tahun lepas pun ada join jugak .. walaupun amir lambat masuk .. yang sebenarnya tahun lepas dapat join sebab pihak tadika buat rombongan ni lambat sikit.. dari jadual asal mereka .. itu yang dapat join.. kalau tak jangan haraplah.....

Jom layankan gambar budak bersemangat nak ketadika dan join rombongan hihihihihi ....


Bila ada rombongan kenelah pakai kasut, kalau tak pergi tadika pakai selipar jer haahahaha....




Ala.. jangan lah amik gambar dekat ibu .. gigi amir tak cantik, takpa... gigi tak payahlah senyum besar ibu kata... kan.. rambut dah pendek.. hensemlah anak ibu .. pantang kene puji terus cair hahahaha ....



Malam tadi macam biasalah, kalau beria nak kesatu² tempat mata amir tu payah sangat nak tutup .. semangat nak berjalan lah katakan hihihihihi ..... kadang² buat saya gelihati pulak, siap pesan.. ibu jangan lupa stokin yer.. kasut ... nanti kalau tak pakai amir tak boleh naik komuter cikgu kata..;p

Nak harapkan ibu dan ayah bawak naik komuter sampai ke kali kedua amir dapat naik komuter dengan cikgu tadika ibu tak bawak² eh, amir janganlah majuk .. pergi dengan kawan² lagi seronokkan.. nanti kita pergi sama² naik komuter yer... sayang amir .... 




Bicara Hati : ibu yang lupa hari ni ada sesi fotografi kat opis, balik tengahari tadi tukar baju .. grrrrrr ... terpaksa.. arahan bos .. pasrah.






Selasa, 4 Jun 2013

Tak sangka dapat sampai Kompleks Kraft Malaysia



Orang kata kalau rancang sakan tak menjadi, kamilah tu ... setiap tahun pun ada HKK (Hari Kraf Kebangsaan) tapi tak pernah pergi, dah ni tak pasal² sampai sana apa kes.... bukan ada HKK pun, HKK pun dah lama berlalunya..... inilah nama rezeki .. kalau dah rezeki nak sampai insyaallah sampai ... insyaallah... 

Lepas pergi jalan TAR tu .. dah abang ipar konfius² jalan nak ke KLCC, pusing²... tetiba nampak signboad Pusat Kraft ni, kita sajalah cakap... apa ada kat sana .. jomlah singgah, elok pulak hubby pun ikut jer.. arah yang ditunjukkan... walaupun mula² sampai pejabat dia dulu .. sebelah pejabat barulah bangunan untuk pusat kraft jualan, maklumlah tak tahukan .. memang sesat baratlah ... 

amik mood sikit, panas erik.. sempat juga snap gambar ni ...




kebetulan dan rezeki kami ada pameran lukisan kat sini .. jadi seronoklah budak² tu ... 
jadi kita orang pun pergilah tengok² ... ini minggu lepas, dah tamat pun.. sorry eh .. baru buat entry.



sekali jumpa sedara hubby la.. kat sini ... dia pun join pameran karya seni, seyelah lukisan mereka ni betul² hidupkan.. saya tengokkan. sekali.. lepas tu tengok lagi .. lepas tu tengok lagi... tak puas rasanya, tengok harga pulak .. owhhhh ni makan gaji 3, 4 bulan campur baru boleh beli .... ngee~~~ pitam, tengok lagi ... hohohoho memang berseni .. yang ini gaji setahun kot baru boleh beli.. hubby gelak jer...



Budak² kemain seronok lagi .... bukan seronok tengok lukisan.. seronok berkejaran sana sini...



Kalau tak silap ini ruang karya yang akan dilelong ... bukan lelong murah, tapi macam membida lah sapa nak beli .. masa kita orang nak balik tu .. baru nak mula jualan membida ni .... jadi tak payah nak tunggu eh.. bukan bawak duit seguni pun... kad kredit hubby pun limit tak banyak .. jadi semua pakat balik.


Antara barang² yang dijual dalam kompleks kraft, memang ada kedai khas dalam tu tempat jualan ni .. sebelah kanan dan kiri ... gambar kat bawh 4 orang tu bukan penjual yer.. dan tak dijual.. harap maklum .. hihihihihi ..;p




Banyaknya gambar dalam entry ni ... inilah gayanya kalau ibu yang pegang kamera semua gambar nak di ambil .. semua gambar rasanya cantik, lagi² tempat tak pernah sampai ni .... tak sia² tak jumpa jalan masuk KLCC tu, kalau tak memang tak sampailah kat kompleks kraft ni.



Sebagai tanda² kenangan kami pernah sampai ......
nahhh .. kat sini pun nak amik gambar hahahahaha ... maklumlah kat rumah takda gazebo macam kat kompleks kraft ni.




Bicara Hati : Tetiba teringat seorang sahabat blogger yang bekerja disini, saya doakan sahabat alam maya saya itu agar cepat sihat .. dan kembali ceria macam biasa (^^,) maklumlah beliau diberi berehat panjang sekarang.








Khamis, 30 Mei 2013

Jalan TAR apa yang bestnya



Ada gambar sogo yang terpampang dalam entry semalam, bukan pergi shopping kat sogo pun hihihihi ... sekadar amir melepaskan hajat jer kat situ ... seyeslah amir tak heran sangat pun masa pergi KL hari tu .. mak pak nya jer yang teruja .... hahahahaha .... sebab apa saya kata tak heran, sebab dia tak banyak bertanya sangat pun.. saya yang hebohh bercerita.. amir dok sibuklah asyik main dengan sepupu² dia jer...

Sebenarnya idea last minit ni, hubby bagi tahu kat abang ipar sebab hubby nak serve jalan ke PWTC, jadi dah alang² nak cari jalan tu.. kami ronda²lah.. tak sangkalah pulak akak² ipar nak join .. katanya nak pergi jalan TAR, nak shopping baju raya... aku??? ntah takda mood dah nak shopping² kain baju ni hihihihi .... jadi kami pakat pergi 2 kereta .. patutnya 3 kereta .. tapi sebab hubby kan nak serve jalan, jadi abang ipar sekeluarga naik jerlah kereta kami senang .. nak jadi penunjuk arah.


Sakan memasing yer.... akak ipar siap bawak beg galas .. senang nak isi barang belian katanya hihihihi ...


Jalan dengan yang pakar, tidaklah sesat baratnyakan... senang jer pun rupanya jalan ke PWTC tu .. hihihi.. senang kunun, cuba kamu yang bawak kereta masya .. ketaq kejap lutut eh .. berdezubb.. dezubb kereta kanan kiri.. walaupun rasanya jalan tidaklah jem tu yang memasing bawak laju tu .... Okk dah tahu jalan terus lajak pergi ke Jalan TAR pulak .. lebih kurang pukul 10.30 pagi dah sampai, senang jer nak parking tapi .. mahal giler sejam rm 3.50 kata tak tahu jalan .. jadi ikutlah petunjuk arah yang mana tulis parking tu ... tu yang dapar parking.. memang tak banyak kereta lagi masa kita orang sampai tu.


Sampai pukul 12 kat jalan TAR masing² kelaparan dibuatnya, terbaikkk... amir yang amik gambar ni.... 
amir dah mewarisi peragai ibu .. suka amik gambar, suka bergambar ... 


Kunun² 2 jam jer limit nak shopping .. sebab parking mahalkan, sekali dah mata dok rambang .. nampak sana nak singgah .. nampak sini nak singgah .. kemain banyak lagi baju batu² jual yer... naik silau mata, langsung lajak sampai pukul 1.00 tengahari dibuatnya hahahahaha ..... dan baiknya isteri ini .. hubby nak bagi duit suruh pilih mana² baju berkenan .. saya tak pilih pun.. bukan tak berkenan .. ntah dah rambang gitulah jadinya, betul² beli tudung bawal jer 3 helai. Amir.. amir dapat baju superman yang di idam²kan...


Ayah tengah pilih baju superman untuk amir, jenuh tau mintak tawar .. sungguhlah hai ... tak di baginya kurang, tapi akak ipar saya kata murah rm 30.00 tu hihihi.. murah eh.. dasar kedekut saya ni kan, padahal hubby yang bayar. gerai ni beul² depan pintu masuk kat selekoh summer house tu ... 


Singgah muaz (eh betullakan muaz nama kedai tu yang jual blouse dengan tudung murah tu) .. seyeslah pegang sana .. pegang sini .. tanya hubby cantik x?? tanya amir cantik x?? sudahnya keluar melenggang kikikikiki .... ntah pening ramai sangar dalam tu ... 



Dah habis kat sini kunun² nak pergi KLCC, nak solat kat masjid KLCC ... sekali tak jumpa jalan nak masuk  kemasjid tu .. ke .. memang kene masuk satu jalan jer.. kat pintu utama yang kat traffic light tu .. sudahnya tawaf pusing².. melepas nak masuk KLCC tapi sempatlah amik gambar .. gambar KLCC betul² depan mata saya klik kat sini.



Bicara Hati : fuhh jenuh nak menaip ... entry ni ....panjang eh, sorry .....





Rabu, 29 Mei 2013

Dapat jadi pemandu Helikopter impian saya




Bukan main lagi sibujang ni tau .. kalau dapat pergi kat garden, kat aeon big bukit rimau tu mestilah nak naik helikopter mainan ni .. walaupun tak boleh terbang .. tapi .. bila dia bergerak² macam betul² jer nak terbangnya kikikiki ...








Selasa, 28 Mei 2013

Aktiviti Hujung Minggu Di Luar Jangkaan



Orang kata tak payah nak rancang sakan, nanti tak menjadi .. jom pergi tanpa rancang .. hasilnya akan menjadi luar biasa kegembiraan hihihihihi ....

Cuti sekolah dah bermula, memanglah banyak agenda dan aktiviti jangan dikata, kalau boleh mak pak lagi teruja mengalahkan anak .. padahal anak² tak merenggek pun .... kikikiki ...

Dah permulaan macam tak kene mengena pulak entry ni ... jom layan gambar 3 keping ni dulu .. tuan tanah cari idea nak mengarang entry hihihihihi .....


Seriusly .. dah lama tak jejak, kali terakhir .. pergi dengan kawan opis kot 3 tahun sudah .... shopping nak raya kununnya²...



Pertama kali nampak depan mata, nampak yang macam ni .. tau.. pemandangan daripada traffic light .... teruja tau .. bukan tak pernah sampai .. pernah tapi .. naik putra, jadi manalah nak tahunya .. kot jalan raya macam mana....



Opsss.... kami sesat barat .. tersampai sini hahahahaha ........ ;p




Bicara Hati : Pertama kali hubby bawak pergi KL naik kereta sendiri ... 










Khamis, 18 April 2013

Medan Selera Cili Padi



Fuhhhh lap peluh kejap maraton gaya bebas pagi ni menghabiskan BW blog kawan², sementara tengah tak berapa nak sibuk sangat ni .... haruslah saya pergi ziarah kan lagi² yang selalu datang bertandang komen.. dan tak komen tapi saya nampak jejak kamu.... haruslah saya balas jejakkan.... kata mesra, tapi mesra kat maya jerlah.. saya pemalu kalau jumpa hahaha.. mau tak keluar ayat nak bercakap. (^____^)v


Okk pada yang biasa pergi care4 kat Bukit Rimau mesti tahu medan selera cili padi ni, macam tak biasalah nak panggil aeon big kan.. mesti nak panggil care4 jugak kikikikikiki... ;p
Pasaraya care4 ni ada 2 tingkat, yang kat atas tu lah hujung sekali sebelah kiri ada medan selera ni, depan medan selera pula ada Nagoya.. wohohohohoho... sila pejam mata masya wehhh jangan nak membeli baju sapa nak jahit kang, tukang jahit dah tutup kedai.


Sebenarnya setiap kali pergi care4 ni mesti makan kat medan selera cili padi ni, amir paling suka nasi ayam dia.. entah apa yang specialnya ayam tak banyak pun.. tapi kalau order untuk amir mesti ada telur mata... special kes itu pun RM 5.++ tau...


 Korang tengok tu ... bukan main berselera lagi amir makan ..... 
Lepas makan siap dah bagi tahu nak main game kat Garden depan tu... bukan besar mana pun.. tapi suka betul dia kat situ... layankan jerlah.. ayah pitam... hulur duit kikikikikiki .... ;p





Playground Garden





Apa yang menarik kat sini, takda menarik sangatlah.. biasa² sahaja pada saya macam pasaraya biasa juga, kalau hujung minggu ni boleh tahan ramai jugak oranglah.... so far semua kedai pun dah cuba menu mereka kecuali yang kedai mamk tu.. selalu kita orang order air jer.. teringin jugak nak makan mee goreng dia sesekali.. tapi masih tak berkesempatan.. 





Sizling Yee mee oklah letak telur, setakat ni pernah makan paling sedapp kat Klang Prade jer kot.. tempat lain macam biasa sahaja hihihihihi ... kalau dah lapar habis sahaja.





Bicara Hati : Tengah hari ni makan nasi lemak amir yang pagi tadi tak habis, mood tak berapa nak selera makan sejak akhir² ni.. tekak tak boleh nak terimalah sekarang cuaca pun panas semacam.










Rabu, 17 April 2013

Crazy Orange !!



Kisah jalan-jalan dipetang ahad, sekadar mahu membeli susu tepung amir yang ada offer di Carefour, banayk jugak dah berubah dalam carefour ni lepas di ambil alih Aeon Big, dan banyak jugak barang yang nak dihabiskan stok untuk masukkan stok baru kot sebab ada pembelian contoh antara kami beli pencuci serbaguna cif sebotol rm 5.20 kalau 2 botol rm 7.30.. kan jimat tu... memang jauh beza harganya.. betul² nak habiskan stok sedia ada ni. 


 Bertukar ..... oren, cantik jugak yer...



 Carefour kini lebih dikenali Aeon Big



Nak interframe jugak (walaupun malu sebenanya) masa jalan² tu, tuan tanah pakai shawl oren baru beli kat FB QphatHijabist




Bicara Hati : Berjaya jumpa tortilla akhirnya hahahahaha...... 



Isnin, 15 April 2013

The Hottest Thing From Korea



Blurr rasanya hari ini.. tak tahulah kenapa, hormon tengah tak berapa stabil agaknya huk.. huk.. huk.... atau ini semua poyooooooo monday blues, masih terasa keseronokkan 2 hari bercuti dirumah dengan serupa macam tak bercuti sahaja mengemas rumah dan memasak kikikikiki ..;p

Apa yang 'hottest' sangat tu.. hahahaha... apa lagi, tengahari tadi... menu makan tengahari lain daripada yang lain.. kebetulan keluar nak beli barang sikit, lepas tu pulak kawan bagi tahu dia lapar sebab tak makan daripada pagi tadi.... saya pulak tidaklah lapar mana.. tapi kalau dah petang mungkin lah kot baru lapar .... sedang memikir² mahu makan apa.. kawan saya ajak makan KFC yang baru ni ... 'hot dari korea gitu' sesuailah dengan tuan tanah ni yang suka melayankan cerita korea.


KFC Perisa Baru


Korang dah makan ker??? Pada saya oklah.. biasa jer.. dia macam ayam pedas kfc yang biasa kita makan tu.. cuma bezanya atas ayam tu diletakkan sos macam dalam gambar kat bawah ni dan bijan sekali, rasa sos tu macam manis² gitu.. ayam tu.. dah memang pedaslah sebab 'spicy'kan. Saya ingatkan ayam tu tadi bersadurkan/bersalutkan rempah apalah sampai rasa macam pedas kat kora kikiki.. dah nampak depan mata baru paham.. dan yang penting dah rasa.... okklah boleh cuba lagi kalau ada yang belanja.. sebab yang ini pun kawan saya belanja kikikikiki (^___^)v

Sebenarnya dah jarang makan KFC sekarang sejak keluar ni amir suka sangat makan nasi ayam atau nasi goreng cina itulah makanya dah jarang makan KFC, Mc D atau lain².




Bicara Hati : Balik ni mahu buat meatball ala ikea hihihihihi ... 





Isnin, 8 April 2013

Big Apple - Donut Yang Sedap


Sapa pengemar donut big apple, saya?? bukanlah pengemar sangat ..... tapi kalau setakat makan seketul tu oklah kalau dah depan mata, tapi.. Amir sejak akhir² ni suka sangat huhuhuhu ....

Mula² beli masa bawak amir ni lepas beli kamera tu hari, saya selalu beli tak pernah pun bawak amir;; kadan² beli tu dia ikut ayah dia.. saya singgah jap beli... bila kali pertama saya bawak dia pergi kedai big apple ni.. bukan main teruja lagi dia siap cakap... cantiknya ibu.. yang ini pun cantik... ini pun.. hahahha haruuu ibu.. semua dia katanya cantik... bukan dia tanya sedap ke idak... anak².

Pertama kali masuk big apple mulut dan tergangga tak pernah amir nampak donut warna warni banyak pilihan macam tu ...


Ni semua pilihan amir, sesekali bagi dia buat pilihan amboi bukan main banyak lagi.... sampai 6 ketul.
RM 13.++ kalau tak silap ...
Semua bawak sekali pergi rumah akak ipar bersungguh² amir makan.. 
sedapp katanya, siap penuh semangat dia bercerita ada banyak donut kat kedai tu...



Pada saya rasa donut apple ni okk jer, tapi ada juga orang lain yang tak suka kata manis sangat.. hubby pulak.. layankan jer.. setakat seketul dua.. kalau potong kecik² bukan sedar pun dah berketul² lebih daripada 3 donut sebenarnya masuk mulut kikikikikiki ...;p



Bicara Hati : Gigih ibu belajar buat donut pertama kalinya kerana kegemaran amir ni tau.. tapi permintaan amir nak yang coklat ibu tak dapat tunaikan.. ibu buat donut biasa jer.. donut gula hihihihihihi ... ni gamba sebelum goreng, lepas goreng tak sempat amik gambar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...