♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Makan-Makan Sokmooo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-Makan Sokmooo. Papar semua catatan

Rabu, 14 Ogos 2013

Suprise - Keluarga Datang Rumah


Hujung minggu terakhir ramadhan memang dah plan dengan hubby tak pergi mana² apatah lagi balik kampung, maksud tak pergi mana².. maknanya kami nak pulun kemas rumah .. kami keluar pun shopping last minit persiapan raya untuk diri sendiri. Mujurlah rumah tak besar mana .. yang herannya kemas daripada sebelum ramadhan sampai nak raya tak habis².. tak boleh bayang kalau rumah kat kampung dah siap tapi fuhhh lap peluh kat dai dibuatnya.

Minggu sebelum tu ada balik kampung hari sabtu buka rumah buyut amir, lepas tu hari ahad mertua pulak datang rumah berbuka ... masa buka kat rumah buyut mak ada bagi tahu tahun ni tak dapat nak buka kat rumah saya, jadi saya cakap takpalah kita orang pun selalu balik kampungkan.. dah buka sesama .... tak sangka rupanya mak buat suprise hujung minggu akhir ramadhan tu mak dengan mak cik sekeluarga datang rumah berbuka, kemain mak berlakon eh .. tak dapat datanglah ... kereta abah tak okklah .. pada kereta abah nak semput tu sampai jugak ka rumah akak.

Kebetulan pagi ahad tu pergi pulau carey saja cari lauk pauk nak stanby dalam peti sejuk kang senang .. kalau ada tetamu datang beraya .. sesiap dah ada lauk.. kosa lah haihh nak pergi kedai kan masa tu ... walaupun kami ni 4 hari tentu beraya di kampung .. kami stanby jer...


Penuh meja jepun kami dengan juadah mak bawak, mak cik bawak, aku lagi masak .. itu pun masak 2 jenis lauk jer... masak nasi lebih .. adik sms bagi tahu mak dengan abah nak datang buka, saya ingat mak dengan abah jerlah .. tak sangkalah pulak .. dengan adik saya yang lepas pantang pun datang sekali .. dengan mak cik anak branak .. memang meriahlah buka puasa petang tu....







Antara menu yang saya masak, masak sikit jer pun ... tak tahu ramai yang nak datang .. mujurlah nasi masak lebih.... 



Ketam masak telur masin (telur masin bua sendiri tau)





 Pepahat masak cili padi sos tiram, pertama kali beli, pertama kali masak dan perttama kali makan ... haru².... memang teringin nak makan... lepas tu dah beli baru terpikir macam mana nak masak pepahat ni hahahahaha ... dan baru terpikir kene siang macam siput ke .. atau masak basuh macam kerang .. ke masak masuk macam lala jer.. hahahahaha ... datang senggal kejap balik rumah.
Sudahnya basuh bersih² ... masak macam masak lala .. dah terbukak kulit tu .. dah masaklah agaknya, pepandai jer.. nasib baiklah semua orang kata betul dan sedapp....





Penuh rumah, maaflah rumah tak besar mana kan.. ginilah beasak² makan dengan meja jepun tu hihihihihihi .. ini pun dah rasa bersyukur sangat² sebab ada yang sudi datang kerumah. Insyaallah selamat panjang umur tahun depan kita beraya kat rumah baru eh ... (^___^)v


Bicara Hati : Keluarga kecil kami, tapi meriahnya mengalahkan 10 orang keluarga yang datang hihihihihi .....



Selasa, 13 Ogos 2013

Menu Kegemaran Hari Raya



Lain orang lain citarasanya, lain orang lain kegemarannya .. dan lain negeri lain menu serta juadah di pagi raya nya ... apatah lagi kemeriahan di pagi raya kan .... 

Tapi pada saya menu mak masak semua pun yang sedapp, apa mak hidang masak itulah menu yang terbaik .. air tangan mak memang terbaik ....

Pagi raya saya mesti nak makan lontong mak buat, setiap tahun pun mak mesti buat ... kat rumah jarang buat ketupat .. kalau buat pun 50 biji jer.. sebab tak rajin nak menganyam .... lemang?? jauh sekali tak pernah nak masak ... nasi himpit tu biasalah.


Lontong mak yang akan menjadi menu wajib pagi raya, sampaikan adik² mak pun mesti order dengan mak ... nak buat juadah pagi raya. Hubby?? hubby pun suka hihihihihihi .. kalau makan dengan ayam masak kicp hamboii menjilat jari yer... lontong mak ni, kalau tak raya pun kadang² saya teringin iyerlah lontongkan susah nak jumpe masa raya jerlah baru dapat merasa.. sebab lontong ni lambat sikit nak rebus dia... jadi kalau dah dapat peluang makan lupakan sebentar idea nak diet eh.




Tahun ni tak buat ayam masak kicap, rasa macam lain macam jer.. tak dapat makan lontong dengan ayam kicap/ ayam masak kuning ... tapi mak masak ayam masak rendang tanpa kerisik hahahahaha .. boleh panggil rendang ke.. takda kerisik .. bolehlah sebab rasanya lebih kurang macam rendang, cara masak pun sama.. cuma takda kerisik jer.. sebab mak buat rendang kerang jugak, yang kerang letak kerisik ... sudah pagi² lauk semua menu rendang .. dengan kuah lodeh sebab permintaan abah.




Bicara Hati : Alamak!! dah buat entry menu raya pulak, entry mak buka kat rumah tak buat lagi .. hik.. hik.. hik.. yang mak datang 'suprise' kat rumah tu .... kemain mak eh .. pandai 'suprise' dah...





Isnin, 12 Ogos 2013

Pengaruh Upin Ipin Semakin Kuat Pada Amir

Kita skip dulu cerita raya yer, tak tahu nak mula daripada mana... banyak sangat cerita ni huhuhuhuhu .... nanti cari idea nak mengarang (^___^)v untuk dikongsikan di blog kesayangan hamba ni hihihihihi ... sekadar coretan kisah hati masya.

Ramai dah mula kerja ker?? mesti bluess jer kan .. nak buat kerja, sebab masih mood beraya.... saya masih bercuti lagi .. insyaallah esok kerja.. hari ni kalau jadi nak layan adnan sempit 3, saja nak bawak amir tengok wayang pertama kali ni hihihihi .... tapi sebelum tu meh layankan pengaruh kuat upin ipin terhadap diri amir sekarang.

Sejak dua menjak ni amir macam fanatik sikit dengan upin ipin, dulu pun dia fanatik jugak ... memang banyaklah koleksi baju upin ipin, suka layankan cerita kat tv upin ipin.. tapi sekarang ni pengaruh tu tetiba datang balik ... ntah sapalah yang bawak pengaruh tu huhuhuhu .... sebab dulu minat jugak tapi takdalah sampai macam ni sekali .. mungkin sebab ramadhan baru ni pagi-pagi bagun tidur ada upin ipin, petang balik pun ada upin ipin kat astro.. kadang tu waktu lepas buka kat tv9 tu yang dia terpengaruh balik agaknya.
air laici, kalau boleh setiap kali balik taska suruh belikan, regenya boleh tahanlah jugak... tapi tak berapa nak galakkan amir minum sebab manis sangat-sangat ... amir suka minum lagi-lagi kalau dah simpan kat peti sejuk.



Perisa apple pun amir suka, dia ada banyak perisa tapi amir suka laici, apple dan anggur jer.... dia kata sedap .. tapi kadang-kadang pujuk dia jugak ... tak boleh minum selalu .. saya risaukan rasanya yang manis tu ...



Dah ada aiskrim jugak, ni pun amir mintak suruh belikan ... bukannya pembalut tu boleh simpan pun ... ibu kan ganas hihihihi.... rakus jer.. nak koyak .. lagi-lagi amir nak makan aiskrim tu.



Perisa pilihan amir, tapi amir tak bapa suka kacang-kacang atas tu ntah ...



kemain berselera dia makan, ibu puasa nak .. saboo jerlah tak boleh nak makan .... tapi kan .. nasib baiklah beli aiskrim ni lagi sehari nak puasa kot .. dapatlah meras jugak.



Banyak lagi sebenarnya pengaruh upin ipin ni pada amir, bukan setakat makanan jer .. dalam cerita upin ipin kalau tak silap ada terapkan belajar berpuasa, nak akhir ramadhan baru ni adalah jugak amir nak cuba puasa tapi.. tulah .. dia payah sikit nak di kejutkan bangun sahur, harap tahun depan dia dah mula belajar puasa.




Bicara Hati : Mujurlah ramadhan kali ni amir tak mintak belikan kurma upin ipin, sebab beli tahun lepas pun tak habis makan ... 






Selasa, 6 Ogos 2013

Ayam Percik Chef Ismail


Bila dapat peluang pelepasan, bila dapat peluang gantung kuali setingginya .... bila dapat peluang berjalan² diluar... rasa keseronokkan tu mengalahkan dapat pergi berjalan² ke luar negara hahahahaha ...

Memang pantang sungguhkan kalau dapat peluang yang sesekali itu, sebab biasanya hujung ramadhan dah mula mood kelaut nak memasak ... idea buntu.. idea buntu .. (^____^)v walaupun sebenarnya lagi selesa kalau dapat makan kat rumah.

Setiap tahun pun pilihan berbuka kat luar mesti kat chicken rise shop, ntah pelikkan .. kalau tak puasa tu takdalah nak makan kat situ pun .... tahun lepas pun sama, sebab kat chicken rice shop ni versi 'home style' kot hihihihihihi ...


Menu pilihan ayam percik kelantan chef ismail memang sedappp ... tak tahu tekak orang lain pada saya memang sedapp (orang tak reti buat ayam percik gitu ler..)



2 Ketul, kenyang sampai ke sahur tau ..



Hubby dah pesan awal² jangan amik banyak atau macam² nanti tak habis .. ini pun jenuh nak menghabiskan ayam 2 ketul tau ... opss.. sup tak sampai lagi.



Air sirap selasih letak serai.. ada rasa macam air gas sikit .. sedapp memang sedappp.. amir macam pelik .. sekali hambikkk esok pagi bangun 3 beranak hilang suara huhuhuhuhu .. ;p



Kalau korang berminat nak berbuka kat sini masih sempat lagi, maklumlah shopping kat luar tu bolehlah singgah sini chicken rice shop makan kan.... kami pilih Set A sahaja, tahun lepas pilih Set B ... banyak sangat.




Bicara Hati : Tuan tanah dah mula bercuti entry ini dan seterusnya kalau ada entry auto publish hihihihihi... insyaallah cuti sampai isnin depan, selasa kalau takda aral datanglah kerja.. kalau sempat bw daripada rumah sahaja masa cuti ni.





Sabtu, 3 Ogos 2013

Burung Puyuh Goreng Berempah


Asal makan kat kedai jer.. dah macam menu wajib, tak dapat tempeh goreng .. amir mesti nak burung puyuh goreng, selalu goreng kunyit jer pun....

Kali ni sajalah ibu masak kat rumah.. sesaja sesekali tukar selerakan.. goreng burung puyuh berempah .. seyeslah sedappp.... 6 ekor satu pek RM 16.00 bleh tahan jugaklah regenya .. takpalah janji dapat makan, nak cari yang segar kat mana.. tak tahu huhuhuhu .. ni beli kat pasaraya jer...

Bahan² nak mengoreng :

Burung puyuh 3 ekor (lagi 3 ekor simpan)
Jintan manis
Jintan Putih
Ketumbar
Bawang Putih
Serbuk Kunyit
Tepung Gandum/ Tepung Beras
Garam
Air
Minyak nak goreng


Cara nak Buat :

 Jintan manis, jintan putih, ketumbar dan bawang putih basuh bersih dan satukan.. tumbuk dengan lumat .. saya ala² lumat .. tak lumat sangat.





Gaulkan bahan dah tumbuk tadi dengan burung puyuh, tepung gandum/tepung beras pun boleh (campur keduanya pun boleh sikit²) dan kunyit serta masukkan garam sikit.
Bila dah gaul biarkan sekejap ... kemudian panaskan minyak dan goreng.




Hasilnya.. taraaaaaaaaa super duper mengiurkan di makan masa berbuka hihihihihihi ...




Bicara Hati : Tempe pun saya suka goreng versi macam ni .. makan gitu jer, tak pun cicah dengan cili kicap.






Rabu, 31 Julai 2013

Penuh Juadah Berbuka Diluar



Hujung minggu baru ni Penuh Jadual Buka Kat Luar rumah, tapi .. masih lagi dalam rumah cuma bukan rumah kami hihihihihi .....


Jumaat Cuti Nuzul Quran 26/07/2013 - Buka rumah akak ipar, fuh.. penuh menu macam² ada ...



Sabtu Cuti jugak 27/07/2013 - Buka puasa rumah embah dengan adik beradik mak ... fuhhhh bukan penuh juadah jer.. penuh rumah embah.




Bicara Hati : Ahad buka kat rumah saya pulak hihihihi .. tapi adik beradik hubby jer datang (^__^)v






Selasa, 30 Julai 2013

Bubur Lambuk Percuma



Bubur lambuk ni sinonim bila bulan nak sambut hari asyura dan bulan ramadhan, saya paling suka sangat makan bubur lambuk yang banyak herba lepas tu ada isi ayam/daging, kacang tanah serta daun sup rasa macam umppphhh sangat kalau dapat makan... boleh makan berulang² kalau semua bahan² dia terasa... tapi kalau bubur lambuk jenis yang manis saya tak makan huhuhuhu ... tak reti .. sebab dah terbiasa makan yang macam ni daripada kecik.

Kat opis kalau bulan puasa mesti dapat sekurang²nya sekali .. alhamdulillah ada rezeki lagi dapat hari tu sebelum nak cuti nuzul quran memang langkah kananlah kan.. sebab macam teringin sangat² nak makan... lepas tu pulak bila dapat kat opis macam ni memang hadap soranglah ... tapi.. yang dalam mangkuk ni mek sebelah punya hihihihi .... sebab banyak sangat jadi saya bagilah mek sikit.. kalau nak harapkan kami 3 beranak jer makan .. manalah habis.



Bicara Hati : Sedapnya kalau dapat makan lagi .. ;p

Khamis, 25 Julai 2013

Untungnya Ada Ipar Dekat Dengan Rumah



Kata orang untungnya ada ipar duai dan sedara mara dekat dengan rumah, boleh bertukar² juadah .... alah rasanya kalau bukan sedara mara dengan jiran pun boleh bertukar juadahkan ... 

Ni juadah masa saya MC hari tu .. akak ipar bagi nasi beryani ... tapi kuah asam pedas kikikikiki .. belasahlah kak .. janji lauk ni semuanya pun sedapp.... siap ada acar timun nanas lagi, Lauk Rezeki kan jangan di tolak.

Terkejut saya tetiba akak ipar hantar lauk .. padahal takda family tahu pun saya MC hari tu .. kuat betul gerak hati akak ipar saya ni .. macam tau² jer.. saya tak larat nak masak hari Jumaat tu ... Sudahlah hari khamis makan lauk baazar.

Dah 16 Ramadhan ni pagi² tayang gambar lauk ada yang terliur ker?? pang karang .. dah besau² nak terliur hihihihihihi ....



Bicara Hati : Mood owhh mood .... mari kemari .. mahu buat kuih raya ... saja cuti panjang hunjung minggu ni kan .. nak hiburkan hati amir, harap menjadilah ....









Selasa, 23 Julai 2013

Akhirnya Aku Tertewas


Akhirnya terhidang jugaklah juadah baazar, seyeslah memang tak larat mata nak bukak masa sakit mata tu hari .. silap² lama berdiri dah macam nak pitam dibuatnya... Jadinya hubby kata beli jerlah .. okk.. pasrah .. itu yang terus berehat tu.. sampailah buka ... saya betul² masak nasi dengan bancuh air jer... sampaikan tempeh kegemaran amir pun hubby beli .. punya tak larat nak mengoreng.

Hubby beli sup campur kat kedai kut 2 bungkus, sebungkus untuk sahur ... sebungkus kami makan masa buka, merabak dan cucur serta tempeh goreng. Kita dah pesan awal² jangan beli banyak² atau macam² nanti membazir ...kang tak memasal semua buang ke tong ... mujurlah hubby beli tak banyak.

Nampak tak tangan si bam bam amir tu hihihihi .. dia makan nasi dengan sup ... cian dia lapar yer...




Bicara Hati : Bungkus jer pun semua .. setakat ni belum berkesempatan berbuka makan kat kedai luar lagi .. tak tahulah hujung minggu ni .. sebab cadang nak beli barang amir.







Selasa, 9 Julai 2013

Air Nanas





Mengiurkan tak??? hari ni nak tayang takpa kan... esok tayang mahulah ada yang menjejessss air liurnya huhuhuhu ... marah kat blog saya tak sudah² tayang makan hihihihihi ... ;p

Banyak sangat stok nanas kat rumah, mak bagi sebiji.. akak ipar bagi 5 biji .. dah sudah .. sapa nak makan banyak² macam tu ... kan ... saya ni kalau suruh makan mentah memang geleng kepala dulu .. lidas ... lidah ku akak kelu ... pedih² .. jadi sudahnya rebus buat air ... dan hari ni bawaklah bekal ke opis selamat sudah semuanya hihihihihi ..... 



Cara nak buat air nanas :

Nanas potong ikut sukati, yang pasti kulit buang dulu .... macam saya ni suka versi potong dadu, jadi saya potong macam kat atas tu ... nampak comel jer, lepas dah potong .. basuh² .. bagi hilangkan air² nenas tu ... lepas tu masukkan air bersih ... korang hagak² lah nak banyak mana, macam kita penuh seperiuk sebab banyak nanas tu kan.... lepas tu masukkan gula ... tunggu sampai mendidih .. banyak kali pun takpa ... puashati nanas tu dah betul² masak, saya tak masukkan cengkih sebab tak suka .. saya suka yang versi macam ni jer.. tanpa cengkih. Dah mendidih tutup api .. biarkan dia sejuk .. lepas tu bolehlah minum.




















Makan - makan kat rumah Buyut Amir



Sebelum ramadhan ni, sempatlah cucu - cucu, cicit dan adik beradik mak berkumpul kat rumah mak (embah saya) ataupun dengan erti kata lain buyut amir hihihihihi .... 

Jarang sangat kami dapat berkumpul macam ni, maklumlah cucu cicit embah ramai sangat .. ini pun ada yang tak dapat datang ... kalau tak macam ni atau hari raya memang kami tak berkumpullah ... insyaallah raya ni dapatlah berkumpul lagi .. iftar puasa sama² tak pasti lagi dapat join.

Meh jamu mata sikit² meh, antara juadah hari tu.. kira kami buat macam potluck jugaklah .. sorang masak sikit ... bakar² ikan jerlah .. ayam tak berapa nak jalan kalau bakar² kat rumah buyut ni .. ntah sebab dia orang lagi suka ayam kfc.. tapi kalau bakar ikan... berkerumun semua nak makan.. lagi² kalau embah bua kuah asam hihihihihi ....


oic .. ala.. embah malu lah nak masuk blog .. dia toleh belakang ....



Antara juadah malam tu .. banyak sangat².. santakkkk kekenyangan perut dibuatnya, aku sempat buat puding jagung .. itu pun lembik sikit.. derhaka .. buat ikut resepi 1 hari 1 resepi.



Hohohohohoh ... orang kuat bakar² ikan, gilir² dengan pak cik dan abang² sepupu yang lain.



Amir dengan ayah ... superhero ibu yang terbaikkkkkk ......



haihh payahnya nak bagi kerjasama nak amik gambar dengan buyut, geram jer dibuatnya ....



Mak berdua dengan buyut amir mak kepada mak, dan embah saya hihihihihi .... walapun usia embah dah 80 lebih tapi masih lagi kuat, allahuakbar semoga embah sentiasa diberi kesihatan yang baik ramadhan kali ini insyaallah ... dan diberi kesihatan yang baik sentiasa.



Adik beradik mak yang satu mak satu bapak ada sorang jer tinggal daripada 3 beradik, akak mak yang sulung dah meninggal dunia 5 tahun lalu .. al-fatihah moga rohnya tenang disana Jamilah bt Jamaiin. Yang lain² semuanya adik beradik tiri yang tinggal tapi ukwah yang terjalin baik menantu, baik anak, baik keluarga tiri semuanya baik dan rapat² .. sampaikan kalau yang baru kenal atau jadi menantu mesti confius sapa anak betul, sapa anak tiri .. sapa menantu .. semua pun embah layan sama rata .. tak pernah nak beza²kan... macam tu lah jugak dengan cucu² dan cicit. Alhamdulillah moga ikatan berkekalan sampai bila².




Salam ramadhan buat semua ahli keluarga di kampung dan permbaca blog saya, maafkan saya jika selama saya menulis ada yang menguris hati kalian, atau ada komen yang menyinggung perasaan .. maafkan saya yer....





Bicara Hati : Moga Syawal nanti dapat berkumpul baraan besama², rutin setiap tahun yang mengeratkan silaturahim kami.













Isnin, 8 Julai 2013

Kuih Tradisional Dan Menu Petang Pun Sedap



Ini adalah menu² kuih masa majlis tahlil minggu lepas kat opis, susah nak merasa kuih² ni ... ada majlis macam ni barulah dapat merasa, itu pun sebab kawan opis ada yang sedekah ... kalau nak beli .. memang payahlah nak jumpe ... apatah lagi kalau ada yang mengidamkan.


Pulut pangang, Tahu isi ikan dan koci pulut hitam (seyes sedapp koci ni tau ... makan satu .. nak satu lagi .. makan satu .. nak tambah lagi...)



Lepat pisang, yang ini tak sempat nak rasa ... dah habis tak nampak bayang ... nampak nau susahnya nak beli kan hahahahaha ....



Hari ni makan percuma lagi ada mesyuarat, lagi sehari nak puasa .. murah rezeki.. (^____^)v kuih² ini pada saya memang sesuai dimakan bila² sahaja, tak kiralah sarapan ke.. minum petang ke .. kalau malam pun ok jugak rasanya kan .... hihihihihi .. tapi itulah susah nak beli sekarang, kalau ada pun mahal, kalau ada pun tak berapa nak menepati citarasa tekak.













Aktiviti Hujung Minggu Terakhir Sebelum Ramadhan



Aktiviti yang tak berapa nak padat, sekadar bersantai-santai, bila hari sabtu petang dapat jemputan ke rumah kawan hubby, ku ingatkan bayu perdana .. haihh telinga-telinga .. rupanya aman perdana ... jauhh nun menghala kemeru sana tu....... nasib baiklah sampai bukan jemputan terakhir kikikiki , kawan hubby lama masa kat sekolah dulu... sebab dah nak hujung-hujung majlis sampai .. tak sempatlah nak merasa kambing golek qiqahnya. ermmm......

Lepas pergi rumah kawan hubby singah rumah akak ipar dan terus balik kampung, Malamnya pulak pergi rumah embah, ada jamuan bbq anak-anak cuu cicit buat... sempat jugaklah masak puding jagung ... walaupun tak berapa nak menjadi ... tapi sedapp jugak dimakan, perasan-perasan ....


Antara menu ikan bakar bbq, kuah asam paling sedapp .. air tangan embah ... menjilat jari dibuatnya ... air tanggan orang-orang tua ni kan lain .. berkatnya anak cucu cicit makan.... Kekenyang makan malam tu macam-macam ada .. kalau rajin nanti upload gambar lain eh ... 



Sempat tidur semalam kat rumah mak, ahad pagi kami balik awal-awal sebab nak beli barang sikit sebelum nak puasa ni ... dah agak dah .. sana sini pasaraya penuh.. dah macam esok nak beraya dah dibuatnya, kawan aku kata... kalau ke KL lagi haru .. jem .. teruk kawasan sogo dan jalan TAR.




Bicara Hati : Minggu bz tuan tanah, harap dapat publish sehari satu entry pun dah cukup baik ... takut tak sempat nak mengarang, nampaknya banyak bw jerlah kalau tak sempat mengarang entry.... ni pun entry autopublish.. tuan tanah ada mesyuarat......








Selasa, 2 Julai 2013

Menu makan tengahari ni sebelum Ramadhan



Alhamdulillahhhhhhh dah selamat dengan berjaya makan hari ini dengan banyak sekali hahahahahah ..... hari ni pakat ramai² dengan kawan² masak sorang sikit lauk, pada sorang sikit .. sudahnya penuh satu meja hohohohoho .. jimat masa tak payah keluar, tapi tenaga kene kerah sikilah bangun awal pagi masak kikikiki ....


aumm gebusnya tangan kawan ku.. yang itu tidak boleh dimakan yer.. yang boleh dimakan menu² dalam gambar itu sahaja.



special air tangan dari kawan ku yang jarang² masak .. ko sekali rasa, nak rasa lagi, sekali makan, nak makan lagi hahahaha.. terbaiklah carbonara ni ... sayang nadia.



Ni ada jugak yang tak masuk lagi, buah² hihihihi .. anggur dengan buah pear hijau .. tapi ini pun makan tak habis??? korang rasa mana yang kita masak??? .. tok sah tekalah .. bukan ada hadiah pun ..;p



Nanti dah puasa, tak bolehlah nak tergeda² makan .. tapi tergeda² tidur reramai kat surau pulak hahahahaha ..... tak semengahkan, orang lain tadarus .. kita orang tadarus pagi .. jadi tengahari rehat bolehlah lelapkan mata ... sebab nak gantikan sahur bangun awal pagikan .. nanti petang nak masak lagi nak buka puasa ...

Oklah terbebel pulak sejak akhir² ni .. suka membebl jer.. kenapa ni, kan nak cerita menu tengahari jer tadi ...




Bicara Hati : Dah kenyang mahu tidur boleh, mata sudah keroo nak buat laporan.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...