♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label ubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ubat. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Oktober 2014

Sambutan Hari Raya Qurban Kami Sekeluarga Di Kampung



Raya tahun ni nak kata meriah sangat tidaklah ... tak meriah pada aku jer, orang lain sambut kemahin meriah lagi ... salah satunya amir demam hari raya qurban pakej dengan muntah² dan ceri beri huhuhuhu .... memang teruk sangat dia demam hari tu.. nangis² ngadu sakit perut ... puas sapu minyak angin .. naik buntu ibu dia ni hah!!

Lagipun raya kali ni mak dengan bapak mertua pergi haji ... mak dengan abah aku pulak sibukk masak ada kenduri kat rumah buyut ... oleh kerana amir demam aku pakat² dengan hubby jaga amir je kat rumah ... hubby pun sibuk dengan ipar duai berkumpul ada kerja sikit kat rumah mertua.. walaupun mertua takda kami sepakat adik beradik semua balik kampung beraya kat kampung.


Juada pagi raya macam² ada .. semua pakat masak sorang sikit, aku masak nasi himpit kuah kacang jer, ipar² masak nasi ayam, carbonara dan paitie .. nyum²... rendang pun ada jugak... menjilat jari memasing makan tau ... amir jer tak mooo makan ... dia takut, sebab asal makan muntah .. asal makan muntah.. cian dia ... sudahnya ibu pun hilang nafsu makan tau ... risokan dia...





Pagi raya haji tu lepas semua siap solat, lepas sarapan dan sebelum hubby buat kerja² lain kita orang bawak dulu amir pergi poliklinik.. 24 jam dah itu je pun klinik yang bukak dekat rumah kami ... tu pun kemahin lama menunggu ... semua² ubat ni siap ada demam, cirit birit, antibiotik, angin ada 7 ubat kalau tak silap semuanya rm 70 hinggit. Boleh tahan jugak reganya .. mujurlah mujarab tau .. cuma ceri beri tu amik masa sikit.. demam 2 hari dah ok senin tu amir dah okey boleh makan dan beraya ....





Inilah kerjaan hubby dan ipar duai hari raya haji hari tu ... 3 hari jugaklah pulun semua daripada bumbung sampai menyimen ni ... lepas tu hari isnin petang hubby pulak dah macam nak demam .. cepat² tampal koyok satu badan ... terus selasa segar bugar nak pergi mengajar ...





Hari raya haji kan dapat cuti hari senin tu ... jadi dapatlah join baraan kengkawan tapi aku sempat pergi satu rumah jer.. sebab perut aku pulak memulas² hari senin tu hahahahah .. haru betul amik giliran dari amir huhuhuhu ... sudahnya aku pergi satu rumah jer.. yang lain tak dapat join....





Bicara Hati : Alhamdulillah tepon mak mertua ... mak dengan bapak sihat, sihat dan ceria jer suara dia dah balik mekah dah katanya .. insyaallah 14 oktober ni baliklah mak dengan bapak mertua... 






Rabu, 5 Mac 2014

Pil Sakit Perut



Korang ingat tak?? beberapa minggu lepas saya ada cerita .. saya sakit perut yang terlampau sampai asyik ulang alik ke toilet naik kebas kaki... korang ingat tak?? ok.. fine tak hinggat kikikiki... kalau belum baca klik sini eh ...

Dan seumur hidup saya sepanjang 31 tahun ni, kalau sakit perut tak pernah makan ubat .. iye silalh percaya memang tak pernah makan ubat .. paling² pun sapu bam jer.. dan akan hilang sendiri sakit perut tu... kadang² ada kawan cakap makanlah ini .. minumlah teh .. seyes ... ntah tak boleh rasanya .. saya lebih selesa baring kot .. atau tdiur.. nanti dia hilng (dengan harapan lepas bangun tidur)



Okkk korang biasa tengok tak gambar ni?? saya pernah tengok.. tapi tak pernah makan ... dan tak tahu rupanya untuk ubat sakit perut. Nak di jadikan cerita masa sakit perut tu hubby tanya nak pergi klinik ker?? saya cakap tak nak .. bila hubby tanya nak ubat tak?? makan ubat .. dia belikan.. saya tanya ubat ape?? sakit perut ada ubat ker??? huhuhuhu .... jadi dia belikan macam dalam gambar ni ... gambar ihsan google, bila saya tanya nak makan macam mana ni .. makan semua .. katanya.. semua!!! banyak tu berbiji² uwarrrrrrr .... saya siap wassup kawan tanya betul ke, sebab kat aturan tu kata semua.. kang salah tak pasal berbuih² mulut tau .... rupanya betullah makan semua.. tapi esoknya masih sakit .. cuma malam tu lepas makan ubat ni lena tidur.


Hari ni sakit lagi ... huhuhuhu mula daripada semalam, tak tahulah apa puncanya pulak.. makin sensetif perut ni sekarang tau.... kalau tak okeyy jugak malam ni nak pergi kliniklah.

























Rabu, 12 Februari 2014

Amir Dah Mula Sakit Gigi



Dalam usia 6 tahun ni amir dah mula sakit gigi, bukan sakit gigi berlubang tapi sakit gigi dah mula goyang nak patah ... walaupun gigi geraham amir banyak dah berlubang tapi.. bila saya tanya sakit tak? dia akan cakap tak???

Boleh dikatakan gigi depan amir yang atas memang dah rosak sikit .... tapi yang heran yang goyang 2 batang yang bawah huhuhuhu ... sebab dia selalu main² tolak dengan lidah agaknya..

Kalau tak silap sampai usia 6 tahun masih percuma lagi kalau buat rawatan kat klinik kerajaan, bila umur 7 tahun baru kene bayar.. tapi tulah amir ni... baru cakap jumpe doktor gigi dia dah buat muka kerut² takmoo huhuhuhu .. camnoo lah gayanya ibu nak pujuk bawak pergi klinik.

Ni gambar masa sakit mata baru ni sempat ibu snap.. elok jer... nampak gigi depan dia ...





Ni pulak gambar baru² ni masa hujung minggu kami makan kat luar .. dia sibuk dok usik gigi dia yang goyang tu.. sambil cakap.. ibu gigi amir nak patahlah .. cuak jer tau.. saya cakap jangan tolak kuat² nanti berdarah.. biarkan jer .. nanti lama² dia tercabut.. kalau sakit cakap.. nanti ibu bagi ubat... dia kata tak sakit.. cuma tak selesa jer nak makan.. apatah lagi nak berus gigi.. memang gigi depan dia tak berus.. berus gigi terus bukak rahang.

Paling ibu risau janganlah gigi tak patah lagi tetiba ada gigi nak tumbuh puak, sebab kak gigi atas tu.. bahagian gusi saya tengok ada macam gigi nak mula tumbuh.. tapi bila pegang gusi tu lembut jer.. takda macam gigi nak keluar pulak.

Tips saya kalau amir ngadu sakit gigi selalunya saya bagi scott warna oren tu.. dia macam okeyy sikit.. amir daripada dulu lagi.. nak tumbuh gigi kalau demam saya bagi minum scott oren tu dia macam okeyy sikit.



Bicara Hati : hari ni kemain awal dia bangun penuh semangat nak ketadika tau ... ibu pun seronok jugak .. sebab jarang dia happy macam ni . pelik ibu... sebab malam tadi tido awal agaknya...







Isnin, 10 Februari 2014

Sakit Mata Buat Kali Kedua Sepanjang 6 Tahun







Inilah gambaran yang sempat diambil hari jumaat hari tu, hari khamis tu hantar pergi sekolah macam biasa .. tetiba adik ipar wassup cikgu tadika hantar amir balik.. amir sakit mata. Dah sudah... pagi tadi masa bangun memang susah sikit mata tu nak bukak .. banyak taik matanya,cian amir.. tapi tidaklah merah sangat .. cuma bila saya tanya amir okk ke?? dia kata okk.. x sakit .. lagipun hari khamiskan pakai baju sukan.. dia kalau bersukan ni sakit pun terus jadi baik huhuhuhu ... ;p


Wassup hubby tanya camne ni, saya nak balik ke?? ayah nak balik.. hubby kata tak payah.. nanti tengahari dia balik dia hantar pergi klinik, sebab adik ipar cakap amir tak ngadu sakit pun.. dia okk jer siap boleh main² kat rumah...


Jadi jumaat tu nak tak kenelah saya cuti, sebab amir tak boleh ke tadika, adik ipar pulak demam .. takkanlah saya nak pergi kerja dalam keadaan amir takda sapa yang nak menjaganyakan.. hari khamis tau cikgu tadika hantar amir balik pun saya rasa macam nak balik jam jam tu jugak .. inikan pulak .. kalau takda sapa nak menjaganya huhuhuhuhu ....


Alhamdulillah .. 2 hari ni dah makan ubat dia pun maik sembuh .. sebab tu lah cuti kami tak kemana.. takut sakit mata dia berjankit ke orang lain.. sebab jumaat tu .. anak adik saya pun tetiba berjankit macam nak kena sakit mata jugak huhuhu ...




Ni gambar sempat hubby wasuup tenghari tu masa bawak pergi klinik, lega hati ibu.. yang sakit mata ibu.. kaki dengan tangan .. mulut semua ok huhuhuhu.. saboo je lah kan... anak².

Ini kali kedua amir kena, kalau tak silap tahun lepas ada kene sekali jugak huhuhuhu .. masa kat sekolah lama... cuti lama jugaklah baru mula sekolah balik.



Bicara Hati : Tips orang kata kalau nak cepat baik bagi air susu ibu yang menyusukan anak .. titik kat mata anak yang kene sakit mata tu.. insyaallah cepat baik, amir tak sempat buat pun.. sebab adik saya dah kurang susu nya .. anak adik pun dah mula minum susu formula dah usia sembilan bulan ni.






Jumaat, 1 November 2013

Kenapa Perut Amir Tiba - Tiba Sakit


Berapa banyak edisi ko nak buat ni masya, satu² nak buat entry kikikikiki ... buat orang yang baca suspen jer ... Sebenarnya lepas rawatan di darussyifa saya bersyukur sangat² ... 3 hari guna air yang ustaz bacakan doa .. alhamdulillah.. amir makin sembuh, kat darussyifa memang ada jual air mineral dia sendiri.. tapi saya tak tahu .. jadinya saya dah beli siap²... semalam pulak.. ziarah mak mertua adik saya .. saya risau jugak.. maklumlah amir baru baik demam kan.. mohon² dijauhkan daripada yang bukan² terjadi.

Susulan daripada rawatan itu, malam tu amir tidur lena sangat². jangan kata amir .. ibu dengan ayah dia pun tidur sampai tak sedar diri .. sekuit pun.. mengantuk betul sedar² dah pukul 6 pagi kikikikiki ... itu pun sebab tetiba amir cakap.. sakit perut .. bila saya tanya napa nak buang air besar ker?? nak kencing ker?? alapar ker? semuanya pun dia geleng kepala.. saya pegang perut pulak panas semacam... dah kenapa lah pulak ... 

Bila tanya nak cuti ker?? dia geleng jugak.. okk siapkan dia macam biasa... belikan sarapan .. hantar pergi sekolah.. sapu minyak yu yi siap²... kot² kembung ker, tapi takda pulak dia moody.. macam biasa jer... puas saya pikir² kenapa pulak dengan perut amir ni.. memang panas... seacrh sana sini.. google sana sini.. tetiba ting².. ting² .... oic inikan sebabnya????




Ubat cacing zentel cecair sesuai usia 5 tahun




Baru saya teringat.. kali terakhir bagi amir minum ubat cacing akhir tahun lepas kot.. masa dia selalu muntah² pagi, selalu macam tak sihat awal pagi ... rupanya dah hampir setahun dia tak makan ubat cacing .... jadi balik tu saya terus belikan kat farmasi ubat cacing bagi amir minum petang tu .. lepas makan malam.


Tak bagi tahu dia pun itu ubat cacing.. saya cakap itu ubat doktor bagi suruh habiskan kalau nak sembuh.. amir pun pasrah jer makan sebotol.. 2 sudu besar jugaklah dia makan ... esoknya dia membuang semahu²nya ... tidak keluar pun sekor² cacing tu.. cacing tu hancur dah.. dia membuang macam biasa jer... tapi memang muka dia lega sangat²lah... dia kata perut dia pun dah ok... tak sakit dah .. saya pegang pun tak panas dah...


Kantoi balik kampung sabtu tu.. bila embah tanya amir dah sihat?? dah.. ibu bagi makan ubat.. ibu bawak jumpa ustaz.. lepas tu saya cakap bagi makan ubat cacing kat dia.. dah amir dok tanya² bila amir makan ubat cacing ibu.. eeeeeee... ubat cacing, cacing ada dalam perut .. eeeeee... camner tu.. hahahahaha.. jenuh saya nak terankan.. dan kantoilah nanti kot nak bagi makan ubat.. amir dah ingat botol ubat cacing tu kikikiki ..;p


Opsss.. sebelum terlupa .. lepas cek darah kat klinik kesihatan, saya ada bawak amir berurut.. malam tu, sebab ingatkan dia demam urat.. sebab darah normal.. tapi lepas berurut pun dia tak ok.. sebab itulah kami pilih darussyiffa .. alhamdulillah serasi disitu.. dan saya jugak baru tahu.. boleh buat rawatan kesuburan dalaman rupanya disitu.. patutlah pernah terbaca kat blog seorang sahabat blogger... 




Bicara Hati : Gara² semalam EL, pagi ni hubby terlupa sekolah dah mula cuti.. esok depavali dan selasa awal muharram, gelihati tetiba hubby sms datang sekolah takda sesapa.. hubby²... 







Rabu, 30 Oktober 2013

Rawatan Di Darussyifa Pilihan Sebelum Ke Hospital



Fuhhh.. fuhhh... lap peluh jap, nak mengarang .. bebetul bizi ni... sehari dapat publish satu entry... itu pun terkial² nak mengarangnya... ke bizian melanda .. perlu masa yang cukup untuk bahagi² masa, selalunya akhir bulan dah tak bizi .. ni memang pecah rekod ni.. dah akhir bulan pun tak cukup kaki tangan nak bergerak... buat kerja hah!!! achaner tu masya ... achaner tu ... 

Susulan daripada entry semalam yang saya buat, hari ni saya nak bercerita pulak rawatan susulan kami ke darussyifa. Oleh kerana dah 2 kali pergi klinik demam amir masih tak kebah .. dan amik darah di klinik kesihatan darah normal.. kami sepakat bawak amir kedarussyifa pulak pada hari khamis malam jumaat. Ibu kalut .. langsung lupa nak amik gambar waktu rawatan kat situ .. sebab darussyifa ni ada hari² terentu sahaja dia bukak boleh rujuk laman web dia http://www.darussyifa.org kami pergi darussyifa sijangkang bt 9 betul² belakang petronas bt 9 tu ... waktu rawatan khamis malam jumaat 9.30 malam - 12 tengah malam.




Sempat snap masa menunggu giliran, amir nombor 9 .. masa dah menunjukkan pukul 10.15 malam amir dah mula mengantuk .. boring lama sangat menunggu.



Bila korang pergi kat sini, masuk jer terus nampak meja pendaftaran, mendaftar kat situ tulis nama siapa yang sakit, tempat tinggal, sakit apa dan catatan kalau sebelum ni pernah buat rawatan. Macam yang kat tempat saya pergi ni kebetulan ada 4 bilik dan.. mujulah jugak ramai staff dia .. amir kira cepatlah jugak tak lama kami menunggu adalah 1 jam, kalau ramai orang lagi berejam² tau huhuhuhu .... rasanya setiap bilik tu fungsi rawatan berbeza²... apapun bayarannya adalah seikhlas untuk memberi masukkan jer kat tabung, lagi satu datang sini tutup aurat yer.. kalau bleh pakai baju kurung, jubah pun okk kalau perempuan.. sebab dia dah pangkah awal² kalau pakai seluar .. masa kat pintu masuk.

Alhamdulillah lepas buat rawatan, amir macam biasalah memula dia malu² bila ustaz tanya sakit apa semua... tapi bila ustaz dah bacakan doa semua.. dia macam okk sikit ... dan alhamdulillah jugak malam tu amir tidur dengan lenanya alhamdulillah walaupun masih panas tapi tidaklah panas teruk sangat.. alhamdulillah jugak 3 x minum air yang ustaz bacakan dan renjis di tempat tidurnya badan amir makin ok.... syukur sangat².

Cumanya yang kami pelik bila ustaz tanya ada pergi mana² ke sebelum ni masuk hutan ker?? pergi melawat orang meninggal ke, pergi ziarah orang sakit ke.. kami suami isteri berpandangan.. rasanya macam takda pulak, ada takda amir tengok lembu korban baru ni .. dia macam terkejut sangat tengok lembu kene sembelih sampai cakap allah masa dalam rakam video tu .. itu jerlah.. tapi balik tu.. elok jer dia main dengan sepupu dia. Iyerlah bende² halus ni manalah saya nak tahu bila singgahnya kan...







Lepas buat rawatan kat darussyifa alhamdulillah amir dah ok, saya pun tidaklah ke hospital.. kalau berlarutan .. memang saya ke hospital terus, esok paginya .. pagi jumaat amir mengadu sakit perut pulak... saya pengang perut dia panas sangat.. dah pulak .. kenapa pulak perut yang panas ni.. saya tanya sakit macam mana .. kat pusat katanya.. saya risaulah jugak kot sakit kat bawah pusatkan... okk.. nanti saya sambung story eh pasal apa amir sakit perut tu (^___^)v tunggu ..... entry yang seterusnya... 











Rabu, 26 Jun 2013

Penawar Penyakit - Air Kelapa Muda & Air Limau Nipis



Saya jumpa gambar ni kat fb dan beberapa blog kawan jadi saya kongsikan info ni buat diri jugak kat blog kisah hati saya, selain air kelapa muda dan air limau nipis.. air kembang semangkuk dan air bali pun bagus jugak ....

== PENAWAR SEMULAJADI PENYAKIT AKIBAT JEREBU ==


Banyakkan minum air kelapa dan air limau nipis ketika bencana ini. 
Air kelapa mengandungi oksigen mudah larut menembusi sel.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...