Assalamualaikummmm ... ok jom sambung cerita lawatan tadika amir, lepas kami pergi kilang roti gardenia kami sambung destinasi kedua ke farm in the city seri kembangan.
Perkara pertama yang terbayang bila di bagi tahu nak ke farm in the city ni, alahai ladang je kot .. tapi kat bandar .. seyes tak tau pun rupanya tempat ni macam petting zoo, kiranya dia ada ladang kecik, ada pokok sayur² selain daripada tu ada haiwan² yang mesra sangat dengan manusia tau .. kita pun berpeluang nak bagi makan dan sentuh² dia .. kira macam zoo cuma takda harimau, zirafah, gajah atau badak hihihihi .... jom layan gambar² dan pengalaman amir kesini, jangan bosan yer.. kata melawat zoo mini .. memang penuh gambar haiwan² dalam ni ... amir memang teruja sangat² sampai tak terkawal kesana kemari.
Sebelum masuk dalam ladang ada burung kasawari kat sebalah kiri .. 2 ekor... betul² sebelum signboard farm in the city ni. Satu² nya ladang dalam bandar yang ada kita boleh bagi haiwan² dalam ni makan, ikut makanan yang disediakan, korang jangan tanya masya kat belah mana.. kita orang pergi naik bas ... tau² dah sampai .. hahahaha ... memang naya betul, tapi apa yang saya perasan ada nampak pasaraya giant .. itu pun sebab cikgu tadika singgah beli barang, hah!! menyempat koo cikgu beli jajan untuk bebudak ni.
Okeyy pada kawan² yang berminat nak pergi, nak bawak anak² pergi hujung minggu .. memang sesuai sangatlah untuk riadah ... harga tiket ada diskaun bagi yang ada mykad, kalau tak silap harga pakej pun ada untuk family tapi kena tanya dekat kaunter sebab dia ada bagi kupon untuk makan siap².. ala... kalau masuk sini baik bawak makanan siap² dia orang tak berkisah pun.. tapi janganlah korang bawak tikar bagai da macam nak berkelah.. memang takkkk lah kan, setakat nuget, roti tu semua okkeyyy jer .. makanan buat alas katanya, masa kami masuk ni siap bawak roti lagi .. kat baru balik daripada kilang roti hahaha ... air memang kena bawak ... pftt penat ko nak berjalan.. walaun tempat dia tak terlalu luas.. tapi bila bawak anak² ni .. bila dah memasing sibuk nak bagi makanan sana sini ... keterujaan sesangat ... masa 2 jam pun tak sedar berlalu .. kami masuk pukul 11, pukul 1 kot baru keluar ...
Korang jangan risau dalam ni ada toilet, alhamdulillah masa kami pergi tu memang bersih .. dan kebetulan ramai pengunjung sekolah tabika lain ... cuma toilet tak banyak jadi kena menunggu sikitlah ... tapi lelaki dan perempuan memang di asingkan ... yang penting air laju kikikiki ...
Okkk .. memula destinasi masuk² jer turun tangga farm in the city ada burung kakak tua .. walaupun sebenarnya masuk² korang akan nampak kura² dan ayam belanda berkeliaran ... korang jangan risau takdanya ayam belanda tu nak kejar korang hihihihi ..... jangan korang lari lintang pukang pulak ...
Berkerumun memasing nak bagi makan kat kura² ni .. besarnya wehhh seumur hidup inilah kali pertama jumpa kura² besar ni ... amir berani² takut memula masa nak bagi makan, tapi dia tengok orang lain relaks jer.. dia pun terus meluru nak bagi jugak makan.
Sebenarnya ada lagi gambar² kat bahagian kura² ni.. nanti kalau letak semua lagi panjang entry ni ... ke korang suka tengok gambar² hahahaha .... ada tu kura² zaman batu ke zaman dinasour ntah .. macam pelik je dalam air tu .. macam tak bergerak .. hidup rupanya .. sekali bergerak bebudak ni ketuk² cermin tu, dah kata kura² batu .. sekali tengok memang nampak macam batu jer .... dengan berlumutnya kat dalam air tu.
Kat bahagian burung ni memasing dah mula teruja dah, sebab kat sini lagi banyak burung, siap ada itik berenang² macam pulang petang gayanya walaupun matahari tengah meninggi naik pagi hari lagikan... ada tu siap berkejaran nak menangkap burung, ayam, itik dalam ni hahahaha ... yang nak bagi makan burung pun ada jugak, amirlah tu.. kemahin lagi dia... nampak orang bagi dia pun nak jugak. Tempat dia agak menarik jugak boleh possing² ada tangga kat kolam tu ... memang bebudak teruja sangatlah sampai diluar kawalan ... migrain cikgu huhuhuhu ....
Yeahh akhirnya sampai jugak kat ladang ni.. alahai kecik jer pun ladang dia... tak banyak sangat tanaman adalah jugak pokok biasa².. yang luar biasa nampak pokok lada hitam kot, yang lain² pokok cili, sawi, alov vera tu semua dah biasa ... tapi sebelum sampai kat ladang ni kami masuk tempat rusa, kangkaroo dan kancil kalau tak silap.. bagi² mereka makan .. memang kerjanya bagi makan je bebudak ni ... kekenyangan semua haiwan dalam tu korang bagi makan. Ada jugak nampak okok buah, buah cempedak, rambutan, markisa ... dll.
hah!! ni satu tempat, tempat tangkap ikan ni.. depan pet village .. dulu masa kat tambun pun amir suka kat sini.. dok menjaring ikan jer kerjanya tau .. mujur dapat sekor.. lepas tu ibu terlupa amik gambar kikikikiki .. sorry amir, majuk² budak tu .. sebab nak tunjuk kat ayah kununnya dia berjaya tangkap.. ibu pulak ralit mengambil gambar dia.. sudahnya ikan dalam baldi lupa amik gambar... dah lepaskan balik baru teringat tak amik gambar lagi. Bertempiaran ikan tu berenang nampak bebudak ni serbu nak menjaring ... macam² gaya ada.. sampai risau orang yang jaga tu .. terjerit² tak bagi panjat batu.. takut jatuh.
Dalam banyak² tempat kat dalam farm in the city ni .. amir paling tak suka masuk kat tempat arnab ni.. kat tempat wonderpets ni .. sebab dia kan pengeli jumpa binatang berbulu ni.. (teddybear pun dia tak suka geli) tapi kucing elok pulak.. kalau kat rumah tu dia pegang takda pulak geli, korang tengoklah gambar tu.. dah macam takda perasaan langsung kikikikiki .... kejap jer masuk lepas tu dia sambung main jaring ikan lagi kat luar tu.
Lepas² sambung jaring ikan .. nampak ada orang kerumun pegang ayam serama, kemahin lintang pukang amir nak pegang jugak... ya allah sabar je lah emaknya ni kan .... memang jadi jurufoto sana sini je lah hari tu ... amik gambar dia .. rakam sana sini .. kalau boleh tak nak satu momentum pun terlepas. Muka dah mula kepenatan sebab berlarian sana sini ... ajak ke toilet pun takmoo .. dah paksa baru nak pergi .. suka gitu .. tahan nak kencing.
Lepas layan ikan, arnab, ayam serama.. mari bagi makan ikan pulak .. yaaaarraaabbbiiii banyaknya ikan dalam kolam tu .. amir punya seronoklah dah macam beronok² kata johan nak bagi makan ikan siap cakap.. ibu sini² amik gambar, ibu rakam² video .. amboi kemahin dia kan .... ada angsa berenang lagi dalam tu .. elok jer.. 3 ekor kalau tak silap. Dia leka jer cecepat saya tangkap dudukkan atas tu soh amik gambar .. ishhhlah payah sungguh nak amik gambar bedua dengan dia tau ..
Merak!!!! oitt memang sinonim dengan berlagaknya kan .. masa sampai kat tempat merak ni.. eloklah pulak dia nak kembangkan bulu dia.. hohohoi... memasing amik gambarlah .. amir?? ermmm soh amik gambar ibu pun takmoo tau .. memang anak bertuah betul tu.. sebenarnya dia dah kepenatan kot.. dah banyak sangat tempat pergi ... air pun dah sebotol habis ..
Selalunya kat kampung dapat kejar ayam jer, tu pun dah lama atuk tak bela ayam.. memang takda peluang lah nak kejar lagi kan ... ni tetiba dapat peluang pegang anak ayam, hah!!! koooo tengokkk memula dia tengok² jer.. aimmm je mata tu .. sekali dapat pelung pegang memang sukalah dia .. berkali² saya pesan jangan sampai terjatuh hihihihi .. bukan tak caya .. ko jatuh naya patah kaki ayam tu tau.
Oklah dah penat rasanya korang baca entry ni, eh² baca ke.. tengok gambar je hahahaha .... moh ler balik, siap ada kereta antik lagi sebelum kami keluar ... api bukan balik naik kereta antik yer.. naik bas ... opsss.. sebelum erlupa.. masa korang kat dalam tadi biasanya ada kameraman yang akan amik² snap² sana sini gambar² korang .. jadi sebelum balik.. pergilah kaunter kat sebelah kiri sebelum naik tangga balik tu.. manalah tahu ada gambar korang yang cantik².. yang korang berkenan .. bolehlah beli.. saya tak pasti berapa .. sebab saya tak tengok pun.. amir dah penat sangat .. terus ajak naik bas... dalam bas memasing tidur .. padahal ada lagi satu empat nak tuju ni ... hihihi.. nanti sambung story eh... tengok amir penat ke tak .. kat tempat lagi satu .. ke tenaga dia lagi luar biasa... keterujaan dia macam mana pulak.
Dan sebelum terlupa ... inilah gambar abang fai .. yang baju hijau ni ... amboi abang yer.. mak² dalam bas kata mana pulak abang uncle hahahaha .. memacam lah korang nak gurau senda.. tq abang fai .. bawak budak² tabika ni ... jalan² dalam farm in he city .. sampai tak terkawal. keterujaannya, lepas ni kita pergi Pusat Sains Negara pulak .. destinasi terakhir sebelum balik ......
Bicara Hati : Sana sini dah update cerita puasa, hihihi xpe² nanti masya story pasal puasa pulak ada 27 ramadhan lagi kan.