♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 20 November 2013
Fanatik Sungguh Ni
Selasa, 19 November 2013
Siakap Stim Menu Musim Sejuk
Musim sejuk² ni.. tekak pun tak berapa nak sihat.. jadi kita tok sah makan yang bergoreng² yer... nanti lagi parah tekak tu bertambah peritnya... Dan bila tak sihat ni elakkan minum ais, teh, telur dan pisang sebab takut lagi parah batuk jadi berkahak.. tapi telur memang tak boleh dipisahkan dengan amir .. achaner ibu nak buat.. pasrah jerlah... sebab tu batuk amir lambat baik...
Masak stim siakap ala campak² bahan jer ni hahahahaha ... semua jadikan satu masukkan dalam pemangang ajaib.. maka ajaiblah masakkan itu jadi sedapppnya hahahaha ... menggunakan bahan yang adooo sahaja cili, halia, serai, bawang merah, bawang putih ... takda nak letak sos ikan bagai.. ada kiub ikan bilis jer.. itu pun sikit..
Paling terbaik saya gunakan belimbing kampung yang mak bekalkan.. orang kata belimbing besi/ belimbing buluh (^____^)v nikmat masam²nya terbaiklah...
Dan sepanjang tak sihat ni memang menu pat tam jerlah kami sekeluarga ni.. pak tam depan tu.. sebabnya balik kerja jer.. ibu nak tengok dapur pun tak lalu tau.. hadoilah.. dapat baring jer best.. mujurlah amir dengan ayah okk jer.. amirlah paling best .. makan nasi dengan telur kicap sudah...
Fesyen Rambut Popular Pilihan Ibu Buat Amir
Abang bosarrrrrr senang hati dah takde kelas... dia duduk taska sahaja ... ibu siap bawakkan buku.. harap dia buat ulangkajilah.. kot tak.. memang tengok tivi jerlah tu agaknya... walaupun waktu pagi adae jugak aktiviti kadang² untuk budak² ni...
Sejuk hati ibu bila tengok amir tidur.. dah takdalah dia mengaru² .. panas ke hapa... kalau tak masa rambut panjang mestilah dah berpeluh² mengaru.. ni dah botak.. ibu pulak yang lap peluh tu... nampak masa dia tidur.. sejuk hati... dengan mulut seksi..
Baru nak hantar pergi taska pagi tadi dah tanya.. bila nak bulan 12 ni tak sabar amir nak duduk rumah dengan ayah, alahai anak².. bila kat rumah.. bila amir nak pergi jalan² ni .. bosan takda kawan.. saikoooo ibu jer tau.... tapi bila kat kampung.. ermmmmm jangan haraplah dia akan kata.. bila nak balik ni.. melainkan memang takda sapa nak melayankan dia hahahahaha ....
Jumaat, 15 November 2013
Pengalaman Manis Semasa Hari Konvokesyen Tadika Al-Hufaz
Jemputan buat kami .. tema flora, tapi ibu dengan ayah tak oberrr sangat pun nak ikut tema... pakai apa yang ada jerlah... walaupun cikgu cakap ada hadiah buat family yang datang mengikut tema... opsss... entry ni panjang berjela tau... banyak gambar jugak.. jadi baca satu² yer.. jangan tinggal sepatah pun.. kata rindukan.. lama tak buat entry nahhhh layankan tuan tanah ni baru nak sihat ni dah ... semangat nak membebel hahahaha ...
Semangat kami 3 beranak.. majlis mula pukul 2.. kami lagi 5 minit pukul 2 baru keluar rumah kikikikiki .. lagi 5 pukul dua yer.. keluar rumah... bukan dah sampai kikikiki .... sampai hotel dah 2.30 petang, bukan apa.. kami makan dan solat sesiap dulu.. sebab makan kat hotel tu tak pasti lagi pukul berapa kan.. kang amir dengan nak buat persembahan.. nanti takut dia tak larat pulak.... tu pun dalam kereta amir dah semangat menyanyi² tau... hahahaha.. oberrrnya macam dia buat persembahan tu sorang².. kami layan jerlah... sampai² jer.. budak² baru nak naik pentas.. terus bagi amir kat cikgu.. terus naik pentas...
Meja kami nombor 6, masuk² jer.. dah penuh orang.. ramai sangat² pulak tu huhuhuhu ... mujurlah ada nombor mejakan.. kalau tak memang duduk palingggg belakanglah jawabnya. Tu pun dapat duduk asing² dengan hubby.. nasib baiklah yang duduk sebelah kami tu sudi bertukar tempat... dapatlah duduk sebelah².. walaupun tak berapa nak nampak mc bercakap di sebalik tiang.. tapi ibu sakanlah mengambil dan merakam gambar amir.
Antara desert² yang menarik perhatian saya petang tu... seyes.. mengiurkan... walaupun tak sempat nak merasa semuanya huhuhuhu.. hubby yang tukang amik makanan.. saya pulak tunggu kat meja jer.. hihihihi ... amir?? ishh anak bertuah tu.. dah jumpa kawan² takmoo makan dah.. sibuk nak main.. bukan main jer.. kalau boleh takmooo balik.. macam ibu ni ada booking bilik pulak kat hotel tu yer... saboo jerlah...
Bagi amir yang berumur 5 tahun ni dia tak pakai baju konvo.. pakai kemeja yang disediakan oleh pihak tadika dengan songkok jer.. siap ada munga² hihihihi ... comel sangat tau... 5 tahun pun takda sijil kat situ.. cuma 6 tahun jer pakai baju konvo dengan dapat sijil masa tu... amir banyak buat persembahan untuk umur 4,5 dan 6 tahun... satu ibu puji sejak amir ke tadika ni tahap keyakinan diri dia dah ada sikit.. makin berani tak berapa nak takut sangat.. dan dah kurang sikit sikap malu² dia.. walaupun masih ada lagi sikap malu² tu... alhamdulillah sangat² atas perubahan yang positif ni.
Antaranya amir terpilih membuat persembahan membaca skrip dipentas.. alhamdulillah umur 5 tahun ni amir dah pandai membaca ... walaupun masih merangkak jugak untuk perkataan yang panjang, ibu hargai sangat² jasa cikgu ain sebab banyak membantu amir membaca pada kelas petang sebab amirkan duduk transit kat taska situ.. jadi petang memang ada kelas membaca... itu pun amir mengadu nak tuisyen dia tak pandai bahasa inggeris.. alahai anak²... ibu puji sikap kamu tu yang berkobar² semangat kawan² agaknya dia rasa tercabarlah.. saya pujuk².. nanti pandailah tak pergi tuisyen pun jani rajin membaca.. mesti boleh.. mesti pandai bahasa inggeris (padahal ibu pun tak pandai.. ayah dialah yang selalu ajar) sayangnya cikgu ain dah berhenti kat tadika ni.. tahun depan cikgu ain mula mengajar di Tabika Kemas pulak.. dekat dengan rumahnya.... tahniah buat cikgu ain.. amir pun mungkin tak sekolah sini lagi dah... sejak cikgu ain takda ni.. dia kata tak bestlah sampai petang... kat taska ibu.. awal² dah cakap dah cuti sekolah takmoo duduk taska huhuhuhuhu... ibu pun dah pening mana nak hantar dia ni...
Antara persembahan lain yang amir masuk hafazan beramai² dengan surah² pendek.. amir punya giliran baca surah al-fill, koir, drama pentas nenek² si bongkok tiga.. patutnya mair jadi putera raja.. tapi sebab dia pemalu.. cikgu ganti dengan orang lain.. maunya dia tak malu.. kene kawin dengan tuan puteri.. soh jalan sama².. takda maknanya lah amir tu nak ikut .. kalau buat macam tu... nak berkawan dengan perempuan kat tadika pun dah kira okkk sangatlahhh tu.... pemalu betul.
Kat meja makan .. semeja dengan kawan baik jugak tareq.. betul ker nama tu??? amir panggil macam lain jer bunyinya .. dengan qairena ... suka betul dia... sambil makan.. sambil borak.. lepas tu lebih borak dengan main jer.. makannya pun sikit jer huhuhuhu .... balik rumah ngadu lapar.. ishh lah sabo jerlah...
Amir dapat hadiah.... alhamdulillah... semua pun dapat hadiah.. cuma amir terpilih pelajar pintar tulisan jawi .. jawi yer.. tulisan khat agaknya.. bukan jawa kikiki... kot jawa ibu pun tak pernah lagi ajar amir... nanti amir belajar dengan atuk dan embah yer... ;p
Embah dengan atuk sempat singgah sekejap kat hotel lepas tengok adik saya yang bongsu kat asrama.... sukalah amir embah dia datang.. sebab sebelum tu amir ada cakap dengan embah .. nanti amir konvo.. embah tak datang jr.. ibu dengan ayah jer boleh masuk.. anak² ni baru 5 tahun jer pun.. nanti kalau konvo kat universiti barulah ibu bawak semua hahahaha.. amin...
Sebelum balik dan sebelum ibu akhiri bebelan ibu ni meh layan gambar dengan cikgu pulak, sempat bergambar dengan cikgu² taska dan tadika amir.. cikgu tadika amir yang sebelah kiri sekali yang mengantikan cikgu ain... baru lagi cikgu ni sekali dengan cikgu taska sebulan rasanya. Ala.. baru peras cikgu ujie takda.. cikgu uji ni ketua bahagian taska.. dia lah yang dulu² banyak bagi semnagat dan inspirasi kat amir jadi berani dan tak takut dengan orang lagi ...
Banyak jugak video² yang saya rakamkan .. masa persembahan amir, tapi tak bolehlah upload... kat sini semua kalau ada kesempatan saya kongsikan sebagai kenang²an.. oklah ni.. cukuplah ni dulu.. gambar² kemain banyak .. jangan korang muntah sudah... nanti sambung lagi cerita yer... ni pun dah cukup panjang... korang baca tak ni.. baca tak??? hahahahaha ....
Bicara Hati : Sakan makan minum.. isninnya ibu dengan amir hilang suara, sakit tekak.. perit dan batuk² huhuhuhuhu ....
Rabu, 13 November 2013
Intro - Hari Konvokesyen
Layan gambar sekeping ni dulu yer.... nanti sambung cerita.. kata intro kan... hihihihi... lagipun hari rabu ni takkk kosa nak bercerita panjang dengan keadaan yang tengah tak sihat ni ...
Isnin, 11 November 2013
Makan - Makan Happy Depavali
Menu tosei paling terbaik sedapp.. kalau boleh memang nak tambah lagi.. kang tak makan nasi pulak.. dengan sambal kambing.. seyes.. kawan saya kata sambal.. ko sekali rasa eh² macam kari .. sedappnya.. asal saya masak sambal tak rupa gitu.. rupanya dia pakai blender lain lah... lupe pulak nak amik gambar blander tu.. seyes.. sedappp pedas.. dan terangkat pekatnya... sampai hari ni masih terasa kesedapannya.. hihihihihihi .... tu yang comel tu anak bujang kawan saya.. rishi.. anak mona.. sangat² peramah ok.. masa tetamu datang dia lah tukang layan kita orang ni hahahahaha....
Opsss... ada jugak candid tuan rumah, kami macam biasalah possing² sakan kat sini.. tapi kot letak semua gambar karang korang pitam entry panjang berjela.. cukuplah layan gambar sekeping dua ni dulu yer...
Terima kasih mona.. sudi jemput.. sorry dah buat kotor tak tolong kemas.. tosei terbaikk sedappp... nak lagi.. hahahahah.. tak malu.. bajet macam mona baca blog ni jer... (^___^)v
Ahad, 10 November 2013
Al-Fatihah Buat Arwah Ahmad Busu
Sesungguhnya allah itu maha mengetahui apa jua hikmah yang berlaku disebalik setiap kejadian, minggu lepas baru sahaja arwah mak adik ipar meninggaldunia... Kali ni kami dikejutkan pula dengan ahmad busu meninggal dunia.... Lepas maghrib tadi, Ahmad busu pak cik pada adik ipar.. Adik beradik dengan bapak adik ipar ..
Doakan moga rohnya tenang disana... Al-fatihah... Kami sekeluarga masih terkejut mendengar perkabaran ini... Sesunggahnya.... Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.. Dari dia kita datang... Pada dia juga kita akan kembali.
Kali terakhir saya berjumpa arwah cukup ceria masa majlis aqiqah anak adik... Sempat kami rakamkan gambarnya... Masa arwah datang ziarah minggu lepas saya tak sempat jumpa.. Tapi mak bagi tahu arwah sihat dan dah mula berjalan tanpa tongkat... Tapi kuasa Allah.. Tiada siapa yang mampu menahannya walaupun sesaat....
Al-fatihah... Moga rohnya dicucuri rahmat
Tahniah Fizo Dan Mawar
Diketuai oleh hero malaya.. Kemain lagi 7 orang kalau tak silappp... Dato Rosyam ketuanya....
Jongkong emas antara barang hantaran yang unik dengan burger .... Tak mampu wehhh nak tempah jongkong mcm tu siap ada nama lagi..
Alhamdulillah tahniah buat mereka ... Fizo dan mawar moga jodoh mereka berkekalan hendaknya... Bercinta selepas kahwin lagi berkat amin..... Insyaallah.. Suka pengacara majlis bercakap tadi... Tak bosan penuh pengisian dan ada jugak lucunya sikit2 selingan hiburan....
Khamis, 7 November 2013
Cara Kami Mengeratkan Silaturahim Di Pejabat
Suprise... buat kak nani... special kek kami order homemade okkk.. sedapp bangat.. tengok gambar pun dah mengiurkan.. apatah lagi baru rasa sepotong... semoga kak nani (yang baju biru.. tudung biru) dipanjangkan umur dimurahkan rezeki ... dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.. umo?? umo jangan tanya eh.. tekalah korang sini..
Sesi possing² nakal .. tak sah kalau takda.... bersama berstday girl... silalah jangan muntah layankan gambar² ni yer.. ni pun dah banyak tapis dah ni... kalau letak semua kot mau pingsan .. berjela gambar kat entri ni.
kak nani kawan sepejabat saya.. tapi lain² bahagian hihihihihi... lain bahagian pun masih lagi satu opiskan.. mestilah kami jadi kawan jugak.. kira macam kawan baiklah daripada mula masuk kerja.. kiranya dah 8 tahun kami kenal.
Disebalik tabir majlis.. dan antara mereka² yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk sesi suprise kali ni, saya yang sempat cadid.. kalah wartawan RAP tau kikikikiki ... sesi possing² ni kalau dibiarkan mau tak potong kek hahahaha ... ober tak?? ober tak??? ... sayalah tukang cadid tu.. suka momen macam ni spontan.. ada cerita di sebaliknya.... cara dan masa macam ni lah kami mengeratkan silaturahim .. walaupun kami ni daripada unit yang berbeza.
Bicara Hati : Nilai persahabat itu mahal harganya, menjadi seorang sahabat jugaklah adalah berat tanggungjawabnya.. moga menjadi sahabat yang baik dunia akhirat amin...
Rabu, 6 November 2013
Suprise Pecan Butter Scotch
Layan gambar dululah yer.... kata suprise... nanti saya sambung ceritanya.. tuan tanah bizi ni... yang pasti kek ni sedapppp bangatttttttt ... mahu makan berhiris².. berkali²... kalau takda sapa tegur kikikikiki ...;p
Musim
Sana sini baca kawan² update anak² tak sihat, kesan daripada jerebu dulu agaknya... amir pun baru jer baik demam alhamdulillah....
Lepas amir baik anak buah pulak demam, rizqi (anak adik saya) .. cian rizqi demam, selsema dan batuk... rindu wan yer... lepas wan meninggaldunia dia demam ... ni masa kenduri last tu.. orang tahlil kami bawak dia pergi klinik sebab tu ada gambar amir... cian sangat kat rizqi dah tak selesa selsema... nafas pun dah berbunyi²... letih pun iyer agaknya dah mula meligat.
Baru ni mak bawak dia berurut, apa lagi menjerit²lah lah dia kene urut... barulah nampak sihat sikit.. kalau tidak kuyu jer mata tu... tapi masih meligat jugak....
Selasa, 5 November 2013
Kemeriahan Sambutan Maal Hijrah
Ni jer gambar yang sempat amik masa berkumpul makan, bubur lambuk bungkusan untuk bawak balik.... Menu malam tu banyak jugak bubur lambuk dengan bihun tom yam mak mertua masak... Akak ipar bawak kek coklat, apam balik dan bubur kacang.
Ni cucu bertuah... Masa baca tahlil dah tidur, sebab seharian dia tak tidur waktu siang... Ermmm amir-amir memang anak bertuah.. Mujurlah solat maghrib sempat jugak.. Siap iqamat lagi... Sejuk hati dan perut ibu dengar... Moga menjadi contoh yang baik sampai besar.
Moga apa yang telah berlalu biarkan ianya berlalu disitu.... Mari kita buka lembaran baru.... Salam Maal Hijrah 1435h
Isnin, 4 November 2013
Kerepek Pisang Homemade
Bila mood rajin ginilah jadinya.. tak menyabar nak menunggu pisang masak.. terus sabar buat kerepek .... nampak jer macam 3 biji kan.. sebenarnya berbiji² pisangnya adalah dalam 6 kot...
Rezeki berbudi dengan tanah, abah bawak singgah rumah sebelum pergi kenduri tahlil kat rumah adik ipar... alhamdulillah dapatlah sebalang ni dan sebekas lagi.. yang tu dah ngap.. ngap pun.. tu tak amik gambarnya kikikikiki ...
Sekali pandang macam pisang tanduk rupanya, tapi bila pandang bebetul bukan yer.. ini pisang lang mak saya kata.. tak kisah lah pisang apapun.. tapi kalau mood tengah rajin memang on jer..
Kunun² lepas buat kerepek nak buat popia nestum.. sekali kulit popia yang beli tu hari masa nak raya tu (hahahahaha.. gelak kejap.. punya lama ko simpan yer masya) kulit popia tu dah berkulat daaaaaaaaaaaaa... langsung tak jadi buat popia nestum .. apa lagi.. tarik selimutlah.. semalam petangkan hujang.. sambung tidoo lah hahahaha ... ;p
Nak sedap garam dan kunyit masukkan dalam bekas yang ada air.. masa goreng barulah letak dalam kuali.. renjiskan dalam sesudu gitu.. agak² supaya tak masin sangat. Bukan jer sedapp... kerepek pun ranggup tau.. tahan lama.. terbaikkk
Bicara Hati : Salam awal muharram semua.. selamat tahun baru 1435h, moga buku lama biarkan dia.. bukak buku baru cerita baru (^___^)v
Jiwa Yang Sensetif
Ni gambar pagi tadi ... ibu kata possing ² senyum... sekali dia buat muka gitu lah.. apa motiffnya tu alahai.. anak².. hari ni dia cuti dengan esok.. dah balik kampung pun.. saya?? saya kerja... hubby hantar... petang balik kerja teruslah balik kampung.. bukan jauh pun kikikiki ... malam ni ada kenduri sikit adik beradik hubby jer kat rumah mertua sempena awal muharram macam biasalah pak mertua akan buat doa selamat baca doa awal tahun dan akhir tahun... moga dipermudahkan semuanya...
Sabtu, 2 November 2013
Tragedi Hujung Minggu
Mek bagi gulai daging hohohohoho .... Sedapnya memang terbaiklahhhhh... Seyes saya tak reti masak macam ni... Memang sedapppp sangat?. Amik seketul jer yang lain hubby habiskan.. Sebab tengah menikmati ikan percik mek bagi... Mek ni macam tau2 jer nak makan ikan percik... Kot buat sendiri tak terbuat2.... Resepi dah ada... Nanti2lah....
Melayan permintaan putra nak makan wedges, keropok ganu kawan saya bagi... Memang berselera dia makan.... Ibu makan sikit jer....
Haihhhh nasibaiklah sempat gorengkan permintaan amir, tetiba gas habis ... Iyer gas habissssss..... Kot tak haru dibuatnya.... Patutlah mood nak masak tak berapa nak ada kikikikikiki..... Kot beria masak tetiba gas habis lagi haru kan.... Tragedi hujung minggu makan kedai lah jawabnya....
Jumaat, 1 November 2013
Kenapa Perut Amir Tiba - Tiba Sakit
Ubat cacing zentel cecair sesuai usia 5 tahun
Baru saya teringat.. kali terakhir bagi amir minum ubat cacing akhir tahun lepas kot.. masa dia selalu muntah² pagi, selalu macam tak sihat awal pagi ... rupanya dah hampir setahun dia tak makan ubat cacing .... jadi balik tu saya terus belikan kat farmasi ubat cacing bagi amir minum petang tu .. lepas makan malam.
Tak bagi tahu dia pun itu ubat cacing.. saya cakap itu ubat doktor bagi suruh habiskan kalau nak sembuh.. amir pun pasrah jer makan sebotol.. 2 sudu besar jugaklah dia makan ... esoknya dia membuang semahu²nya ... tidak keluar pun sekor² cacing tu.. cacing tu hancur dah.. dia membuang macam biasa jer... tapi memang muka dia lega sangat²lah... dia kata perut dia pun dah ok... tak sakit dah .. saya pegang pun tak panas dah...
Kantoi balik kampung sabtu tu.. bila embah tanya amir dah sihat?? dah.. ibu bagi makan ubat.. ibu bawak jumpa ustaz.. lepas tu saya cakap bagi makan ubat cacing kat dia.. dah amir dok tanya² bila amir makan ubat cacing ibu.. eeeeeee... ubat cacing, cacing ada dalam perut .. eeeeee... camner tu.. hahahahaha.. jenuh saya nak terankan.. dan kantoilah nanti kot nak bagi makan ubat.. amir dah ingat botol ubat cacing tu kikikiki ..;p
Opsss.. sebelum terlupa .. lepas cek darah kat klinik kesihatan, saya ada bawak amir berurut.. malam tu, sebab ingatkan dia demam urat.. sebab darah normal.. tapi lepas berurut pun dia tak ok.. sebab itulah kami pilih darussyiffa .. alhamdulillah serasi disitu.. dan saya jugak baru tahu.. boleh buat rawatan kesuburan dalaman rupanya disitu.. patutlah pernah terbaca kat blog seorang sahabat blogger...
Bicara Hati : Gara² semalam EL, pagi ni hubby terlupa sekolah dah mula cuti.. esok depavali dan selasa awal muharram, gelihati tetiba hubby sms datang sekolah takda sesapa.. hubby²...
Langgan:
Catatan (Atom)