♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 2 Januari 2012

Percutian Ke Penang - Part 1

Assalamualaikumm Semua.....

Alhamdulillah dipanjangkan usia... dan berharap moga sentiasa dimurahkan rezki dan diberkati hidup ini.... amin.Tengok tajuk kali ni ade part² pulak... jadi mesti banyak yang nak diceritakan.. walaupun sebenarnya tak banyak mana, cukuplah sekadar memori yang cukup indah bersama keluarga hihihihi.....

Sungguh tak sangka itulah namanya rezki dalam sebulan boleh pergi 2 tempat percutian, memang sejarahlah... dalam pada sibuk² kat opis tu sempat jugak pergi bercuti dan menggunakan kesempatan yang ada.

Sebenarnya ke Penang ni bapak mertua yang ajak dan kebetulan pulak anak buah suami ade belajar kat Politeknik sana.. jadi hantar dia balik rumah sewa sekali. Pagi tu kami memulakan perjalanan seawal jam 4.30pagi tau... kami pergi 3 kereta je konvoi reramai barulah bestt... malam tu tidur rumah akak ipar kat batu belah, bukan apa tido sane sebab nak gerak sama seawal pagi, time kasih mira sekeluarga bagi tumpang tido dan layan kerenah amir hihihihi.... hubby dah tido awal maklum ar nak kene drive jauhkan... pukul 3 pagi dah bangun masak lauk.. semua² lauk pun akak yang masak saya goreng² kuih jer.. untuk kudapan biaserlah jalan jauhkan...


 Amirlah paling happy.. possing² dalam kete lepas bangun tido dah hensem mandi kat R&R, maklum jerlah perjalanan seawal pagi memang amir tak mandilahkan... bukan tak mandi jer.. tak bangun lagi pun.. kami dukung jer masuk kerete. hihihihi...

Tapi mood amir cuti kali ni terawang² asyik nak majuk jer.. moody tak tentu pasal huhuhuhu.. sekejap menangis, xmoo makanlah... nak dukunglah.. hadoii tak larat nak dukung tau dah 20kg berat dia. Sampai naik pening ibu dibuatnya, mungkin sebab jalan jauh sangat kot dia penat.

Perjalanan yang sangatlah jauh dan banyak jugak perhentian kami singgah hihihihi antaranya Tapah dan sungai Perak dan setiap kali hentian memang lamalah adelah dekat 1 jam, bapak mertua pun tak kisah sangat ialah jalan jauhkan pemanduan pun letih, kalau pemandu amator takpe jugak kikikikiki........


 Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga, nampak tak tu inilah jambatan pulau pinang.. memang panjang dan sepanjang perjalanan tu mulut amir asyik mengomel jer...


Sempat jugak snap pict ni.. dipenghujung jambatan, kamera biaser jer.. bukan amator kalau DSLR mesti cantikkan kan.. kan.. ;p bilelah boleh dapatkan memang tak mampulah buat masa ni harga dia pun beriban².

Ok nanti free kite sambung publish cerita lagi yer.... (^__^)v 

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikumm Semua....

Entery Pertama tahun baru.... Hari ini cuti kan.. hari ahad, jadi entery ini dah semestinyalah auto publish.. tuan tanah pergi berjimba² kenduri kawin dan macam² lagi aktiviti yang perlu dilakukan sempena tahun baru ni...



Semoga apa yang diimpikan akan tercapai ditahun baru ini.... sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri kami sekeluarga.... dan sentiasa dilidungi dan dirahmati Alah s.w.t semoga impian tahun 2011 untuk memberi amir adik akan tertunai pada tahun 2012, Amin.

Sabtu, 31 Disember 2011

Hari Terakhir Tahun 2011

Assalamualaikummm Semua.....

Hari ini ialah hari terakhir tahun 2011, malam ni coundown kat mane?? saya?? saya kat rumah jer... memang tak pernahlah nak kemana² jauh sekali nak berjimba² tenk bunga api.. satunya hubby memang tak suke tempat macam tu.. saya pun memang tak suke pergi tempat yang sesak ramai orang.. dan saya lebih selesa duduk rumah sambil tengok tv jer... ;p

Tapi hari ini saya ker Nilai 3, kalau ikut peancangan awal patutnya pergi masa krismas hari tu.. memang dah lama tak pergi Nilai 3 pun.. pergi ni pun sebab ade nak beli barang sikit hihihihi.. barang ape.. nanti jerlah saya cerita pada entry yang seterusnya sebab entry ni auto publish jer... hihihihihi.....

Terlalu banyak memori indah yang tercipta tahun 2011, salah satunya dunia blog inilah.. inilah dunia yang baru saya ceburi tahun 2011, atas semangat seorang kawan.. banyak ilmu yang saya dapat daripada berblog ini selain daripada dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dan bertukar² pendapat.. alhamdulillah saya telah jauh cinta dengan dunia berblog ini... selain itu sebenarnya dah jemu dengan dunia FB yang sering mencemuh dan mengeluarkan status yang lebih pada sifat negatif, sebab saya tengok FB ni ramai sangat yang suke buat status meluahkan perasaan. hahahaha...

Lagi satu ade azam yang saya masih belum tunaikan lagi pada tahun 2011 iaitu bagi amir adik, harap sesangat semoga dimakbulkan Alah s.w.t azam tersebut pada tahun 2012.

Tahun 2011 jugak banyak tempat pergi bercuti hahahaha... memang dalam sejarahlah dapat pergi bercuti daripada ke negeri sembilan, pahang dan penang... apepun semuanya BESTTT..... Harap tahun 2012 dapatlah pergi bercuti lagi...

Oklah ini jer entry ringkas memori 2011 ni.. berjumpa lagi ditahun 2012.

Jumaat, 30 Disember 2011

SAYANG MAK (^__^)

Assalamualaikummm Semua.....

Alhamdulillah pada hari jumaat yang penuh barakah ini.. memohon dan sentiasa memanjatkan doa kesyukuran kerana masih lagi dipanjangkan usia dan bernafas dimuka bumi Allah s.w.t. Hari ini ialah hari yang paling istimewa buat ibu yang paling saya sayang.....

Hari ini ialah ulang tahun kelahiran mak yang ke-47tahun, alhamdulillah semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, bahagia dengan anak² yang nakal macam kami. Terima kasih kerana telah membesarkan kami dan memberi didikkan yang sempurna... sayang sangat² dekat mak... maklah yang terbaikk dalam hidup ini.. dan terima kasih juga kerna menjadi mentor untuk menjadi istri yang solehah.

Oleh kerana minggu ni mak banyak jemputan kenduri saya dengan adik² dah buat suprise minggu lepas beberapa hari sebelum pergi penang saya dah sambut awal bestday mak kat kampung, kami makan² besar jugaklah.. menu saya beli jer.. sebab kerjakan.. manelah sempat nak masak.... Tapi.. sayang seribu kali sayang.. kamera bateri kong memang takdelah gambar untuk sesi makan² masa tu.. huhuhuhuhuhu......


Memori gambar ini di ambil masa pergi makan dekat Kenny Rogers... ari tu 
So sweet.. (^__^)v mak jarang nak berjalan² pakai seluar macam ni tau.. ni pun saya yang suruh barulah dia nak pakai hihihihihi.... 



Macam Kasut CINDERELLA Ke???

Assalamualaikummm Semua....


Cantik tak kasut kat atas ni??? cantikkan.. hahaha perasaan betul saya ni. sebenarnya dah lama teringin nak membeli kasut warna putih, sebab dah jemu selalu sangat beli kasut warna hitam dan coklat... kali ni sajelah beli warna lain sikit.. Ade rezki lebih sikit bulan ni tu membeli kasut, bukan setiap bulan membeli pun... dan bukan selalu pakai pun kasut macam ni.. kalau ade mesyuarat atau hal² yang memerlukan formal dan berpakaian kemas barulah saya pakai......



Tapi.. hubby kate macam kasut pengantin iyer ker??? iyer ker macam kasut pengantin, kite rasa biaser jer.. hubby kate iyer bukan macam kasut pengantin jer.... macam kasut cinderella pun iyer jugak... huahuahuahua... dah lah amir dengar masa tu siap gelakkan ibu tau... sabooo jerlah.....

Yang sebenarnya beli kasut ni daripada katelog, jadi tak perasanlah pulak rupanya ade macam kain net kat tepi kasut tu hihihihi... memang lain daripada yang lain.. tergamam pun iyer... tapi ok jugak takde lagi koleksi macam ni hihihihi.....



Ni pandangan daripada sisi pulak dalam katelog kalau tak salah tinggi kasut cuma 1 ½ inci jer.. tapi bile dapat boleh tahan tinggi jugak, amir dah besar ni dah oklah sikit pakai kasut tinggu kalau dulu masa dia kecik² saya pakai selipar jer nak kemana² hihihihihi.......

Tapi bila hubby kate macam pengantin dan cinderella macam malu pulak nak pakai.. silap² bagi kat adik jer.. kasut ni bagi sebagai hadiah bestday dia awal tahun depan... tak lama pun lagi.. tengoklah nanti macam mana. (^__^)

Khamis, 29 Disember 2011

Hanya Sekeping Roti Telur Dan Milo Panas

Assalamualaikumm Semua....

Alhamdulillah pagi yang penuh ceria warna-warni gitu.... kalau boleh nak senyum membawa kemalam.. hahahaha... dah macam orang bercinta lah pulak....

Pagi ni hubby hantar pergi keje sebab dia nak guna kete ade hal sikit, dan special sikit pagi ni... bukan special ape pun.. Ce tengok tajuk entry tu... ha itulah menu sarapan saya pagi ni.. ditemani hubby bukan ditemani lagi.. dah kalau makan dengan hubby mestilah dia yang bayar kikikiki.. ;p itulah sebabnya asyik nak tersenyum² ni... macam zaman bertunang dulu², masa zaman tak reti bawak kete pulak dan sepanjang perjalanan tadi asyiklah saya berceritakan hal² amir, sampai tak perasan dah nak sampai opis. Hadoiii itulah saya....



Gambar ihsan google jer... 

Kami ni jaranglah dapat sarapan bersama walaupun waktu hubby cuti sekolah ni boleh jer nak sarapan bersama tapi.. rumah kamikan jauh daripada opis, makanya memang tadelah nak sarapan bersama tu... jadi sesekali ni dapat sarapan bersama.. bercerita dipagi hari dengan mood yang memang lemau nak masuk opis sebab terasa macam mengimbau zaman dolu² pulak.... hahahaha.... jangan jeles tau....tapi kalau amir tahu ni mesti jeles. mesti dia cakap nape tak bawak amir hihihihi... ;p


Rabu, 28 Disember 2011

Buku Baru Buat Amir - JUMBO FLASH CARDS (Numbers)

Assalamualaikumm Semua....




Baru² ni saya belikan buku baru untuk amir. Amir ni dah pandai sangat kalau menyebut nombor² ni tak kirelah bahasa melayu ke.. bahasa inggeris.. tapi... amir masih tak kenal lagi nombor² ni.. tu yang haru.. kalau stakat sebut tu memang pandai.. dah macam menghafal pulak... tu yang saya belikan buku ni... jenuh jugak nak memilih yang mane yang sesuai dengan usia dia 3 tahun dan akhirnya saya pilih yang ini.... yang macam dekat gambar atas tu....

Balik rumah terus tunjuk kat amir.. sukelah dia ade bende baru dia nak explore.. kalau tak dunia dia hanya suke permainan bajak (opss.. bahasa kg terkeluar pulak hihihi), lori simen, lori sampah dan segala macam lori lagi sampaikan kalau beli buku mewarna dengan mengenal huruf pun ibu kene pilih unsur² lori² dan ala-ala transport kalau tak memang dia tak layan... ce tengok.. gambar kat atas tu ade unsur² transport jugakkan hahaha.... memang saje pilih macam ni untuk tarik perhatian dia...



Antara sebab saya pilih buku ni sebab ada tertera 3 in 1, lebih jimatkan... ade 'falsh cards' warna-warni siap ade gambar, memang menarik minat amirlah.. ibu kene jadi cikgu kat rumah nak tunjuk satu².. dia pun terujalah sesangat.. bukan amir jer.. ibu pun teruja sampai terlupe nak ayah ambil gambar keterujaan kami tu hahahaha....



Inilah antara yang terkandung kat dalam tu... menarikkan dalam pada masa yang sama memudahkan budak² macam amir ni mengingat... sampaikan bukan kenal nombor tapi lebih pada teka gambar lah pulak haihh... sebab gambar² yang ade pun menarik bola, kapal terbang dan lain-lain.. memang sesuailah sesangat dengan budak lelaki.. ;p

Harap sangat usaha ibu ni berhasil, supaya amir cepatlah dapat mengenal nombor² ni.. jangan tak tau.. sejak dah ajar baca dan kenal nombor ni amir dah pandai tekan canel Astro Baby tv 618 sendiri tau. Hadoiiii ade. baik buruknya jugak ya.... huhuhuhu... ibu tak boleh nak cakap ape dah bile tengah tengok tv tibe² amir amik remote tukar siaran, kalau dulu tak pandai tekan memang dia bg remote kat ibu soh tukarkan...

Selasa, 27 Disember 2011

Kek Tiramisu Secret Recipe

Assalamualaikummmm Semua.....

Tak tahu nak mula dari mana... mood keje tengah terumbang ambing dengan keje yang banyak ni.... semalam pun datang keje tau.. padehal sabtu dgn ahad tu pergi penang... nanti kite cerita yer... kisah² kat penang tu... penat pun tak hilang lagi... macamlah kite yang drive hihihihi.. ;p

Sebelum tu nak cerita pasal kek tiramisu ni.. selalu dengar tapi tak pernah makan lagi.. memanglah sedap rupenya.. lagi² hasil tangan secret recipe, terpelihara rahsia resepinya.. orang kata berbaloilah dengan harganya pun.. kan.. kan... kebetulan minggu lepas ade bestday kawan denkat opis ni.. dia bermurah hatilah sangat nak belanja kek ni.. dan hasil request daripada mak yong a.k.a alina. Alhamdulillah akhirnya dapatlah jugak saya merasa memanglah sedapp sampai tak sedar habis sepingan makan kak tu..


inilah hasil² possing² sikit petang tu.. bestday girl yang pakai baju hijau tu...... terima kasih nadia belanja makan kek, semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurajkan rezki.. tahu depan belanja kek lagi.. hihihihihihi......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...