Pesanan saya entry kali ni agak panjang daripada biasa... jadi jangan jemuu.. baca dari mula hingga akhir...
Majlis Ijab Kabul adalah saat yang mendebarkan bagi bakal suami. Sah! Maka termeterailah ikatan perkahwinan. Tanggungjawab pun terpikul dibahu. Amanah yang besar perlu dilaksanakan.
Sebelum Majlis Ijab Kabul dilaksanakan, amatlah berharga dan penting bagi bakal suami isteri mengetahui tentang pengertian dan syarat-syarat yang terkandung dalam Pernikahan.
Masa majlis nak nikah adik baru² ni agak kelangkabut sikit.. maklumlah nikah pulak lepas zohor.. tok kadi dah pesan pihak lelaki mesti datang masjid solat sama².. kami pihak perempuan kene datang dalam pukul 2. Tapi pukul 2 pun adik tak siap mekap lagi.. kesian dia... orang demamkan.. nasib tak pitam.. kalau tak satu hal pulak kami nak papah dia...
Kek hantaran last minit baru beli...
Masa nikah kawan saya yang mekakan...
tq ujie... ujie baru jer melangsungkan perkawinan
Sorry lambat.. tengah tunggu driver sampai.. hadoii hubby pergi parking kete kat rumah mak dia pulak
Tak pasal saya kene lari pecut amik kete tau... nasib baiklah rumah mertua tak jauh sangat kikikikiki..
tapi kalau dah kene lari depan rumah pun rasa jauhkan huhuhuhuhu......
Possing dulu... padehal dah lambat kikikikikiki....
bukan kameramen profesional pun.. ini kawan saya yang amik.. kredit buat dia miey ak.a achik.
Sayalah driver bidang terjun masa ni... hadoilah.. abah dah berkali² call soh sampai cepat..
kami tak sampai² macam jauh jer nak pergi masjid padehal tak sampai 5km pun kikikiki......
Berdebar².. saat² menunggu di Ijab Kabulkan...
Bakal pengantin berdebar 2 kali jugak lafaz hihihihihi.......
Ijab Dan Kabul
Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang dinikahkan kepada pengantin laki-laki. Contoh lafaz (sighah) ijab: "Saya nikahkan engkau dengan anak saya bernama ......... binti ...... dengan maskahwin sebanyak ....ringgit tunai".
Kabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin lelaki selepas wali mengucapkan ijab. Contoh kabul: "Ku terima nikahnya dengan maskahwin ......ringgit tunai". Kalau maskahwin tidak berupa wang , sebutkan jenis atau nama barangnya.
Syarat-Syarat Ijab Kabul
- Ijab mesti menggunakan lafaz (aku nikahkan engkau) atau lafaz (aku kahwinkan engkau) tidak boleh menggunakan kata-kata yang lain umpamanya: "Aku ikat engkau atau aku jodohkan engkau dan lain-lain".
- Ijab hendaklah diikuti kabul oleh pengantin laki-laki dengan segeranya.
- Ijab dan kabul hendaklah didengar dan difaham oleh dua saksi.
- Ijab dan kabul tidak boleh bertaklik (penggantungan pada sesuatu kejadian). Contohnya:"Bila anak perempuanku telah ditalak dan habis masa iddahnya, maka sungguh saya kahwinkan dengan engkau".
- Ijab dan kabul tidak dihadkan masanya. Umpamanya si wali berkata: "Kunikahkan kau dengan anakku bernama ...... dalam masa 10 tahun". Nikah semacam ini tidak sah sekalipun dalam masa yang sangat panjang, kerana terjadi seperti nikah Mut'ah.
- Ijab mesti ta'yin' yakni mesti disebutkan nama anak perempuan yang dinikahkan. Tidak boleh dengan lafaz:Kunikahkan engkau dengan salah seorang anak perempuan saya".Ijab semacam ini batal.
Alhamdulillah telah sah bergelar isteri..... rasa bersyukur...
Tok kadi Haji Aman memanjakan doa kesyukuran majlis akad nikah selesai... (^___^)v
Tersenyum lebar penggantin bile dah selesai akad nikah...
Sesi sarung menyarung untuk membatalkan air sembahyang sambung kat rumah....
p/s: pssttt... pssttt.. gara² kelangkabut.. kalutt dapat panggilan dari abah banyak kali.. sebab kami tak sampai² kami tertinggal kusyin pengantin nak akad nikah kat rumah hihihihihi...
Alhamdulillah abah terima seadanya.. ni masa sesi penyerahan barang hantaran...
Yang pengantin dah haru pergi membatalkan air sembahyang kat dalam bilik padehal belum pun lagi penyerahan dari wakil... tak saboo betull yer...
Buat kami tergelak² jer kat luar jadi bahan kikikikiki... ;p
p/s:sila abaikan pemandangan barang² perhiasan dibelakang.. rumah bersepah....
Antara barang hantaran daripada pihak lelaki... (^__^)v halwa tu sedappp... nak lagiii....
Sesi penyerahan mas kawin..
Gelak boleh pulak sama dengan saya masa sesi batalkan air sembahyang..
nasib baik saya punyer ade loceng... dan saya punyer kecik sikit takdelah besoo macam ni...
Amboii kemain suke lagi azri dapat cincin daripada adik saya...
Dah pesan soh beli yang jari kelingking ikut sunnah....
xmoo dengar kata.. pengantin beli ikut size jari manis juga...
Suke pengantin yer... jadi bahan gelak kami jer... mereka masa ni dah sarung cincin dah... pepandai jer...
Antara juadah petang itu... yang paling berselera asam pedas kepala ikan.... nyuum²...
Semuanya dimasak bergotong royong... (^__^)v
Antara tetamu pengiring turut menjamu selera.....
Kami².. eh² mak nampak macam anak sulung pulak kikikikiki.....
Budak² bujang.. kawan² adik ipar tolong angkat barang² hantaran.
Selamat pengantin baru moga kekal keakhir hayat...
tanggungjawab sebagai isteri adalah lebih berat.... semoga menjadi isteri yang solehah
tibe² mood sedih pulak...
cepat² dapat baby yang comel² okk... (^__^)v
Entry sambungan selepas ni ialah malam berinai besar pulak tungguuuuu.... saya abadikan kisah perkahwinan satu²nya adik perempuan saya yang tinggal, sebab adik perempuan saya yang ketiga telah meninggal dunia hampir 4 tahun yang lalu.. dalam kemalangan.. nanti satu hari saya cuba buat entry pasal arwah adik pulak.. sobb.. sobb... mood memang syahduu bile dalam kemeriahan ni teringatkan arwah adik. Al- Fatihah buat arwah adik NorAzilah Bt Sayuti.