♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 9 April 2012

Comelnya Lip ice

Assalamualaikummm Semua....

Sape nak Lip Ice percuma.. percumaaaa...... percumaaa........ angkat tangan cepat... opss.. saya tak nampak punn kalau angkat tangan.

Saya dapat lip balm percuma ni lepas adik kawin hari tu... terlupa pulak nak update.. saya tak pasti ade lagi tak tawaran percuma ni.... pada kawan² yang nak jugak cuba klik kat gambar tu... ade borang kene isi masa saya bukak hari tu....

Comell jer tau.. oklah tu.. sesuai untuk bawak jalan²....Tq lipice.com




Jumaat, 6 April 2012

Serangan Bertubi²

Assalamualaikumm Semua.....

2 hari tak berkesempatan nak update blok.. macam² berlaku.... badan tak sihat.. mood bukan jer kelautt rasanya macam dah belayar naik kapal star cruise hihihihihihi.... ;p (angan² semata²)....

Walaupun takde mood nak menulis tapi mood berjalan² BW kerumah kawan² tetap ada ..... hahahahaha.... mana boleh tak jenguk kawan²kan.. rasa macam tak sempurna jer tau... Bukan ape tak update cerita... cerita banyak sangat nak kongsi.. tapi badan tak sihat.. demam baru jer nak baikk.. kene sakit kepala pulak.. berdenyut² sampai tak tahu nak buat apa... bile sujud solat jer lagilah terasa sakitnya.. alhamdulillah hari ni dah ok.. semalam MC doktor bagi ubatt baik punyerrrrr...... dan alhamdulillah dah cek-up doktor kata takde apa².. mungkin kepala dah berat sangat kot mengadap komputer jer buat kerja....

Ini ubat demam yang doktor bagi minggu lepas... tu yang putih besar tu.. gula² sakit tekak.. serius pertama kali dapat gula² macam ni.. berangin jer tau bile masuk mulut.. nyaman.....


Selamat bercuti semua dihujung mingguuu... jaga diri tau... jaga kesihatan semua... Sayang kawan² semua...

Selasa, 3 April 2012

Hadiah Dari Dumex

Assalamualaikumm Semua...

Barang wajib beli setiap bulan.. ialah stok susu amir... dan mesti beli 6 pek sekali.. lagi² kalau ade offer memang harus borong sekaligus.. kalau ade limit, mase nilah akan ade akal hubby bayar 3 pek, kt pulak 3 pek dikaunter lain² hihihihihi.. bijak²....

 Amir minum perisa madu asli....
Stok setiap bulan 6 pek, 2 pek kat rumah pengasuh & 4 pek untuk kat rumah...

 
 Setiap pembelian satu pek dapat satu beg serbaguna ni.. boleh guna untuk shopping hari sabtu sebab takde plastik... kami beli 6 pek so.. dapat 6 beg..hahahaha.... 
banyaknya.. siap bagi² kat sedara mara, mak, mertua dan rumah pengasuh....
Bulan lepas dapat beg ni saya ada buat entry kat Sini

 Kali ini dapat hadiah berganda² mangkuk.. bolehlah guna untuk isi sayur... atau amir makan sup
setiap 2 pek susu dapat satu mangkuk ni....

 Kami beli 6 pek jadi dapatlah 3 mangkuk .....
Sape yang tak beli stok susu lagi tu.. cepat² lah pergi sebelum kehabisan.....

Isnin, 2 April 2012

Cara Nak Mendapat Bayi Lelaki

Assalamualaikumm Semua.....

Maaf buat kawan² tertunggu² entry ni... perasan jerkan.. ade yang tertunggu²??? manelah tahu.. ade yang memang merancang nak dapat bayi lelaki.. ini antara petua dan cara²nya.. kite hanya mampu berusaha.. Allah s.w.t. yang tentukan...

Oklah.. kalau sebelum ni saya pernah kongsi cara nak mendapatkan bayi perempuan kali ni saya nak kongsi cara nak dapat baby boboi pulak.... nak tak?? nak tak??? sumber ni saya ambil daripada majalah harmoni keluaran 1-15 mac 2012.

  • Tetapkan jadual untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan pada hari pertama pengovuman berlaku yang dialami kaum wanita. Pada ketika ini, sperma akan berenang lebih laju dan dapat menacapi telur dengan senang.

  • Jika pihak isteri mencapai klimaks terlbh dahulu sebelum si suami, peluang untuk dapat baby boy amat cerah.

  • Teknik hubungan intim pun mempengaruhi jugak, teknik 'doggie style'. (Saya pun xtau teknik ape ni ngee~~~~)

  • Nak dapat baby boy pastikan kite tak bersama melakukan hubungan seks selama seminggu sebelum tarikh pengovuman. Sebab ia dapat mengekalkan jumlah sperma yang tinggi kerana sperma tidak sekuat telur yang mampu bertahan lama didalam uterus.

  • Lakukan hubungan seks ketika waktu malam.

  • Digalakkan memakan kekacang yang mengandungi tinggi potassium. Selain Itu, tambahkan sejenis makanan yang berdaging, buah²an segar dan sayur²an. Ayah pulak digalakkan untuk lebihkan minuman bersoda. ngee~~~~
 
 Eh² sape budak bam bam ni.. nak tepek jugak pict ni kan... inilah gambar amir masa baru pandai meniarap lebih kurang umur 4 bulan, sangat² bambamnya dia.. x larat ibu ni nak dukung..
tp ibu rindu sangat nak dukung kamu mcm dulu....
(Yang sebenarnya frame pecah huhuhuhu... gambar ni elok jer terlekat kat cermin frame tu.. cermin dia pun tak pecah.. yang pecah bingkai gambar)


Selamat mencuba.. ini cuma cara² jer.. yang penting kite kenelah berusaha dan bertawakal.. semuanya kuasa Allah s.w.t. Saya cuma kongsikan dengan kawan² yang tengah merancang nak dapat baby boboi.... sebenarnya tak kisah sangat pun jantina ni.. yang penting baby sihat dan sempurna... tu pun dah bersyukur.. (^__^)v

Kehilangan

Assalamualaikumm Semua....

Pada tarikh ini 4 tahun yang lepas 02.04.2008, aku pergi kerja macam biasa... dalam keadaan yang dah mula sarat mengandung masuk 7 bulan.. mood berjalan mula rasa mengahh... dan cepat letih...

Pagi tu ade mesyuarat dekat pejabat... kalau tak silap mesyuarat tahunan ahli kelab sukan.. biaserlah mesyuarat ade makan dan minum free.. tekak ni layankan jer..

Habis mesyuarat masuk pejabat semula sambung kerja.. baru nak bukak komputer.. tibe² ade deringan handphone berbunyi² nombor yang tak dikenali... suara dihujung talian tak berapa kedengaran... langsung kite letak handphone balik kat atas meja... bunyi lagi... tengok nama yang tertera 'ude' ude ialah nama manja kwan saya. kami ade kumpulan kawan² baik masa kat sekolah dulu.. dan dalam kumpulan kawan² kami ade gelaran masing² dari along sampailah ke achik dan adeq...

Panggilan ude ku sambut dengan kegembiraan sebab ude memang jarang nak call, apetah lagi di waktu² kerja kan.. rupenya ude nak bagi tau perkhabaran yang tak baikkk.. ape juga yang dicakapkan kat talian antara dengar dengan tidak pada halua telinga ni.. air mata dah mula berjujuran.... kawan² pejabat mula bertanya ape yang berlaku... aku rasa macam nak pitam jer masa tu.... nasib baiklah ade kawan yang tenangkan terus duduk kat sofa... Terus call abah.. sampaikan perkabaran pada abah dalam keadaan yang cukup terkawal.. supaya abah pun tak terkejut...

Aku terus telefon hubby yang kebetulan ade mesyuarat kat pejabat pendidikkan... hubby suruh pergi hospital terus dia jumpe kat sana... aku yang keliru tak tahu nak buat apa... serius buntu.. rasa macam tak percaya... tapi aku kene percaya jugak... aku kuatkan semangat mohon kebenaran boss untuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah... Boss pun sangatlah memahami dan terus bagi arahan kat pemandu dia suruh bawak aku.. dan 2 orang kawan untuk temankan aku kesana....

Sampai kat unit kecemasan orang ramai sangat.. saudara mara dah mule berkumpul.. aku dah tentu² berjujuran air mata mengalir.. sedu²... aku kehilangan adik yang amat rapat denganku.. adik perempuanku yang ketiga NORAZILAH BT SAYUTI pada usia adik hampir mencecah 21 tahun 15 April.

Doktor sahkan adik mengalami kecederaan dalaman yang teruk akibat kemalangan disondol dari belakang dengan lori kontena di Pelabuhan Klang bersama kawannya, aku redha dan pasrah dengan ketentuannya.... Al- Fatihah buat adikku semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.... Amin...

Dalam keadaan yang sarat tu.. aku, hubby dan abah suruh semua hospital uruskan dan lebih memudahkan.... lagipun kes telah dibuka fail oleh pihak polis. Abah suruh aku balik.. amik adik kat sekolah... dalam kepala ni tengah pikir mak macam manelah pulak kat rumah ni.. mak tak boleh sangat kalau terima kabar² yang mengejut macam ni.. aku dah tawakal jer.. sampai rumah orang kampung pun dah ramai yang berkumpul... saudara mara.. embah pun dah sampai... aku jadi rujukkan semua betanyakan keadaan arwah adik... hanya istiqfar sahaja dan bacaan yasin berulang² kali ku lakukan.. dengan linangan air mata yang tak berhenti²....

Segalanya berjalan lancar dari urusan dihospital sampailah urusan membawa pulang kerumah dan seterusnya ketanah perkuburan.. alhamdulillah semuanya selesai sebelum solat maghrib... kenduri tahlil berlangsung selama 5 hari.. saudara mara banyak membantu.... memang terasa sangat terhutang budi pada semua dan orang kampung yang datang ziarah... 

Berhari² berlalu.... minggu silih berganti... berbulan² aku dan keluarga ambil masa untuk pulihkan semangat dan kembali terima dengan redha ape yang berlaku.. dan maklah orang yang paling terasa kehilangannya kerana arwah banyak membantu tak kira dari segi kewangan mahupun kudrat sejak aku pindah kerumah lain bersama hubby... tapi takdir tak boleh di tolak... orang yang baik biasanya lebih disayangi oleh Allah s.w.t dan akan dipanggil bertemunya terlebih dahulu....

Ini antara gambar terakhir bersama arwah adik.. arwah yang paling kanan sekali...
Sungguh pun dia adik yang perempuan yang paling bongsu.. tapi dialah yang paling besar antara kami...
saudara mara selalu ingatkan dia anak sulung (^___^)v
(Gambar kabur sebab saya ambil gambar ni semula guna kamera...  tak sempat nak scan malam tadi hubby sibuk guna printer.  )

Gambar hari raya bersama² keluarga kali terakhir pun takde... gambar² yang adik ke-2 ambil dari kedai habis semua kene ragutt dengan orang.. memang takde kenangan yang tinggal untuk gambar raya tahun tu... Allah s.w.t lebih mengetahui ape sebenarnya hikmah yang berlaku disebalik semua² ini... Al- Fatihah buat adikku semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.... Amin...
Alhamdulillah kes yang dibuka oleh polis juga telah selesai.. segala tuntutan insuran telah selesai.. kes pun dah ditutup... walaupun jumlah yang diperolehi tak sebanyak mana dan jauh sekali boleh menghidupkan kembali arwah adik.. dengan duit tu abah sedekah pada mereka yang lebih memerlukan kerana itu semua milik arwah...  

Jumaat, 30 Mac 2012

Sana Sini Banjir

Assalamualaikumm Semua.....

Salam pagi jumaat.... mood pagi ni tak berapa nak sihat.. badan daripada petang semalam dah sakit² huhuhu.. tanda² nak demam... harap² tanda² tak semakin jelaslah dan berlarutan.. pagi tadi dah makan ubat.. harap okkk...

Patutlah mood pagi ni nak pergi kerje kelauttttttttt jer.. rupenye hujan malam tadi tak reda² kawasan kami ni bajirr oooooo..... sana sini banjir... hujan masih tak reda.. lampu traffic light banyak rosak.. kawasan banjir.. banyak kereta dah tersadai huhuhuhuhu.... nasib baiklah hubby yang hantar pergi kerja, sebab badan tak sihat... perjalanan dar rumah 6.38pagi sampai opis 7.38pagi.. satu jam tuu.. macamlah jauh sgt opis dengan rumah kan...

Kerja pulak akhir² bulan ni  tengah banyak.. kalau ikutkan hati memang nak cuti jer.. nanti kalau sempat saya BW rumah kawan²... sobbb.. sobb...

 Gambar tak kene mengena... 
Bangun pagi tadi amir meragam xmoo pergi rumah pengasuh....
Hubby pesan.. minggu ni tak payah tidoo kampung nak bawak kami jalan² sebab minggu depan dia periksa huhuhuhuhu..... rinduu makkk.....

Khamis, 29 Mac 2012

Ole² Dari Langkawi

Assalamualaikumm Semua...

Langkawi tempat idaman nak pergi, tapi tak pernah pergi³ pun... tapi selalu dapat ole² dari sana.. tak kirelah coklat ke.. key chain ke... bear comey² ke.. macam² lagilah daripada kawan².

Baru² ni saya dapat key chain daripada kawan blogger sape lagi kawan yang suke melancung kalau bukan pnstoberi a.k.a kekda atau pun boleh jugak panggil dia reen yang ade kebun stoberi besar tu hihihihihi.... kenapa saya kata dia suke melancung tengok kat sider blog sebelah kanan dia macam² info percutian dia akan bagi tau... dan siap ade pusat sumber percutian. Saya suke singgah sana sebab bile nampak kebun stoberi dia teringatkan memori indah percutian ke Cameron Highland dulu......

Saya dapat key chain ni sebab bagi idea kat kekda klik kat sini keputusan penuh boleh tengok kat sini
Terima kasih kekda bagi hadiah ni takde kenang²an (^___^)v

Alhamdulillah saya punyer selamat sampai tanpa sebarang kecacatan..... mungkin sebab takde sayap...


Jomlah berkenalan dengan puan stoberi klik jer kat gambar semoga silaturahim ini akan lebih diberkati walaupun hanya dialam maya (^__^)v.

Rabu, 28 Mac 2012

Akhirnya sampai juga ......

Assalamualaikumm Semua....

Dah lama jugak saya dapat hadiah ni.. lebih kurang awal bulan hari tu.. sebab sibuk sangat menguruskan majlis adik.. tak sempat nak publish story ni.... tepuu jer kat dalam draftt.... saya join GA ni pun dah lama kat sini.

Saya ni jaranglah bertuah nak menang GA, berbanding kawan² lain yang memang jari² bertuahh hihihihihi... dan rasanya inilah kali pertama menang kot... Apepun terima kasih sangat² pada penganjur, walaupun lambat pos.. tapi hadiah dapat berganda² hihihihihi.... Keputusan penuh GA boleh tengok kat sini pengumuman pemenang ga besday.


Sepatutnya hadiah tumble tu jer.... tapi bile buka terkejut pulak ade 2 pensil comeyy tertulis terengganu... terima kasih masduranisaqaseh.blogspot.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...