♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 19 April 2012

Majalah Harmoni Gambar Ziana Zain dan Anak² Kembarnya

Assalamualaikummm Semua.....

Suke tengok muka ziana zain awet muda... walaupun umur dah 40 tahun....
Dikurniakan anak² kembar yang comelll... pertama kali saya tengok ni.. eh² saya jer ker.. semua orang punnn kot.. sebab ziana zain memang tak nak publish sangat yang kembar ni... iyerlah budak² baru nak berjalankan.. keletah bercakap dengan main dah tentu²lah tak retii dok diam...
 
Korang dah beli belumm .... jomm layan keluaran yang ni best tau.. hahahaha.. 
nak jadi duta majalah pulak perasan tu....
 
Mengantukkknyaaa... kekenyangann.... kalau makan kudapan lagilah mengantukkk BW jerlah terapi bagus kan.. kan... buntang jer mata tu.. hilang mengantukkk.... hihihihihihi.....
 
 


Fridge Magnet Cameron

Assalamualaikumm Semuaa......

Alhamdulillahhh ade rezeki saya lagi dapat hadiah daripada kawan²... blogger.. sebab suke sangat singgah kesana dan tinggalkan jejak kat blog Fieda Rafli.

Terima kasih sangat² kak fieda, cantik FM tu.. dah selamat pun saya letak kat peti sejuk rumah hihihihi.. tambah koleksi saya daripada Cameron.. kebetulan.. gambar yang macam ni takde lagi....

FM dari Cameron

Jomlah berkenalan dengan kak fieda orangnya pun peramah ... bile saya datang sana.. di pasti balas kunjungan datang kerumah saya jugakk... 


Wardah - Persona Give Away Fever 2012

Assalamualaikumm Semua....





Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 April 2012 pukul 12 tengah malam.
Klik pada Gambar untuk Maklumat Lanjut.

Saya Taq 3 Orang sahabat....


Pada kawan² yang tak kena taq pun jomlah join jugakkk.. meramaikan....



Rabu, 18 April 2012

Makaroni Goreng Sempoiiii.....

Assalamualaikumm Semuaa....

Selamat malam... ni entry mengigau ke.. tibe² malam ade entry ni... hahahahaha.. memang jarang² berlaku.. tapi percaya yer.. bukan tipuuu hahahahaha... hanya berlaku sesekali sahaja.... bile semua dah tidurr kekenyangan.. dan ibu tak tahu nak buat ape....

Malam ni makan ape?? saya malas sangat nak masak... kepenatan mata.. dengan badan... mood pun kelautlah sikit nak masak untuk makan malam ni.. Nak makan kat luar lagilah malas.. bukan hape.. nak bersiap... nak menunggu.. nak tunggu makanan masak kalau ramai orang lagilah haruu kelaparan.. tu semua pun amik masa.. jadi saya masak koboi jerlah malam ni... nasiblah hubby ok jer.... Amir?? amir siap cakap.. amir dah makan kat rumah ibu shima (rumah pengasuh) jadi dia pun takmoo makan berat² sangatlah tu...

 Makaroni Goreng Sempoiiii..... 
Semua pun guna bahan² yang dah ade dalam peti sejuk hihihihihi.....

Resepi Makaroni Pintal Sempoiiii... Versi Masya :

Rebus makaroni agak² untuk 2 orang makan... (dah kembang/lembut toskan..)
masukkan minyak dalam kuali agak²...
1 biji bawang putih+1 biji bawang merah tumis sampai naik bau...
Masukkan daging burger dengan sosej yang dah cincang.. tumis sampai naik bau... masukkan sayur campur... 
Lepas tu masukkan makaroni yang dah rebus dan dah tosss tadi.. gaulkan kasi sebati.. barulah masukkan sos spagetti kimball .. boh garam secubit.. siappp semmmpoiiii ... sedia untuk makan...


Siap ade pencuci mulut pelam madu.. terbaikk manisnya.... menjilat jari.. beli kat pasar malam jer pun... dah seminggu dalam peti sejuk tak habis² makan 3 beranak...


Selamat menjamu mata semua.. dah kenyang mengantuklah pulak hihihihihi.....

Kemeriahan Hari Lahir Hana - Turn 1

Assalamualaikumm Semua....

Tiada yang lebih mengembirakan didalam hidup, selain daripada kelahiran insan yang paling kita sayangi... iaitu permata hati, Kelahiran putri Annur Hana melengkapkan lagi penyeri hidup buat sahabat saya adeq dan suaminya.. wan.... lepas ni bolehlah hana dapat adik lagi hihihihi.....

Hujung minggu baru² ni saya pergi kerumah kawan baik saya safarina atau lebih mesra dengan pangilan adeq dikalangan kawan yang rapat.. sebab kami dulu masa sekolah ade kawan rapat yang lebih mesra panggilan dari along sampailah achik dan adeq. Adeq kawan masa kat sekolah menengah dulu.. sampailah sekarang pun kami masih berkawan dah berhubung.. walaupun dah beranak pinak... itulah yang dinamakan persahabatan..  takkan putus sampai bile².....

Jom Layan....

 Hana yang comelll dan kiuttt.... sweett sangat².... cepatnya masa berlalu dah setahun.

 Kemeriahan terasa sangat²... kek sampai 2, paling suke tengok belon² tu.. cantikk....

 Kek ni yang paling sedappp.... coklat dia piyooo betullll.. nyum²......

 Opppsss... candid... mama bestday gegirl bz sangat.....
Maklumlah anak baru sorangggkan...

 
 Kami² antara yang hadir..... dari kiri fara (isteri alang) dan sebelah kanan angah.....
Sweet memori bersama birthday girl....

Dapat air mineral dan coklat moist.. sangatlah sedappp.. 


Semoga Hana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang baik kebanggaan ibu dan ayah serta menjadi anak yang solehah amin.....


Buah Zaitun Hitam

Assalamualaikumm Semua.....

Sebenarnya dah lama nak tunjuk gambar buah zaitun hitam ni.. tapi sebab tak berkesempatan nak ambil gambar dan stok kat rumah dah habis.. tak dapatlah nak tunjukkan gambarnya.....

Baru² ni saya ada buat pizza jadi saya ambillah gambar buah zaitun hitam ni...pada saya buat pizza tak letak pun takpe... cuma hiasan jerkan.. tapi kalau letak barulah menarik pizza tu macam kat pizza hut hihihihihi..... (macamlah pandai nooo masakkkkkkan.. padehal main belasah jer.. tunjuk ajarku sifu...) daripada otai² blogger jugakkk......

Selalu saya pakai yang pitted atau pun yang telah dibuang biji.. tapi sebab nak cepat masa beli hari tu dah habis stok.. saya ambil whole ni.. ade biji.. payah sikitlah nak gunting atau potong wat hiasan pizza.


Inilah buah zaitun hitam yang telah dijerukkan... sebab apa saya panggil jeruk.. sebab dalam tin tu ade air.. bukannya kering, tapi rasanya tak masam pun.. cuma bau dia kurang berkenan sikit.. sebab tu dah bukak mestilah letak dalam peti sejuk....


Nak letak jugak gambar pizza yang belum bakar hihihihihihihhi....


Adunan Roti Pizza Versi Masya:
2 cawan tepung roti
1 sudu besar mentega/minyak masak pun boleh....
2 sudu mauripan yang telah dibancuh dengan air suam
1 sudu kecik teh garam
½ sudu kecik teh gula (kalau tak letak pun takpe)
1 sudu daun oregano (tak letak pun takpe...)
Campurkan semua bahan kat atas dan masukkan air secukupnya... bancuh sampai tepung roti jadi doh.. jangan cair jadi cucur pulak hihihihihihi....
Perapkan dalam bekas bertutup sampailah doh naik lebih kurang 1 jam barulah boleh letak topping hiasan.

Untuk inti dan hiasan terpulanglah pada kawan² semua.... janji topping tu pakai cheese mozarilla.. barulahhh ummmphhhhhhh pizza tuu... mablesssshhhh....


Selamat mencuba kawan² semua.....


Giveaway Herba Tihara

Assalamualaikumm Semua...

Jom join ramai².... saya sokong tihara..... syarat yang diberi pun mudah... hadiahh.. kalau ade rezeki menang ok jugakkk...



Syarat-syarat penyertaan:

-mestilah follower blog ini
-beralamat di Malaysia
-buat entry simple bertajuk  Giveaway Herba Tihara
-copy banner GA dan linkback ke entry ini
-tinggalkan url entry di kotak komen.


 Hadiah-hadiah untuk 9 orang pemenang:

1. handphone casing strawberry
2. 1 sticky post review blog 48 jam
3. 1 sachet wangian teh hijau
4. 1 sachet wangian lavender
5. 1 keychain strawberry
6. 1 crochet card 
7. 3 blog pilihan entry


Pemenang akan dipilih menggunakan random.org 

CLOSING DATE: 24 APRIL 2012 (SELASA)

Selasa, 17 April 2012

Laluan Ambulans

Assalamualaikumm Semua.....

Gambar ihsan google jer.......


Aku sangat²lah trauma dengar bunyi siren ambulans... bukan ambulans jer.. van JPA, van St John, bomba.. polis pun iyer jugak.. semua² yang ade sirenlah... lagi² masa tengah drive, kalau dengar jer.. mulalah gelabah....

Laluan ku pergi dan balik dari rumah ketempat kerja memang melalui depan hospital, jadi setiap kali nak pergi kerja atau balik kerja mesti ade ambulans yang lalu....

Pagi ni pun kebetulan ade ambulans, dari dalam kereta lagi aku dah tercari² dari mana datangnya ambulans tu.. laluan kami ke.. laluan sebelah... kebetulan dari arah laluanku... cepat²lah pusing stereng ketepikan kereta nak bagi jalan... bile lepas jer ambulans lalu.. ade jerlah yang ikut belakang ambulans tu.. padehal bukannya ahli keluarga pun.. tak kirelah motor ke.. kereta pun ade jugak.. lagi² kereta yang comel boleh menyelit... kadang² terpikir jugak... apelah dia orang ni suke mengambil kesempatan pulak.. dahlah jalan jem... sesukati jer.. buat macam tu....

Aku pun tak tau ape yang aku traumakan.. tapi... tu lah asal ambulans lalu nak masuk hospital jer selalu terpikir sapelah yang sakit, orang kemalangan ke.. macam manelah orang tu... janganlah saudara maraku... moga orang tu selamatlah hendaknya... 

Bile nampak ambulans keluar hospital pulak aku terpikir.. manelah ambulans ni nak pergi.. nak amik orang sakit ke.. nak hantar orang pergi hospital KL ke... ade kemalangan ke kat depan tu.. haiiihhh.. mesti darah ni yang berderau... moga² semuanya baik jer... 

Aku sorang jer ke.. yang rasa macam ni.. ke korang pun sama.... ermmmmm....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...