Assalamualaikumm Semua.....
Sebenarnya dah lama nak tunjuk gambar buah zaitun hitam ni.. tapi sebab tak berkesempatan nak ambil gambar dan stok kat rumah dah habis.. tak dapatlah nak tunjukkan gambarnya.....
Baru² ni saya ada buat
pizza jadi saya ambillah gambar buah zaitun hitam ni...pada saya buat pizza tak letak pun takpe... cuma hiasan jerkan.. tapi kalau letak barulah menarik pizza tu macam kat pizza hut hihihihihi..... (macamlah pandai nooo masakkkkkkan.. padehal main belasah jer.. tunjuk ajarku sifu...) daripada otai² blogger jugakkk......
Selalu saya pakai yang pitted atau pun yang telah dibuang biji.. tapi sebab nak cepat masa beli hari tu dah habis stok.. saya ambil whole ni.. ade biji.. payah sikitlah nak gunting atau potong wat hiasan pizza.
Inilah buah zaitun hitam yang telah dijerukkan... sebab apa saya panggil jeruk.. sebab dalam tin tu ade air.. bukannya kering, tapi rasanya tak masam pun.. cuma bau dia kurang berkenan sikit.. sebab tu dah bukak mestilah letak dalam peti sejuk....
Nak letak jugak gambar pizza yang belum bakar hihihihihihihhi....
Adunan Roti Pizza Versi Masya:
2 cawan tepung roti
1 sudu besar mentega/minyak masak pun boleh....
2 sudu mauripan yang telah dibancuh dengan air suam
1 sudu kecik teh garam
½ sudu kecik teh gula (kalau tak letak pun takpe)
1 sudu daun oregano (tak letak pun takpe...)
Campurkan semua bahan kat atas dan masukkan air secukupnya... bancuh sampai tepung roti jadi doh.. jangan cair jadi cucur pulak hihihihihihi....
Perapkan dalam bekas bertutup sampailah doh naik lebih kurang 1 jam barulah boleh letak topping hiasan.
Untuk inti dan hiasan terpulanglah pada kawan² semua.... janji topping tu pakai cheese mozarilla.. barulahhh ummmphhhhhhh pizza tuu... mablesssshhhh....
Selamat mencuba kawan² semua.....