♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 31 Mei 2012

Keterujaan seorang anak buah

  

Kisah dah lama berlaku .... masa sambutan hari guru baru² ni.... kebetulan tahun ni takde rezeki ayah nak dapat hamper berganda² macam tahun lepas.... tahun ni pun ayah tak dapat hadiah berkotak² sebab dah takde pegang mane² kelas.... 

Tapi... kalau dah nama rezeki anak, ayah tak dapat bibik pulak dapat (bibik gelaran mak cik dalam bahasa jawa). tahun ni adik saya dapat hampe pulak... suke lah amir, lagi² bile mak saya tepon bagi tau... dapat hamper.. nanti tunggu amir datang barulah bukak.... (mentang²lah cucu baru sorang... tunggu amir datang baru bukak hihihihihi..... ) memang teruja sangatlah.. kalau boleh lepas letak tepon tu terus nak balik kampung.. jenuh jugaklah pujuk bagi tau.. hujung minggu baru lah balik kampung huhuhuhuhuhu...

 Gambar memang sengaja dikaburkan hihihihihihi......
banyak juga makanan dalam hamper ni.. suke betul amir.....

keterujaan amir terserlah mulut.. tak berhenti² bercakap..... asyik bertanya jer... sampaikan saya pun dah lupe ape yang amir bebelkan masa ni....




Rabu, 30 Mei 2012

WW - Chicken chop rm 5.00

  
 
Jarang ade entry WW kan hihihihihi...

Menu kegemaran amir bile order makan kat kedai depan taman perumahan kami....
disebalik ayam banyak kentang goreng yang tersorok...
layan... (^__^)v


Komen pilihan terima kasih semua ....

  
 
Jarang sekali saya nak buat review kehadiran follower saya.. apepun saya ucapkan terima kasih kerana sudi jadi follower dan sudi² singgah baca kisah hati saya disini.. terima kasih semua.....
 
Kalau orang dah beribu² saya masih ratus² pun dah rasa bersyukur.. sebab saya pun jarang follower orang, apepun terima kasih sudi jadi follower saya... (^____^)v

nombor yang cantik 222


Terima kasih sudi datang sini.. saya dah lama follow blog awak hihihihihihi.... cuma jarang komen jer... 
doakan saya yang baik² yer.. terima kasih...





Banyak perubahan

  

Alhamdulillah baru hari ini masuk kerja.. banyaknya kerja² atas meja uwarrrrrrrrrrrrrrr.... tibe² mood nak sambung cuti balik kikikikikiki...
 
Semalam terpaksa ambil cuti lagi sehari, sebab kesihatan tak mengizinkan untuk datang kerja.. nama jer cuti.. tapi bukan betul² berehat kat rumah pun semalam huhuhuhu.... keluar rumah pukul 9.00 pagi sampai 10.00 malam baru balik rumah.. ;p 

Hari pertama datang kerja banyaknya perubahan... terutama di kala cuti sekolah telah bermula.... yeahhhh jalan sangat² lapang okkk dah macam jalan saya yang puyer sorang... polis traffic pun takde ikut jer traffic light.. ok jer.. perjalanan yang lancar.. sungguh pun keluar rumah pukul 7.00 pagi kikikiki..... 

Nampaknya banyak entry kawan² saya tertinggal kenelah saya maraton ni hihihihi... terima kasih pada kawan² yang sudi singgah sini walaupun saya tak update entry huhuhuhu.. tolong² sapu kan habuk yer... ;p

Ok nak sambung dulu siapkan kerja nanti² saya maraton rumah kawan² semua.. tungguuuuuuuuuuuuu (^__^)v

Isnin, 28 Mei 2012

Selamat bercuti

  
 
Monday yang sentiasa blues.... hari ni saya bercuti... entry ni adelah auto publish.. semalam saya ke johor ade jemputan kawan suami adik dia kawin.. kebetulan dekat dengan rumah abang bapak metua jadi kami pun haruslah bawak mertua singgah kan.. kire macam balik kampunglah.......  
 
Malam tadi kami tidur dimelaka yeahhhh.. hari ni nak jalan² kat melaka...... lagipun hubby kan dah mule cuti hari ni.. cuti sekolah (^__^)v.
 
Nanti² saya sambung story yer bile balik..... (^___^)v


Jumaat, 25 Mei 2012

Pil perancang kurangkan risiko kanser

  


Kaedah merancang keluarga atau kehamilan memang diamalkan sejak dulu lagi... oleh kaum wanita terutamanya.. lelaki?? takde maknenya dia orang nak merancang.. sebab yang mengandung perempuan sahaja... tp sperma dari lelaki hihihihhihi.....

Macam² kaedah yang digunakan untuk merancang keluarga tak kirelah moden atau pun tradisional. Cara moden yang popular ialah pil perancang, implan, cincin vagina (alamak!!! saya pun tak tahu.. ape yer.. jom google kalau jumpe...), suntikan, alat dalam rahim (iud), diafragma, kondom dan macam² lagilah....

Tapi kepercayaan terhadap pil perancang lebih tinggi untuk mencegah kehamilan kerana kira² 100 juta wanita seluruh dunia menggunakannya...

Pakar perancang keluarga Dr. David Delvin dalam tulisannya berkata, penggunaan pil perancang pada asasnya selamat, namum kemungkinan untuk menimbulkan kesan sampingan yang serius juga berlaku antaranya kanser payudara, jantung, strok, aliran haid menjadi tidak teratur, obesiti dan banyak lagi.....

Kajian di The Royal College of General Practitioners pada 2010 terhadap 46,000 wanita pula mendapati pil perancang mampu mengurangkan 12% risiko kanser dan lebih rendah untuk mendapat kanser, strok atau penyakit jantung. (ngeee~~~ macam mane pulak tu yer..... )

Penyelidik diuniversiti Oxford mendapati pil perancang juga dapat mengurangkan kanser ovari walaupun wanita telah berhenti  mengambilnya.... (mengurangkan jer yer.. tak bererti tak boleh kenekan.. kann.. kan... )



KEPERCAYAAN TERHADAP PIL PERANCANG : -


1. Beri kesan buruk kepada badan
Fakta : Hormon yang terkandung dalam pil perancang atau kaedah pencegahan kehamilan lain adalah sama dengan hormon yang ada dalam badan kita.

2. Menjejaskan kesuburan
Fakta : Kajian menunjukkan pil perancang tidak akan menyebabkan kemandulan atau kesuburan.

3. Berat badan bertambah
Fakta : Ketika pil perancang mula diperkenalkan, paras hormon di dalamnya sangat tinggi sehingga menyebabkan pertambahan berat badan. Tetapi kini, kandungan hormon dalam pil perancang agak rendah dan tidak menyebabkan pertambahan berat badan.

4. Beri kesan sampingan
Fakta : Rasa mual, sakit kepala dan payudara adalah kesan sampingan yang biasa dilaporkan. Namun, kesannya akan hilang perlahan² dalam satu tempoh tertentu.

5. Tidak berkesan
Fakta : Keberkesanan pil perancang untuk mencegah kehamilan adalah sangat tinggi iaitu 99% jika diambil dengan cara yang betul.

6. Kitaran haid terganggu
Fakta : Apabila pil perancang diambil dengan cara betul, kitaran haid akan distabilkan dan kedatangannya boleh dijangka setiap bulan.

7. Boleh menyebabkan kanser
Fakta : Kajian menunjukkan pil perancang mempunyai banyak manfaat perubatan. Ia boleh mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 34% dan kanser endometrium.

Sumber : Majalah Harmoni

Sama cantikkan mak dan anak.... (^__^)v
Edisi khas hari ibu...


Vitagen Kolagen

    
 

Korang suke minum vitagen tak?? saya?? saya jangan cakaplah peminat tegarrr hihihihi... saya dan amir memang suke tak kisahlah vitagen, nutrigen, solivite .. semua pun okk jer.... yourget pun saya ok jer.. tapi amir tak suke sangat sebab yourget lagi masam....
Oklah hari ni saya nak kongsikan sikit pasal vitagen collagen ni... sebenarnya inilah kali pertama saya cuba dan beli sendiri.... sedapp rupanya nyum² lagi² yang kolagen ni kurang gula haruslah suka.. sebab tak manis atau masam sangatkan......



stok percubaan beli satu pek dulu... 
(abaikan pemandangan kat belakang tu.. meja bersepah²)
  • 0% lemak
  • mengandungi serat makanan
  • kultur hidup & aktif
  • diperkaya dengan vitamin C
  • Dengan 500mg peptida kolagen laut (sumber ikan)
 
Setiap botol minuman kultur VITAGEN KOLAGEN kurang manis mengandungi 500mg peptida kolagen laut (sumber ikan) dan 30mg vitamin C. Setiap botol memiliki berbillion kultur hidup untuk penghadaman dan ian mengandungi serat pemakanan (inulin) inulin menyokong pertumbuhan bakteria bifido dan menolong mengekalkan persekitaran usus yang baik.


hahahaha... tengok banyak tak saya borong...
kebetulan ade orang datang jual kat opis ni... 3 pek vitagen biaser rm 11.00
1 pek vitagen kolagen rm 5.00
so semua sekali rm 16.00 
kalau beli kat luar mahal sikit.. kecuali ade promosi....
(stok ni tak sampai sebulan mesti dah habis punyer.....)




Kolagen merupakan protein yang menghubungkan tisu, tulang, tendon dan kulit. minumlah vitagen kolagen kurang gula setiap hari.


Hari ni takde letak gambar model yer.. sebab gambar² ni semua amik kat opis.. stok pun kene sorok² kat dalam peti sejuk rumah tu.. kalau tak mau semua ni amir habiskan sekali hadap jer huhuhuhu



psttt.. psstttt.... lepas ni nak minum cocoa collagen pulak hihihihihihi.... ramai yang kate sedapp.. kebetulan kawan kat opis pun dah ade yang jual... haruslah cuba minumkan.... amboiii kelassss ko masya yer.. semua main kolagen jer... jangan mara... soh minum jamu secawan pun payah aiyakkkk.......




Khamis, 24 Mei 2012

Maksud Doa ...... Bukan sekadar duduk biasa

  
Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
Tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t


HAYATILAH BUKAN SEKADAR MELAFAZ..INSYAALLAH
 Renungan bersama salam 03 Rejab, selamat berpuasa pada kawan² yang berpuasa... (^___^)v maafkan saya jika ada maksud diatas yang salah... saya hanya mahu berkongsi.. ilmu yang baru saya perolehi.....
 
 Sentiasa rasa sejuk dihati melihat gambar ini.....
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...