♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 25 Mei 2012

Home » , » Pil perancang kurangkan risiko kanser

Pil perancang kurangkan risiko kanser

  


Kaedah merancang keluarga atau kehamilan memang diamalkan sejak dulu lagi... oleh kaum wanita terutamanya.. lelaki?? takde maknenya dia orang nak merancang.. sebab yang mengandung perempuan sahaja... tp sperma dari lelaki hihihihhihi.....

Macam² kaedah yang digunakan untuk merancang keluarga tak kirelah moden atau pun tradisional. Cara moden yang popular ialah pil perancang, implan, cincin vagina (alamak!!! saya pun tak tahu.. ape yer.. jom google kalau jumpe...), suntikan, alat dalam rahim (iud), diafragma, kondom dan macam² lagilah....

Tapi kepercayaan terhadap pil perancang lebih tinggi untuk mencegah kehamilan kerana kira² 100 juta wanita seluruh dunia menggunakannya...

Pakar perancang keluarga Dr. David Delvin dalam tulisannya berkata, penggunaan pil perancang pada asasnya selamat, namum kemungkinan untuk menimbulkan kesan sampingan yang serius juga berlaku antaranya kanser payudara, jantung, strok, aliran haid menjadi tidak teratur, obesiti dan banyak lagi.....

Kajian di The Royal College of General Practitioners pada 2010 terhadap 46,000 wanita pula mendapati pil perancang mampu mengurangkan 12% risiko kanser dan lebih rendah untuk mendapat kanser, strok atau penyakit jantung. (ngeee~~~ macam mane pulak tu yer..... )

Penyelidik diuniversiti Oxford mendapati pil perancang juga dapat mengurangkan kanser ovari walaupun wanita telah berhenti  mengambilnya.... (mengurangkan jer yer.. tak bererti tak boleh kenekan.. kann.. kan... )



KEPERCAYAAN TERHADAP PIL PERANCANG : -


1. Beri kesan buruk kepada badan
Fakta : Hormon yang terkandung dalam pil perancang atau kaedah pencegahan kehamilan lain adalah sama dengan hormon yang ada dalam badan kita.

2. Menjejaskan kesuburan
Fakta : Kajian menunjukkan pil perancang tidak akan menyebabkan kemandulan atau kesuburan.

3. Berat badan bertambah
Fakta : Ketika pil perancang mula diperkenalkan, paras hormon di dalamnya sangat tinggi sehingga menyebabkan pertambahan berat badan. Tetapi kini, kandungan hormon dalam pil perancang agak rendah dan tidak menyebabkan pertambahan berat badan.

4. Beri kesan sampingan
Fakta : Rasa mual, sakit kepala dan payudara adalah kesan sampingan yang biasa dilaporkan. Namun, kesannya akan hilang perlahan² dalam satu tempoh tertentu.

5. Tidak berkesan
Fakta : Keberkesanan pil perancang untuk mencegah kehamilan adalah sangat tinggi iaitu 99% jika diambil dengan cara yang betul.

6. Kitaran haid terganggu
Fakta : Apabila pil perancang diambil dengan cara betul, kitaran haid akan distabilkan dan kedatangannya boleh dijangka setiap bulan.

7. Boleh menyebabkan kanser
Fakta : Kajian menunjukkan pil perancang mempunyai banyak manfaat perubatan. Ia boleh mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 34% dan kanser endometrium.

Sumber : Majalah Harmoni

Sama cantikkan mak dan anak.... (^__^)v
Edisi khas hari ibu...


12 ulasan:

~Cik Sweety~ berkata...

ilmu sebelum kawin..syukran yea..(^_^)

safurara berkata...

and dorg kata dye boleh menggalakkan sel kanser dlm badan.

IntaNBerliaN berkata...

pil perancang ni ada positif n negatif kan..

haryati berkata...

tq for the info, masa anak 1st je makan pil perancang pastu pas bersalin yg 2nd ni tak penah makan pun

jamilahamzah berkata...

erm, saya takut nk makan pil perancang ni.. yela, cam no 1, 3 n 4 la...hehe... tp bgsla ada fakta yg menerangkan hal yg sebenar...

|| NaFiRaa || berkata...

zura dh x pakai pil perancang dah.. sebab ade kesan sampingan..hehehe

::NureeN:: berkata...

asben x kasi ambil pil perancang, kami rancang sndri ja hehhe

sal ya berkata...

kena makan pil perancangkah? oh, tidak!!! hahaha...

Tie HT berkata...

info yg bagus..thanks for sharing....akk tk payah makan..mmg dah terancang dahh..hihiks :)

::CIK LYNN:: berkata...

cik lynn blom kawin lg..tp dari apa yg cik lynn blajr, pil prancang mmg ada side effects yg akak mentioned tu...plg ktara, haid xtratur la n weight gain...

simple explanation nya, pil prancang ni ada kaitan, control n stimula hormon kita (progesterone n estrogen)..sbb tu prempuan sblom menopause krg sikit nk dpt pnykit jantung bbnding llaki...tp once dh menopause, % risiko tu sma je dengn llaki...

eija_sweetmama berkata...

Eija mmg x pernah makan pil perancang, selama ni rancang sndiri jerk..heheheh

PERMATABIRU berkata...

xberani makan juga..banyak kesan sampingan..rancang sendiri ja..^O^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...