♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 28 Jun 2012

Cara untuk buat tanda kuasa / angka berganda di atas

  

Cepatnya masa berlalu dah tengahari rupenya.. kalau dah tengahari dalam opis ni memang rajin ade yang matikan lampu kat unit saya ni.. bukan satu lampu tapi semua lampu dibahagia ini.. jimat² jadi.. saya BW dan menaip drat entry dalam bergelap jerlah huhuhuhuhu... ( org kata tak elok untuk kesihatan mata jangan tiru saya)

Lunch pun jarang keluar makan.. selalunya makan sarapan sekali lah untuk tengahari.. ate kalau dah makan pukul 10.30 @ 11.00 elok sekali lunch lah kan... 

Kawan bertanya kite menjawab.. yang mane saya termampu jerlah yer... yang sebenarnya lebih pada nak berkongsi ilmu (tibe² muka jadi malu²) sebab saya pun tak pandai sangat, pada yang dah tahu takpe... buat² amik tahu jer... pada yang tak tahu... jom belajar.

Hadoii panjang kemain kelaut bagai mukadimahnya haihh.. ok... sebelum tu saya mintak maaf dulu.. memang sebelum ni ada yang bertanya dan ade yang komen nak tahu juga macam saya boleh buat kuasa² dua tu jadi kecik.. tapi saya tak berkesempatan nak buat entry.. yang benarnya lebih pada tak tahu cara nak mengajar sebab tu lah tak jadi cikgu hihihihihi.... ok meh saya ajar yer... percuma jer.. takde pengeras² nya... ;p

1. Cara nak buat ( ² ) - Tekan Alt jangan lepaskan dan taip nombor 0178 secara laju dan lepaskan Alt.

2. Cara nak buat ( ½ ) - Tekan Alt jangan lepaskan dan taip nombor 0189 secara laju dan lepaskan Alt.
 
3. Cara nak buat ( ³ ) -  Tekan Alt jangan lepaskan dan taip nombor 0179 secara laju dan lepaskan Alt.
 
4. Cara nak buat ( ¼ ) - Tekan Alt jangan lepaskan dan taip nombor 0188 secara laju dan lepaskan Alt.
 
ok jadi tak x ??? jadikan.. yeahhhh berjaya... cuba tinggalkan komen kat sini kalau berjaya dan sebagai bukti korang mencuba..... hihihihi.. tak tinggalkan komen pun takpe.. takde hadiah....
 
 Terima kasih bertanda... ok saya dah tunaikan.. takmooo lupe² lagi tau hihihihi.... (^___^)v


Bicara Hati : Kalau rajin macam² lagi nombor / angka / simbol boleh jumpe.... nanti korang share lah dengan saya pulak hihihihi... nombor 3/4 pun boleh buat tapi saya lupelah kodnya .... saya pun tak khatam lagi.





Hijaucantik 3rd Giveaway

    


Sempena ulang tahun perkahwinan cha yang ke-4, cha ade menganjurkan giveway buat follower blog beliau... jom join ramai².... 

Suke kesana membaca kerenah dan keletah anak² cha ni.. ade jer... akalnya... (^___^)v

   
Klik pada gambar ni kalau nak join.... dan boleh baca syarat²nya.. (^___^)v




ID: Masya
Link blog: http://masyaamiraaimie.blogspot.com
Name blog: Kisah Hati.



Bicara Hati : Akhirnya jumpe juga, jenuh jugaklah nak cari blog sendiri dalam list ni saya yang mane.... hihihihihi.... Happy anniversary.. moga kekal kehujung nyawa.. bahagia bersama insan² yang disayangi.


Rabu, 27 Jun 2012

Bile orang lain buat keje lambat, kite juga yang merasa tempiasnya

  
Assalamualaikum... hujan diluar.. mendung dihati ini....
Tibe² hari rabu nak membebel dipetang hari.....

  
Banyaknya (gambar hiasan semata²).. semua pun nak cepat.. semua pun nak kene siapkan segera....
patutnya akhir bulan dah tak banyak kerja saya macam ni.. tapi....
sebab orang lain suke peram.. saya pulak jadi mangsa....
tapi.. bile ade yang komplen mulelah telinga ni berdesing kan... errrmmmm....


Bicara Hati :Berlakonlah selagi kamu mampu berlakon.. kerana kamu memang pelakon yang hebat.. saya memang tidak sehebat kamu.... bile peram ni kalau jadi tapai sedap juga dimakan hihihihihi.... (^___^)v   Amir ibu balik lambat hari.... cian amir... tapi ibu dah belikan donut coklat untuk amir... pandai tak ibu nak amik hati amir pandaikan.. sebelum amir tanye itu ini kat ibu balik nanti.... (macamlah amir dah pandai baca blog ibu ni..;p)




Sayakah Follower Bertuah itu?

  



Jomlah join beramai²...... Klik jer gambar atas ni pada yang nak join 
dan baca syarat² yang ditetapkan...

saya taq 3 orang rakan saya jugak.... 
 
Zura a.k.a Nafira
 
Eija a.k.a sweetmama zaquanziqri
 
Kak Nani a.k.a sweet sour
 
 yang tak kena taq sape baca bolahlah join hihihihihihi....


Hadiahnya adalah 1 unit Korean Made 3-Way Foldable Bag from The Code Trading untuk 2 follower bertuah!
 Tarikh tutup: 20 Julai 2012 @ 11:59pm 

Bicara Hati

Assalamualaikummmm dan selamat pagi.....
 

Amin moga begitulahnya.. lagi² bile kite berkawan dengan orang yang selalu berfikiran positif, automatik kite pun jadi lebih positif (^______^)v


Bicara Hati : Drama berepisod bicara hati dah pun berakhir malam tadi.. walaupun tak tekun tengok tapi saya layan jugak.. kadang² ulangan pun saya layan hujung minggu, novelnya sampai sekarang saya tak baca² hihihhihi... ke.. saya pernah baca tapi lupe... ;p
 
 
 



Selasa, 26 Jun 2012

Beli vitagen dapat tupperware

  

Alhamdulillah rezeki dipetang hari.. ade orang jual vitagen hari ni kat opis, macam biaserlah saya haruslah rembat kan untuk stokk dirumah..

Beli macam biaser 3 pek RM11.00, Kali ni beli dapat percuma tupperware... ala² bekas kuih pun iyer jugak... cantiklah... kalau tak silap ade 5 warna... tapi yang stokis ni bawak hari ni satu warne jer.. warna hijau, rezeki amirlah warna ni warne kegemaran amir.. silap² lepas ni semua makanan amir soh masukkan dalam tu.. tak merasalah nak jadikan bekas kuih raya nanti....
 
 Beli 3 dapt 1
Kalu tekun membeli ni boleh kumpul stok buat bekas kuih raya.. suke²... 

 Bentuk bekas ni unik sangat segitiga 
yang sebelum² ni pernah juga dapat free gift tupperware tapi bukan macam ni lain sikit...


Ape lagi jomlah pergi membeli lagi kan... nanti boleh tambah koleksi sementara stok masih ade.... sampai kembunglah kami minum vitagen bulan ni.. takpe² bagus untuk perutkan...


Bicara Hati : Sedang elok mengemas rumah.. amir pun tibe² bagi idea.. amir nak bilik amir ni cat hijau ibu.. hijau cantik.. errrkkkkk.... ayahhhh sila tunaikan permintaan amir.. ibu tak kuasa nak mengecat² bilik ni... huhuhuhuhu..... nampaknya bilik tetamu tu kenelah tukar jadi bilik amir, sebab dah banyak kali jugak amir cakap nak bilik sendiri.. jangan dah siap nanti takmoo tidur bilik sendiri sudahhh .....





















Isnin, 25 Jun 2012

Mendung Berarak hingga ke tengahari

  

Alhamdulillahhh... masih dipanjang usia.. mood pagi ni agak mendung sikit.... 

Amir pun merenggek² takmoo g umah pengasuh..maklumlah dah 2 hari kami berguling² kat rumah berdua... makan, tidur, makan tidur dah macam ular sawa hihihihihihi... ;p itulah jadinya bile kami dua beranak dirumah.... nanti dah jemu tengok tv main² gaduh² berdua, amir tak sudah² membebel menyanyi... ade jerlah ideanya.

Malam tadi hampir nak lelap mata baru perasan nak tengok handphone.. itulah rupenya kalau dok umah handphone letak merata²... memang takde maknenya nak pegang.. sampai kadang² call masuk pun tak dengar. Bukak sms dikejutkan dengan berita yang kurang baik, kawan opis sms ayahnya meninggaldunia... al-fatihah buat arwah moga rohnya dicucuri rahmat.... Alhamdulillah telah dikebukan pagi ni.. kami sempat pergi ziarah.
 
Oleh kerana hujung minggu baru ni mood malas sesangat nak mengadap lappy.. malam td adelah kejap bukak sebab mata tak boleh tido gara² melayan amir tido petang semalam. Hari ni mungkin mood maraton berjalan² kerumah kawan².. tunggu kedatangan saya.. jangan lupe hidangkan ape yang patut hihihihihi... (^____^)v

Hujung minggu baru ni 2 hari duduk dirumah, seyes macam tak percaya.. rekod baru tu... tak keluar kemana² dari sarapan, makan tengahari sampailah ke malam semua gara² nak puasa jadi haruslah kemas rumah dengan sebaiknya .. jadi ramadhan nanti takde maknenya lah saya nak berkemaskan.. kan... tu pun kemas ape yang patut jer dulu.. rasanya banyak lagi yang nak di kemas mood²... marilah kemari haihhhh.... terutama kat dapur tu... banyak rasanya yang nak dikemas huhuhuhuhuhu

Bicara Hati : Insyaallah kuiz percutian di A'Famosa akan dilancarkan tak lame lagi tunggu.... wahhhhh ... macam gempak jer kan... ade ke penyertaannya tu.... harap² adelah...




Jumaat, 22 Jun 2012

Selamat hari lahir buat kak fieda

Assalamualaikummm semua.. khas ucapan buat seorang kakak..... 




Seorang yang saya panggil kakak, orang cute aje.. sejuk mata memandang... melihatkan mukanya yang cute mamng tak percaya umurnya melebihi 30'an, seorang suri rumah sepenuh masa (beruntungnya Kak Fieda dapat menjaga anak sendiri dengan sempurna dirumah tanpa terkejar²) seorang yang peramah di alam maya .... sangat² suke dengan akak yang peramah dan sudi berkunjung kesini sungguh pun kite tak pernah bertemu jauh sekali mengenali antara satu sama lain sebelum ini... tapi di alam maya kita bertemu.
Sempena hari lahir kak fieda pada hari ini saya sisipkan sesuatu yang istimewa buat akak semoga akak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke syurga bersama insan² disayangi. Amin. Semoga perkenalan di alam maya ini akan di susuli satu pertemuan yang indah suatu hari nanti....

 Cheese kek special buat akak
hasil air tangan saya sendiri hihihihihihihi......
Kalau takmoo makan kek pizza pun ade.. special lagi dikelilingi sosej 

    
Air special coconut shake untuk kite berdua boleh....
(gambar google jer) .....



Foto Saya
Pinjam gambar yer kak, alahai cutenya... 






Oleh kerana kite berjauhan saya hantar gambar² jerlah buat tatapan kak fieda yer... buat kawan² blogger pulak sila lap air liur jangan meleleh di sini hihihihihi... ;p


Bicara Hati : Permintaan hujung minggu anak bujang bam bam saya nak kek cheese coklat, ibu takde mood lah buat kek.. cian dia.. daripada hari tu mintak tak dapat².... insyaallah ibu gagah diri buatkan nanti yer...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...