♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 5 Disember 2012

Layan Main Bowling

  





Bicara Hati : Model kene tutup muka sebab kepenatan melayan, sampai kene baring gitu hahahahaha......

Selasa, 4 Disember 2012

Kali pertama - Sakit Mata

  


Alhamdulillahhh.. masih berkesempatan bukak blog ni, gigih dok balas jejak kawan² yang singgah komen.. tq semua... saya mintak maaf sangat² lambat balas jejak.. sebab saya sibuk banyak hujung tahun hihihihihihi..... Cuma sempat BW waktu rehat tu pun kalau mata ni tak kuyu mengantuk....

Ni entry fresshhh daripada owen tau... kisah malam tadi.. elok jer amir dok golek² tibe² dia gosok mata, gosok semahunya kata dia gatal... dah tak pasal² lepas tu mata dia bengkak.... kemerahan.... Ape kenelah pulak anak bujang ni.. ade hama ke kat toto tu.. (memang dah sebulan tak hantar dobi pun) ade takde jemur kat laman tu jer lah....

Pagi ni bangun dah okk sikit tak bengkak sangat.... tu pun sebab gigih ibu dok titikkan eyemo kat mata tu... masa dia tidur okkklah sikit.. tapi masa dia sedar ni jangan haraplah nak sentuh mata dia pun tak bagi huhuhuhu .....

Gambar pagi tadi .... 
Mata amir yang sakit sebelah kanan ...
Maaf gambar blur nak letak jugak kat sini ...


Mood pagi tadi amir mintak bawak bekal ke taska pau hijau ( kegemaran baru), roti jagung & roti vanilla. Pada² sakit tu.. ade lagi selera nak makan hihihihihi.... sajaelah saya sakat.. yang sakit matalah ibu.. mulut amir ok.. gigi amir pun okk ..... (merujuk pada gigi dia yang berlubang tak sakit)

Harap² petang ni dah beransur pulihlah. tadi bagi tahu jugak kat pengasuh taska, suruh letakkan eyemo masa dia tidur huhuhuhu... Kalau tak okk jugak balik kerja nanti barulah pergi klinik.. kebetulan pagi ni hubby hantar sebab petang hubby nak guna kereta ade kelas tambahan.



Bicara Hati : Seusia bawah 2 tahun amir kerap demam, alhamdulillah masuk 3 tahun lebih ni dah ke 4 tahun dah jarang demam mungkin antibodi makin kuat.. tapi tu lah... ade jer sakit lain pulak .. dugaann...



Isnin, 3 Disember 2012

Anak Manje

  



Macam mane yang dikategorikan anak manja yer... anak tunggal, anak sulung yang lambat dapat adik (macam amir lah ni), anak bongsu perempuan, anak bongsu lelaki atau anak angkat huhuhuhuhu.....

Ramai yang kategorikan amir ni anak manje.. ape yang dia nak semuanya dapat... walhal saya bukan manje kan dia pun... tapi bile jumpe saudara mara.. mesti dia orang cakap.. iyerlah baru sorang semua nak pun dapat... manjenya dia.. nanti dah ade adik tak bolehlah macam tu.... sejujurnya amir ni jenis penjimat serba serbi kalau ade mainan jarang dia nak jahanamkan... memang jenis main tak reti nak jadi juruteknik dok bega-bega.

Pada saya, saya ni memang agak garanglah dengan anak... (tapi anak memang tak takut pun) kalau boleh saya nak tegas dengan dia.. tapi percayalah.. naluri ibu saya ni haihh mudah sangatlah cair... saya tak sekuat mane pun.. lagi² amir ni dah pandai buat drama.. kalau saya kata tak boleh mulelah dia merenggek buat muka kesian menangis.... kadang² saikoo jugaklah nak memujuknya... tau...



 Saya yang pemalu sebenarnya hihihihihihi ....

 

Kalau amir main sesuatu dan ayah suruh kemas.. elok jer.. buat, paling² melawan pun dia dia berdiri tegak kat dinding dan yang herannya kuasa apelah hubby pakai baru sebut nama jer.. amirrr.... (tak kuat mane pun.. sebut nama macam biaser jer) tapi.. percayalah.. masa tu air mata dia dah bergenang/ bertakung kat kelopak mata nak luruh.... kalau saya ade kat situ dia dah lari ke saya dah.... tapi kalau ibu ni yang suruh silap² mainan tu dicampaknya.. buat tak dengar jer.. telinga tu...

Terima kasih ina sebab kongsikan info 1 juta neuron otak anak terbakar dan hanya akan pulih 3 bulan diberi pemakanan yang sihat.


Bicara Hati :   




Jumaat, 30 November 2012

Baju tidur kotak - kotak

  
Penangan² bahana betul lepas ni mesti berebut² ramai yang cari baju tidur kotak² kan... sebab malam tadi nampak AA pakai dalam cerita Adam & Hawa hihihihi... (^___^)v
 
Baju ni selalu sinonim budak² sebaya amir jer pakai.. tapi amir pun takmoo pakai dah huhuhuhu... dia rimas baju berkolar ni.... Tibe² nak belikan jugak.. nak belikan untuk 2 orang hero ibu tu hahahahaha.. amacam?? okkk tak.... Kat mane nak cari ni... rasanya untuk orang dewasa payah nak jumpe.. untuk budak² senang jer....
 
Muka gatalkan.. nakal pun iyer jugak...



Bicara Hati : Awatlah bilik sempoi sangatkan takde macam bilik pengantin kikikikikiki .... ;p
 

Khamis, 29 November 2012

Masterchef I Bola Piala Suzuki I Adam & Hawa

  
   

Kisah malam semalam.. semua nak dilayankan kat tv hihihihihihi.. semuanya pun best... nasib baiklah amir tidur awal, jadi ibu dengan ayah jerlah layan tv .. tu pun dok berebut remote hahahahaha.. kalau amir tak tidur mau berebut dengan amir jugak.. sibuk nak tengok kartun.

Oleh sebab nak melayan bola punyer pasal, tangan baru nak baik ni digagah²kan diri jugak masak.. hari sebelum tu oklahh mek bagi nasi kerabu.. takkanlah mek nak bagi lauk setiap hari kan.. so semalam masak sardin jer pun hihihihihihi... makan 2 beranak sebuku roti tak sedoooo ...

Mule² sependapat elok jer tengok masterchef sekali tang pengumuman nak masuk final ditangguhkan lah pulak hahaha saboor jerlah.... ibu layan adam hawa sebab semalam episod yang best hawa dan adam dah berbaik hihihihihi..... tup² ayah kalih bola... kannn.... oklah layan kejap.. tadi masterchef oklah lagi.. ade iklan tukar bola.. ni dah kalau layankan bola jer mane ade iklan.. nasib baiklah ayah mengalah.. dapatlah tengok adam hawa jap.. kemain lagi yer AA kalu bab² menyakat ain tu menjadi jer.... yang tengok ni pun dok senggih² hihihihihihi ....
 
Ok malam ni boleh layan tanpa gangguan juga... sambil makan bihun tom yam ..... (gamba tak mau tayanglah kang masing² terliur pulak...



Bicara Hati : Bukannya pulun sangat kat tv cerita Adam Hawa mane yang sempat jer tengok pun hihihihi.. paham jer jalan cerita tu.. cuma lakonan AA tu yang selamba menjadi jer.. mencuit hati dibuatnya...







Makan ubat cacing

    
Sape yang pernah bagi anak makan ubat cacing??? korang semua bagi anak minum ubat cacing sejak umur biler yer... Saya kali terakhir masa amir umur 2 tahun memang doktor bagi .. lepas tu dah tak pergi klinik untuk check-up bulanan jadi sejak tu tak dapat bekalan ubat cacing, tibe² saya terpikir sesuatu sejak akhir² ni anak saya senang muntah waktu pagi dan kurang selera makan (takdelah kurang sangat cuma tak macam selalu seleranya) .. adekah sebab cacing ade dalam perut dia.. sebab dia pun pernah ngadu sakit perut waktu pagi..... atau sebab kami keluar rumah awal pagi dia tak biasa dia pening ....

Jangkitan cacing ni dikategorikan sebagai satu jangkitan parasit, yang mana cacing ini tadi boleh hidup dalam darah , usus dan organ tubuh manusia. Bila dah namanya parasit, cacing ni akan makan apa yang kita makan.

Bagaimana Cacing dapat masuk dalam badan?
  • Apabila termakan telur cacing yang berada dalam makanan yang tidak dimasak dengan sempurna mungkin dari gerai yang tidak berapa mengamalkan kebersihan .
  • Sekiranya tidak mengamalkan basuh tangan sebelum makan. Makan dengan tangan yang tidak bersih boleh menjadi punca kepada jangkitan cacing ini.
  • Cacing juga boleh masuk melalui kulit kaki yang terdedah.
  • Sekirangan tandas (jenis tandas duduk) yang diguna tidak bersih , terutama di tandas awam. 
  • Cacing juga boleh disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan.

Bagaimana Cacing membiak dan hidup dalam badan manusia?

Sekiranya termakan makanan yang mengandungi telur cacing, telur cacing tersebut akan menetas dalam usus kecil . Cacing tersebut akan membesar kerana mendapat zat makanan di usus sewaktu proses penghadaman berlaku. Cacing yang dewasa akan mengawan dan bunting seterusnya akan mula bergerak ke usus besar dan  rektum. Telur cacing ini akan keluar melalui najis.


Jenis- jenis cacing yang boleh hidup dalam badan manusia ialah:
  • Cacing cangkuk (hook worm)
  • Cacing gelang (round worm)
  • Cacing benang (thread worm)
  • Cacing kerambit
  • Cacing pita (tape worms)

Simptom-simptom telah dijangkiti cacing:
  • Pucat akibat kekurangan darah merah (anaemia)
  • Cepat rasa lemah dan letih akibat kekurangan zat makanan.
  • Kurang selera makan
  • Abdomen kelihatan kembung
  • Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur
  • Perkembangan fizikal (kanak-kanak) mudah terganggu

Risiko atau kesan merbahaya jangkitan cacing ialah:
  • Jangkitan cacing pita boleh menyebabkan kerosakan pada otak
  • Cacing kerambit pula boleh menyebabkan luka pada usus
  • Manakala Jangkitan cacing gelang boleh menyebabkan usus tersumbat sembelit dan kembung abdomen


Berapa kerap kanak-kanak perlu mengambil ubat cacing?

Pengambilan ubat cacing (deworming)  seharusnya diberikan samaada setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali bergantung pada situasi tertentu.



Jadi saya perlukan pandangan dan pendapatan kawan² maklumlah amir pun dah 4 tahun hahahaha.. amikew dah 2 tahun lebih maknanya dia tak pernah makan ubat cacing lepas check-up terakhir dengan klinik kerajaan dulu.... nak beli kat farmasi jer ubat cacing ape yang sesuai yer??


Bicara Hati: Yang tengah dok pikir dah tua² macam umur saya ni pun kene minum ubat cacing tak???


Rezeki jangan di tolak

 
 
   

Penyumbang suara entry semalam tanpa bicara hihihihihihi ... kes tangan baru nak baik daripada terseliuh kerana di duga.... alhamdulillah lepas berurut dan sapu param beras kencur tangan dah okkk ... khasiat param beras kencur.


Ramai yang komen entry semalam... terima kasih sangat².. walaupun saya tak sempat nak bw semua.. kalau sempat hari ni saya sambung, kisah entry semalam tu bukan amir makan batang saderi tu.. tapi amir menyanyi dalam kereta batang saderi ibu jadi mangsa dia buat 'microphone'.. penuh perasaan dia menyanyi huhuhuhu.....kadang² tu layankan jer.. dia menyanyi hilanglah jugak rasa boring dalam kereta tu.... tu belum campur lagi cerita dia kat taska .... mau takde titik ceritanya.. tapi percayalah mulut dia hanya riuh dengan ibu dan orang² yang rapat jer.. dengan orang yang dia tak kenal dia susah nak bercakap... ;p



Rezeki mek sebelah bagi nasi kerabu ....
Macam tau-tau jer.. tangan ni tak larat nak masak ....
 
 
 
 
Kenapa saya taip wonderpets suke makan batang saderi.. seyes saya tak tahu pun selama ni.. amir bagi tau barulah saya perasan.. dia layankan wonderpets dia kata kalau wonderpets berjaya tolong kawan² dia dalam kesusahan lepas tu dia makan batang saderi raikkan kikikikikiki... selama ni tengok gitu² jer.. memang tak perasan langsung sampailah amir yang bagi tau barulah saya perasan hahahahahah......


.
Adekalanya kesibukkan diri, kita akan jarang dapat berjumpa dengan jiran-jiran jauh sekali nak melepak berborak.. melainkan ade kenduri atau jemputan makan di rumah jiran-jiran.... sejak akhir² ni pun balik lambat, amir pulak dah ketadika tak duduk rumah pengasuh. Semalam mek adelah jugak cakap perihal jiran² ni.. malas nak amik pusing.. biarlah mereka.. yang penting Allah maha mengetahui (^___^)v





Bicara Hati : Tangan yang memberi dengan ikhlas lebih baik daripada yang menerima.
 

Rabu, 28 November 2012

Penyumbang suara

   




Bicara Hati : Yang baru tahu wonderpets suke makan batang saderi hihihihihihihi....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...