♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 27 Disember 2012

Niat Dihati Lembutkan Hati Anak

  




Masa basuh beras niatkan Ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku 

sebut nama penuhnya atau panggilan manjanya insyaallah ...

supaya anak faham agamanya ,

( kenapa Kita nak dia faham agama,

kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka )

Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi.

Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf )

sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W.

Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..

dan inga Kepada Allah sentiasa.


Sumber :FB



Bicara Hati : Masaklah dengan penuh kasih sayang juga....





Rabu, 26 Disember 2012

Semangat Ke Sekolah

  


 
Harganya lebih mahal daripada 2 pasang baju ayah + baju batik ayah yang baru dibeli...
Harganya juga lebih mahal daripada handbeg baru ibu ....
Semoga dengan beg sekolah idaman amir ni memberi semangat untuk belajar disekolah nanti .....
Senyuman yang sangat lebar tuan milik disebalik beg itu ....




Muzik , Cinta Dan Sanubari

  


Hubby peminat setia lagu-lagu Anuar Zain, dan banyak jugak lagu² yang ditujukan liriknya sangat² menyentuh hati ... ditujukkan kat diri ini... nanti ade masa buat entry pasal tu.. tapi sekarang nak layan lagu² Anuar Zain Special Kat Radio Hotfm



Selasa, 25 Disember 2012

Berwarna warni

  


Melihatkan warnanya sahaja sudah teruja untuk merasa apatah lagi bile diletakkan dihadapan mata, memang kecur air liurlah jawabnya...

Saya buat entry keinginan untuk merasa kek idaman semasa hari lahir 3 Series serius saya tak sangka entry saya pagi tu rupanya membawa rezeki tak diduga, bak kata kawan² reseee (gerak hati) dah lama berkawan kan tahulah citarasa kawan tu.... 

Yang lawaknya kawan saya tu tak baca blog saya pun lagi .. hahahaha.. dan kek ni memang dah di order awal² sempena ulang tahun kelahiran seorang adik kat opis kami.. suprise.....


 Meriahkan... memang warna warni kek rainbow ni ... sangat teruja nak merasa...
Lepas rasa.. reaksi pertama.. ok sama macam kek lain.. tapi sedap jugak sebab orang yang buat kek ni ade letak perisa dalam kek tu.... (^___^)v


 Laksa, kek rainbow dan blueberry cheese tart ....
Kite bawak perut jer.. dah orang belanjakan.... makan tanpa komen.. Alhamdulillah... 


 Budak teruja belakang sekali tu.... senyum sampai telinga....


Nak amik gambar juga dengan tuan punye bestday kek...
Dia pangkat adik² jer pada kami²... pangilan manjanya Nadia
Eh² nape kami kelihatan macam sebaya hahahaha......

Selamat Hari Lahir Buat Nadia, semoga dipanjangkan umur & sentiasa dimurahkan rezeki .. bahagia dengan insan² di sayangi dan anak kamu akid anak sangat comel ....



Lagi sebulan Hari istimewa itu ...
Eh² kan.. tibe² pulak hahahaha..... ;p
Oleh kerana dah rasa kek rainbow tak jadilah order kek tu.. tak tahu lagi nak order kek ape...



Bicara Hati : Selamat bercuti semua... hari ni ade kenduri dirumah mertua.. entry ni autopublish...





Isnin, 24 Disember 2012

Pertama kali ke Setia City Mall

  


Teruja baca kat FB kawan² baik merangkap rakan suka² sebaya ajak main bowling, lame dah tak main.. tak hingat lah bile kali terakihir main bowling bersama tu .. hahahaha.. nampak sangat dah lamanya kan... pulak tu lokasi di Setia City Mall memang tak pernah pergi lagi... jauh dari rumahkan.. manenya nak pergi.. 


Ok² mule² tak rancang pun dapat join.. tapi dah kalau ade rezeki tak kemana² hahahaha.... dan lagi tak menahan asalnya nak tengok kawan² main jer.. sekali eh² mereka baru nak mule main oklah nak join jugak 2 frame.. tak hinggatlah pulak satu frame berapa ringgit sebab bagi kat kawan RM 20.00 lebih tak amik bagi terus lupe nak tengok bil berapa, jadilah lepaskan lenguh tangan... & melayankan amir yang sibuk nak main bowling.
Gambar ehsan google 
Besar jugak yer.. tak sempat pusing² dalam tu... layankan main bowling jer dah dekat pukul 5.30 petang.
Dengar kabarnya antara pusat kunjungan shopping mall popular sekarang, tapi memang banyak kedai & pilihan pun dalam tu.. masa kami pergi pun ramai orang mabukk jugaklah cari parking huhuhuhu..... 


Antara yang join petang tu.. tak ramai sangat pun yang penting satu kepuasan dapat berjumpe & berkumpul ramai².. lama dah tak berkumpul macam ni.. anak² yang seronok sebenarnya teruja main bowling....


Besarnya pin bowling ni.. ade dua.. tapi yang warna putih tu ramai pulak duduk.. jadi ambillah gambar kat warna pin bowling yang hitam ni....

Klik sini pelan ke Setia City Mall kalau nak pergi...


Bicara Hati : Insyaallah 27/1-28/1/2013 ni ade lagi perjumpaan dengan rakan² sebaya ni kat PD pulak sewa villa, harap sangat dapat join tahun depan.. sebab yang tahun ni punyer tak dapat join masa mereka pergi kat Melaka hari tu huhuhuhuhuhuhu.... ;p

Kegemarannya

  
Rasanya macam dah pernah buat tajuk macam ni.. takpelah buat lagi.. dah memang kegemarannya yang satu susah untuk dihilangkan, kegemaran keluarga pun iyer jugak... kegemaran keluarga hubby... keluarga saya adik perempuan saya jer yang paling gemar.. yang lain semua biasa² jer.. ade kami makan.. takde tu takdelah pulak sampai meraunggg kena cari hihihihihihi...

Lepas puas mandi manda di Kolam Air Panas Sg. Klah, teruskan perjalan untuk balik ke kampung ... Lebih kurang pukul 6 lebih jugaklah baru gerak, sempat solat Asar dulu dekat surau kat kawasan kampung sebelum menuyusur keluar.

Sau² persingahan ni di pilih tiada sebab lain melainkan hubby singah nak beli durian, bonet dah penuh ayahnya wehhh.. mane lagi nak diletakan buah duian tu.. memang kereta akak ipar lah jadi mangsa hihihihihi ....



Sempat ambil gambar buah durian ni kat kawasan parking kereta sg. klah.


Sebelum keluar daripada sungkai masuk highway hubby dah aim dah nak pergi kedai ni.. sebab tahun lepas pun memang pernah singah sini cari durian, kedai dia kalau daripada highway tu .. lepas highway ade lampu isyarat masuk ke kanan.. kedai dia tak jauh daripada situ ade simpang kekanan.. kedainya kat tepi jalan jer... berdekatan dengan stesen minyak shell kalau tak silap .... Kedai ni memang banyak jual durian jer.. manggis adelah sikit sebab dia memang jual borong durian. Kedai yang lagi satu tu meriah sikit ade cempedak, manggis, petai, durian pun ade jugak....



Inilah kedainya... dah nak maghrib kami kat sini lagi... siap makan dulu sape yang nak merasa... bolehlah pilih... Kali ni borong RM 30.00 jer.. tu pun dah penuh bonet kereta akak ipar sebab ade baju bajan dan barang² lain lagi dalam tu hihihihihi...



Hubby kata pergi Sg. Klah setiap tahun pun takpe, nak borong durian punyer pasal sabar jer lah.... huhuhuhu .... Makanan kegemaran yang satu ni memang tak boleh nak kata ape lah... yang herannya hubby tak suke tempoyak.. tapi saya suka hihihihihi... ;p



Bicara Hati : Sebelum masuk highway sempat solat maghrib dulu.. barulah teruskan perjalanan balik.. ingatkan nak singah makan malam sekali dengan akak ipar... tapi amir tidur pulak... teruslah balik kampung.. beli bungkus jer.. 




Ahad, 23 Disember 2012

Teruja

  


Dalam entry ni banyak gambar, saje dedikasikan sebagai kenangan dan eksklusif hanya di blog ni jer... (dah memang takde intagram hihihihi) kat fb dah jarang upload gambar motip??? nanti adelah pulak komen.. kata bz, sibuk.. banyak kerja tapi sempat pulak bercuti huhuhuhuhu.. 



 Budak yang keterujaan menanti sesuatu....


 Inilah yang dinantikan...
Alaaa.... tak sempat naik dah penuh....


Muka sayu jer .. tengok keretapi pergi ... mata tak berkelip²...


Muka blurr.. macam tak percaya....
 Keretapi nak mula jalan dah.... tengok suruh pandang kamera pun tak nak.. 
Korang jangan bayang keretapi yang gah tu.. ni keretapi ala² macam kat zoo tu jugak ...
Sebab dah kepenatan masing² malas nak berjalan kat tempat parking, amir pun sibuk nak naik tu hubby ajak naik ni.. lagipun percuma termasuk harga tiket mandi manda.



Muka berani² takut hihihihi...



 Mula amir tak berhenti² mengomel seronok mandi kat dalam kolam....



Jomlah auntie² datang Kolam Air Panas Sg. Klah besttt tau....



Terima kasih pakcik... kamilah penumpang terakhir....
Lebih kurang pukul 6, Tempat mandi² ni kalau tak silap tutup pukul 7 malam.



Bicara Hati : Kami pergi hari selasa 11/12/2012 kebetulan cuti umum diselangor, memang ramai orang ka sini.. agaknya kalau hari biasa pun mesti ramaikan... lagi² cuti sekolah sekarang ni...

Destinasi Cinta Kedua : Kolam Air Panas Sg. Klah

  


Selepas Cameron Highlands destinasi yang seterusnya ialah Kolam Air Panas Sg Klah, dah alang² lalu kan.. masa jalan nak balik tu.. haruslah singah.. kalau boleh nak tidur jer homestay yang berhampiran.. tapi memang agak payahlah nak dapat kalau dah lambatkan.. terhad.



 Berjimba² kesini... amirlah paling teruja.. hadoilah daripada pukul 2.30 petang sampai pukul 5.00 petang dah dia tak mahu naik tukar baju.. orang lain dah kepenatan melayankan dia... 



 Masing² dapat gelang... huruf berbeza mengikut umur ...
S - Warga emas (Abah dah kategori warga emas pada umur 58 tahun) - RM 7.00
A - Dewasa - RM 12.00
C - Kanak² macam usia amir ... RM 10.00
Warga Emas lagi Murah tau hihihihihihi ....



Lepas mandi manda memanglah kelaparan, gambar yang pakai tudung kuning saja di jauhkan biar nampak comey hihihihihi .... Telur memang kami tak bawak pun beli kat situ 5 biji rm3.00 pakej kicap, mangkuk, sudu sekali... habis 15 biji jugaklah kami 2 keluarga... sempat seludup roti bawak masuk khas untuk budak² senang nanti kalau meragam kelaparan payahlah pulak.. sebab makanan memang tak boleh bawak masuk langsung...



Budak yang kepenatan dah.. tak mahu berjalan pulak.. mintak dukung dengan ayah...



Amir teruja dapat naik keretapi ni....
Kepenatan mandi.. masing² tak larat nak berjalan balik menuju ke tempat parking kereta... amir punyer teruja asyiklah cakap macam² dalam tren tu.. nak tergelak dibuatnya.... sampai rumah pun tak habis² ceritanya seronok dapat naik tren tu...



Bicara Hati : Memang sesuai riadah untuk seisi keluarga. Tapi tak boleh buat bbq dalam tu... makanan memang dilarang bawak masuk... pandai²lah korang nak seludunp masuk dalam handbeg.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...