♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Khamis, 24 Januari 2013
Salam Maulidur Rasul
Rabu, 23 Januari 2013
Terima Kasih Semua
Istimewa Pada Angka Ke-30
Sentiasa bersyukur dan jauh sekali mahu besikap tamak atau riak didalam hidup.. tapi adakalanya tanpa sedar mereka disekeliling yang menilai kita dengan pelbagai andaian dan tangapan..... tapi janganlah sesekali menghukum karma .. sesukahati ....
Alhamdulillah bertambahnya usia yang ke-30 tahun pada tahun ini .. mengharapkan yang lebih baik dimasa akan datang dari segi diri, keluarga dan juga kehidupan...
Terima kasih juga buat kawan² blogger yang mendoakan saya....
Selasa, 22 Januari 2013
Agar - Agar Roti Marbel
Bahan-bahan :-
- 5 keping roti (xperlu dibuang tepi²nya)
- 2 biji telur
- Air
- ½ tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 1 bungkus agar kering
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar marjerin (cairkan terlebih dahulu)
- 2 sudu besar coklat emulco. Pakai serbuk koko pun ok sedapp jugak (Tapi guna coklat emulco lagi cantik warna coklatnya dan rasa lagi sedap)
Cara-cara :-
1. Masukkan air, suka guna plastik agar² tu lebih mudah, kalau guna satu pek agar² jadi air pun kenelah satu pek tu jugak, masukkan gula ke dalam periuk dan didihkan
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan tambah secawan air. Kemudian masukkan dalam periuk
agar2 yg sudah mendidih tadi.
3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan dan kacau rata sampai mendidih lagi. Kacau
sehingga bawah periuk bagi mengelakkan ianya tidak berketul. Tutup api.
4. Bahagi adunan kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan
coklat emulco.
5. Bila adunan telah siap, marblekan sahaja. Masukkan ke dalam peti selama sejam
sebelum dihidangkan
Cara Memarble :-
Sesenduk adunan warna asal dituang di tengah² loyang, kemudian ambil pula sesenduk
adunan warna coklat dan dituang betul² di atas adunan warna asal tadi. Lapis sehingga habis
adunan dengan mengulang step di atas, tapi jangan kacau, biarkan adunan bergerak sendiri.
Ketika memarble hendaklah cepat cos adunan nih cepat membeku. Kalau lambat jadi mcm
yg aku buat kat atas..
Bicara Hati : Tengok adunan saya tu tengah² warna kuning nampak terbonjol sikit.. sebab dah beku hihihihihi ...;p Selamat mencuba yer.. kan cuti panjang hujung minggu ni bolehlah buat.
Shopping Online Store Simplysiti
Nak tahu yang mana ada potongan harga haruslah klik kat bahagian SALE
Tips Pujuk Anak Tak Meragam Ketadika
Isnin, 21 Januari 2013
Harga Setem Baru Mengikut Berat Surat
Mel Bukan Standard
Hanya mempunyai 3 bentuk; bersampul, berkotak & bergulung
Bagi bersampul & berkotak, ukuran maksimum ialah 600mm x 250mm x 30mm
Bagi bergulung, ukuran maksimum ialah 600mm (panjang) x 100mm (diameter)
Tidak lebih 2kg
Kadar bagi Mel Bukan Standard :
Mel Bukan Standard | Sehingga to 50gm | RM 0.80 |
---|---|---|
Lebih 50gm - 100gm | RM 0.90 | |
Lebih 100gm - 250gm | RM 1.00 | |
Lebih 250gm - 500gm | RM 2.00 | |
Lebih 500gm - 1kg | RM 3.50 | |
Lebih 1kg - 2kg | RM 5.50 |
Aktiviti Kecergasan Minda
Terbaikkkkk .....
Hari khamis pakai uniform ...
Hari khamis pakai uniform ...
Bicara Hati : Sekarang pandai dia tau .. sal petang jer mintak upah nak singgah kedai beli air lah, hauslah ... sebab dia kata abang hari cikgu kata baik kat sekolah.. saboo jerlah...
Langgan:
Catatan (Atom)