Bila sibuk mengemas, bila musim hujan dah mula kembali dengar kabarnya catuan hingga akhir bulan ni sahaja ... takkan berlarutan .. alhamdulillah kalau betul. 3 Beranak dirumah sibuk mengemas .. kelaparan, kepenatan .. hubby ajak keluar pun malas.. mahu beli bungkus tak menyampai hati nak suruh hubby pergi beli naik kereta .. jadi meh lah kita menghabiskan stok dalam laci yang ada ni ... tak payah nak pening².. yang penting kenyang.
Sarapan kami pagi tu jangan tak tahu air nescafe panas dengan sosej golek pemanggang ajaib sahaja .. tak tahulah bape ketul .. yang pasti kami anak beranak makan tu sahaja .. sampai tengahari kelaparan .. kami makan maggie goreng simple sahaja 2 bungkus .. untuk 3 beranak .... Bila petang pulak, yups .. petang nak buat cekodok macam tak kena jer kalau guna tepung roti .. jadi marilah menguli doh buat roti simple yang penting ada mauripan... yang pasti dah uli amir kata nak donut hahaha.. gigih jadikan adunan tu untuk donut jugak 7 ketul .. cukuplah ...
Gigih saya mengulinya gunakan tangan ooohhhmaaiiii .. gigih tak .. tak penat mana pun nak banding kepuasan yang di rasai bila dapat makan roti adunan sendiri .. macam poyo jer kan .. macam berlagak jer kan ... ishhh ni bukan berlagak namanya .. anggap je lah ini semangat .. semangat supaya lepas ni kena rajin meroti untuk hasil lebih baik.
Lepas 20 minit naik .. cepat jugakkan.. resepi saya google jer.. tapi saya ubah suai ikut barang yang ada kat dapur sahaja. Saya gunakan tepung roti, mauripan, susu manis, garam, gula dan marjerin yang dicairkan. Semua gaulkan sebati tambah air sikit².. telur takda gara² dah habiskan masa masak maggie tadi ...
Saya biarkan adunan naik lagi .. sampai bebetul naik .. dan saya rasa satu kepuasan tengok kegebuan dia naik.. terus letak marjerin sikit .. taburan cheese dan gula .... mujur kismis takda kalau ak memang dah tabur.
Fuhhhhhh ... 30 minit bakar, seyes nampak macam rentung .. lupa nak google masa yang sesuai berapa lama bakar roti ni hahahaha ... main agak² jer dah masak kot ni ... risau jugak.. keras... lepas matikan api angkat cepa² sapukan butter atas tu bagi berkilat ....
hihihi .. inilah hasilnya .. alhamdulillah tak mengecewakan ... sedapp cuma kurang lembut di luar .. dalam lembut luar agak garing .. tapi taburan cheese tu menyelamatkan rasa roti tu menjadi lemak masin. Sempat makan seketul jer sebab memasing dah kekenyangan makan donut .. jadi selebihnya bawak balik kampung ... Abah kata sedappp .. cicah dengan roti dengan kari .. siap pesan.. nanti buatlah lagi gegegege .. kalau gigihlah abah yer.. ni pun tepung berkurun baru ku uli
Bicara Hati : Lepas ni nak buat roti lain pulak.. yang ada inti amir kata nak coklat, amboi kemahin lagikan...