♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 23 April 2014

Home » , , , , , » Buah Ciku Merimbun Depan Laman Abah

Buah Ciku Merimbun Depan Laman Abah



Kan saya pernah cerita pasal lepak kat pangkin waktu petang, kalau duduk kat pangkin tu ada jer mata ni melilau ... memang sekarang ni tengah musim buah pokok pelam, pokok markisa, rambutan pun macam nak berbunga jer tu .. yang paling suka tengok sekarang pokok ciku .. kemahin merimbun koooo penuh satu pokok terselit².. 

Ciku ni buah dia tak bermusim pun ... dia memang sentiasa berbuah .. kalau korang nak tahu sebelum ni nampak pokok ciku ni macam nak mati jer.. sebenarnya taaakkkk .. dia gugurkan semua daun dia.. nak tumbuh daun baru dan berbunga akhirnya berbuah .. seyes... kenapalah saya tak amik gambar² tu .. kalau tak boleh kongsikan kat sini .. ingakan pokok ciku tu nak mati dah hahahahaha ....





Sempatlah tangan ni ringgan memetik .. hihihihi mana² yang dah membesar bagaikan juara tu .. dan tercapai tangan ni .. memang saya petik jer terus .. dan perammmm nyum².. sedappnya .... 



Untung abah tanam pokok ciku .. hoiiii korang tahu tak ciku mahal kat pasaraya huhuhuhuhu .... tengah mengila harga dia naik mendadak sebab susah nak dapat agaknya sekarang ni, sekali pandang macam buah kiwikan ... macam jerlah tapi buah kiwi berbulu halus hihihihi .... ;p



Antara Kelebihan Pokok / Buah / Daun Ciku Yang Saya Baru Tahu :-


Merangsang haid / Darah Tinggi / Kencing Manis - Akarnya dikering, direbus dan diminum.
Buwasir - Buahnya dimakan secara teratur.

Busung - Buah putiknya dibuat kerabu dan dimkan secara teratur.
Batu Karang - Enam biji dihancurkan, dijadikan pil dan ditelan.
Cirit-Birit - Buah muda dicampur dengan jambu muda lalu direbus dan diminum.
Masalah Paru-Paru - Bunganya dijadikan teh herba dan diminum.
Darah Tinggi - Air rebusan campuran daun ciku dan daun timun siam diminum.
Reumatisme - Teh herba daun ciku disapu pada sendi yang mengalami sakit.
Gigi Berlubang - Titiskan getahnya pada tempat berlubang.






Bicara Hati : Tak sabar balik nanti nak ngap buah ciku yang diperam .. hihihi saya peram kat dalam tong beras jer cepat sikit masak.








14 ulasan:

Nad MamaZN berkata...

teringat masa preknen kan zakwan ngidam makan ciku..pasni klu ngidam ciku tau dah nak cari sape hahaah!

Nafira usof berkata...

betol tu Masya... harga ciku skrg memang mahal. tapi buahnye sedap.. manis! kalo makan sejuk2 lagiiii sedap kan~

Zee Suhaini berkata...

sedap ni..kupas banyak2 simpan dalam peti ais..tapi nak pon kena control jugak..kang tak pepasal sakit tekak..

permatabiru berkata...

sedapnya kalau mkn buah ciku sejuk2..

QasehnyaRania berkata...

ciku.lama dh x makan.
harap ciku kt kg pon dh masak la jugak.hihi.byk pokok cku ayah kat kg.. semuanya dh berbuah :)

Cho Zila berkata...

ciku mahalkan... tapi sedap sesangat.. dapat makan ehm teringat lak.. sekarangni susah nak cari...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Bestnya buah ciku Masya.. akak suka buah ciku... elok pulak besar2 buah ciku ye :)

lia berkata...

owhhhh saya hantu ciku... hantar sikit umah saya, bolee.....

Falsya berkata...

Sedapnye ciku..kalau dpt yg manis2 alahaiiiiii, ssh nak benti..

Puan Kutu berkata...

ohh lama gila sy tak mkn buah ciku..dulu masa kecik igt lg depan umah makcik ada pokok ciku, rendah n merimbun juga buahnya..sedap n manis

::EIDA:: berkata...

merangsang haid?? cmne tu kakkkk

Yana Libra berkata...

banyak kelebihan buah ciku rupa-rupanye ye..

- AZIE - berkata...

sy xpandai nk mkn buah ciku..tp sy suka mkn sejuk2...

Fiza Rahman berkata...

My feveret buah ciku nih. Masa pregnant anak ketiga memang asik mkn ciku jer. Nak sikit yana ☺☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...