♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 1 September 2014

Amir Pandai Kayuh Basikal Tanpa Roda Kecil


Assalamualaikummmmm ... lama peram entry ni daripada minggu lepas gara² tak boleh upload gambar .. hihihihi .... oleh kerana semangat ibu yang membuak² hari ni cuti .. ibu nak jugak publish entry ni hihihiihi ..... istimewa sangat² dan secara rasminya pada 25 Ogos 2014 bersamaa hari isnin 29 Syawal amir dah pandai kayuh basikal tanpa roda kecil kanan kiri .... yeahhhh berganda² happy ibu dia.. yang gelihatinya nenek yang ajar amir .. gigih nenek pegang belakang basikal tu melayankan kerenah amir ... hubby baru je betulkan basikal ni .. terus dia semangat nak kayuh tak nak beroda....












Akhirnya , amboi kemahin lajukan... dah terror sikit tu ... gigih ni pun sebab ada sambutan kemerdekaan kat tabika kena bawak dan kayuh basikal hihihihi .... tapi ibu suka sangat semangat amir ni sebab gigih belajar, walaupun tak confiden sangat, takpa ... walaupun ibu bukan yang pertama nampak .. tapi ibu bangga sebab ibu baru nak turun kereta amir dah berlari8 bagi tahu dan kongsikan kegembiraan dengan ibu yang amir dah pandai .. sayangggggg amir .. good job, nanti ... kita boleh geng kayuh basikal sama².. ibu nak beli basikal lah ... macam best jer kayuh basikal ni.




Bicara Hati : Dulu gigih kot kayuh basikal yang ada palang kat tengah tu .. sudahlah besar.. semata8 nak pandai kayuh basikal.. rasanya dah darjah 3 kot kikiki ....







Jumaat, 29 Ogos 2014

Selamat Hari Lahir Buat Suami Tercinta



Assalamualaikummm.... Pftttttt akhirnya .. yeahhh.. akhirnya setelah berusaha keras barulah berjaya upload gambar di blog .... hahahaha .. sabar je lah tau ... nak majuk² pulak tab ni kan ... dah tuan tanah dia pun satu hal jugak gambar yang tak cantik pun elok je tak delete banyaklah benda dalam tab tu .. manalah dia tak benggong dokkkk hangging kikikikiki ... ;p Alhamdulillahhh di hari jumaat yang mulia ini memanjatkan rasa kesyukuran yang teramat sangat pada ilahi kerana pada hari ini adalah ulang tahun kelahiran suami yang ke 38 tahun .... tapi muka takda cam 38 tahun pun .. hahaha ... sangat awet muda tau ... 



Istimewanya kalinya , tepat jam 12 malam tadi masa menunggu penerbangan mak mertua ketanah suci adik beradik menyanyi lagu untuk bestday boy .. aloh² nyanyi nyakat² jer pun.. kek??? takdanya.... lagipun istimewa sangat sebab tarikh penerbangan tu sama pulak dengan bestday hubby dan kebetulan malam jumaat ... ya allah moga segala hikmah yang tersembunyi .. hanya Allah sahaja yang tahu. 

Terima kasih sudi menjadi sahabat, pendegar setia saya yang baik walaupun kadang² tu memang pendengar sangatkannnnnn sampai saya cakap tadah telinga jer tak tengok muka hahahaha ...;p Selama 10 tahun kita kenal ni .. saya harap saya dah cuba melengkapi sedikit ruang dalam hidup awak .... terima kasih tau ... hadiah???? dah beli dah .. nanti kita bagi eh .. tidaklah special mana ... janji awak suka ... (ishh cam tak best jer taip awak² nak ucap bestday kat hubby)

Semoga hubby dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik .... dan setiasa saling melengkapi dalam hidupku .... terima kasih pada mak mertua dan bapak mertua kerana melahirkan insan yang cukup istimewa dimata ku seperti hubby. tqq mmmuuuahhhhhhh .....




Bicara Hati : Cuti 3 hari .. cam best jer kalau dapat bercuti jalan² ... tapi esok ada sambutan kemerdekaan kat tabika amir ...



Khamis, 28 Ogos 2014

Pasrah



Sejuk pagi hari ni.. bila hujan di pagi hari seperti merahmati apa yang akan berlaku malam nanti .. insyaallah malam ni penerbangan mak dengan bapak mertua ke tanah suci , moga segalanya dipermudahkan ... doakan yang terbaik buat keluarga mertua saya moga diberikan kesihatan yang baik disana sepanjang 45 hari kalau tak silap saya .. sebab penerbangan pulang dijangka 13 oktober.

Dia buat perangai pagi ni??? grrrr .. tab tak boleh nak transfer gambar ke blog .. dah sudah.. entry berderet² lagi nak kongsikan ni .. pasrah je lah bila jadi macam ni .. pasrah bila entry kena tunda .. pasrah bila tengah mood membuak² nak kongsi entry .. ada kelapangan tab buat hal grrrr ..... pasrah ada entry pestime beraya rumah blogger akan keluar dah habis raya hahahaha .... dan paling teruja nak kongsikan entry amir dah pandai kayuhhhh basikal tanpa roda kecik pada usia 6 tahun 2 bulan ... (poyo je kan .. anak orang lain dah pandai kayuh usia 5 tahun kot .. tak kecoh pun)  #pasrah2 kat ig pun tak boleh upload gambar grrrrrrr sangat tau dibuatnya.... bila dia buat perangai tab ni ....

Dalam pada kami diuji tak sihat ... dalam tengah susun jadual untuk menghantar keluarga mertua malam ni .. hubby kena pergi kursus ... bermula semalam .. adehhhh #pasrah lagi .... aku dah nekad takpalah tak hantar ke kelana jaya .. jaga rumah .. semua pakat pergi takpalah aku kemas rumah ... kunun² pasrah ler tu .. tapi hubby suruh jugak pergi .. mintak tolong pak cik hantarkan ... sebab nanti nak letak beg mertua tak muat kat kereta adik ipar ... tu yang mohon moga dipermudahkan semuanya malam ni ... hubby akan datang terus daripada tempat kursus sebab esok pun hubby masih ada kursus lagi ... dan mujur jugak kursus di Bagan Lalang, kalau keluar daripada selangor kan ke haru.

Dan pasrah lagi .. big bos cuti 2 hari ni, sampai selasa depan baru ada .. sebab isnin kan ke cuti ganti ... sempena hari merdeka .... masing² amik kesempatan cuti panjang. Patutlah hari ni berat hati nak datang kerja ... dengan tak sihatnya gigih datang kerja ingat nak siapkan kerja urgent sebelum cuti .. kalau tahu big boss takda memang dah MC dah tau... tengah tak sihat ni ... 

Eh² pasrah sangat entry ni kan... membebel jer ... motif² huhuhuhu ... nak meluahkan perasaan jer, walaupun tak boleh upload gambar ... tapi tengah mood nak menulis .. korang layan jer lah ... yeahhh nak bw ke rumah korang ... sebelum balik petang ni, sebab mohon amik 4 jam.



Bicara Hati : Ada jugak yang esok mc ni , sebab tengok nombor pun dah berpinar kembang² camna nak buat kerja... tapi baca blog boleh pulak kikikikiki ... ;p















Rabu, 27 Ogos 2014

Kelaparan



Inilah jadinya kalau ajak pergi berjalan , ajak pergi beraya .. dia sibuk main ... ibu dengan ayah sudah kekenyangan .. yang dia pulak balik rumah barulah nak ingat makan .. barulah perut tu rasa lapar ... jadinya beli je lah burger siap² sebelum sampai rumah... hihihihi .. burger tepi jalan sudah.. itu pun menjilat jari dah macam sedappp sangat kalah makan ayam golek.












Kambing Bergolek ² Di Hujung Kampung Waktu Malam



Assalamualaikum ... tajuk tak menahan kambing bergolel dihujung kampung, lagi tak menahan tu waktu malam hahahaha ... poyo je kan ... ni kira gambar teaser jer boleh tak??? story mori nanti kita cite eh .. tuan tanah kedaung habis syawal ni demam lah pulak 3 beranak sekali harung .. puas berjalan .. puas makan agaknya ... dapatlah ganjaran sikit .. moga terhapuslah dosa² kecil kami.

Sekor je pun kambing yang bergolek hihihi .... Cukuplah rezeki malam hari .. ini pun dah rare dibuatnya .. yang penting tak bau kambing sangat masa dibakar.. dan so yummmiiiii .. sebab dah biaser order kan dengan KHK Food ni.







Yeahhh amir dah mula pandai makan kambing, sebab sepupu² pun sibuk nak makan kambing kan.. dia pun sibuklah nak mencuba jugak rasa agaknya .... sudahnya amik sepinggan ibu yang habiskan .. amir makan sikit jew.. jadilah untuk permulaan ... kambingkan makanan yang elok ikut sunnah nabi .. nanti lama² oklah.





Bicara Hati : Hubby kursus 3 hari .. ermmm napalah waktu² macam ni nak kena pergi kursus .. #pasrah






Selasa, 26 Ogos 2014

Sambutan Jamuan Hari Raya Di Tabika Amir



Assalamualaikum .. aci redahlah yer, ni kira tahun terakhir amir kat tabika.. tahun depan dah darjah satu dan kali pertama ibu dengan ayah berpeluang dengan ibu bapa lain hadir jamuan hari raya di tabika amir, haruslah ibu abadikan kat blog .... sebagai bukti kehadiran kami serba pepel ... amir siap majuk² sebab dia nak bersampin dan bersongkok bagai ... ada hadiah untuk pakaian tercantik... siap dapat hamper, tapi dah bukan rezeki kami .. sebab kami balik awal ..... dan nak cepat sampin dengan songkok kat rumah embah ... ayah kosa nak berhenti .. sebab dah mula gerimis... mujurlah amir tak majuk sangat.



Sebagai tanda kenangan sebelum balik ... kami sekeluarga amik gambar depan tabika .... pipi ibu dah bagai di pam² penuh kolagen hihihihi ... nak buat camna dah sana sini makan je kerjanya open house.




Antara menu² yang sempat snap, itu pun lepas dah semua amik makanan ... takda kerja betul ibu amir ni kan ... sebenarnya bab menu ni tabika dah tetapkan kena bawak apa.. kami kena bawak lemang .. tidaklah wehh nak masak .. beli 2 batang jer ... sebab ada jugak orang lain yang kena bawak lemang .. alhamdulillah menu lemang antara yang habis awal. Menu² pun banyak pilihan .. pandai pulak cikgu amir ni bahagi² menu ... rezeki jugaklah penuh meja .. kami baak kuih raya jugak.




Dah makan² tu adalah jugak sesi possing² .. mana yang sempat je lah saya join ... amir soh amik gambar dengan kawan takmoo.. asyiklah berlari sana sini main dengan kengkawan jer ... alasannya amir tak hensem hari ni ... saboo je lah tau .....



Moga kemeriahan sambutan hari raya ni mengeratkan lagi silaturahim sesama ibu bapa kanak² di tabika, sebenarnya ... sejak nak peralihan kuasa mb ni .. isu tabika ni salah satu yang di bangkitkan .. ya aallah moga anak² dan tabika ni di lindungi ... susah nak cerita sebenarnya, tapi bila kuasa dijari .. bila kuasa politik lebih daripada hak anak² dan tempat anak² belajar menjadi pertikaian ... saya kadang jadi geram di buatnya ... moga allah melindungi hak kami .... moga anak² ini tidak terabai pelajaran .. moga cikgu terus kuat mempertahankan hak anak didiknya... eh² masya ni ober pulak ni cerita jamuan raya ke.. cerita politik kikikiki .. dah membebel pulak dia.




Bicara Hati : Alhamdulillah hari ni last syawal, tapi cerita syawal tak habis lg ni adehhh .. masa²... tak sempat nak karang entry.









Isnin, 25 Ogos 2014

Belajar Membaca , Menulis Bersambung Tulisan Jawi


Assalamualaikum .... jarang rasanya aku kongsikan perkembangan terkini amir sejak akhir² ni .. asyik cerita pasal raya jer kan.. jom layan perkembangan si bujang kat tabika pulak hihihihihi .... 

Sejak lepas raya ni boleh dikatakan setiap hari ada jer kerja yang cikgu akan bagi untuk amir buat dirumah, takda had limit pun nak buat homework tu sampai mana ... sudahnya amir bersemangatlah buat kat rumah ... mak kata kalau mood dia baik ... balik sekolah terus buat .. kalau mood dia tak baik tunggu ibu balik malam baru buat... kadang dengan hubby petang dia dah buat kat rumah.. sebab lepas tu barulah ayahnya bagi tengok tv. 

Antara banyak² pelajaran kerja rumah yang dia bawak balik ... aku teruja tengok dia menulis jawi ... lepas tu bila dia mula terkial² nak sambung, kejap padam .. kadang salah.. kejap padam ... salah lagi ... memang yang sambung² ni payah sikit amir nak buat, dia kan jarang menulis jawi ... lagipun susah nak jumpa buku menulis jawi yang bersambung ni kat pasaran .. kalau ada memang terhad ... sambil tulis sambil baca .. ibu ajar mana yang mampu jer ... seronok pulak ... teruja kami 2 beranak.

Bila tengok amir menulis ni kan barulah aku terpikir camna dulu aku belajar menulis jawi yer..??? ada buat camni jugak ke masa darjah satu dulu ... camnalah boleh pandai baca bahasa jawi tu... rasanya dulu pendedahan lagi tak banyak ..... seyes terpikir² sampai sekarang tau ... amir kira beruntung belajar kat tabika ... ibu mohon moga amir mudah menerima ilmu yang di ajar oleh cikgu ... tak lama lagi ada penilaian .... moga amir dapat keputusan yang cemerlang.




Dan satu yang aku baru belajar jugak huruf² jawi yang baru masa tunjukkan amir menulis, rasanya dulu² aku kenal huruf² ni dah darjah 3 kot ke 4 sebab ada ayat² yang ditulis menggunakan huruf tu .. sebab kat muqadam pun tak jumpa .. amir siap ajar ibu lagi .. saja²lah aku nak uji dia.. ni huruf apa mir .. cam na nak baca ... huruf yang memang takda di muqaddam cha, pa, nga, ga dan nya... terus dia terbalikkan buku dia .. kat sini ada bagi tau ibu ... cuba ibu baca .. glupppp telan air liur aku .. kantoi ... kita nak uji dia.. dia soh ibu baca pulak hahahaha ... >___<




Bicara Hati : Sejak takda surat kabar jawi ni, rasanya macam dah jarang baca tulisan jawi .. mengaji tu lainlah .. ni nak membaca surat jawi atau tulisan jawi .. sekarang ejaan jawi pun banyak berubahkan ... 










Jumaat, 22 Ogos 2014

Istilah Bertafakur


Assalamualaikum .... istilah bertafakur muhasabah diri, berdoa, berdiam diri seketika dan menghormati yang telah pergi. Bermula daripada pagi tadi terasa sayuuuu sangat² dihati .. sehinggalah entry ini ku karang dan beberapa kali ku taip ku padam .... ku taip ku padam dengan iringan air mata. Sungguh kepulangan jenazah mh17 walaupun tiada sedara mara yang terlibat tapi terasa kesedihannya dihati ... apatah lagi ahli keluarga sendiri yang meratapi pemergian mereka dengan cara begitu.

Satu yang aku belajar daripada apa yang berlaku ... maut tidak kira di mana pun kita berada, berapa pun usia kita ... sejauh mana kita mengelak.. semuanya allah dah tentukan ... jadi hargailah insan² yang masih berada di sekeliling kita.

Rancangan tv pun banyak mengaji, radio² kedengaran lagu² kerohanian.. terasa sangat ketenangannya di situ ... cuaca mendung di kawasan klang ni... 

Kat opis ni kami rata² pakai warna hitam memang berkabung, kami sama² menonton live di tv3, mula² rasa okey.. lama² air mata mula mengalir .. dah sorang² tanpa sedar kesat air mata yang mengalir ... kat fb, kat blog pun rata² update perkembangan terkini ... antara gambar² yang menyentuh hati penerimaan ahli keluarga kepulangan mereka ... dan kereta² yang berhenti di tepi jalan yang menghormati serta bertafakur seketika .... 

Moga roh mereka semua tenang bersemadi di sana ... al-fatihah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...