Terjebak buat semalam cuti, kait pelam epal rumah mak .. berkobar² nak buat resepi jeruk ni .. tara ... cili kemahin banyak .. pedas berapi .... aku bukanlah kategori peminat tegar jeruk .. cuma nak rasa² gitu jer ... lepas ni nak cuba guna buah epal hijau pulak. hihihihihi .... tak pun campur dengan buah² lain.. hahaha.. mulalah nak derhaka tu .....
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Khamis, 23 Oktober 2014
Jeruk Homemade Bersama Cili Padi , Asamboi Dan Gula Bertaburan
Isnin, 20 Oktober 2014
Rak Susun Gelas Dan Barang Di Dapur
Ni masa mula² pundah rumah dulu hahaha .. tetamu datang rumah, lepas basuh susun je lah atas surat kabar gini kat table top tu .... sakit pulak mata dibuatnya tau ... nampak kemahin panjang barisannya gelas² ni ...
Sampailah satu hari tu terbaca kat tesco ada offer rak rm15.90 kalau tak silap, buntanglah mata ni kejap ... sebab salunya rak besar gitu harga dia rm 29.90 .... ajaklah hubby riki² dulu² sesuai ke tak .. kalau sesuai barulah beli ...
Tara ... ginilah hasilnya ... kemas pun kemas .. yang penting .. banyak ruang boleh jimat hihihihihi ....
Susunan gelas dan cawan tu asing²kan ikut kesesuaian ... itu je lah stok yang kat luar .. guna selagi takda kabinet yang semua dalam stor huhuhuhu ... (^___^')
Korang jangan tak tau ... tengok harga offer tu terus beli 2 hahahaha ... sebelahnya letak rak bahan dalam tin pulak .. rak ni kita letak kat bahagian dapur kering ... senang simpan stok dan nak bancuh air .. memang sini je lah tempatnya ... takdalah kang hubby pening nak mencari teh dalam peti sejuk. hahahaha .... Dan korang jangan tak tau .. esoknya hubby beli lagi satu buat rak untuk barang pencuci pulak .... kat area laundry .... sorry gambar takda.. tapi memang nampak kemaslah bila ada rak ni kat table top dapur tu ... bertabahlah sehingga ada kabinet dapur ..
Bicara Hati : Lepas ni kalau ada kabinet dapur, rak² ni pindah bilik amir buat letak buku² pulak huahuahuahua .. bijak tak ibu amir ... jimat bajet.
Khamis, 16 Oktober 2014
KLIA - ATUK DAN NENEK BALIK HAJI
Penerbangan mendarat kalau ikut pukul 8.50 malam dah sampai kat KLIA tu, jadinya pukul 8 barulah mereka gerak daripada rumah ... tu pun sampai KLIA 9.30 cari parking lagi .. susah .. sat barat bagai.. sebab parking dah penuh katanya ... aku tau cerita daripada rumah je lah sebab anak² buah wassup hihihihi ... kan ke aku kat rumah sebab tolong akak² ipar masak kuikuikui .. sebab tau mesti masing² kelaparan balik nanti ... lagipun malas rasanya nak berasak² kat KLIA tu.
Alhamdulillah muka lega FIL & MIL bila dah sampai rumah .... sukanya tengok muka orang balik haji ni.. putih bersih jer.. suci jer tau ... cuma kesian kat MIL batuk² , demam tak baik lagi ... lepas wukuf katanya batuk balik .. mujur masa wukuf di permudahkan semuanya ... di berikan kesihatan yang baik untuk buat perkara yang wajib.
Tu anak bertuah tu dok menebeng je kat atuk, rindu kat atuklah tu.. amir kan manja dengan atuk, sekolah, mengaji, pergi kedai semua asyik dengan atuk.. dia cam pelik sikit atuk balik pakai baju putih ni.. walaupun dah bagi tahu atuk balik haji .. amir tak berapa nak paham lagi ...
Malam tu tak ramai pun yang menyambut kat rumah kita² orang je lah adik beradik ni... ada takda adik MIL datang ... lepas tu memasing makan .. muka dah kepenatan .... nak kena serasikan dengan cuaca sekeliling ... maklumlah waktu tidur pun lain kan... haraplepas ni FIL dan MIL dapat rehat secukupnya dan kembali sihat ... tetamu ziaraha jangan cakaplah semalam pun dah ramai dtg .... sampai tak terlayan MIL.
Ramai tanya FIL dgn MIL pergi haji ko tak kirim apa² ke masya, allahuakbar ... nak kirim hapanya .. kalau boleh takmoo berkirim apa.. biarlah MIL dgn FIL dengan ikhlas doakan kami ... kesejateraan kami .. yang penting masa FIL dgn MIL kat sana dapat melakukan ibadah dengan tenang dan dapat melakukan tanggungjawab yang wajib ... itu pun dah buat kami bersyukur... maklumlah kat sana memang Allah nak uji kitakan.
Bicara Hati : Moga satu hari nanti, dapat peluang ke sana jugak, MIL bagi tahu makanan kat sana semuanya mahal² ....
Rabu, 15 Oktober 2014
BMW - Nombor Hangat
Rezeki baru , dah lama hubby aim nak membeli .. baru sekarang ada rezeki ... dan tak sangka dapat pulak huruf BMW KIHKIHKIHKIH ... Tak sempat lagi nak rasmi ronda² kampung huhuhuhu .... syoknya petang² dapat pusing .. ronda kampung ...
Resepi Ketam Goreng Tepung Mudah Dan Sedap
Sebab apa resepi ni mudah .. sebab pakai tepung bistari ni hihihihi ... jimat masa ... sudahlah mudah .. sedap pulak tu ... kan senang tu nak mengorengnya .... bistari .. bistari .. memang bistari tuan yang pilih tepung ni .. yang ni saya amik perisa original .. dia perisa pedas pun ada .... tapi saya lagi suka yang oroginal .. kalau nak pedas taburkan serbuk lada hitam sikit ... sebab kalau yang pedas tu amir memang tak makan.
Tara inilah ketam lembut yang dah siap di goreng tu .. resepinya mudah sangat tepung bestari tu bancuh dengan air, kepekatan agak² yer.. lepas basuh ketam lembut bersih² (ketam ni comel² jer.. sampai saya pun confuse memang anak ketam ke .. atau ketam ni memang jenis lembut dan tak besar) boleh lah celup ketam dengan tepung tu dan goreng ... api jangan kuat sangat takut meletup².
Ketam ni hubby beli dengan kawan dia.. saya tak taulah kot ada jual kat pasaraya, yang pasti tak pernah jumpa.. mahal kemahin ketam lembut ni 5 ekor comel² tu RM 25.00 sesekali beli dan makan takpalah kot .. setiap hari .. setiap minggu tu tidaklah kot.
Bicara Hati : Suka guna tepung ni .. goreng peria tepung pun sodapppp .... ;p
Isnin, 13 Oktober 2014
Tips Bersihkan Singki Sentiasa Bersinar / Berkilau
Rupa singki yang tak semengah sebelum kena cuci .....
Singki dapur basah saya kat belakang tu memang ada 3 bahagian macam ni ... kununnya yang tengah tu nak letak/rendam bahan basah .. yang lagi satu keringkan pinggan .. hahahaha .. memang taklah .. sekali yang tengah kecik tu jadi letak bahan pencuci senang .. tak suka letak kat table top tu.. cam basah² pulakkan ...
Hah!!! inilah rahsianya .. gunakan cream cleanser daripada cosway jew .... mudah cepat dan senang .. yang penting baunya tidaklah terlalu menusuk hilang sangat. Sebelum gunakan korang goncangkan dulu ... lepas tu barulah curah kat singki tu ... dah curah barulah gosok dengan span .. saya pakai span hijau tu jer... takut bercalar pulak kot pakai yang dawaikan ...
Masa ni ada offer kita beli hihihihi .. ni gambar dekat sikit .. baguslah cream ni ... memang tak mencalarkan permukaan yang korang bersihkan ... mula² ingatkan untuk bersihkan periuk jer .. tak sangka singki pun hokey .... dan .. korang jangan tak tau .. pencuci ni serbaguna sangat tau ... bilik air pun kita basuh guna ni hahahaha .. sekali dengan dapur masak ... tapi kat dapur ... yang tempat letak kuali tu jer.. bukan kat table dapur tu gugugugagaggegegege ... yang ada pencuci lain.. nanti kita kongsikan lain kali ... kang ada pulak yang jadi hulk ko sental pakai cream cleanser ni hahahaha.
Gambar singki sebelum dan selepas cuci ... berkesan sangatkan .... ni gambar singki rumah saya ...
Tapi yang paling puashati .. bersihkan dapur ni ... kembali bersih dah nampak macam baru jer .... gambar bilik air takdalah saya amik.. cam tak semengah nak tunjuk bilik air huhuhuhu ....
Ini jelah tips yang saya nak kongsikan .. singki kalau tersumbat .. korang curah jer serbuk bikabornat tu ... lepas tu curah air panas lepas sejam.. insyaallah okey ...
Bicara Hati : Senang dalam hati satu pencuci .. serbaguna sangat boleh cuci banyak tempat.
Jumaat, 10 Oktober 2014
Sambutan Hari Raya Qurban Kami Sekeluarga Di Kampung
Juada pagi raya macam² ada .. semua pakat masak sorang sikit, aku masak nasi himpit kuah kacang jer, ipar² masak nasi ayam, carbonara dan paitie .. nyum²... rendang pun ada jugak... menjilat jari memasing makan tau ... amir jer tak mooo makan ... dia takut, sebab asal makan muntah .. asal makan muntah.. cian dia ... sudahnya ibu pun hilang nafsu makan tau ... risokan dia...
Pagi raya haji tu lepas semua siap solat, lepas sarapan dan sebelum hubby buat kerja² lain kita orang bawak dulu amir pergi poliklinik.. 24 jam dah itu je pun klinik yang bukak dekat rumah kami ... tu pun kemahin lama menunggu ... semua² ubat ni siap ada demam, cirit birit, antibiotik, angin ada 7 ubat kalau tak silap semuanya rm 70 hinggit. Boleh tahan jugak reganya .. mujurlah mujarab tau .. cuma ceri beri tu amik masa sikit.. demam 2 hari dah ok senin tu amir dah okey boleh makan dan beraya ....
Inilah kerjaan hubby dan ipar duai hari raya haji hari tu ... 3 hari jugaklah pulun semua daripada bumbung sampai menyimen ni ... lepas tu hari isnin petang hubby pulak dah macam nak demam .. cepat² tampal koyok satu badan ... terus selasa segar bugar nak pergi mengajar ...
Hari raya haji kan dapat cuti hari senin tu ... jadi dapatlah join baraan kengkawan tapi aku sempat pergi satu rumah jer.. sebab perut aku pulak memulas² hari senin tu hahahahah .. haru betul amik giliran dari amir huhuhuhu ... sudahnya aku pergi satu rumah jer.. yang lain tak dapat join....
Bicara Hati : Alhamdulillah tepon mak mertua ... mak dengan bapak sihat, sihat dan ceria jer suara dia dah balik mekah dah katanya .. insyaallah 14 oktober ni baliklah mak dengan bapak mertua...
Rabu, 8 Oktober 2014
Petua Hilangkan Bau Di Dapur
Tara.... saya gunakan arang jer.. masukkan dalam pasu ... lepas tu letak pokok daun gitu ... orang pun tak perasan dalam tu ada arang kuikuikuikui ... nampaklah cantik sikit dapur tu kan ... lagipun lebih fleksibel. Salunya cara ni saya guna letak kat kereta atau peti sejuk jer... kali ni saya cuba ujikaji kat dapur pulak.. alhamdulillah berkesan.
Cara lain yang saya gunakan sebelum ni bancuh kopi pekat² .. dalam cawan .. dengan air panas.. biarkan jer kat dapur tu .. memang berkesan jugak .. tapi kat rumah kami jarang minum kopi .. kalau ada stok pun tu maknanya daripada lebihan kenduri atau daripada rumah mak... tak nafikan memang berkesan jugak, tapi kadang dah penat masak cam kosa nak buat air kopi tu kan .. tu yang guna cara ni .. sebab berkesan jugak hihihjihi (^_____^)v
Bicara Hati : Masih buntu memikirkan kabinet dapur yang hendak dipilih, warna dah ada cuma tak tahulah ok ke tidak kabinet macam tu nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)