♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 15 Februari 2012

Kameramen Baru Nak Naik hihihihihi....

Assalamualaikum Semua...

Dah lama simpan draft ni tapi tak tau nak boh tajuk apa yang sesuai bile nak publish.. tu yang jadi tajuk macam tu hihihi.....

Tak salah kot.. tajuk tu.. ok rasanya.. bukan apa.. sejak akhir² ni amir selalu sangatlah pantang jumpe kamera ibu terletak, dia pun sibuk nak ambil gambar.. sudahnya mulut ni pun dah tak larat nak larang.. janji jangan rosak sudah.... atau terjatuh sudah.. haru kalau osak.. dahlah ayah yang hadiahkan.. walaupun kamera biaser² jer.. tapi ade nilai sentimental disitu sebab pemberian hubby/ayahkan...

Jom layan antara gambar² yang amir amik tu... korang nilailah sendiri boleh jadi kameramen profesional tak hahahahaha....











 Opss... ade gambar tuan tanah pulak.. ini pun amir yang beria² nak ambil tu yang ibu senyum.. jadi macam tu.. huhuhuhu

Semua ni gambar² yang amir ambil caye tak?? jangan tak percaya... ibu bagi kepercayan sepenuhnya amir amik.. lepas tu ibu tengok balik.. ok jugak.. bolehlah diharap... satu yang ibu suka amir boleh ambil gambar² ni elok jer 'centre' tak senget² pun... cume tu jerla dia suke ambil gambar yang bukan².. kakilah.. tu belum lagi gambar pokok²lah.. bunga²lah konon² ambil gambar pemandangan..... ade yang ibu dah delete sebab sampai full memori card kamera dibuatnya...


HOT Ke??? HiHiHiHi.....

Assalamualaikum Semua....

Saya pulak yang terlebih teruja bile Kieran Hot.Fm datang kat majlis kawan saya ni... maklumlah majlis sebelah lelaki saya tak tak dapat nak datang, sebab² yang tak dapat nak dielakkan kene menemankan hubby/ayah membeli buku² untuk habiskan baucer Rm200, nnt saya ceritakan yang itu yer... huhuhuhu.... 

Hotkan.. eloklah tu.. pengantin pun pakai baju merah menyala... memang hot tau.. dengan cuaca yang panas hari tu... (^__^)v


Semoga ikatan mereka berdua berkekalan hendaknya hingga kehujung nyawa dan dikuruniakan zuriat yang comel serta soleh dan solehah amin.... baca kat SiNi untuk majlis sebelah perempuan yang saya datang.. dua² pun kawan saya.. kami sebaya...

Selasa, 14 Februari 2012

KUATNYA PENGARUH LAGU PADA AMiR

Assalamualaikum Semua.....

Selamat pagi... tibe² pagi ni dapat idea nak buat entry pasal amir yang suke sangat menyanyi... lagipun amir ni dari umur setahun lebih dah pandai bercakap tanpa pelat yang ketara.. dan alhamdulillah.. memang senang paham, lagipun kami dah membiasakan dari dia kecik lagi tak pernah cakap pelat.. memang ayat macam orang² dewasa kami guna hihihihi...

Kecik² takpela nak menyanyi hobi² yer sayang.. hiburkan ibu, ayah, embah, atok, sedara² dengan keletah kamu kalau mengajuk nyanyi tu... jangan jadikan kerjaya.. dah besar nanti no.. no.. no.. hahahahaha....

 Ini antara lagu mula² yang amir suka.. sampaikan ayah kene cari kat you tube download kat handset dengan laptop tau... sampai naik jemu kami dengar...

Lepas tu amir suke lagu upin ipin ni... sampaikan ayah kene download jugak kat handset semata² takmoo amir merengek² asyik nak tengok kat laptop...

Bile dah besar sikit dah paham tenok siaran tv dan dengar radio,  amir suke lagu maher zain sampailah sekarang  lagu insyaallah.. sampaikan ayah kene beli cd untuk pasang kat kereta tau... dan klu jalan jauh memang pasang lagu tu jerlah.. walaupun kat cd tu ade lagu lain...

 Lepas tu amir suke lagu pokok hazama ft meet uncle husin.. bukan amir jer.. ibu pun suke.. ayah siap pasang lagu ni buat ring tone handset hihihihi.... asal dengar lagu ni jer kat radio mesti amir cakap.. ibu².. ni lagu yang ka handset ayah ibu... (^__^)v
 

 Lagu stacy lagi haru.. amir nyanyi siap berjoget² macam stacy huhuhuhuhu... kat rumah pengasuh pun dia suka menyanyi lagi² lagu ni selalu terpasang kat astro ria dengan videonya... pernah sekali ibu tukar canel ade stacy menyanyi dia tak bagi alih tau.. haru betollah...

Ini lagu yang paling terkini amir suke.. kebetulan, lagu ni ade kat drama dingin cinta lavenda kat tv3, 

malam tadi nak tido ibu soh baca doa tido sebelum tido.. amir pun baca macam biaser.. tibe² 

Amir : amir tak boleh tido lah ibu amir tak mengantuk lagi
Ibu: Ala.. ibu dah mengantuk dah pukul 11 ni.. esok ibu nak keja nani bangun lewat...meh ibu tepuk² amir..  
 Amir : Amir nyanyi boleh tak?? 
Ibu: nyanyi???? lagu ape malam² ni...
Tahu tak amir nyanyi lagu dadali  ni.. haihh memang kelautlah lirik dengan melodi tu.. ibu senyum jer.. lepas tu kite orang pun sama² tertido.. tak perasan pun pukul berapa masa tu...


Semua gambar² ihsan google jer.. (^__^)v anak² korang mestilah lagi macam² kerenahkan.. amir pun sama jer... sekarang ni dah besar boring kot main kat dalam rumah.. ayahlah jadi mangsa.. kalau tido mesti dia kacau.. lepas tu bisik kat telinga ayah janganlah tido.. jomlah main dengan amir.. agak² ayah macam tak bagi respon mase bisik barulah dia jerit, silap² ibu kat dapur tengah masak.. tercampak sudip tau.. terkejut dengar dia menjerit. haru betullah...

Isnin, 13 Februari 2012

Berkatnya Air Tangan Mak

Assalamaualaikum Semua...

Salam pagi isnin, mood janganlah blues jer... walaupun sayalah tu yang blues sebenarnya hihihihi....  oklah... berbalik pada tajuk sebelum meleret yang bukan²...

Berkatnya Air tangan mak, percaya tak kalau saya cakap.. macam mane sedap pun makanan yang pernah terhidang didepan mata.. pastinya air tangan mak juga yang sedapp kan.. kan.. hihihihi....

Orang kata berkat air tangan mak ni lain macam sikit, x kirelah walaupun mak cuma gorengkan telur dadar untuk dimakan bersama² dengan nasi panas dan kicap.. nikmatnya terasa hingga menjilat² dihujung jari... dan berkat seorang mak masak dengan ikhlas akan diingati sampai bila² oleh anak²... 

Tapi janganlah membandingkan masakkan isteri, mertua atau orang lain dengan masakkan mak kite.. tak baik tau hihihihi.. kalau dah ade isteri tu.. suruhlah isteri belajar masak menu kegemaran tu dengan mak kite. walaupun mungkin rasanya tak sama.. tapi niat isteri nak belajar tu patut dihargai tau...

Ini retak seribu/lala besar yang mak bekalkan kat saya masa balik kampung 2 minggu lepas... 
Sangatlah sedappp... sampai kuah² pun kami hirup....

Hujung minggu baru ni tak dapat balik kampung, kan baru balik cuti panjang hari tu masa MauliduRasul.. rindu kat mak tau hihihihi... tu publish lauk mak bagi ni, walaupun kampung bukan lah jauh mane... (^__^) Amir pun elok jer tak merenggek² ajak ayah balik kampung.. mungkin paham kot.. ayah sibuk keje tengah banyak.. sabtu baru ni ade sekolah ganti pulak...

Sabtu, 11 Februari 2012

ikan Masak Stim Asam Boy

Assalamualaikum Semua....

Ingat tak hari tu saya ada buat entry pasal tak tau nak masak ape dengan kepala ikan jenahak apelagi saya pun pergilah jenguk dapur otai² semua.... dan terjumpelah resepi paling senang di resepiraidah.blogspot.com (ikan kukus stim asam boi) tapi saya ubah sikit.. biaserlah saya ni kan.. suka ikut citarasa tekak ni sendiri hihihihi....

Bahan-bahan:

1 ekor kepala ikan ( ikan lain2 pn blh seperti siakap atau ikan merah besar)

6 biji asam boi
1 biji bawang besar
1/2 inci halia (agak²lah ikut besar ibu jari pun ok.. tumbukkan dia)
1 batang lobak merah
3 biji cili api (tak boleh letak banyak kene ikut citarasa amir)
1 btg serai (diketuk)
2 biji bawang putih
1 camca teh tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Cara penyediaan:

1. Panaskan kukusan.
2. Satukan bawang putih, bawang besar yang telah dihiris bulat², dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam, gula (kalau nak) dan perisa pasti sedap.
3. Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, cili api, asam boi (rendam dengan air panas bagi kembang) dan serai.
4. Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang.

Gambar siap sedia untuk dikukus ikan

Nyum².. nyum²... siap sedia terhidang untuk dimakan.. abaikan jerlah hiasan tu yer.. tak pandai nak deko² ni....

 Bendi rebus untuk ulam...


Tmpe goreng.. wajib untuk sibujang.. (^__^)v


Cuti 2 hari ni nanti bolehlah kawan² cuba.. memang sedap.. berbaloi²lah.. ummmppppp nyer....

Jumaat, 10 Februari 2012

Petai Belalang

Assalamualaikumm Semua...



Inilah Petai Belalang a.k.a petai kecik

Petai ni ade tumbuh terbiar kat depan rumah mak saya, kite orang pun tak tau bile masa tumbuhnya.. tau² dah membesar... dan hasilnya memang lumayan.. opsss.. bukan hasil ape.. hasil buah tu.. kebetulan kat tepi jalan masuk rumah mak tumbuhnya.. orang yang lalu lalang pun adelah menyinggah nak mintak buah ni.. x pun daunnya... sebab petai belalang penawar penyakit kencing manis saya pun tak pasti.. sebab dalam keluarga belum ada yang kene penyakit ni.. nauzubillah...

Dulu masa kecik² saya suka makan petai liar ni dengan kawan², tp bukan kat rumah.. kat kawasan rumah kawan saya.. dia orang siap bergayut² kat pokok tu... petik petai ni, tp saya duduk bawah jer tunggu.. penakut nak panjat... Petai belalang ni pun boleh masak tau..baru² ni sajelah masak sambal udang letak petai belalng ni.. sedap jugak.. cuma dia kecik sikitlah dari petai biaser tu... hihihihihi....

Korang pernah jumpa tak petai ni.. pernah cuba makan tak?? nanti cubalah.. sedap tau hihihihi.....

Khamis, 9 Februari 2012

Amir Kalau Tidooo...

Assalamualaikum Semua...

Gambar kat sofa rumah berselerak.. abaikan jerlah yer... ;p

Inilah antara gaya anak bujang saya kalau tidoo memang tak sedar ape.. dengan botol masih kat mulut, mainnan masih terpegang... ape yang berlaku kat sekeliling... nak gelak kuat ke.. nak ribut ke... memang dia takkan bergerak² tido... macam ayah dialah jugak tu hihihihihi... tapi masa bayi percaya tak.. jangan kata batuk, kalau org berjalan pun dia cepat tersedar.. tajam betul telinga tu...

Sebenarnya dia selalu tido kat toto jer depan tv, nanti dah malam sikit.. barulah kami angkat masuk bilik. kami ker??? hubby jer angkat.. ibu dia ni.. memang tak laratlah.. tapi kalau kene pakse angkat pun memang gagahkan dirilah jugak huhuhuhu.....

Tu belum lagi kalau kami tido bersama² memang macam² aksilah.. kuak lentang, kuak tertonggeng.. meniarap... macam² lagi.. penatnya mengalahkan orang keje menyangkul hihihihi...

Petang² macam ni mengatuklah pulak dalam pejabat ni.. huhuhuhu... nasib baiklah ade kudapan...(^__^)v

Kalau Dah Jodoh Tidak KeMana² (^__^)v

Assalamualaikumm Semua...

Hujung minggu baru² saya pergi kenduri kawan kawin, 2 merpati sejoli ni kawan saya masa sekolah.. dari sekolah rendah sampailah kesekolah menengah.... orang kata kalau dah jodoh tak kemana.. percaya tak.. kalau saya cakap cinta mereka baru² ni jer berputik kembali.. sebelum ni bukan bercinta tapi kawan baik bersama²... maklmumlah dah lepas sekolah masing² buat hal sendri... bile ade FB barulah terjumpe kawan² lama balik... rupa pun masing² dah matang lain bebenor huhuhuhu.. lagi² saya ni yang bertambah² gebu dan tembam... ;p


so sweet.. warne vantage dah menjadi trand terbaru sekarang ni kan....


 eh² menjeling² pulak pengantin tu yer...


 cantikkan cenderahati dia... tema vantage jugak. tambah koleksi saya.. semakin banyak bagi cawan macam ni...


Cuaca panas sesangat hari tu... amir pun merengek² takmoo ambil gambar, sampaikan ibu pun terlupa nak ambil gambar dengan penganin tau huhuhuhu.. haru betullah.. minggu kat rumah sebelah lelaki pulak.. satu kampung dengan saya, tak tau lah dapat pergi ke tak sebab.. ade jemputan lain jugak. kalau balik kampung.. mungkin pergilah kot... ;p

Apepun mendoakan kebahagian pengantin.. selamat pengantin baru dan moga berkekalan hingga keakhir hayat.. dikurniakan zuriat yang soleh dah solehah... amin...

Rabu, 8 Februari 2012

"Segmen Review Blog Kami"

Assalamualaikum Semua...



Jomlah join segmen ni.. klik jer dekat gambar tu.. boleh terus link ke blog tihara, dan saya pun tak sangka .. saya boleh dapat anugerah top commenters mingguan  kat blog tihara..  dapat anugerah crown lagi tau hihihihi... jemputlah datang kesana banyak ilmu dan perkara baru saya tau.. selain daripada tu saya suka cuci² mata tengok barang² yang dah berkait yang baru² dan cantik² tau..

Lelaki Pakai Cincin.. Boleh ker???

Assalamualaikumm Semua...

Saya baru dapat satu ilmu.. dan nak kongsilah sikit dengan kawan² semua...iaitu memakai cincin dikalangan kaum adam adalah mengikut sunnah nabi, sunnah yang macam mana... bukan sebarangan pahaman jer tau... maklum lah sekarang ni kan dah macam musim pulak.. kalau pengantin bertukar² cincin...

Tapi sunnah nabi korang tau ke macam mane?? kalau ikut sunnnah nabi cincin dipakai dijari kelingking (betul ke saya eja tu..) jari yang hujung sekali yang kecik tu... dan bile memakainya batu cincin hendaklah dipusingkan kebawah.. bukan terletak kat atas tu... sekali menumbuk orang hambikk ko.. mau lebam hihihihihi....


Gambar ihsan google jer....


Sajelah nak berkongsi dengan kawan² semua.. ilmu yang saya perolehi sempena Maulidurasul yang baru² lepas ni kan... korang semua pergi berarak ke?? rindu sangat² suasana macam tu.. masa sekolah dulu² adelah.. sekarang ni dah takde dah.. kalau kat taman rumah kami pun banyak kemeriahan lebih pada ceramah² disuarau aaupun masjid jer. (^__^)v

Psttt... pssttt.... lepas ni kalau ade kawan² yang belum kawin ade niat nak bagi cincin dekat suami tu jangan beli size jari manis tau.. jari kelingking hihihihihi... ;p jangan mara...

Isnin, 6 Februari 2012

Amir Dan Kawan² Di Suatu Petang

Assalamualaikumm Semua...

Gambar² ni saya ambil masa amir baru beli basikal.. sajelah nak dedikasikan kat sini untuk tatapan amir dimasa depan.. so swett my herooo bam bam ohkey....

Tengah menunggu kawan² yang lain keluar rumah.. macam nilah amir kalau petang tau.. jangan harap nak duduk dalam rumah...

Kawan² amir pun dah datang.. ape lagi lawan basikal lah... itulah yang dema² suka, tapi takpe depan umah jer.. tak jauh pun.. kalau tak nampak bayang mereka memang mak² masing² akan menjerit²lah jangan main jauh².... nanti ade kereta lalu tak nampak huhuhuhu....


Dah naik basikal baru pun amir masih kalah lagi.. apelah anak ibu ni kate nak basikal baru.. nak power hihihihihi... ibu gelakkan jer... lagipun amir ni naik basikal steady jer.. kalau yang lain tu dah pecut dia budak dekkk jer.. kayuh macam biaser.. kadang² kt pulak yang geram...


Rehat dulu.. rehat.. macam² kerenah budak² ni kelakar kekadang.. yang sebenarnya dia orang baru jer tgk video yang kt ambil masa dia orang lumba basikal tadi hihihihihi..... eh² macam mane pulak ade puteri sesat dalam geng boboi ni .......


Selamat Bercuti semua.. dan salam maulidurasul.. petang² macam ni.. layan amirlah main kat luar rumah... (^__^)v.. ini entry autopublish jer... 

Sabtu, 4 Februari 2012

Kepala Ikan Jenahak

Assalamualaikumm Semua...

Hari inikan cuti sabtu dihujung minggu jadi entry pun lambatlah publish.. biaserlah menyiapkan dulu kerja² rumahkan.. melayankan kerenah amir dulu hihihihi....

Bile tengok jam dah pun tengahari.. ayah pergi ke kelas.. mood masih kelaut nak masuk kedapur.. tak tahu nak masak ape... jiran ade bagi ikan jenahak.. besar yarrraabbiiii... kami ni 3 beranak jer.. menu apelah sedap dimasak yer.. selalu masak kari atau asam pedas jer... ade cadangan tak???


ini baru kepala ikan jer tau... belum badannya lagi...


Kawan opis ade jemput datang makan² dia buat bestday anak hari ni.. agak² takde mood masak ajak hubby pergi sane jerlah.. tu pun kalau hubby nak pergi... dah balik kelas lewat selalunya penat. huhuhuhuhu...


Jumaat, 3 Februari 2012

Bihun Tom Yam Kuning (^__^)v

Assalamualaikumm Semua...

Salam jumaat.. semoga pagi yang indah dan ceria ini akan lebih diberkati... sebelum memulakan percutian yang panjang lagi minggu depan hihihihihi.... lamakan kami diselangor ni cuti sampai hari selasa sebab cuti maulidurasul dan taipusam, rabu barulah mula kerja.. 

Oklah saje nak share sikit menu yang saya masak 2 hari lepas, masak koboi jer lepas balik kerja.. biaserlahkan.. kalau kerja ni masa nak masak tu terhad.. janji capai jer kat tangan ni teruslah menumis hihihihihi....

Saya masak Bihun Tom Yam, ini kan antara makanan kegemaran saya. kalau soh makan pagi petang siang malam confirm ok jer... dan kalau saya masak memang suke buat versi Bihun Kuning... menarik.. tertarik daboomm gitu...  lagipun masak lebih sikit sebab nak pulangan pinggan² jiran.. sebelum berkulat² dan bertimbun² lagi terperap kat rumah hihihihihi.....


 Saya memang suke masak bihun ni versi kuning untuk tom yam sahaja tau.. bihun sup tak suke pulak.. lagi suke wana putih jer, kalau untuk tom yam warna kuning ni lebih membuka selera berbanding warna putih...
senang jer buatnya rebuskan air, masukkan pewarna kuning jenama ros pun ok yang serbuk tu.. bile air dah masak mengelegak barulah masukkan bihun rendam sampai kembang yer...
 tos dan siap untuk dihidangkan...


Ini kuah tom yamnya simple jer.. masak koboilah katekan.. janji ade perencah kiub tom yam tu .. dan semestinya masak versi amir cili 3 batang jer.. tu pun amir caka pedas.. ibu makan tak rasa cili pun...

Yeahh siap hidangan untuk memulangkan pinggan jiranku...


Yang ini untuk santapan saya ... kawan² jangan mara yer.. telan jerlah air liur banyak²... nanti cubalah buat masak resepi ni masa cuti... selamat mencuba... sorrylah saya tak bagi detail sangat cara masak tom yam saya ni.. sebab lagi ramai otai² masak kat blogkan.. hihihi..

Friendship Giveaway

Assalamualaikumm Semua...

Tibe² mood pagi ni nak join giveway pulak.. dan kebetulan tarikh tamat tempohnya pun lama lagi.. selain daripada hadiah yang menarik dabomm ditawarkan.. saya lebih berminat nak menambah kenalan dengan azimah ni.. lagipun dia seorang cikgu (^__^)v.. salam perkenalan....

Kawan² kalau nak join pun bolehlah.. klik kat bena gambar tu... Tarikh Tamat giveaway ini : 14 Februari 2012.



 Harap adelah rezeki saya menang kali inikan...sebab saya ni jarang join giveway.

Khamis, 2 Februari 2012

Lesung Batu - Warisan Berzaman

Hadiah daripada Nenek a.k.a Buyut AmiR


Assalamualaikumm Semua....
Nampak tak gambar lesung batu tu.. nampak macam dah lama sangat usianya kan.. memang dah lama pun, warisan daripada nenek saya.. 

Baru² ni saya balik kampung mak yang sampaikan kat saya, mak kata nenek saya bagi.. (kami panggil embah dalam bahasa jawa) elok jer dapat lesung ni lagi beberapa hari hari lahir saya masa tu.. kire hadiah jugaklah ni kan hihihihihi....terima kasih sangat kat embah mmmuahhh.. mmmuaaahhhh.... (macamlah embah baca blog ni)

Saya memang dah lama mengidam nak membeli lesung batu ni.. tapi tak terbeli² lagipun kalau ada lesung batu ni bukan ape senang sikit kalau nak menumbuk sambal belacan ker.. nak tumbuk halia@ serai nak masak... sekarang pakai belander jer.. bayangkan kalau nak buat sambal belacan memang buat banyak siap² masukkan dalam bekas simpan kat peti sejuk, sambal kicap pun macam tu jugak... hihihihihi....

Dulu masa baru² pindah rumah adalah jugak hajat hati nak membeli lesung batu, tapi mendengarkan nasihat orang² tua yang cakap tak baik beli lesung batu untuk rumah sendiri, lagi² pengantin baru ni... nanti rumahtangga tak aman.. bergadoh jer.. sudahnya terbantut nak membeli sampailah sekarang ni.... tapi hati selalu terpikir kenapa orang² tua cakap macam tu yer... betul ker?? (masih tak puashati jugak tu)...
 
Cucu² yang lain jangan lah jeles yer saya dapat lesung ni.. embah cakap dia pun dah jarang masak sekarang.. lauk pun anak² yang bagi.. jadi lesung ni dah tak guna sangat.. tu yang dia bagi kat saya.. tersenyum² saya bile dapat lesung ni tau... walaupun kecil jer.. cukuplah kalau stakat nak menumbuk cili², bawang untuk masak kami 3 beranak...

Kawan² pun pernah tak dengar orang² tua kata pantang macam tu.. jangan beli lesung batu kalau pindah rumah sendiri... kalau ade orang bagi hadiah lesung batu oklah jugak.. kalau takde macam mane??? kalau beli blander takpe pulak yer?? hihihihihi.. tapi selalu pikir positif jer.. mungkin sebab dulu² susah nak membeli lesung batu kot, kan berat dan mahal....


Rabu, 1 Februari 2012

Jemputan Dihujung Minggu

Assalamualaikumm Semua...

Hujung minggu baru² ni banyak jugak jemputan kawin nak kene pergi... ade jugak yang tak dapat pergi.. saya kirimkan jerlah dekat kawan² yang pergi... tapi ade dua jemputan ni memang kene pergi jugak, apepun terima kasih hubby layankan isteri yang sorang ni kekenduri kawan²....

Yang pertama pasangan Watie & Ejat
Watie ni dulu masa saya mula² kerja memang saya tumpang dia sebab satu bangunan tempat kerja opis lain².. ejat pulak kebetulan kawan masa kat sekolah dan sebaya dengan saya mestilah kene pergikan ..


Ini pengantin yang pertama pergi kami pergi sabtu malam ahad, waktu berinai sebab siang tak dapat pergi... melaram sikit malam tu.. dah mengalahkan saya pulak yang nak bersanding dengan baju berkilat macam tu.. opss.. itu baju nikah saya yang sebenarnya... baju jerlah.. kain dah lain... hihihihihi... (^__^)v

Dapat goodies, meriahkan goodies sekarang.. bolehlah simpan buat koleksi.. zaman saya kawin dulu goodies tuala² jer, kipas, atau sudu hihihihihi.... tu pun dah kire mahal tau...


Esoknya kenduri yang kedua kami sekeluarga (3 beranak jer pun.. family kecik jerkan).. pergi kenduri di Teluk Intan pula rumah Kamarul (Boy) & Rusnita. Kat Teluk Intan ni sebab kawan kelas yang kawin masa sama² belajar dulu, nak kata rapat sangat masa dalam kelas dulu tak jugak... kami biaser² jer... tapi masa kenduri saya kawin dulu dia datang dengan kawan² kelas yang lain jugak...
Dan istimewa kenduri kat Teluk Intan ni tau.. masih mengamalkan ciri² makan berhidang macam kat kampung pulak, walaupun sebenanya rumah kawan saya ni kat taman jer.. memang saya terkejut dan terkedu sangat.. tapi enjoy.. dilayan macam tu... terbaiklah pelayan² dia... rasanya orang² taman tu jugak..

 Antara menu yang dihidangkan.. pecal/gado² tu memang menarik minat saya nak menjamu selera maklumlah dah kelaparan, perjalanan hampir 3 jam ooooo


 Nampak tak belakang tu.. pelayan² tengah mengambil hidangan untuk bagi kat tetamu.... Teruja sangat tengok sebab kat kampung saya pun sekarang pakai katering jer.. layan diri...


Nasi kuning... macam nasi minyak pun iyer jugak sedapp lembut.. mula² saya dengan hubby ingatkan pulut kuning haru betullah kami ni..

 Manjanya pengantin yer... berpeluh² possing sakan dekat pelamin...

 Alamak!! kami datang sama temalah dengan pengantin.... nasib baik amir pakai baju MU.. kalau CHELSEA memang sedondon kami satu family....

Dapat goodies jugak..


Selamat pengantin baru pada semua.. semoga kekal keakhir hayat.. dikurniakan zuriat yang soleh dan soleha Amin... Hujung minggu ni pun ade banyak jemputan jugak... tengah menyusun jadual harap dapat pergi sebab hujung minggu ni kawan sekolah pulak yang kawin hihihihi... sebab sabtu hubby ade kelas...

SYUKUR ALHAMDULiLLAH

Assalamualaikumm Semua...


Gambar ihsan google jer...


Alhamdulillah moga januari yang telah berakhir semalam meninggalkan kenangan yang begitu indah dalam diri ini, bertambahnya usia ku kini dan seiring dengan peredaran zaman memang banyak perubahan yang berlaku disekeliling kita, tanpa kita sedari... masa yang telah berlalu pastinya tidak akan berulang kembali.. apa yang berlaku akan datang juga bukanlah didalam kawalan kita.. jadi rancanglah sesuatu yang terbaik dlam hidup ini...

Ape yang berlaku semalam juga pada blog kawan² alam maya saya iaitu Intan Berlian  a.k.a ina & Kak fieda satu pengajaran buat saya jugak... semoga perkenalan kita di alam maya ni diberkati.. saya sekadar membantu dengan memberitahu blog kamu tak boleh dibuka dan dibaca, walaupun sekadar kenalan dialam maya... tapi rasa bersyukur sangat sebab korang semua peramah macam dah lama kenal kan.. Alahmdulillah syukur hari ini semuanya dah pun selesai.. (^__^)v

Selamat bercuti pada kawan² yang bekerja di wilayah kerana hari ni cuti umum kan.. bagi saya yang bekerja ni.. kenelah sambung buat kerja hihihihihi... nanti free baru jalan² rumah kawan² yer...

Selasa, 31 Januari 2012

Aku Yang K.E.L.I.R.U

Assalamualaikumm Semua...

Saya yang masih confuse/keliru daripada pagi tadi.. dan tak tahu kenapa ade 2 blog ni INTANBERLIAN & BLOG FIEDA RAFLI saya tak boleh bukak daripada pagi tadi sampailah sekarang ni...

Bile masuk jer keluar header lepas tu link akan bertukar jadi http://abcdead.com macam ni.. kenapa yer?? sape yang tahu tolonglah bantu saya ni... bile tanya dekat kawan lain dia orang jawab ok jer takde ape masalah pun... tapi saya bukak blog lain pun ok jer tak masalah.. confuse saya dibuatnya apa yang berlaku sebenarnya ni... ade virus ker?? tapi kena baca blog lain ok jer... Tolonggg.. tolonggg...... siap ade keluar macam kat bawah ni...

This domain name expired on Jan 30 2012 07:07PM
Click here to renew it.

Abcdead.com


image4

Meja Tulis Serbaguna Buat Amir - Learning Desk

Assalamualaikumm Semua...

Sebab amir suke sangat nak menulis kat white board ayah kat bilik, jadi ayah pun ambil keputusan belikan amir meja tulis yang serbaguna untuk amir.... kira amir dapat hadiah lah ni.. ibu pun tak dapat hadiah bestday tau huhuhu.... kesian ibu, tapi takpe.. demi anak kan.. mengalah jerlah...

Sebenarnya dah lama nak membelikan amir meja tulis untuk belajar.. bukan apa selalu dia akan mewarna atau menulis kat meja makan, tak pun dia meniarap aja kat ruang tamu tu... kesian amir kan.. kan...

Kebetulan kami pergi Giant minggu lepas ade offer meja ni... mahal jugak lebih kurang RM80.00, tapi kalau tak offer lagi mahal tau ngee~~~ mahal tapi serbaguna oklah kan.. bukan selalu beli pun... ni pun sebab ayah teringatkan amir yang suke menulis kat white board ayah .. maka ayah belikanlah.. hihihihihi.... kalau dengan ibu kenelah ibu kire bajet dulu.. baru boleh dapat....


 Elok jer terletak kat ruang tamu senang nak pantau dia buat kerja...
Lagipun kalau kat bilik ruang sempit sikit.. nanti amir pun bosan... 
silap² tak menulis... tertido hihihihihi...
  Amir suke sangat meja ni.. lagipun kat bahagian atas tu ade tulis ABC huruf besar dan kecik.


 Meja ini agak serbaguna sebab boleh dilipat untuk amir menulis, dan jimat ruang....
 Lagi satu yang amir pulak suka sebab macam gambar kat bawah ni.. ala² macam cikgu pulak...


 Nampak tak tu amir tekun menulis... manelah tumpahnya kuah kalau tak kenasikan.. kan.. nampaknya dah ada ciri² nak mewarisi kerja ayah hihihi.. tapi selalu cakap kat amir, amir up sikitlah dari ayah tau jadi profesor/pensyarah.. mesti amir senyum jer.. kalau ibu cakap macam tu... sebab dia pun tak paham lagi profesor tu ape...


Ibu sentiasa mendoakan agar anak ibu yang sorang ni menjadi anak yang baik, soleh, bijak dan menjadi insan berguna satu hari nanti untuk agama, bangsa dan negara... serta menjaga nama baik keluarga... (^__^)v


Isnin, 30 Januari 2012

Wacaaa..... KUNG FU PANDA

Assalamualaikum Semua....

Dua jumaat yang lalu kalau tak salah ade tayang cerita KUNG FU PANDA ni kat tv3, amir punyerlah seronok dan teruja sangat nak tengok sampaikan ayah mengalah malam tu tak layan Raja Lawak, lagipun Raja Lawakkan ade ulangan hihihihihi... ;p

Nasib baiklah ibu ni jenis tak ambil kesah sangat.. layankan amir jer.. yang sebenarnya sebelum tu layan cerita Dingin Lavender hihihihi... lagi pun ibu tak pernah tengok kung fuu panda ni.. macam best jugak...

Baru mula kami dua beranak dah tergelak²... tapi tu lah dalam tv mestilah dah banyak adengan kene potongkan sebab nak cukupkan masa tayangan... amir pun tak tengok habis dah tertido.... bayangkan esoknya pagi² bangun boleh pulak tanya .. ibu pagi ni ade cerita kungfu panda lagi x??? jenuh terangkan.. kalau astro adelah ulangan .. kalau tv3 mane ade huhuhuhuhu.... siap janji nanti ibu carikan cd yer.. kalau tak soh jugak bukak tv nak tgk huhuhuhu haru betullah dipagi hari masa tu....

Baru² kami ada pergi JUSCO.. Jeng² tak sangka pulak amir boleh ternampak cd ni.. nak taknak belikan lah jugak sebelum dia guling² mogok kat situkan hahahaha... (padehal belum pernah jadi lagi adegan guling².. dan harap² sangat janganlah berlaku.. selagi boleh pujuk.. mmg akan pujuk). RM9.90 tau.. ori tu.. senyum lebar dia dapat cd tu.. tengoklah puas².. masa nak keluar tu elok jer.. ade staff jusco bagi limau.. ngee~~ memang ubat batuklah jawabnya tu kan.... suara pun baru nak ok ni..

Inilah cd Kungfu PANDA tu..
Rupenya dah ade siri duakan hahahahaha.. nasib baik amir tak perasan yang lagi satu tu.. 
kalau tak mau 2 cd kene beli... (^__^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...