♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 30 Januari 2013

Peplum atau Baju Mengandung






Selasa, 29 Januari 2013

3 Hari Kami



Tak kala keseronokkan berlipur lara di percutian singkat 2 hari 1 malam di Morib Gold Coast ada cerita yang tak best berlaku... hihihihihi... kira kenangan jugaklah.. kan.. nanti²lah story.. ni tuan tanah kedaung mood memang kelaut ni.. nak mengarang cerita .... mood hilang kepantai morib tak habis² lagi kot hanyutnya.. hadoilah..... tak tahu nak cakap macam mane...

3 Hari cuti yang panjang, sabtu memenuhi jemputan kenduri rumah kawan hubby ok.. panas teriknya sampaikan sakit kepala kepeningan kemalam huhuhuhuhuhu .....

Ahad sepatutnya memenuhi jemputan pihak tadika Amir ada sambutan maulidurasul, tapi badan amir mula letih macam mahu demam berat hati pulak nak bawak pergi berarak.... pergi jemputan kenduri jiran pun sebab memenuhi undangan.... lepas balik kenduri badan amir memang panas sangat... sampaikan kelewat petang tidur sahaja.. tak mahu makan langsung.. susu minum pun muntah... tapi mulut bagi tahu .. Amir nak balik kampung.. nak tidur rumah embah... emmm....

Pertama kali melaram dengan baju jalur² tapi demam lah pulak...


Gagahkan diri kami semua balik kampung petang tu.. nasib baiklah kampung tak jauh sangat, tu pun amir muntah dalam keeta, cuaca ahad tu pun panas sangat ..... malam tidur amir mengigau² dengar dia macam berselawatlah.. agak² dia terbayang dia pergi berarak kot.. hadoilah.. anakku sayang.. saya dah cuak dibuatnya.. tapi nak tergelak pun ada jugak.. masa tenangkan dia...

Nasib baiklah semalam dah okk sikit, tu pun memang tak berhentilah badan ku sapukan air 'jerluman' (campuran beras+asam jawa+air diramas dan disapukan pada badan yang panas masa demam).

Alhamdulillah hari ni dah pergi tadika macam biasa, harap dia oklah naknya... walaupun pagi tadi bangun agak meragam tak mahu mandi kesekolah....



Bicara Hati : Satu kerja pun tak boleh bagi tumpuan hari ni huhuhuhuhu.......






Isnin, 28 Januari 2013

Percutian Singkat 2 Hari 1 malam Di Morib Gold Coast

  


Alhamdulillah kali ni meraikkan hari lahir ke-30tahun bersama insan² tersayang, ibu siap amik cuti tau... sebab hubby dah booking nak pergi bercuti kat Goldcoast .. hahaha.. bukan yang Australia.. yang kat Morib jer.... jadilah... ni pun baru kali pertama pergi tau.. walaupun dekat dengan rumah kalau takda promosi macam ni.. jangan haraplah nak dapat pergikan....




Okk.. yang sebenarnya mula² nak suprise hubby beli deal percutian ni.. kunun² nak beli hadiahlah.. kira saja-saja kami² 3 beranak jer.. percutian ni, sekali kene bayar dengan kad kredit daaa... kantoii sudah.. mane ibu ada kad kredit ... tu yang suruh hubby dealkan.... harga promosikan rm 150.00 mestilah nak beli.. walaupun ini kali pertama beli tau.. alhamdulillah takda masalah, kunun² nanti ibu bayar kat ayah.. sudahnya hubby kata.. tak payah bayar.... kira hubby belikan hadiah bestday.. tak aci betulkan... 




Puashati sangat percutian ni.. walaupun singkat, tapi berbaloi²... amir paling happy dan teruja hahaha.... sebab dia memang tak tahu pun kami nak bawak dia kesini sampailah masa nak pergi barulah dia tahu .... lepas tu mulut tak renti²lah bertanya itu ini .. sampaikan tibe² dia tertidur.... padahal dah nak sampai dah.... 35 minit perjalanan jerkan...



Bicara Hati : Hari ni selangor cuti .. korang kemana??? kami?? duduk rumah jerlah 2 hari ni pun jadual dah penuh.. kepenatan...




 

Jumaat, 25 Januari 2013

Pencuci Mulut Yang Sedap & Mudah



Ni kisah hari selasa baru² ni.. panas sangat duduk dalam opis, seyeslah berasap rasanya.. ntah econ problem kot... tibe² tekak rasa kalau dapat makan sejuk² mesti sedapp dan menyegarkan tekakkan.... tu yang dapat idea nak buat desert ni.... ditambahlah pulak masa tu baru tengok blog mak yong azie terliurr dibuatnya.



Jangan terliur kat sini yer..... seyes memang sedapp.. hahaha perasan puji diri seniri...



Bahan² sangatlah mudah.. campurkan semua bahan² kat gambar ni dan tambahkan ais batu .... serta lebihkan air, tapi kalau nak tambah air gas aiskrim soda pun sedapp.....



Bicara Hati : rasa macam nak buat lagi hujung minggu ni.. kan cuti panjang....






Senarai Nama Join Giveaway Komen Hari Lahir

  

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih pada kawan² semua yang ucapkan dan doakan saya pada entry istimewa pada angka ke-30.

Terima kasih juga yang komen pada hari itu.. seperti yang saya janjikan... saya akan buat cabutan bertuah untuk beri hadiah pada kawan² terpilih yang komen ... tapi hadiah tak banyak..... insyaallahh saya akan suruh amir yang buat cabutan, tapi kalau amir tak memberi kerjasama.. nampaknya terpaksalah saya pakai random.org, harap amir bagilah kerjasama....

Teima kasih juga buat kak Maszull dan kak Nani atas entry kalian, terharu dibuatnya.. sobb.. sobb....


Semua yang komen pada 23.01.2013 hanya 216 orang sahaja.. hahahahaha.. banyaklah 216, 21 orang sahaja.. memang tak cecah 30 orang pun.. jadi secara automatiknya terbatallah give special untuk yang komen ke-30



Mrs Lurve
Falsya
Deq's Qienz
myfreeminded
PUANSTOBERI
yan's cottage
Suliana
Saya Disini
AdaM Hawa
Nisah Idham
Nieyl
Ujie
ieja amieja
izfanora
Nafira usof
Tihara
Lynda Che Lah
Fiza Rahman
ch@
QasehnyaRania
Yana Libra


Rezeki mak yong saya masukkan jugak nama puan kutu join sebab puan kutu jer pun yang komen lepas 23.01.2013 lagipun komen tak cecah 30 orang , dan giveaway special untuk yang ke 30 terbatallah secara automatiknya. (^____^)v 


Entry hadiah akan diupdate kemudian, sebab lupa nak amik gambar huhuhuhuhu ..... jangan marah yer... dan janganlah anggap hadiah yang grand sangat pun... hadiah yang sempoi jer....



Bicara Hati : hihihihihi... petanda apakah ini pembuka dan penutup yang join dua² pun mak yong ... adakah seru kamu² tempias ketuan kedaung ni hahaha.... 




Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul



Kebetulan.. semalam hari lahir saya.. tapi kalau ikutkan kelender islam mak bagi tahu kelahiran saya memang bulan rabiulawal cuma tarikhnya kurang pasti ....

Hari ini pulak maulud nabi, iaitu ulang tahun kelahiran nabi muhammad rasul junjungan kita.... dulu masa sekolah memang terasa sangat kemeriahannya lagi² masa berarak sambil berselawat.. tapi dah kerja ni tak rasa sangat.. cuma merasa cuti jerlah... huhuhuhuhu .....




Sabda diatas ni saya kongsikan buat diri saya dan juga rakan² yang membaca blog ini.. moga dengan bertambahnya usia.. kita juga makin sedar diri.. dan jangan mudah lupa diri (^___^)v

Sebenarnya kita patut contohi sifat rasullullah.. kerana sifat beliau yang sangat terpuji wajarlah dijadikan contoh buat diri dan juga dalam mendidik anak²... walaupun kita ni manusia biasa adakalanya tidak sempurna diri....


Bicara Hati : Tak semua negeri cuti kan, pada negeri yang tak becuti .. selamat bekerja ...






Rabu, 23 Januari 2013

Terima Kasih Semua

  


Kalau entry yang sebelum ni saya dah buat ucapan untuk diri sendiri.. kalau ada yang tak baca jom baca lagi.. sebab ada hadiah untuk kawan² klik kat istimewa pada angka ke-30. Kali ni entry ucapan terima kasih buat kawan² opis yang sudi meraikkan bersama² huhuhuhuhu.. terharu sangat dibuatnya.... sebab korang semua memang terbaik.. dah macam adik beradik dibuatnya.... dah lama kenal makin lama mkin tahu peragai masing².


Terima kasih akak sebab sudi sponsor kek red velvet dabommm ni.. wallah.. memang sedappp aummm.... aummm..... lagi² cheese yang diubah macam campuran krim tu memang krimiiii miiii tau...



Pakai² gedik amik gambar ramai² .. bos jangan mara.. tetiba hilang jer satu kawasan... 



Layan² makan steambot koboi jer.. hahahaaha... sedap jugak dah makan ramai²kan....



Bicara Hati : Harap tahun depan dapat raikkan bersama korang lagi .... (^_____^)v






Istimewa Pada Angka Ke-30


Hari tanpa kata dihari rabu, tapi itu rabu lain boleh?? rabu ni.. nak taip jugak hahahahahaha...... Bersyukur dihari yang mulia ini masih diberi kesempatan merasai kehidupan di dunia ini.... berada disamping mereka disekeliling adalah satu anugerah yang sukar untuk digambar ....


 Sentiasa bersyukur dan jauh sekali mahu besikap tamak atau riak didalam hidup.. tapi adakalanya tanpa sedar mereka disekeliling yang menilai kita dengan pelbagai andaian dan tangapan..... tapi janganlah sesekali menghukum karma .. sesukahati ....




Alhamdulillah bertambahnya usia yang ke-30 tahun pada tahun ini .. mengharapkan yang lebih baik dimasa akan datang dari segi diri, keluarga dan juga kehidupan... 
Terima kasih juga buat kawan² blogger yang mendoakan saya....  


Kami sentiasa meraikkan bersama² diopis, kerana tarikh dan bulan yang sama tapi tahun kelahiran yang berbeza.. tahun ni raikkan awal sikit.. sebab hari ni saya bercuti .... ala... pergi bercuti ke pakej yang RM 150.00 tu hihihihihihihi ...;p saja deal beli hadiah untuk kami 3 beranak .... jadilah .. ibu dapat rezeki lebih haruslah ibu kongsikan pada orang² yang ibu sayang .... (^_____^) 


Kawan² kalau mahu hadiah pun boleh ... bagilah ucapan kat saya mestilah saya bagi hadiah jugak ... kire macam giveway birthday aci x?? aci x?? buat macam ni jer.... (hahahaha tak malu.. nak soh orang ucap happy bestday) senang jer.. sapa yang komen kat sini secara automatik tercalon.. yang tak jadi follower pun boleh join juga.... janji masa keputusan keluar korang baca. 


Syarat wajibnya hanya komen pada hari ini di post ini sahaja yang terpilih sehingga pukul 11.59 malam ini. Dan ada special give bagi yang komen 30 tau ....  kenapa 30 sebab umur saya kan 30 tahun dah (ade ker???sampai 30 komen masuk yer) keputusan akan diumumkan selewat²nya minggu depan.



Bicara Hati : Tuan tanah kedaung nak pergi bercanda bye² semua.. entry selepas² ni kalau ada hanyalah autopublish...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...