♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 21 Januari 2014

Masa Bersama Itu Indah Walaupun Sementara



Rancang² asyiklah tak menjadi, kalau tak hubby yang ade hal .. tetiba adik ipar kene kerja atau ada urusan ... jadinya memang kalau rancang bagai nak gah macam mana pun memang tak kemana lah ...

Ahad baru ni pagi² kami dah kene pergi mesyuarat PIBG , petang pulak hubby kata nak keluar .. tapi macam tak pasti lagi .. tengok keadaan dulu.

Adik pulak memang nak keluar pergi setia city mall cari barang keperluan sekolah katanya (tak hagak²kan koo dik nak beli barang sekolah kat seia city mall tu).. dan nak habiskan baucer anak dia rizqi kat parkson sebelum tamat tempoh.

Amir??? anak bertuah tu pantang dapat offer daripada adik saya, apatah lagi kalau adik ipar meligat jer dia hulur tangan nak ikut ... kalau bab berjalan memang macam tu lah .. tapi .. yang herannya bukan dengan semua orang dia akan ikut.. dengan orang² tertentu sahaja. Tapi dengan adik ipar saya ni dia memang ngamm.. kalau rumah mertua pun macam tu.. dengan adik ipar saya semua dia ngam .. dia orang pun rajin melayankan dia kan.. tu dia suka tu.

Spontan order menu kegemaran amir kat food court setia city .. emmmm macam lemak sangatlah.. amir pun cakap macam tu.. tak sedaplah ibu.. tak pahit (maksudnya bukan tak pahit apa... dia rasa macam kurang kicap agaknya) tapi pada saya pun kurenggg macam muakkkkkk ntah.. tak tahulah kalau orang lain.




Spontan ... amik gambar sebelum beredar.. hadoilah dah macam tak semengah pulak .. jadilah .. saje².. untung² hubby nak amikkan gambarkan.. kan... 


Sebenarnya kita orang pergi asing² adik pergi dulu .. saya malas kunun² nya nak ikut .. sebab hubby kata nak keluarkan, jadinya amir dah sibuk nak ikut adik .. bag peluanglah dia pergi itu pun bersyarat .. kalau tidak .. memang berat hati nak lepaskan .. alhamdulillah berkelakuan baik .. jadinya bolehlah ikut lagi lain kali.

Kami sampai lewat sebab hantar adik ipar saya balik asrama dulu (adik suami) .. lepas tu barulah kami pergi sini.. amir dah seronok sangat.. sampaikan lepas makan pun tak nak balik dengan ibu ... dan macam pengantin baru kita orang hari tu berjalan anak takda.. rasa macam sunyi pulak.. sebab dah biasa dengar amir membebel² dalam kereta....

Itu jerlah aktiviti spontan kami ahad tu, tak sengaja pun.. insyaallah ahad ni pergi jemputan kawin lagi .. dah rancang balik nak berjalan² jugak.. tengoklah kalau jadi .. masa sekarang ni pantas sangat berlalu ... dengan keadaan kami ni .. yang dah macam nomad ni .. memang pening kadang nak bahagikan masa.



Bicara Hati : Confuse .. ni sape yang ada baby ni .. dah macam anak dara jer adik saya yang pakai tudung pink kat belakang tu ..




Mesyuarat PIBG Yang Pertama



Cuti 3 hari bermula thaipusam hari jumaat teruslah sampai ahad, sabtu ada jemputan kawin tak dapat pergi.. kirim kat mak jer... kunun² nak balik rumah sendiri hari khamis tu, adehhhh .. tetiba dapat surat daripada tabika amir khamis tu .. jumaat ada gotong oyong, ahad pulak ada mesyuarat PIBG. 

Semenjak anak sekolah tabika ni kenelah aktif sikit hihihihi .. dulu tak pernah amik tahu sangat pun .... tapi bagus jugak aktiviti kemasyarakatan macam ni.. haihh dah mak² ko.. nak ngaku masih anak dara apa hal, kenelah join aktiviti macam ni... kata nak duduk kat kampung kan .. hik.. hik.. hik...


Tak sangka lah pulak rezeki kami suami isteri agaknya masa mesyuarat tu menang cabutan beruah hahahaha .. pertama kali kot rasanya dua² bertuah ni.. hubby dapat Minyak, Saya dapat sabun mandi tu .. ok ler tu kan... boleh gunakan .. ada jugak hadiah² lain.. tapi tidaklah sampai tivi 29 inci kan ... kot menang basikal .. memang sakanlah.. hadiah biasa².. yang penting pengisian mesyuarat tu ... 

Lepas mesyuarat tu sempatlah borak kat cikgu tanyakan amir ni macam mana kat tadika, tu yang baru ibu tahu kat tadika cikgu tak panggil amir .. panggil hazim .. oklah tu nama dia jugakkan... 

Ayah terpilih jadi AJK cukuplah tu, kalau ikutkan mereka nak lantik saya jugak .. tapi kot kang ada pulak kata mak pak amir ni giler kuasa.. padahal orang yang calonkan.. saya tolak cara baik.. biarlah bagi peluang kat ibu² yang lain ... hubby pergi pun saya tahu jugak apa yang berlakukan masa mesyuarat ajk nanti.



Bicara Hati : Dulu².. sibuk balik rumah bagi mak abah surat pergi mesyuarat, sekarang sendiri pulak kene pergi mesyuarat.. indahnya saat ini.. bulatnya dunia .. dan putaran kehidupan. (^__^)v






Isnin, 20 Januari 2014

Cara Mudah Ajar Anak Menulis Nama Sendiri



Zaman sekarang ni rasanya rata² suke bagi nama anak panjang².. paling² pun 2 patah perkataan .. tak pun 3 patah (nama anak saya lah tu) huhuhuhu ...

Kalau cerita bab nama ni.. memang buat bergaduh anak beranak jer tau .. bile dikenang²kan balik.. hubby nak itu.. saya nak macam ni.. sudahnya sepakat jadilah Muhammad Amir Hazim .. alhamdulillah yang penting serasi namanya... daripada hubby gertak kunun² nak boh nama anak mohd euro, sebab masa tu tengah euro world cup.. adehhh jangan macam² yer.. saya bersalin operate awak.. sakit bersalin pun tak hilang lagi masa tu .. nak ketawa ku tahan apatah lagi bersin, awak dok buat melawak... masa tu .. grrrrrrr ... geram tau .. geram.

Oklah ... Sebenarnya saya cuma nak berkongsi tips .. cara mudah nak mengajar anak² menulis nama ni, mesti korang dan mula hanta anak sekolah ni peningkan anak tak pandai tulis nama sendiri ... sebelum tu korang kene pastikan yang anak² korang dah kenal huruf .. lebih mudah nak mengajar ... macam mana cara mudah nak belajar kenal huruf boleh baca kat entry ni .. insyaallah membantu korang, sebab kalau saya dah berjaya .. korang pun mesti boleh berjaya.


Ok lepas dah kenal huruf korang amiklah buku petak/ kotak macam buku ni.. tapi ni kertas biasa ... cuma bergaris² kotak ... anak² lebih fokus kalau kita buat macam ni...




Lepas tu tuliskan nama penuh anak² korang dalam kotak tu satu kotak .. satu huruf .. macam amir ni nama dia boleh dikategorikan panjang huk.. huk.. huk.. tapinya mujurlah huruf² dia mudah dingati .. takda yang pelik.




Pastikan masa anak² menulis kita pantau dan suruh dia sebut huruf semasa menulis nama tu .. supaya dia mudah ingat nama penuhnya nanti ... jadi nanti kalau takda kotak ni dia pun boleh menulis namanya sendiri insyaallah.

hahaha .. korang tengoklah amir tu.. tekun tak tekun.. satu helai jer pun daripada tak potong rambut.. sampai balik potong rambut tak habis² menulis, anak².. ade jer helahnya.. ada jer akal meragamnya ... jadi bertabahlah wahai ibu .. demi masa depannya... kita pun kenelah cekar dan tegas sikit.



Mudah tak dengan cara ni, anak dah 6 tahun ni.. kenelah gigih belajar tulis nama sendiri.. rasanya masih belum terlambat lagikan .. kalau nak mengajar anak menulis nama dalam usia begini. Korang jangan salah paham yer... saya sekadar berkongsi ilmu dan tips yang mungkin membantu kawan² yang sedang memikirkan bagaimana cara nak mengajar anak mengingati dan menulis nama sendiri ... tiada niat lain .. hanya sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini.. kalau ada lagi cara yang lebih mudah kongsikan link di ruangan komen.. dan beri komen positif supaya boleh membantu orang lain jugak ...

Sekarang ni dalam usaha untuk mengajar anak saya menulis nama dalam bahasa jawi pulak .. moga amir diterangi hatinya dan lembut hatinya menuntut ilmu.. amin...

Orang kata .. ko anak sorang bolehlah masya, nak duduk mengajar macam ni.. hadoilah janganlah cakap macam tu.. berapa ramai pun anak kita.. setiap anak punya perkembangan yang berbeza.. setiap anak punya rezeki dan kebolehan yang berbeza².. insyaallah ia adalah amanah .. amanah yang perlu dijaga ... jangan ingat anak sorang itu senang di lentur .. yang sebenarnya sorang anak merangkumi 2, 3, 4, 5 akal anak kalau korang nak tahu.. cabaran dan dugaannya hanya Allah sahaja yang tahu .. moga ada hikmah semuanya.




Bicara Hati : Semalam ada mesyuarat PIBG Tabika, Cikgu bagi tahu amir jadi ketua kelas .. kerisauan ibu akhirnya terjawab.. mampukah amir memikul tanggungjawab itu ... nama panggilan kat tadika pun lain Hazim, hahaha .. confuse ibu dibuatnya.



















Sabtu, 18 Januari 2014

Petua Hilangkan Bintik Hitam Dan Putih Di Hidung



Kalau orang dulu-dulu suke gunakan putih telur dengan tisu untuk hilangkan bintik hitam dimuka, sekarang rasanya lebih banyak produk kat pasaran yang lebih cepat dan memudahkan kerja. Weeeeee >____<

Jadi kali ni saya gunakan tips yang lebih mudah hihihihi... Bukanlah petua tradisioanal, ni petua kedai namenya .... Saya suke jenama macam kat bawah ni .. Selalunya saya beli kat watson.




Kalau tak silap Ada 3 pilihan warna dan berbeza2 bau .. Tapi saya suke yang aloe vera ni ... Serasi sangat... Lebih kuat kalau saya lekatkan dihidung dan selalunya berkesan semua bintik2 hitam akan tertanggal.

Caranya pun mudah sahaja lepas basuh muka keringkan muka, kemudian sapukan air pada kawasan hidung dan lekatkan benda ni... Dalam dia ada 3 keping, gunalah sekeping dulu...  stok yang lain boleh gunakan lain kali.... harga lebih kurang rm 7. Oklah tu berpatutankan.....


Selamat mencuba kalau korang pun hadapi masalah yang sama huhuhuhu ... ,p







Jumaat, 17 Januari 2014

Orang Yang Perlu Di Jauhi Di Pejabat


Kita bekerja bukan setakat sebulan dua, tapi kalau kena dengan gayanya mestilah nak bertahan lama. Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana pejabat yang menyeronokkan dan yang paling penting rakan sekerja yang sekepala, barulah tak stress sangat nak bekerja. Tapi ada lima jenis rakan sekerja yang perlu kamu jauhi!








Si Busuk Hati

Haih. Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka yang busuk hati ini, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikata orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.




Kaki Kipas

Ini lagi satu jenis orang yang memang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana sahaja kamu pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Golongan ini seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya juga.




Peminjam Duit Tak Ganti

Kadang-kadang ada antara rakan sekerja yang mempunya masalah kewangan maka mereka mungkin akan datang kepada kamu untuk pertolongan. Hati-hati dalam memberikan pinjaman wang. Jika orang itu mempunyai sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok kamu bersedia dengan alasan untuk mengelak.




Pemalas & Kuat Ponteng

Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian kamu, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri kamu dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya kamu tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.




Kaki Gosip

Golongan yang paling banyak dalam setiap syarikat, si kaki gosip! Aduh kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa kamu pula yang jadi topiknya!


Saya lupe saya copy kat mana .. nak cari link balik hilang huhuhuhu .... salam jumaat semua.. selamat bercuti di selangor, moga kita jauhi diri daripada sifat² begini yer...
















Khamis, 16 Januari 2014

Alhamdulillah Masih Ada Rezeki



Hari ni sibuk sangat².. sebab esok nak cutikan.. huhuhuhu .. pagi ada ceramah sempena maulidurasul .. kemudian kene siapkan kerja² urgent .. memang tak sempat nak bukak blog, ade takda bukak singgah kejap blog kawan² tak komen pun .. dah petang nak balik barulah sempat bukak ....

Dah tu sajalah bukak akaun nuffnang sebab takda up entry baru pagi tadi, jadi sajalah nak tgk uv hohohohohohoho .. biar betulll.. banyaknya.. apa yang korang carikk ni..... tq semua...

Dan .. dan paling terkejut dapat cpuv baru .. yeahhhhhh suke sangat²... tau.. ni iklan baru dan kirenya iklan pertama yang singgahlah januai ni.. permulaan yang baik.. alhamdulillah masih ada rezeki lagi, menari lama² eh...



Ko masya orang lain tak up entry sehari tak kisah pun.. lagi riban uv dia ... ko tak cecah pun 500 kecoo eh, hihihihihi .... tak kisahlah mood tengah happy² ni.. jadi takmoo lah moodyyyyy ...




Bicara Hati : cpuv 2013 semua dah kredit, cek kedua nuffnang pun dah sampai.. alhamdulillah.. dah pikir dah nak beli apa.. cume harap sangatlah barang tu masih promosi lagi huhuhuhuhu.......








Pewangi Rambut Dan Perawatan Rambut Rosak


Rambut saya ni memang kategori mudah luruh/gugur .. kalau panjang sikit jer.. senanglah nak luruh huhuhu (dah macam daun pulak luruh² yer)

Alhamdulillah sekarang ade makan vitamin dah semakin kurang, tapi sebelum ni saya pernah cuba ellips, ellips ni bukan vitamin yang boleh makan yer.. dia ala² cam minyak gitu.. tapi versi dalam tiup.. bukan dalam botol .... dahhh karang korang beli pergi makan telan dia.. pingsan jam² tu .. jangan kata masya ajar salah .. korang baca sampai habis entry ni dulu ... 

Ellips ni dia macam cecair .. lepas korang dah basuh rambut dah keringkan.. korang guntinglah ellips ni letak kat tapak tangan dan sapu kat rambut .. seyes .. wangi sangat².... tau.. dan rambut pun jadi cantik lembutt jer... tapi yang paling suke sebab wangi. hihihihihi ...



Inilah rupe ellips tu, saya pilih pink kebetulan untuk rambut rosak .. kalau tak silap dia ada macam² warna .. dan setiap warna punya fungsi yang berbeza .. jadi korang pilih lah yang mana yang sesuai dengan kepala korang yer... macam saya ni sebab rambut rosak.. jadi saya pilihlah warna pink ni.. so sweeetttttt >___<





Hahahahaha .. dah kenapa seharian bizi tetiba petang² publish entry pewangi rambut, ko masya .. tak hagak²kan.. tau lah malam jumaat ... kasi selinganlah sikit eh.. jangan marah kawan².. saja kongsikan tips ni.. dan ilmu... ni.. ilmu .. sambil kenyit mata senyum meleret².


yeahhh esok cuti .. mau balik rumah sendiri.. hayohaiiiii rumahku.. apakah perkabaranmu.. pastinya bersawangkan.. kan.. kan.. owwhhhh tak ku sanggup .. tak sabarnya nak balik rumah sendiri .. dah berminggu² kat kampung oiiiii ... tapi esok ada gotong royong kat tadika amir, ape²pun lepas gotong royong barulah balik rumah.




Bicara Hati : Pstt .. psttt.. saya makan ostematrik shaklee sekarang, alhamdulilah membantu jugak mengurangkan rambut gugur selain daripada hilangkan sakit² badan dan sakit kepala.












Rabu, 15 Januari 2014

Cuti Maulidur Rasul Kami



Tiada istilah berarak beramai² apatah lagi .. melihat orang berarak .. kami hanya lihat di tivi sahaja huhuhuhu .. jadilah walaupun tak terasa kemeriahannya .. sebab tahun ni kat kampung takda buat .. tapi kat kampung luar ada .. tahu pun sebab nak pergi gunting rambut amir .. nampak huhuhuhuhu .... kat kampung mak saya ada takda malam tadi jer ada ceramah kat surau.


Jadinya bila tak kemana² semalam .... ibu masak sambil² melayankan amir buat kerja sekolah, inilah kerja sekolah yang amir kene siapkan .... harap dah mula ingatlah nama sendiri nak menulis nanti ... gigih tak gigihlah cikgu tadika suruh buat macam ni .. dulu 5 tahun bolehlah cikgu tuliskan nama .. ni dah 6 tahun .. kenelah belajar sendiri .. alhamdulillah ... amir dah pandai membaca dan kenal huruf senang sikit.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...