♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 5 Ogos 2013

Home » , , , , , , , , » Cara Buat Biskut Cornflakes Madu Tanpa ' Buttercup '

Cara Buat Biskut Cornflakes Madu Tanpa ' Buttercup '

Ni kira resepi turun temurun, kita orang kalau buat biskut corflakes ni memang pesen tak kosaaa nak meleceh² caikan buttercup kat kuali, kita orang buat versi yang sempoii jer .. tapi sedapp itu yang penting hihihihihihi ....

Tak tahulah kene tak pada tekak korang, tapi tekak saya okk jer... hihihihihihi ... jom cuba kalau tak percaya, senang, mudah dan sedapppp ... 
Cornflakes
Madu
Susu Manis
Kacang Gajus (potong dua dan sangaikan dia tanpa minyak kat kuali)/ Boleh jugak gunakan kacang lain seperti kacang tanah lagi jimat ... jangan kacang hijau sudahlah itu nak buat rempeyek bolehlah.
Coklat Rice/ Gula Manik
Mangkuk kertas


Dah siap gajus tu disangaikan, meh masukkan cornflakes .. ramaskan² dia tau .. bagi hancur kecik² sikit.



Lepastu masukkan susu manis, saya selalu kalau sekotak ni .. dalam 10 sudu besar, letak sikit jer pun takpa ikut citarasa masing² .. macam saya ni takmmooo banyak sangat sebab nanti manis dan cornflakes tu jadi tak sedapp... bila di bakar bila terlebih susu.



Lepastu masukkan madu .. madu lebih takpa.. sebab nak bagi cornflakes tu likat ... dengan erti kata lain .. korang kene sebatikan masa nak gaul tu... jangan banyak sangat kang keras pulak cornflakes tu .. dah korang salahkan kita pulak.



Gaulkan dia sampai sebati kesemuanya, dan masukkan dalam cup (sorry lupa pulak nak amik gambar) dan taburkan coklat urai tu ... kan senang.. lepas tu bakarkan dia... dalam 15@20 minit agak².. jangan sampai hanggit yer...



Dan inilah hasilnya.. taraaaaa ... alhamdulilah .. siap jugak atas permintaan amir hihihiihi .. tak masuk balang dah dihadapnya... takpalah sapa lagi nak habiskan kalau bukan amirkan.




Bicara Hati : Nampaknya ini jerlah biskut yang wajib dibuat setiap tahun atas permintaan ramai, bukan amir jer suka adik² saya pun suka.... memang tak bagi orang jamu pun.










7 ulasan:

Cikrosecute berkata...

senang giler hihihi

aizamia3 berkata...

ai baru buat semalam walaupun tak sama resepinya.. dan hasilnya memang tak mengecewalam.. ;)

Unknown berkata...

sedap ni...mintak skit!!

saffiya_aleesya @ echa berkata...

lebih suka buat biskut yang mudah tapi sedap kan kak..kak sorry tau lama dah x singgah blog akak..ermm xtau laa pe nak jd sy ni makin malas update blog huhuhu

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Wah mudahnya Masya... Boleh dicuba ni ;)

Puan Kutu berkata...

peberet aiman n abahnya..taun ni tak buat.malas.hehe

danish mirza berkata...

Berapakah suhu yg diperlukan untuk membakarnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...