♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label CPUV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CPUV. Papar semua catatan

Rabu, 30 Disember 2015

Prestasi Merosot Tahun 2015



Aku tak tahulah apa punca utamanya blog ni makin merudum ... mungkin salah satunya sebab faktor waktu sekarang dengan kekangan kerja jadinya rehat memang takda masa nak menjengah kengkawan punya blog.. asal rehat mata ni kuyu je mau tidur ...  kadang baca sekali lalu jer.. tak sempat nak komen .... lagi² sejak cpu masuk hospital hari tu.. segala format² data ... semua hilang ... memang mood menulis blog pun terus hilang.

Aku rasa entry paling sadis tahun bila tak cecah 50 entry pun sepanjang setahun ni ooooiiiiii memang haru betul ni, yang ini pun entry pertama bulan disember 2015.







Dan rasa bersalah lebih² bila mood kelaut nak menulis cpuv blog datang mencurah².. ya allah rezeki apakah ini?? nampaknya kena gigihlah aku menulis blog lagi .. sebab cpuv yang datang ni macam satu penghargaan dan pemberi semangat jugak ... rasa macam bersalah pulak bila ada iklan datang ke blog kita tapi kita tak buat entry baru .... memang syilling² jerlah hasilnya kan .... sebab takda entry baru .. harapkan entry popular je lah orang dok google datang jenguk blog.







Sepanjang tahun ni jugaklah paling banyak aku cash out, 4 kali tu hahahaha .. kiranya satu pencapaian baik jugaklah buat diri ni pada tak sempat nak mengarang entry baru .. tapi masih ada cpuv ..... walaupun tak sempat buat entry baru .. tapi sempat jer cash out nuffnang hahahaha ... asal dah boleh cecah nak cash out .. amaun takdalah riban² pun ... sebab aku memang kategori tangan gatal sikit .. cepat je nak cash out .. takdanya nak tunggu lama. hahahaha ..... 





Akhir sekali terima kasih sangat² pada kawan² yang bertanya kabar .. ada jugaklah yang aku dah terpublishkan .. sepanjang aku jarang ada entry baru ni .. sorry sangat² kalau korang lalu lalang dok masih entry lama .. takda perkembangan baru. Sebenarnya aku banyak update kat ig je sekarang .. tu yang bila nak mengarang entry amik masa sikit mihmihmih .... (^____^)v Terima Kasih sekali lagi yer ...









Bicara Hati : Selamat Tahun Baru, moga tahun 2016 memberi sinar yang lebih baik berbanding tahun² sebelumnya ... Insyaallah ....

























Rabu, 10 Jun 2015

Kerana Kamu ..... Semangatku Takkan Hilang











Tak banyak, tapi ... kerana kamu.. semangat menulis ku gagahkan, hahahaha... dan macam kerana terpaksa aku relakanlah pulak bunyinya yer .... 

Okeyy tuan tanah masih bercuti lagi .. entry autopublish yer ... (^___^)v








Rabu, 1 April 2015

Terkelu



















Terkelu bukak² nuffnang selambak cpuv, haduhhhh mood menulis tengah kelaut sebab kebizian melanda .. dengan internet yang slowwnya kat opis nak bw pun terkial² huhuhuhu ....

Terima kasih nuffnang masih sudi singgah blog picisan ni ... harap semangat ni cepat pulih bulan baru ni hihihihi (^_____^) ... 






Rabu, 4 Februari 2015

Dia Jarang Merajuk





Hihihihi ..... tq .... ni yang tambah sayang .. walaupun blog ni macam milo suam² kuku ....




Khamis, 22 Januari 2015

Cara Pujuk Anak Ke Sekolah



Dah seminggu lebih masa berlalu rupanya sesi persekolahan bermula, syukur sangat² kat selangor ni takda masalah banjir .... dan ibu lagi banyak² bersyukur amir tak meragam .. semalam 20 januari berakhirlah sesi orentasi bagi tahun 1 kat sekolah amir. Jadinya bermula hari ini cikgu dah bagi jadual waktu dan dah mulalah sesi pembelajaran.


Tertarik nak buat entry sebab ada ibu bapa yang google (agaknyalah .. takkan belum jd ibubapa pulak kan nak amik tahu) mengenai cara pujuk anak ke sekolah ... dan carian ni selalunya memang aktif bila awal tahun mula buka sekolah .. itulah yang aku perasan.. sebab awal tahun lepas pun ada jugak carian ni datang kat blog kita.. walaupun kita tak pernah buat entry ni. huhuhuhu ... ;p






Kalau anak korang masih meragam nak pergi sekolah, pandai²lah korang amik hati .. pujuk .. tapi jangan manjakan sangat. Percayalah mereka sangat berdikari cuma belum biasa dengan pendedahan disekolah.. atau mungkin tak biasa lagi dengan kawan² sekeliling ... pikir yang positif okkkeyyyyy .... cikgu² kat sekolah semuanya terlatih .... mereka akan membantu kalau ada anak yang menangis takmoo sekolah.


Saya kongsikan sedikit tips / petua yang saya gunakan sebelum amir masuk sekolah , ini berdasarkan pengalaman saya yer ... saya harap membantu buat kawan² juga bagi anak² yang akan masuk darjah 1 atau akan bersekolah : -



* Dedahkan seawal mungkin dengan persekitaran sekolah, mulakan dengan hantar ke taska (seawal usia tu terpulanglah umur 4 atau 5 tahun ikut kemampuan)


* Bagi ibu bapa yang tak berkemampuan hantar ke taska awal, boleh gunakan kaedah biasakan diri buat anak bersosial, bersosial maksudnya bawak anak pergi playground , bawak pergi ke tempat yang ada ramai orang macam pasaraya .. biarkan dia bermain .. lepaskan.. sambil pantau pergerakkan dia... tengok riaksi dia.. sama ada nak pegang buju baju kita .. atau nak bermain... dan pandai terokai diri bila jumpa ramai orang.


* Pastikan bila masuk tadika 6 tahun sekolah yang kita pilih akan ada kawan² yang akan bersekolah sama pada darjah 1 nanti, lagi bagus kalau dapat masuk pra sekolah di sekolah yang sama .. maksudnya darjah 1 nanti akan bersekolah disitu... sebab dah kenal kawan² yang akan sama² belajar.


* Dedahkan akan pada tempat sekolah yang mereka akan belajar (yang ni bukan sahaja elok untuk anak yg akan sekolah darjah 1 .. kalau nak sekolah tadika pun okey) maksudnya bawak dia jalan²/ lalu sekitar tempat dia akan bersekolah nanti .. bagi tahu kat sini dia akan bersekolah.. nanti anak² akan jadi teruja.


* Bagi tahu kat anak situasi yang akan berlaku kat sekolah, akan ada kawan, akan ada cikgu, kena ikut peraturan ... dan terapkan dalam diri anak² kita kena belajar / menuntut ilmu untuk kebaikkan diri dan kehidupan di masa akan datang.


* Pastikan anak tidur awal bila mula sesi persekolah bagi mengelakkan waktu pagi dia meragam .. dan buat perangai takmoo sekolah.


* Pesan dengan anak² berkawan dengan semua orang , jangan sesekali bergaduh ... (yang ni memang puaslah ibu dok berzikir) sebab amirkan anak tunggal dia tak biasa berkongsi barang² milik dia.. risaulah kot ada kawan menyakat nak pinjam barang dia marah kawan dia... saya bagi tahu kawan pinjam takpa.. jangan sampai hilang.




Oklah itu jer tips yang saya gunakan .. bagi pendedahan awal dekat anak mengenai sekolah dan persekitaran serta suasana bersekolah .. insyaallah .... akan membantu... maklumlah ibu amir ni susah nak cuti awal tahun lagi² kerja bahagian kewangan kan... akhir tahun lagilah dah tentulah cuti kena beku pfttttt jadi inilah pilihan terbaik yang saya lakukan supaya anak tak meragam bila mula sekolah... ditambah pulak kerjaya hubby sebagai guru memang susah nak cuti kalau sesi persekolahan dah bermula.


Insyallah kalau kena cara pujukkannya anak² ni akan mendengar kata, boleh jugak bagi ganjaran kalau nak .. macam belikan sesuatu untuk menghargai dia sebab dia bersekolah ... tapi janganlah bagi mainan .. bagilah yang berfaedah macam botol air ke, beg sekolah dengan gambar kegemaran dia atau apa² je ganjaran yang bersesuaian. (tapi bab ganjaran ni saya tak suka gunakan ... tapi hubby suka.. dan selalunya memang berkesan kat amir) mihmihmihmih ....





Bicara Hati : Kemahin sebab cemerlang tahun lepas hubby bagi amir basikal baru ... nanti ada masa ibu upload gamba basikal tu .. hihihihihi (^____^)v


















Rabu, 21 Januari 2015

Berganda - Ganda Setiap Minggu








Cuaca kat luar panas terik semacam sejak sekolah ni .. tapi bila angin bertiup sejukk je rasa .. cuma bahang panas tu memanglah buat kepala naik pening, mata pun pedih ... semacam ... allahuakbar ... moga diberikan kesihatan yang baiklah hendaknya.. gagah ni .. kena gagah.

Takmoooo tulis panjang sebab terkedu bukak akaun nuffnang da berganda² cpuv datang ... syukur jugak masih punya rezeki walaupun tak dapat nak update blog setiap hari .. tapi cuba mana yang termampu untuk membebel , merapu kat blog ni hahahaha .. pasrahlah korang baca .. (^___^)v

Kalau korang nak tahu info lanjut kliklah iklan tu tau ... lol ada jugak cpuv jan dah kredit kuikuikui .. tak tahu pun kewujudannya... apapun alhamdulillah dengan rezeki yang ada ni .. yeahh dah 3 angka bolehlah cash out ... eh² nantilah tunggu manyak lagi .. hahaha .. lol 3 angka je pun bukan 3 ratus ... ;p




Bicara Hati : Rezeki allah itulah .. ada dalam pelbagai bentuk, hargailah dan syukuri segala nikmat yang diberikan. 












Jumaat, 31 Oktober 2014

Rezeki Oktober Agaknya .. Mencurah² Bagikan Air



Assalamualaikum ..... aku tak taulah nuffnang biol ker?? atau memang murah rezeki aku bulan ni hahahahaha ..... berjujai cpuv datang, memula cam confuse jugak ... tapi takpalah .... anggap jer memang dah rezeki oktober.



Bagaikan air mencurah² dibuatnya, yang buat aku confuse ada 1 cpuv sampai 2 3 hah!! dah kenapa .. jangan duit yang dah kredit tetiba hilang sudahhh haru .... amaun ciput jer.. nak cash out bulan ni pun tak mampu lagi ....

Terima kasih nuffnang bagi rezeki kat blog saya ni ... lepas ni gigihlah perah otak cari idea nak mengarah .. gambar banyak .. cerita pun banyak nak kongsi .. tapi tu lah .. masa nak mengarang pulak takda .... huhuhuhuhu .... kalau korang nampak iklan berjujai tu menari² kliklah eh .. tq.. sayang korang .... (^____^)v











Isnin, 29 September 2014

Dia Datang Semula Lepas Merajuk Sebulan



Assalamualaikummm ..... hahahaha .. dia datang dengan lenggang lenggoknya .. dia datang dengan banyakkkkkknya .. dia datang mood jadi teruja hahahaha .. cam poyo nak menyanyi bagai.





Sapa yang datang, sapa yang merajuk tu hahahaha ... kemahinkan nak majuk² kat blog masya ni hah!!  blog picisan jer pun ...... alahai ni kisah nuffnang tu lah ... masa bulan julai dengan ogos tu kan saya sibuk dah tu mood blog pun tak menentu hala nak menaip entry kikikiki ... lepas tu bulan julai ok lagi dia datang nuffnang ni, sekali bulan ogos hambikk seketuii pun tak datang ... dia majuk kot ... sekali saya pun lama dah tak bukak akaun nuffnang .. bizi katanya .. hari ni barulah sempat bukak wakakakaka ... tu dia ... sekali datang berjujai² rezeki .. sampai ada yang dah kredit ... tq nuffnang .. tq nuffnang .... kalau korang nampak iklan² tu kliklah yer.. nak tau info lebih lanjut.




Bicara Hati : Rezeki datang dalam pelbagai cara .. yang penting .. kita bersyukur dengan apa yang kita ada ....







Rabu, 25 Jun 2014

Suka Lattew



Sejak akhir² ni teriknyalah cuaca kat luar ni kan, baik siang, baik malam ... berdenyut kepala dibuatnya huhuhu .... elmino elmino .. dugaan sungguh ramadhan nak menjelang ni .. bertabahlah wahai hatiku .. nampaknya tengahari memang tak meronda duduk dalam surau je lah ... sebab berdenyut kepala lain macam panasnya huhuhuhu :((



Kebetulan pulak nombor tu hihihihi ... unik 559559



Suka lattew hihihihi .. dapat cpuv baru, tak kisah tak semeriah orang lain yang penting setiap bulan dapat satu pun jadilah .. lebih daripada satu lagi sukaaaa ... (^_____^)

Teringin nak masuk iklan yang buat video tu .. tapi tak reti .. salu nuffnang offer pandang sepi gitu jer ... sekali tengok kengkawan up story mory kemahin meriah dapat bayaran .. mulalah mata ni (@@) hohohohoho syokknyaaaaa ..... kan best kalau dapat macam tu jugak... apepun tq nuffnang masih bagi cpuv untuk bulan ni .. stakat ni masih tak perasan lagi bila iklan ni menari² sebab tuan tanah kedaung pun bizi sejak akhir² ni tak sempat nak tengok dia ligat menari waktu bila.




Dah cashkan akhir bulan hari tu .. dan ini je lah bagi yang tinggal, suka lattew ... eh .. mestilah sukewwwww hahahaha ... sikit² lelama membukit kan...




Bicara Hati : Tak sabar nak tunggu cek dapat boleh guna raya nanti .. dah aim nak beli barang hihihi ...;p







Jumaat, 9 Mei 2014

Maraton Atau Jogathon



Seminggu tak mengarang entry buntu rasanya nak mula daripada mana, sudahnya kita maraton sahajalah entry² yang mahu di karang mengambil inisiatif memudahkan cerita dan merangkumi semuanya daripada segala segi ....

Marilah kita mulakan dengan edisi mengemas dirumah lama (hahahaha poyonya ayatku) edisi mengemas ni rasanya tak tahulah bermula bila .. sedang sikit² mengemas .. sudahmya penuh berkotak² .. itu baru part mengemas baju bajan sahaja dan buku²an hubby serta buku aku, mujurlah aku punya tak banyak kikikikiki .. sudah banyak yang kusedekahkan .. termasuklah majalah ... 



Memikirkan masa yang sangat² cemburu jadinya edisi mengemas hanya akan berlaku pada hujung minggu, okk part mengemas ni rasanya banyak jugak masuk plastik hitam .. sebab kalau boleh rasanya nak minima sangat² barang yang akan masuk dirumah baru nanti. Nak buang dah tabiat yang suka menyimpan barang² yang tidak² cukup²lah dulu 30 tahu dulu ada tabiat tu .. semua barang punnn nak sayang ape hal .. sebelum hubby berbunyi ... adalah lebih baik sedar diri ... >____<




Sudah lapang mata melihat, sesejuk hati melihat saujana kebiruan ...... kekuningan, kemerahan, kehijauan .. sudah macam tadika rumah lama bila ditinggalkan kosong kikikikiki .... baru sedar rumah meriah macam² warna penuh ceria ... owwwhhhmaaagadddd jugak .... belakang² alamari penuh binatang² ni .. oitt apakah ini??? memang rumahku mesra haiwan sungguh ... part paling geram anai² mudah sungguh hidupnya pantang dapat peluang hilang bau kami .. cepat jer nak beranak pinak di kabinet dapur grrrrrrrr ..... pitam jugak jam² tu kami suami isteri. (nanti saya stori mori eh ubat kami sembur untuk anai² ni)




Alhamdulillah inilah villa baru kami di kampung, nanti sambung stori mori eh .. ni kira macam teaser dululah hahahahaha .. lapang jer laman ..... satu pasu munga pun takda lagi ... gigihlah kang nak deko bunga kat laman sebesar lautan ni ... tu lah dulu laman sekangkang kera di komplen sekarang terimalah hadiah kunun² nak laman besarkan. Tak tahu nak mula mengemas daripada mana ... yang pasti semua kotak² pindahan hubby dah susun ikut kesesuaian bilik sebab memudahkan kami untuk mengemas.




Dalam pada kesibukkan mengemas, di duga .. di uji .. di beri ganjaran agar bersyukur padanya atas nikmat ini .. bermohon agar diberikan kesihatan yang baik .. agar semuanya pulih kembali .. paling ketara sejak tak sihat ni hilang selera makan .. yupsss nikmat makan sampai lupa hingatan hilang sekejap .. nampak menu lazat pun sudah tidak bernafsu arghhhhh .. parah sudah kalau macam ni. boleh jumpa nombor 4 kah?? kah .. kah .. kah .. kah ... (ada hati jugak tu). Rumah abang ipar kenduri baru ni .. tak berselera nak jamah nasi.




Dalam mood tak menentu hala menyepi daripada dunia siber sementara membawa haluan sendiri .. dikejutkan dengan kunjugan berduyun² ke blog picisan ini, ya allahhhh sungguh terkedu dibuatnya, saya hanya biasa² sahaja ... menulis hanya hobi sampingan, dulu sibuk mengejar uv kenapa banyak entry tapi tiada kunjungan .. sudahnya sekarang sendiri buntu ... ramai datang bertandang walaupun takda entry baru   >_____<   malu pulak rasanya ....




Setelah diselidiki .. owhh ini lah rupanya yang orang tercari².. mood nak hari raya dah dekat rupanya .. puasa pun lagi 50 hari sahaja lagi, jadi ramai yang mencuba cari resepi biskut² ... tapi blog saya cuma ada resepi popia nesum sahaja .. tak reti nak buat biskut huhuhuhu ...;p




Masih ada lagi rezeki dengan cpuv, walaupun mood nak update agak kelaut sedikit ... huhuhuhu .. alhamdulillah masih ada rezeki walaupun tak semeriah blog² lain.. jadilah biar sikit janji ada....



Maraton sahaja entry ini ... opss lupa nak upload pict anak buah kawin baru ni, satu²nya cucu sulung perempuan belah mertua baru sahaja kawin .. tambah ahli keluarga baru .... memang seminggu ni bizi sebab tu tak mengarang entry .. mood tengah kelau mabukknya .. bukan mengandung, dah jangan korang komen kang kata tahniah masya... memang masya block korang grrrrrrrr ...;p




Bicara Hati : Mood ke laut sebab nak ke pantai timur agaknya minggu depan ngeh .. ngeh .. ngeh .. ;p








Isnin, 14 April 2014

UV Naik Mendadak , Tuan Tanah Tengah Sibuk


Tuan tanah tengah bizi ni, nak mengarang entry pun tak sempat .. bukak daripada pagi tadi ... satu perenggan pun tak habis² karang cerita ada jer, ntah mood tengah menjunam kelaut gara² sibuk kat meja ni hah!!! 

Cantas dulu entry tu .. simpan dalam draft, meh nak kongsikan sikit cerita pasal uv blog ni ... sajalah bukak .. ni tadi ... buntang mata kejap .. apa yang tengah 'in' ni confuse kejap .. confuse .. bukak jugak google analytics .. tak jauh beza jugak... cuma takat 900 tak cecah seribu bebanding nuffnang .. seyes confuse ... tak pernah² uv cecah 4 angka kot .. ni sabtu ahad pun cecah 4 angka ni bebetul keajaiban ni... dulu jangan kata 3 angka .. nak cecah 100 pun payah.



Alhamdulillah .. uv makin meningkat, orang lain tak heran pun.. tapi saya hairan.. dan confuse dibuatnya .... rasa syukur pun ada sebab ramai cari info kat blog saya .. harap memberi manfaat pada yang tengah google info.. risau jugak... kalau entry kosong takda info berfaedah.




Syukur ada satu cpuv baru april ni .. alhamdulillah .. lama² sikit menari eh ... waa suka .. waaa suka .. walaupun bizi tak sempat sangat nak updae entry ... tapi akan di usahakan ...




hahahaha ... tetiba tuan tanah nak interframe poyo sikit ... berguna jugak kamera boleh padang sisi depan ni yer.. boleh buat cermin .. sesambil tu lepas printscreen terus mood nak amik gambar ... walaupun mulut lipstik dah hilang kikikikiki ..;p jangan muntah hijau yer .... 





Bicara Hati : Fuhhhh kembalikan semangatku, hubby kena kursus jauh .. mood tuan tanah pun cam tak tentu hala ni ... mengalahkan amir, amir pun tak kisah ayah kursus jauh.










Rabu, 26 Mac 2014

Cpuv Bulan Mac Sedang Rancak Berzumba



Tajuk tak menahan krikkk .... krikk .... krikkk ...



Alhamdulillah ini jelah rezeki yang tinggal mac ni.. yang lain semuanya dah kredit sob sob sob ... syukur alhamdulillah semalam dapat cpuv baru (^______^)v









Isnin, 3 Mac 2014

Rezeki 3 Bulan



Alhamdulillah dah masuk bulan ketiga di tahun 2014, di mulakan dengan sesuatu yang indah hik.. hik.. hik.. kemainkan rezeki 3 bulan tak menahan tajuk ... apa yang korang pikirkan tuuuuuuuuuuuuuu ... jangan macam²... ni rezeki dengan nuffnang jer .. almaklumlah belum pernah curang lagi setakat ni ... jadi dapat rezeki dengan nuffnang je lah .. ni pun dah rasa syukur sangat² sebulan satu cpuv jadilah yang penting on going cuma gigih tak gigih je lah nak karang entry ...




Selamat menari²... kalau korang nampak iklan² ni korang klik yer kalau nak tahu maklumat lanjut ... biasanya Caltex dia akan menari² waktu pagi sampai nak ke tengahari... lepas tu barulah British Council pulak... Visa pulak malam sampai pagi .. biasanya paling kerap kat bawah entry dia orang ni menari²... memasing dok berebut² nak menari kat situ... berebutlah korang ada 3 tempat tu.. jangan gaduh² seua nak kat bawah.. atas pun ada... kalau korang klik bagi tau eh ... nanti saya balas balik hihihihihi >____<








Khamis, 16 Januari 2014

Alhamdulillah Masih Ada Rezeki



Hari ni sibuk sangat².. sebab esok nak cutikan.. huhuhuhu .. pagi ada ceramah sempena maulidurasul .. kemudian kene siapkan kerja² urgent .. memang tak sempat nak bukak blog, ade takda bukak singgah kejap blog kawan² tak komen pun .. dah petang nak balik barulah sempat bukak ....

Dah tu sajalah bukak akaun nuffnang sebab takda up entry baru pagi tadi, jadi sajalah nak tgk uv hohohohohohoho .. biar betulll.. banyaknya.. apa yang korang carikk ni..... tq semua...

Dan .. dan paling terkejut dapat cpuv baru .. yeahhhhhh suke sangat²... tau.. ni iklan baru dan kirenya iklan pertama yang singgahlah januai ni.. permulaan yang baik.. alhamdulillah masih ada rezeki lagi, menari lama² eh...



Ko masya orang lain tak up entry sehari tak kisah pun.. lagi riban uv dia ... ko tak cecah pun 500 kecoo eh, hihihihihi .... tak kisahlah mood tengah happy² ni.. jadi takmoo lah moodyyyyy ...




Bicara Hati : cpuv 2013 semua dah kredit, cek kedua nuffnang pun dah sampai.. alhamdulillah.. dah pikir dah nak beli apa.. cume harap sangatlah barang tu masih promosi lagi huhuhuhuhu.......








Rabu, 27 November 2013

Dermalah walaupun sedikit daripada hasil nuffnang




Tadi buka² akaun nuffnang ada terperasan perkataan ni kat belah kanan bawah nuffnang, rupanya untuk didermakan sedikit hasil nuffnang pada mangsa taufan haiyan kat filipina kan... kalau tak silap.. jadi marilah sama² kita dermakan dan kongsikan sedikit hasil nuffnang tu.. sebelum nak tunaikan hujung bulan ni... moga lebih melimpah ruah lagi rezeki yang akan diperolehi... alhamdulillah masih ada lagi cpuv yang menari² walaupun hakikatnya saya sendiri tak perasan bila iklan tu muncul... maklumlah tuan tanah ni baru nak sihatkan... (^____^)v


Selamat berkongsi .. percaya dalam rezeki yang kita perolehi ada jugak hak orang lain yang patut kita kongsikan disitu.. yang penting ikhlas...












Jumaat, 25 Oktober 2013

Terasa Diri Dihargai Menulis Blog .. Bukan Omong Kosong



Bila hari isnin saya ke KL, atas urusan kerja... ditambah pagi hari hujan.. kelang kelibut beb.. kelangkelibut huhuhuhu ... sudahnya sampai sana.. jadi orang terakhir.. mujurlah berdua tidaklah malu sangatkan... jujurnya macam nak kansel takmoo pergi dah sebab amir tetiba demam balik hujung minggu tu.. hubby pulak ada kursus jugak.

Mujurlah kursus saya cuma setengahari jadinya petang terus balik... alhamdulillah .. amir okk jer.. ketadika dan taska... Entry pagi tu pun autopublish sesiap... sebab dah tau memang takkan sempat bukak blog.

Selasa pulak pergi shah alam fuhhh ... meligat minggu ni tak cukup kaki tangan nak pergi keluar opis, mujurlah hari rabu patutnya saya ke terengganu .. saya bagi kawan saya pergi kot tak haru .. haru .. itulah hikmahnya bila hati tak senang kene pergi kursus jauh² .... rupanya ada bende akan berlaku.
Okkk .. mukadimah dah melalut kejap, edisi meluahkan rasa jer.. tu... sebenarnya tak sangka bila saya menyepi bukak blog saya terasa diri dihargai sangat² dalam menulis, walaupun saya ni menulis kan ikut sukahati saya sahaja .. tapi idaklah sampai oberrrrrr semua nak bagi tahu kan.. kan... sekadar menulis ruangan kisah hati saya sahaja bukan omomng kosong, yang mana boleh kongsi saya kongsi kan.. 

Sebenarnya rasa terharu sangat, sebab suka membaca dan menulis serta komen di blog kawan².. saya dapat penghargaan ... lagi² blog kesayangan daripada kebun stoberi ... memang saya suka baca blog beliau.. lepas tu saya komen bagi pendapat .. kadang saya baca... tapi tak tahu nak komen apa.. takut salah paham pulak, sudahnya saya baca jer tak komen ... sebab saya bukan kategori nak ikut sukati jer komen.. selalunya saya mesti baca dulu isi entry blog yang saya bw ... sebab tu kalau blog ada banyak entry sehari.. saya jenis akan baca maraton kat blog tu... sebab saya nak mengenali blogger yang saya follow.. dan saya nak tahu apa yang dituliskan. (^____^)v termasuklah yang rajin komen di blog saya.


Terima kasih sangat² kekda.. dalam hati saya tengah serabut ... saya dapat penghargaan ini... saya terharu, saya terkelu .. saya terkedu ... sebak kejap tau .. moga satu hari nanti kita jumpe yer...



DUNIA PUANSTOBERI
http://pnstoberi.blogspot.com/2013/10/edisi-menghargai-follower-pengkomen-5.html




Dalam saya tak sempat nak bw, saya wengg sikit rabu saya el sebab migraine malam tak cukup tidur layan amir demam .. saya tak sangka ada jugak yang sudi singgah blog saya komen...





Paling terharu dapat uv lebih 500 jugak pada tak sempat buat entry .. waaa terharunya.. pada yang sudi singgah... dan bertanya kan saya kemana.. tapi yang dah follow instagram tahulah kan... apa sebabnya, kat fb memang saya tak update ape².. sorry...





Dapat cpuv baru, walaupun dah seminggu baru tahu huhuhuhuhuhu .... alhamdulillah masih bersyukur sangat² dengan rezeki ini.... janji masyukkk ...;p





Amaun lain banyak dah kredit .. yahooo.. melepasi 3 angka... tengah pikir tak tahulah mahu cash out atau tidak hujung bulan ni.. rezeki²... opss.. sorry tertunjukk amaun pulak, jangan jeles eh .. bukan nak bangga diri pun.. saya tahu orang lain lagi banyak ada tu dah riban lagi tau.. apa nak heran.. itu usaha masing²...





Bukan omong kosong bila kita rajin menulis ni, sebab lain blog lain isi yang ingin di sampaikan.. lain yang mahu dikongsikan... apapun... terpulang pada masing²...


Saya tak bukak iklan kat blog saya, sebab saya rasa saya tak mampu nak urus lagi ... saya rasa saya masih baru lagi.. dan takut kalau saya bukak nanti tak laku .. jadi kalau nak join ruangan iklan carilah blogger yang femes emes.. dah tentulah² ramai pembaca tegarnya ... barulah iklan masyuk...















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...