♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 27 Januari 2012

Amir dapat hadiah badminton

Assalamualaikumm Semua....

Salam pagi jumaat.. cepatnya masa berlalukan... tau² dah hari jumaat, seronoknyalah jadi budak²kan.. tak payahlah nak pikir masalah.. mereka dengan dunia mereka yang sentiasa ceria macam takde masalah jerkan...

Amir ni cucu sulung sebelah saya... stakat ni bukan sulung jer.. memang baru cucu tunggal belum ade sepupu lagi.. maklum jerlah dalam family saya sorang jer yang dah berkahwin.. tapi kalau sebelelah suami amir dah jadi cucu yang ke sepuluh hihihihihi... ;p

Oleh kerana cucu sulung atuk selalu lah manjekan amir ni.. ade jer barang baru yang atuk nak hadiahkan, memanglah rasa bersyukur sangat.. tapi kadang² takut sangat sebab amir akan pikir dia manja dan semua keperluan serta permintaan dia mesti ditunaikan.. memang bermula sekarang banyak yang kami pantau supaya dia tak berlebih² nak meminta² kalau pergi berjalan mahupun masa shopping...

Opss.. dah terlebih membebel ni... cuma nak tunjuk atuk baru belikan badminton baru untuk amir, dan setiap kali ajak main mesti amir akan cakap amir jadi Datuk Chong Wei yer.. ibu nak jadi ape?? ayah nak jadi sape?? hihihihihi... kami tergelak² jer...


Tersenyum lebar amir dapat hadiah badminton baru (^__^)v


Semalam petang bukan main sakan lagi dia main kat luar dengan ayah... sampai berpeluh².. seronok tengok amir macam tu.. barulah dia membesar dengan sihatkan... dapat turunkan berat badan sikit.. hahahaha.. ayahlah kene rajin melayan.. walaupun main tak terror mane setakat nak keluarkan peluh bolehlah.... 


Khamis, 26 Januari 2012

Pembuka Selera Di Petang Hari

Bubur Sagu


Makan menu ape petang ni... ni cuma gambar hari tu masa cuti jiran sebelah rumah bagi... kebetulan tekak ni tengah sakit.. memang banyaklah saya makan, mengadap bende ni... sejuk jer masuk kat tekak ni.. kalau sihat jangan haraplah nak makan dalam rasa suam² memang saya boh air batu hahahahaa... lagi membuka selera macam makan cendol tu...

Lain dari yang lain pulak bubur sagu jiran saya bagi kali ni.. dengan warna hijau tu.. memang pembuka selera dibuatnya... selalu makan warna putih jer.. jangan marah yer.. kawan² jamu mata jerlah sebab dah habis pun.. cuma nak bagi idea jer.. kalau duduk rumah bolehlah buat menu ni petang ni.. mesti sedappkan.. (^__^)v

Kawan Buat Lepaskan GERAM

Assalamualaikumm Semua...


 Kawan buat amir lepaskan geram.. hahahaha.. siap ade taring lagi....



Sebenarnya kesian sangat kat amir, bile kat dalam rumah dia akan main sorang².. selain dari tengok tv, inilah aktiviti amir yang baru untuk melepaskan GERAM.... jadi senanglah ayah nak tidur xdelah kene gusti lagi... bukan ape.. kalau ayah bagi tau amir ayah nak tidoo.. mesti amir merajuk dan cakap.. ala.. tak payahlah tido.. mainlah dengan amirr.... hihihihihihi....

Beli kat giant jer bende ni tak sampai rm10.00 hingget pun... yang penting amir suke.. saya pun tak pasti binatang apa ni.. singa laut kot.. jadi masa ibu tak sihat hari tu.. amir layan bende ni lah ..... bukan amir jer.. ayah pun sama lalu jer nak tumbuk bende tu... saje... gatal tangan memasing kan....


 Tumbuk kuat² yeahhh.. yeahhh....


Sekarang dah pandai ajak kawan² datang rumah main sama² huhuhuhu... dulu jangan kata nak ajak.. main kat luar dengan kawan pun mula² malu.. haru ibu dibuatnya rumah macam tongkang nak pecah.. tapi seronok jugak klu ramai budak² kat rumah macam² kerenah.. ;p

















Rabu, 25 Januari 2012

Jamu selera Kek Bestday Blueberry 2012

Assalamualaikumm Semua....

Tengah hari tadi... ade acara sesi memotong kek sikit... buat kat opis jer... jamu kawan² makan... nak buat yang special memang tak sempatlah sebab mood memng tengah karam dilautan ni....

Kek pun biaser² jer.. beli dekat dengan opis ni.. malas nak keluar jauh² sebab rehat pun kejap jerkan... kebetulan hari lahir saya ni sama dengan seorang akak kat opis ni, memang setiap tahun kami akan meraikkannya bersama².. semoga ikatan persahabatan ini berkekalan hingga keakhir hayat amin...

 
 Blueberry kek special daripada bee's hihihihihihi.....



 opss... nak interframe sikit..... bertambah usia ini xdelah nak tiup² lilin dah.. yang penting sentiasa berdoa semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezki. Bahagia dengan insan² disayangi Amin.


 

 Inilah akak yang sama bestday dengan saya tu.. merangkap antara akak yang paling rapat dan terbaikk saya pernah kenal dan jumpe... sebab pandai masak.. dan menunya selalu membuka selera saya sampai jadi tembam macam sekarang ni.... hihihihihi.... saya panggil dia kak kam jer... (^__^)v


Nyum².. ade blueberry jugak dalam kek ni.. memang tak pernah beli pun.. selalu beli black forest jer kalau kat bee's... yang ini pertama kali cuba oklah RM46.00 hinggit mahal jugakkan.. berat cuma 1kg jer.. rasanya.. ;p


Perkhabaran Gembira BERGANDA²

Assalamualaikummm Semua....

Rasa gembira sangat pagi ni bila dapat sms daripada syila mengatakan dia telah selamat melahirkan 2 orang baby kembar perempuan.. mesti sweet macam mama diakan.. kan....

Kegembiraan berganda bile dapat tahu baby lahir masa tahun baru cina jugak iaitu 23012012.. sama dengan tarikh bestday saya... tahun jer yang lain hihihihi.... maknanya syila bersalin awal daripada tarikh jangkaan... macam melahirkan syira jugak.. bersalin awal dulu.... ke baby lahir terkejut dengar bunyi mercun kot hihihihihi....

Berat baby seorang 1.7kg dan seorang lagi 1.5kg.. di Hospital Sutan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah. Apepun kami sekeluarga mendoakan agar syila dan baby² sihat, nanti kite tunggu syila update kat blog dia yer perkembangan terkini... maklum lah mengandung kali ni dia teruk sikit... kesian kat dia.. entery yang terakhir kat blog dulu pun mengenai kontraksi makin menjadi. Tak sangka memang baby² nak keluar awal nak melihat dunia.... (^__^)v tahniah syila...

Alhamdulillah syukur semuanya dah selamat.... moga lepas ni giliran kami pulak (^__^)v

Isimewanya 23012012 kali ini (^__^)v

Assalamualaikumm Semua.....

Selamat pagi.. dan selamat bekerja semula setelah lama bercuti.... mood hari ni baru mula nak keje dan dah lama bercuti mestilah kelaut sikit... masa cuti pun x berapa nak sempat BW sangatkan... hari ni ape lagi maraton, rewang²lah dulu.. sementara nak cari mood mulakan kerja ni.. hihihihihihi.....

Walaupun cuti raya cina lama kali ni.. tapi badan x sihat sangat demam gara² balun berbiji² limau.. makanya cuti pun bayak kat rumah jerlah x kemana... balik kampun pun kejap jer... ;p.. nak update blog masih tak boleh lagi kat rumah, tak taulah kenapa.. nak baca ok jer.. nak komen pun ok jer.. sebab tulah dah beberapa hari tak update cerita..

Rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan selamat tahun baru cina kebetulan sama dengan bestday saya tahun ni 23.01.2012 istimewakan.. kan...kan... dan tahun naga air pulak tu... Banyak ong loh... hihihihihi.... tumpang²lah tuah tu jugak harapnya kediri inikan.. ;p


 Ini gambar dapat hadiah masa tahun lepas.... hubby buat suprise.. memang lambat dapat sebab kite dengan amir kat kampung masa tu.. bile balik rumah jer.. elok hadiah besar ni.. atas meja.. memang terkejut sesangat dibuatnya.... (^__^)v



 Nampak tak tu.. amir siap pakai baju tido lagi.. sebab masa balik dari kampung memang dah malam pun.... amir terlebih seronok tgk hadiah besar.. dia duduk atas meja sibuk nak amik gambar pegang kad tu...



Tahun ni tak mengharap sangat pun dapat hadiah... sebab dah besyukur sangat dapat hadiah besar macam ni masa tahun lepas.. & dah banyak pun jasa hadiah oven ni kat kt hihihihihihi..... kasih sayang hubby pada kt dan boleh terima kite seadanya pun dah bersyukur.. sekarang semua keutamaan lebih pada amir dan adik² amir yang bakal lahir.. amin...


Banyak sangat dapat limau minggu lepas dah macam fiesta kat opis ni.. gara² makan banyak sangat suara hilang, serak, batuk dan demam dibuatnya..... sepanjang cuti hari tu.. huhuhuhu... tak baik betul salahkan makan buahkan... dah memang saya yang nak batuk hihihihihi...

Jumaat, 20 Januari 2012

Pizza Express Versi Masya

Assalamualaikumm Semua....

Menu apa minum petang ni... nak saya bagi idea x??? cubalah buat pizza express ni.. memang berbaloi² tau...
amir suke sangat siap.. nak makan lagi ptg ni hahaha.. tgklah kalau ibu rajin nanti ibu buakan yer....


 Tara... so simple jer tau.. pizza express.... tq ucu bagi resepi ni.. untuk dikongsi bersama memang berbaloi².. tapi saya derhaka sikit buat versi saya....



 ini bahan asas yang digunakan roti, cheese mozarila dan sosej+daging burger yang telah digaul dengan frego (pastikan daging burger goreng dulu tau... bagi separuh masak.. sosej pun rebus dulu..)



 Saya buat 2 versi satu saya guna planta barulah letak inti dan tabur cheese mozarilla.. satu lagi saya sapu prego baru letak inti.. dua² versi pun sedap... 



Semua perisa pun sedapp tau.. (perasan jer... saya ni..) nanti cubalah, sesuai untuk minum pagi atau minum petang memang nyum².. nyum²....

Dan selamat sudah pinggan mek sebelah saya pulangkan dengan menu pizza express ni.. suka betul cucu dia makan.. penuh berselera katanya.. (^_^)v





















LAKSAM Mek Sebelah Rumah

Assalamualikumm Semua.....

Korang suke makan laksam tak??? kite memanglah suke semenjak dua menjak berjiran dengan orang kelantan ni.... jangan terkejut banyak jugaklah menu kelantan yang tak pernah makan dah reti makan hihihihihi.... (^__^)v alhamdulillah... semoga hubungan kami baik hendaknya dan mek dimurahkan rezki sentiasa...


 inilah laksam mek sebelah bagi masa saya cuti hari selasa hari tu.. saya makan masa minum petang, malam sampai keesok pagi tak habis.. banyak betul mek bagi mengalahkan 5 orang nak makan.. padehal kat rumah tu.. kami 2 beranak jer nak makan.. amir memang tak suka laksam huhuhuhu



 pekat sungguh kuahnya tau.. nampak jer.. satu mangkuk kecik saya masukkan dalam periuk panaskan siap tambah air sikit.. supaya kuah dia tak pekat sangat... hihihihihi.. bijak² kan...


Pinggan mek dah selamat pun sya pulangkan semalam sebagai kunjungan balas nanti saya buat entrynya yer... bukan apa cuti panjang ni dah rancang nak balik kampung lama sikit.. takut² nanti berkurun² barulah saya dapat pulangkan pinggan mek.. tu yang semalam buat makan sikit terus pulangkan pinggan... (^__^)v
Oklah nak keluar dulu tengahari ni rehat panjang. langkah pun panjanglah.. selamat menjamu selera semua....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...