♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 2 Mac 2012

Gelaran Top Commenters Bulan Februari 2012

Assalamualaikum Semua...

Jangan terkejut melihatkan tajuk.. saya ni lagilah terkejut huhuhuhu..... saya banyak komen ke??? sampai boleh jadi Top Commenters Di Blog Tihara hihihihi....Keputusan penuh boleh tengok kat SiNi.

Secara peribadinya saya memang suka sangat singgah kesana pun... suke baca cara tihara menulis bagi saya penuh simbolik dan mempunyai maksud² tersendiri yang tersirat... walaupun hanya kenal dialam maya dan tak pernah bersua muka.. saya rasa sangat kemesraan yang ditunjukkan oleh tihara... melalui komen² dan kunjungan balas darinya....

Banyak entry yang saya suka antaranya -----<@

Ayat Kursi Dibaca Dengan 9 Wakaf - Klik SiNi
Senja Dan Subuh - Klik SiNi
Selain tu suka tengok macam² gambar² pokok herba dan khasiatnya dan ade jugak pokok yang saya tak pernah tengok lagi... - Klik SiNi


Ini antara yang tersenarai sebagai TOP COMMENT
Bulan Februari 2012


Jomlah singgah ke Blog Tihara klik jer pada gambar header tu...

Jomlah Berkenalan dengan Tihara (^__^)v

Terima kasih sangat pada tihara kerana akan buat blog pilihan entry 3 kali pada blog saya sebab saya dapat Tempat ketiga:
-Blog pilihan entry 3 kali
-
Bloglist blog pilihan hari ini dari 1/3/2012 hingga 31/3/2012

Love u, terima kasih peluk dan cium kamuuu.... dari kejauhan......

Dapat Beg Free Dari Dumex

Assalamualaikum Semua....

Amir masa umur setahun setengah dah minum susu dumex, baru² ni dia ade jugak mintak soh tukar nak  susu dumek buah²an pulak hihihihihi..... pandai memilih yer.... tapi kami belikan susu madu asli pun dia minum jugak.

Baru² ni ayah ade belikan susu amir, ayah jarang nak belikan susu.. sebab ibu tengah banyak keje dan takde mood nak keluar.. jadi ibu pesan kat ayah soh belikan susu. Sekarang ade offer kalau beli susu dapat beg free macam kat dalam gambar bawah ni.... bagus jugak beg ni bolehlah digunakan masa membeli barang hari sabtu.. sebab hari sabtu kan tak dapat beg plastik. 

 Kami dapat 3 beg sekali tau.. sebab beli satu pek 900gram dapat satu beg macam ni... ayah beli 3 pek jadi dapatlah 3 beg hihihihihihi.....

 Comelkan... gambar kartun kat beg tu...
Chef Cilik Dumex Dugro Komplete Nutri (^__^)v

Banyaknya hati kat beg ni.... suka sangat tengok beg ni warna dia ceria jer... macam sayanglah pulak nak gunakan.. Bacalah Dumex chef cilik kalau nak tengok amir main masak² hihihihihi..... 

Jomlah pergi beli susu Dumex Dugro sebelum terlambat.. nanti habis offer tak dapatlah hadiah beg ni hihihihi.... (^___^)v
  

Khamis, 1 Mac 2012

Rezeki dihujung minggu

Assalamualaikum Semua...

Cerita dihujung minggu.... bile ayah ade kelas hari sabtu.. kami pulak tak dihantar balik kampung hihihihi.. sebab malam minggu tu jiran buat kenduri doa selamat... sesekali jiran buat kenduri kan takkan tak datang pulak... takkan nak balik kampung kan.. kan... nanti tak mesra jiran pulak.. nanti kene cop kera sumbang pulak hihihihi.....
 
Makanya ayah ajak balik kampung ahad tu... sebelum balik kampung pergi beli barang dulu.. konon² nak cat rumah mak, belilah cat beria² amir memilih.. padehal demam masa tu... lepas beli cat.. amir sibuk nak makan kfc pulak.. ayah layankan jer.. saya.. errmmm bosannya nak makan ayam ni... macam takmoo masuk dah tekak ni... dah ayah nak belanja onn jerlah...

 Ayah melayan anak bujang yang demam konon² tapi ade hati nak makan kfc

 Ni tak taulah sape punye pakej.. sebab semua ayah yang order... 

 Air sampai 3 pilihan.. amir dah tentu²lah air milo tanpa ais, klu kat mc d bolehlah order milo panas kan.. kan...... kt tak berapa suka air gas sgt.. jadi mestilah minum jus oren...

 Ni.. twiesteer saya.. hahaha betul ke ejanya tu.. macam tak betul jer... janji cara makan dengan betul yer.. bukak mulut jangan luas².. ala² sopan lagi ayu masukkan pelan² kedalam mulut dan gigit gitu hihihihihi....

 Oicttt tanjat gegirl tetiba amir snap gambar ibu.. hambooii gigi nampak semua okk... bajet macam cun jer kan.. dahlah ibu pakai baju macam pekerja kfc huhuhuhu

Lepas makan kfc terus balik kampung.. opss.. sebelum sampai kampung singgah petronas dulu.. ayah nak isi minyak.. tup² orang yang jaga minyak tu bagi tau isi minyak lebih rm50.00 ade cabutan bertuah encik.. ok.. jawab suami... orang tu siap pesan.. semua pun dapat.. cuma tak tau yang mane jer hihihihi.... aikk macam tu pun ade yer.. cabutan beruah.. oklah tu kan.. rezeki amirlah dapat hamper macam kat bawah ni...

 Jadilahkan walaupun kecik hamper tu ade biskut dengan air tau.. oklah tu kan... semua biskut pun tertinggal kat kampung... sebab amir sibuk nak soh bukak padehal tak makan pun....

Hujung minggu ni nampaknya ade jemputan kawin.. errmmm tak tau mau pergi yang mane satu dulu.. banyak sangat... hadoilah....

Bile awal bulan ni agak kesibukkan sikit dipejabat... nanti kalau sempat saya datang rumah kawan² yer... 

Rabu, 29 Februari 2012

Ibu "amir nak makan maggie..."

Assalamualaikum Semua...

Dah beberapa hari ni amir batuk dan tak lalu nak makan sangat.... tapi semalam sempat lagi tu masa pergi pasar nak cendawan goreng, bile ibu cakap tak boleh jer sebab batuk.. mulalh buat muka kesian huhuhuhu.. sudahnya belikanlah jugak seringgit.. makan pun tak seberapa.. kalau tak seringgit tu sekali hadap jer...

Tibe² amir cakap "ibu amir nak makan maggie" rasa macam terperanjatlah pulak saya dengar.. betul ke nak makan maggie ni??? sebab tak pernah pun masak maggie untuk amir... saya siap tanya pernah makan maggie ke kat rumah ibu shima ke??? (rumah pengasuh) dia cakap tak pernah.. saya tak puas hati tanya lagi.. kat mane pernah makan?? amir jawab sambil buat mata kuyuuu tu.. tengok kat tv hihihihihihi.. tergelak saya.. kuat betul pengaruh iklan kan..

Ok ibu pun kedapur masak.. dengan muka tak bersalah.. masak ikut citarasaku 4 batang cili padi sah²lah maggie pedaskan.. motiff memang takmooo bagi amir makan bebanyak hihihihi.. lagipun maggie kan tak bagus untuk kesihatan...

hamboii bersemangat nak makan sendiri... takmoo ibu suap.....

Sekali hirupp.... macam mammee sluurrpp lah pulak gaya amir....

Siap bebel napa ibu masak pedassss.... air habis dua cawan amir minum hihihihihi....
ibu dengan muka selamba dan tak bersalah.. iye ker?? takdelah.. ibu letak cili sikit jer...
Nasib baiklah amir tak majuk.. sebab ibu tau dia bukan nak makan sangat pun.. nak rasa jer.. biaserlah bile demam ni.. ade jer nampak iklan macam sedapp semua nak makan.. padehal tak lalu nak makan pun....

Hihihihihi.. ni gambar fokus sikit.. dah banyak yang masuk mulut ibu pun... amir yang suap.. ibu pulak.. lawak betullah.. tergelak² ibu.. ayah.. jangan jeles.. sebab amir tak suap ayah...


pssstt... psssttt... gara² tengok gambar meggi masak ketam tekak ni pun tiba² teringin nak makan, sape nak masakkan ni huhuhuhu.... korang pernah cuba x?? sedap tak?? ok tak??? haiisshhh terbayang² ni.. macam manelah rasanya yer.. (^__^)v

Kisah ubat batuk

Assalamualaikum Semua....

Dah beberapa hari ni amir asyik batuk jer.. boleh dikategorikan teruklah jugak macam ade kahak... saya paling risau kalau amir batuk, demam dan selsema.. memang banyak makanan kene pantau... tapi tu lah budak². yang kite tak bagi.. yang itulah yang nak dihadapnya .. yang itulah jugak yang direnggek²kannya... huhuhuhu.....

Dulu pernah sekali masa umur amir setahun setengah demam tak kebah² dengan batuk, kami bawak pergi klinik pakar.. sebab dah pergi klinik biasa banyak tempat tak ok.. bile pergi klinik pakar kanak² barulah okk makan ubat dia... alhamdulillah lps tu lama jugak amir tak demam lepas tu... memang serasi ubat tu... bil pun boleh tahan dekat seratus lah jugak kene masa tu... lepas ni kalau tak ok jugak batuk tu.. barulah bawak pergi klinik, sebab demam dah okkk. lepas makan ubat dan dah bawak berurut demam dah kebah, demam urat agaknya.. penat main basikal... cuma batuk jer yang tak ok lagi...

 Inilah ubat batuk amir minum sekarang.. ubat batuk ni banyak pilihan.. kadang² saya pun susah nak buat pilihan.. paham² jerlah... ade ubat batuk kalau minum terus boleh tidur macam nak bagi rehat... tp tak bolehlah amalkan.. macam bahaya jer....

 Sibuk nak ambil gambar sama jugak.. nak jadi model ubat batuk hihihihihi.....

Kalu ikutkan paduan kat ubat batuk tu.. memang bagus sebab dia pakej untuk demam, batuk dan selsema... kalau batuk berkahak atau sakit tekak memang ok... harap² amir oklah hari ni....

Dulu mak ade jugak bagi petua kalau budak² demam soh rendamkan bunga buah belimbing besi (belimbung yang kecik² tu...) lepas tu.. air dia minum.. baca selawat.. alhamdulillah berkesan jugak.. tapi.. balik kampung baru² ni terlupe lah pulak nak amik huhuhuhuhu....

Kalau korang anak² batuk.. bagi ubat apa?? paling susah dan risau kalau baby batukkan... iyerlah kalau pergi klinik pun doktor tak boleh nak bagi ubat... errmmm..... (^__^)v...

Selasa, 28 Februari 2012

Contest "LIKE DAN FOLLOW" - Gallery aNNA-JuEaNNa

Assalamualaikum Semua.....

jom join contens nak?? macam best jer...

tarikh tutup penyertaan:

29/2/2012
jam 12:00 tengahmalam...
(kalau ada perubahan akan diberitahu kemudian)
 
syarat2 penyertaan..

1. wajib FOLLOW blog GaLLery aNNa-JuEaNNa
2. Wajib LIKe  Facebook "GaLLeRY aNNa-JuEaNNa (bagi mereka yang ada fb)
(kerana tujuan untuk perkenalkan kepada umum tentang GaLLeRY aNNa-JuEaNNa)

Untuk mengetahui syarat² lain bolehlah klik dekat gambar tu... jomlah join ramai² memeriahkan contens ni.. lagi sehari jer.. esok dah tamat tempoh tau... barang² kat Blog GaLLery aNNa-JuEaNNa
cantik² dan menarik.. sampai rambang mata dibuatnya kalau nak membeli....

Dumex chef cilik

Assalamualaikum Semua....

Selamat pagi semua... ingatkan lepas master chef dah habislah pengaruh amir nak main masak².. rupanya tak jugak... lepas master chef jadi dumex chef cilik pulak huhuhuhuhu.... pernah jugak pergi pasaraya amir mintak mainan masak² ni.. tapi saya tak layankan.. bukan sebab dia lelaki tak boleh main masak².. tapi sebab set tu akan menambahkan rumah lebih berserak kalau mainan berterabur.. nasib baiklah amir tak beria² sangat nak soh belikan hihihihihihi.....

Datang balik pengaruh nak main masak² bile puncanya malam tadilah tengok kat astro ria.. kebetulan amir pun liat nak tido malam tadi.. daripada dia layan kartun kat babytv tu jer.. lebih baiklah dia tengok masak² kat dumex chef cilik ni kan...

Sudahnya dia pun sibuk nak masak jugak haihh.. layankan jerlah.. padehal mata ibu ni dah tak boleh nak bukak nak katub jer huhuhuhuhu... jenuh pujuk ajak tidooo takmoo jugak..

 Nampak tak tu.. pensil warna dah jadi sudip uwar........

 Sambil masak.. mata tengok tv dan sambil bebel²... mengalahkan chef wan...

 Fokus sikit apa yang dimasaknya.. nampak tak???.. iyer.. jangan terkejut itu ikan plastik... hasil daripada tangkapan kononnya.. sebab saya ade belikan mainan pancing² hari tu.. batang pancingnya pun dah rosak... 
saya siap tanya amir masak apa tu.. masak ikanlah.. masak asam pedas hihihihihi.. tegelak² saya.. mir kalau masak dalam bekas ni mir kuah pun takde mir.. kan bekas tu banyak lubang bocor... 

hadaoiii mainan bersepah lagi..... nampak tak tu.. koleksi jentera² macam ni memanglah banyak sesangat kat rumah ni.. sebab amir peminat no.1 huhuhu.. tu belum lagi yang besar.. ni pun banyak ayah dah simpan dalam bekas.. letak kat belakang huhuhuhuhu... (^_^)v


Budak² lelaki memang macam ni agaknya kan.. kalau main... suka sepah²... ibu dah tak larat nak cakap soh kemas... kalau yang kecik² ni terpijak memang sakit tau... selalu bile soh amir kemas mesti dia cakap ibu pun tolonglah amir kemas jugak.. sabooo jerlahkan...  

Isnin, 27 Februari 2012

Kek ohh tidakkk... hilang dietku...

Assalamualaikummm Semua....

Kek aiskrim daripada secret receipi buat boss...

Selamat petang semua.. dah minum petang ker?? nampaknya petang ni tak payahlah saya nak beli goreng pisang atau kopok lekor.. sebab opis buat jamuan untuk bos tengah hari tadi.... soo suprise bukan kek jer pakej sekali makan tengah hari....

Hahahahaha... suprise untuk boss.. tapi saya pun menyibuk jugak nak join kan.. bukan join jer.. nak potong kek sesama... opss.. gambar tak boleh dipamerkan atas sebab² tertentu (perasaan jerkan...) gambar tak cantiklah tak bersedia.. malas nak upload.... upload gambar kek jerlah.. kek pun sedappp... kek daripada secret receipi mestilah sedapkan.. kan...

nyum² habis sudah saya makan..... hilang diet tau.. manelah tak kembang badankan.. huhuhuhuhuhu

Selamat hari lahir boss semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki.. jangan pening² layan kerenah kami ni yer... semoga boss lama sikit kat sini...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...