♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 29 Februari 2012

Home » , , » Kisah ubat batuk

Kisah ubat batuk

Assalamualaikum Semua....

Dah beberapa hari ni amir asyik batuk jer.. boleh dikategorikan teruklah jugak macam ade kahak... saya paling risau kalau amir batuk, demam dan selsema.. memang banyak makanan kene pantau... tapi tu lah budak². yang kite tak bagi.. yang itulah yang nak dihadapnya .. yang itulah jugak yang direnggek²kannya... huhuhuhu.....

Dulu pernah sekali masa umur amir setahun setengah demam tak kebah² dengan batuk, kami bawak pergi klinik pakar.. sebab dah pergi klinik biasa banyak tempat tak ok.. bile pergi klinik pakar kanak² barulah okk makan ubat dia... alhamdulillah lps tu lama jugak amir tak demam lepas tu... memang serasi ubat tu... bil pun boleh tahan dekat seratus lah jugak kene masa tu... lepas ni kalau tak ok jugak batuk tu.. barulah bawak pergi klinik, sebab demam dah okkk. lepas makan ubat dan dah bawak berurut demam dah kebah, demam urat agaknya.. penat main basikal... cuma batuk jer yang tak ok lagi...

 Inilah ubat batuk amir minum sekarang.. ubat batuk ni banyak pilihan.. kadang² saya pun susah nak buat pilihan.. paham² jerlah... ade ubat batuk kalau minum terus boleh tidur macam nak bagi rehat... tp tak bolehlah amalkan.. macam bahaya jer....

 Sibuk nak ambil gambar sama jugak.. nak jadi model ubat batuk hihihihihi.....

Kalu ikutkan paduan kat ubat batuk tu.. memang bagus sebab dia pakej untuk demam, batuk dan selsema... kalau batuk berkahak atau sakit tekak memang ok... harap² amir oklah hari ni....

Dulu mak ade jugak bagi petua kalau budak² demam soh rendamkan bunga buah belimbing besi (belimbung yang kecik² tu...) lepas tu.. air dia minum.. baca selawat.. alhamdulillah berkesan jugak.. tapi.. balik kampung baru² ni terlupe lah pulak nak amik huhuhuhuhu....

Kalau korang anak² batuk.. bagi ubat apa?? paling susah dan risau kalau baby batukkan... iyerlah kalau pergi klinik pun doktor tak boleh nak bagi ubat... errmmm..... (^__^)v...

12 ulasan:

LYAfrina berkata...

brand ape yer ubat ni?? kat farmasi ke?? kalo ubt batuk skali pakej dgn demam n selsema ..senngla nk bgkan.. bg anak2 y ssh nk mkn ubat.. xperlu sumbat byk2 kali

QasehnyaRania berkata...

model ibat batuk senyum sakan noh..hehehe..manisnya senyumanmu ;)
* versi ELITE k...

mala berkata...

salam masya, kalau dirmh ni anak senang sikit nak telan ubat batuk cap ibu dan anak ..

ikatankasihku berkata...

hensemlah model ubat batuk ni..booking buat menatu boleh ker...hihihi

qaseh johanna berkata...

ooo ubat batuk ni ye bagi..org tua boleh guna tak..? ubat batuk cap ibu n anak tu cam dh xbkesan la pd sy..dh imun kot..!hihi

Yana Libra berkata...

ooo..baby tak leh makan ye? Bistu camne?

eita berkata...

takde anak....
nak tengok dia batuk macamana lah...
huhuhuhu

IntaNBerliaN berkata...

ooo ubat batuk ni bagus ek.. alisha xpnh batuk lg tp next time kalu jd, leh try ubat ni...

Mama Ema berkata...

kalau baby..bila batuk.masukkan jari dalam mulut dia..biarkan dia muntah..kahak akan keluar

fieda berkata...

biasa beli dulu ubat kt farmasi kalau tak berkesan terus ke klinik la...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

eija selalu bagi anak ubat yg klinik bagi jerk, x pernah try g beli kat farmasi

lg2 anak eija Zaquan tu ada G6PD x boleh nak bg makan sebarang ubat.

Masya berkata...

LYAafrina : jenama e-plus.. saya pun pertama kali beli dekat kedai ubat.. mmg dekat label ade tulis untuk demam, selsema dan sakit tekak batuk.

qaseh: ubat ni untuk rang dewasa pun boleh.. memang ade panduan cr untuk kanak² dan org dewasa minum...

Yana Libra: yups.. baby memang tak digalakkan minum ubat ...

lagi satu.. lebih baik minum ubat ni campur air.. sebab dia pekat sesangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...